Mudah je sebenarnya nak buat Popia Wonder Cheese ni, hanya dengan 3 langkah yang senang nak buat dah boleh jadi kudapan yang sedap untuk anak-anak. Sesuai sangat kalau buat waktu pergi berkelah ke, tengok movie dengan anak-anak dirumah ke, atau dinikmati pada bila-bila masa sahaja. Mak-mak mesti kena cuba resipi Popia Wonder Cheese ni, gerenti tak sedap & anak-anak suka. Silap-silap tak sedar makan habis sebalang.
Berikut merupakan perkongsian resipi oleh Fatihah Aziz;
“Hari ini kali ke 3, buat lagi kudapan krukk krukk paling senang dan sedap!
Popia Wonder Cheezee.Kalau beli makan tak puas. Jadi kita buat sendiri jelah boleh buat selalu.
Bahan-Bahan:
1/2 paket kulit popia (digunting & dicarik-carik)
4 sudu besar serbuk cheese
1 sudu besar serbuk cili
2 sudu besar gula
Cara-Cara Membuat :
1. Kisar semua bahan (kecuali kulit popia).
2. Goreng kulit popia dgn minyak secukupnya. Goreng hingga naik keperangan.
3. Tabur dan gaul rata serbuk yang dikisar pada kulit popia.
(Nak senang gaul dalam bekas dan goncang perlahan-lahan).
4. Siap!Popia wonder cheezee kudapan mudah siap untuk dimakan.
Resepi ni boleh dapat 300gram atau 1 bekas besar.
Selamat Mencuba!
Sumber: Fatihah Aziz via (MAHN)
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Raya Ni Kami Bertiga.. Yeay!’ Rezeki Achey Dan Isteri Ambil Anak Angkat
Syawal ini pastinya berbeza sekali buat pelawak terkenal Achey Bocey atau nama sebenarnya Mohd Nasir Hamzah, 32 dan isteri, Nor Hasanah Yahaya. Selepas 8 tahun raya berdua, tahun ini Hari Raya mereka disambut bertiga pula. Kehadiran seorang anak angkat menyerikan lagi Aidilfitiri suami isteri ini.
Bayi yang diberi nama Nur Tiara Zinnirah Nasir inilah bakal mengisi kekosongan ruang bermanja Achey dan isteri. Dalam instagramnya Achey memaklumkan tentang pengambilan anak angkatnya itu.
“Bismillah.. Alhamdulillah rezeki Allah hadir dengan pelbagai cara. Setelah 8 tahun bersama masih belum punya rezeki dikurniakan cahaya mata. Namun pada 22 Mei 2018 di Ramadhan ke-6, anak ini hadir untuk mengisi kekosongan yang lama itu.”
Baby Tiara ini dilahirkan pada 15 Mei 2018 yang lalu. Pada jam 8.05 malam di Hospital Kuala Lumpur (HKL). Rupanya selama bayinya itu lahir, isterinya Nor Hasanah lah yang turut menjaga sewaktu dalam pantang. Sebab itulah dekat sebulan lamanya, mereka tak duduk di kediaman mereka.
Kami Di Kampung, Jaga Tiara Dalam Pantang
Jadi, desas desus yang kata dia gaduh dengan isteri ke? Atau isterinya sakit ke apa tidaklah betul. Ini yang dijelaskan Achey.
“Selama hampir sebulan kami berada di kampung. Terutamanya @anne_achey. Ramai tertanya kami gaduh ke? Sakit ke? Jawapannya menjaga Tiara dalam pantang.”
“Tak dapat nak digambarkan dengan kata-kata yang hebat. Yang paling jelas, saya Achey dan Anne sangat gembira tak terkata.”
“Kami berharap agar semua mendoakan kesejahteraan kami sekeluarga dan menerima baik kehadiran Tiara. Semoga Tiara menjadi anak yang solehah serta kami dapat menjaganya dengan kudrat kami sebaiknya.
“Raya ni kami bertiga.. Yeay!” luahnya mengakhiri statusnya itu.
Sumber/Foto : Instagram Achey Bocey
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ini Bahaya Jika Mak Ayah Tak Ada Al Quran Dalam Dada
Rupanya dalam pada nak mendidik hati anak ikut cakap mak ayah, mak ayah itu sendiri kena pasakkan dalam diri cintakan Al Quran. Dari situlah ketenangan dalam mendidik terbenam dalam hati.
Inilah yang dikongsikan Dr Taufiq Razif. Betapa Al Quran itu boleh mengubah cara pandang mak ayah terhadap didikan anak-anaknya.
Hilang Bahagia Mak Ayah Jika Gagal Baca, Hayati Mesej Al Quran
1. Gelisah tiap hari
Kita sebenarnya dalam satu perjalanan dan hati kita faham betul tentang benda ni. Yes, we are all travellers! We are on a journey!
Itulah kenapa hati kita jadi gelisah sebab dia nak kita tunjuk pada dia ke mana dia akan pergi nanti. Dia akan rasa risau dan tak senang duduk kalau lost dan tak tahu nak tuju ke mana. Semua tu tak ada dalam buku teks. Benda ni cuma ada dalam Al Quran.
2. Mudah serabut
Kita akan jadi mudah serabut jika kita tak ada solution pada masalah kita. Cara nak dapat solution direct daripada Al Quran ni mudah je. Ni caranya :
Niatkan untuk cari solution pada masalah kita dan buka secara rawak halaman Al Quran yang ada di depan kita tu. Nescaya kita akan jumpa jawapan yang menakjubkan terhadap masalah yang kita alami. Cuba sekarang tau.
3. Habis idea nak bersembang dengan anak
Bila kita tak baca Al Quran, kita tak tahu sebenarnya dalam Al Quran tu ada beribu kisah Storytelling yang sebenarnya boleh kita jadikan modal untuk bersembang dengan anak.
Storytelling ni sangat powerful untuk ubah cara fikir dan karakter anak. Tu lah kenapa di Barat sana suka baca Bedtime Story pada anak mereka kerana mereka tahu betul tentang betapa powerfulnya sebuah storytelling untuk membentuk karakter anak anaknya
4. Tak ada Quranic Operating System ( OS )
Bila mak ayah tak ada Quranic OS dalam dada, maka agak agak sistem apa yang mak ayah guna untuk bentuk anak anaknya nanti? Jom kita menungkan sekejap tentang benda ni
5. Hilang rasa bahagia
Dato’ Dr Hussamuddin Yaacub, Chairman Karangkraf dan TV Al Hijrah bagitahu saya yang dia dah buat bisnes dan jadi jutawan selama 40 tahun dah tapi dia cuma rasa bahagia pada 5 tahun terakhir sahaja.
Nak tahu apa yang buat dia rasa bahagia pada 5 tahun terakhir itu? Kerana masa tu la beliau baru belajar kembali baca Al Quran setelah 35 tahun beliau abaikan Al Quran. Sekarang ni bila beliau dah kembali pada Al Quran, saya boleh nampak sendiri pada wajahnya dan saya boleh katakan beliau adalah orang yang paling bahagia di Malaysia!
Tolong sebarkan mesej ini pada seluruh keluarga kita yang kita cinta. Ini mungkin akan mengubah hidup mereka selamanya.
Gema Bacaan Surah Al-Kahfi Sempena Malaysia #QuranHour
Program Malaysia #QuranHour kali kelima ini di bawah anjuran Yayasan Warisan Ummah Ikhlas dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) berlangsung dengan jayanya di Masjid Putrajaya semalam, 30 Ogos 2019.
Bersempena sambutan Hari Kebangsaan Malaysia ke-62 sekaligus menjayakan kempen ‘MengQurankan Bangsa dan Mengikhlaskan Ummah’ yang mengajak semua lapisan masyarakat dari dalam dan luar Malaysia berinteraksi dengan Al-Quran.
Berpandukan 10 ayat akhir surah Al-Kahfi dan kaitannya dengan 10 ayat awal.
terdapat sembilan pesan utama buat warha Malaysia yang merdeka agar berpegang teguh kepada nilai-nilai yang ada di dalam Al-Quran.
Sumber/Foto : Taufiq Razif
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tragedi Tong Gas Meletup “Saya Seolah-Olah Bermimpi.. Terkejut Lihat Keadaan Kakak”
Benar bagaikan satu mimpi, si adik tidak percaya melihat apa yang berlaku dalam tragedi tong gas meletup yang menyebabkan bakal pengantin cedera parah melecur satu badan.
“Saya seolah-olah bermimpi melihat kejadian ini… terkejut lihat keadaan kakak,” kata Muhammad Azib Muhamad, 25.
Muhammad Azib adalah adik kepada Siti Hajar Hanis, 26, yang melecur hampir seluruh badan selepas tong gas memasak meletup di rumah mereka di Taman Sena Permai, Pokok Sena 8 pagi tadi.
Bernikah Jumaat Lalu
Dia yang bernikah Jumaat lalu, pulang dari Raub, Pahang malam tadi kerana majlis perkahwinan sebelah isterinya dan tidak menyangka kejadian itu menimpa mereka sehingga kakaknya terpaksa dirawat di Hospital Kepala Batas.
Muhammad Azib berkata, mengikut perancangan dia tidak pulang malam tadi kerana mahu membawa isterinya, Marsitah Md Zaki, 25, bercuti di Cameron Highlands, namun rancangan itu tidak diteruskan kerana penat dan perlu berehat sebelum bekerja esok
“Saya mendirikan rumah tangga Jumaat lalu dan baru selesai majlis perkahwinan di sebelah isteri dan kebetulan sudah dekat dengan Cameron Highlands, kami rancang untuk ke sana tetapi membatalkannya serta pulang malam tadi.
“Akibat keletihan, saya tertidur selepas Subuh dan terkejut apabila bumbung dan siling rumah menghempap badan saya, sebelum terdengar jeritan kakak yang meminta tolong di tingkat bawah.
“Isteri kemudian memaklumkan bahawa api menyambar badan kakak. Saya bergegas mendapatkannya namun terkejut melihat keadaan kakak yang teruk melecur di seluruh badan.
“Kami segera mendapatkan pertolongan jiran dan menghubungi bomba,” katanya ketika ditemui hari ini.
Tinggal Bersama Kakak
Jelasnya, dia dan kakaknya tinggal bersama di rumah itu yang diberikan ibu bapa mereka sejak dua tahun lalu.
“Kakak akan mendirikan rumah tangga pada Januari depan dan keadaannya kini dilaporkan stabil.
“Semasa kejadian, difahamkan kakak ingin menyediakan sarapan dan dia menggoreng ikan. Ia rutinnya (memasak pagi) sejak dia bekerja dari rumah.
“Insiden ini betul-betul mengejutkan saya, apatah lagi rumah kami rosak teruk dengan bumbung dan siling tercabut, tingkap pecah, semua perkasasan rumah termasuk perabot habis terpelanting keluar.
“Kenderaan yang terletak di luar rumah juga rosak kesan daripada letupan gas memasak terbabit,” katanya.
Dentuman Kuat
Dalam pada itu, jiran, Nur Farina Sukri, 26, berkata, dia dan keluarga mendengar dentuman kuat di sebelah rumah dan segera keluar untuk melihat kejadian.
“Memang terkejut lihat keadaan dia yang melecur hampir keseluruhan badan tetapi semangatnya kuat kerana ketika kejadian, dia masih boleh berjalan walaupun keadaannya amat kritikal,” katanya.
Mesti Baca:Tong Gas Meletup, Bakal Pengantin Cedera Parah Melecur Hampir Seluruh Badan!
Baca Lagi Di Sini:Ayah Dera Anak 9 Tahun Sampai Maut, Selamba Tanam Mayat Tepi Jalan!
Artikel Menarik:Bergaduh Kerana Harta, Pelakon Bollywood Dibunuh Anak Sendiri, Mayat Dicampak Sungai!
Mingguan Wanita: Dugaan bakal bergelar raja sehari. Semoga dipermudahkan segala urusan buat wanita ini dan diberi kesembuhan secepat mungkin.
Sumber: Hmetro
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI