Syawal ini pastinya berbeza sekali buat pelawak terkenal Achey Boceyatau nama sebenarnya Mohd Nasir Hamzah, 32 dan isteri, Nor Hasanah Yahaya. Selepas 8 tahun raya berdua, tahun ini Hari Raya mereka disambut bertiga pula. Kehadiran seorang anak angkat menyerikan lagi Aidilfitiri suami isteri ini.
Bayi yang diberi nama Nur Tiara Zinnirah Nasir inilah bakal mengisi kekosongan ruang bermanja Achey dan isteri. Dalam instagramnya Achey memaklumkan tentang pengambilan anak angkatnya itu.
“Bismillah.. Alhamdulillah rezeki Allah hadir dengan pelbagai cara. Setelah 8 tahun bersama masih belum punya rezeki dikurniakan cahaya mata. Namun pada 22 Mei 2018 di Ramadhan ke-6, anak ini hadir untuk mengisi kekosongan yang lama itu.”
Baby Tiara ini dilahirkan pada 15 Mei 2018 yang lalu. Pada jam 8.05 malam di Hospital Kuala Lumpur (HKL). Rupanya selama bayinya itu lahir, isterinya Nor Hasanah lah yang turut menjaga sewaktu dalam pantang. Sebab itulah dekat sebulan lamanya, mereka tak duduk di kediaman mereka.
Ads
Kami Di Kampung, Jaga Tiara Dalam Pantang
Jadi, desas desus yang kata dia gaduh dengan isteri ke? Atau isterinya sakit ke apa tidaklah betul. Ini yang dijelaskan Achey.
“Selama hampir sebulan kami berada di kampung. Terutamanya @anne_achey. Ramai tertanya kami gaduh ke? Sakit ke? Jawapannya menjaga Tiara dalam pantang.”
Ads
“Tak dapat nak digambarkan dengan kata-kata yang hebat. Yang paling jelas, saya Achey dan Anne sangat gembira tak terkata.”
“Kami berharap agar semua mendoakan kesejahteraan kami sekeluarga dan menerima baik kehadiran Tiara. Semoga Tiara menjadi anak yang solehah serta kami dapat menjaganya dengan kudrat kami sebaiknya.
Ads
“Raya ni kami bertiga.. Yeay!” luahnya mengakhiri statusnya itu.
Nampak gayanya netizen ini masih tak habis-habis lagi dengan isu beg tangan. Sampaikan beg tangan yang dibawa isteri mantan Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor ketika memenuhi arahan panggilan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini pun jadi bualan netizen.
Asalnya, beliau diminta untuk memberi keterangan berhubung kes SRC International Sdn Bhd. Rentetan arahan itu, Datin Seri Rosmah Mansor tiba di ibu pejabat SPRM jam 10.43 pagi dengan menaiki kenderaan Mercedez Benz berwarna perak.
Sebaik turun dari kenderaan, beliau langsung bergerak pantas menuju ke dalam bangunan sambil menjinjit beg merah, berbaju kurung biru dengan bunga hijau merah serta bertudung merah.
Punyalah gigih netizen ini sampai ada yang lebih pantas menyelongkar jenama dan harga beg tangan yang dijinjit Datin Seri Rosmah yang hadir ditemani anaknya, Nooryana Najwa dan menantu Daniyar Kessikbayev warganegara Kazakhstan.
Peguam kanan, Datuk K Kumanraendran dan Geethan Ram Vincent turut hadir menemaninya.
Berdasarkan carian netizen di internet dipercayai beg tangan merah yang dibawa bersama Datin Seri Rosmah itu merupakan beg Gianni Versace Demetra Vanitas. Harganya dalam anggaran RM5000.
Tentunya emosi netizen masih lagi terbawa-bawa dek kontroversi rampasan 284 beg tangan berjenama mewah yang viral menjadi bualan di media sosial. Itu yang ke mana saja Datin Seri Rosmah melangkah, tas tangan beliau tetap jadi tumpuan.
Selepas 5 jam memberi keterangan kelihatan Datin Seri Rosmah melangkah keluar dari pejabat SPRM. Sekali lagi, beliau laju melangkah memasuki kenderaan tanpa menghiraukan pertanyaan daripada puluhan wakil media yang meminta komen daripadanya.
“Pihak SPRM telah selesai mengambil keterangan daripada anak guam kami, beliau (Rosmah) telah memberikan kerjasama penuh dan para pegawai juga melakukan tugas mereka dengan profesional,” kata peguamnya, Datuk K. Kumaraendran.
SRC International merupakan anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sehingga ia diletakkan di bawah Kementerian Kewangan pada 2012.
Sumber/Foto : Astro Awani, Sinar Harian
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Sekumpulan sukarelawan berjaket putih perubatan menghampiri pagar sempadan Gaza – Israel. Kesemuanya mengangkat tangan ke arah tentera Israel dengan kedekatan jarak 100 meter. Kehadiran mereka bukan mengancam, sebaliknya mahu mengambil mangsa yang cedera di lokasi tunjuk perasaan di Khuza’a, dekat Khan Younis.
Tetap, askar Israel melepaskan tembakan gas pemedih mata. Malah, penembak hendap Israel melepaskan satu tembakan tepat mengenai belakang dan tembus ke jantung petugas paramedik, Razan Al Najjar. Serpihan peluru mengenai tiga lagi anggota paramedik yang lain dan mencederakan mereka.
“Pakaian seragam, jaket dan beg perubatan jelas memberitahu siapa kami. Tiada penunjuk perasaan lain berdekatan, hanya kami.” Turut Rida Najjar, 29 yang juga sukarelawan perubatan ketika ditemuramah Al Jazeera.
Razan juga merupakan sukarelawan MyCARE sejak Ramadan lalu. Namun, usahanya terhenti kerana Allah lebih menyayanginya.
Ini bukan kali pertama, Israel melepaskan tembakan ke atas sukarelawan perubatan. 14 Mei lalu, Mousa Jaber Abu Hassanein, 36 yang memakai jaket putih perubatan juga mati ditembak. Begitulah kejamnya tentera Israel Zionis, membunuh petugas perubatan adalah satu bentuk kekejaman yang tak boleh diterima sama sekali.
Jururawat Terlatih, KKM, Nur Nabiila Masfuzah (Bel Nawhen) berkongsi catatan tentang Razan Al Najjar. Semoga kita akan lebih mengerti dan mensyukuri nikmat sebuah keharmonian, kemerdekaan di bumi sendiri.
Razan baru berusia 21 tahun sewaktu ditembak oleh sniper rejim Zionis Israel di dada sewaktu memberikan bantuan perubatan di perkampungan Khuza’a.
Memetik apa yang pernah dikatakan oleh Razan semasa hayatnya:
“Boleh sahaja jika saya hanya bekerja di hospital. Tetapi saya lebih suka untuk berada di barisan hadapan bersama-sama para sahabat saya di lapangan.”
“Setiap hari akan ada yang gugur syahid di Gaza dan mereka itu lebih mulia dari saya. Saya mengharapkan saya juga syahid seperti mereka.”
Telah menjadi sukarelawan di bumi Palestine sejak Ramadhan lalu.
Tahun ini, Allah lebih menyayangi Razan.
Entah bagaimana, Razan dan lain-lain rakan paramedik serta pejuang bumi Palestine berjuang di sana di dalam bulan Ramadhan – berpuasa dan berperang- sedangkan kita di bumi Malaysia tidak henti-henti bertikam lidah berpolitik dan menabur fitnah sini sana lebih-lebih lagi di bulan 1000 rahmat ini.
Tidurlah ya Syahidah.
Semoga Allah ampuni & sayangi & kumpulkan dengan para Rasul-Nabi, Shiddiqin, Syuhada & solehin.
Titis darah pejuang kamu membanjiri bumi Palestin.
Dari al-Miqdam bin Ma’di Karib, Nabi S.A.W bersabda; “Orang yang mati syahid di jalan Allah diberi 7 keistimewaan: 1. Diampuni dosanya ketika permulaan darahnya memancar keluar. 2. Dapat melihat tempat duduknya di Syurga, 3. Dihiasi dengan perhiasan iman, 4. Akan ditemani 72 bidadari syurga, 5. Diamankan dari azab kubur, 6. Diamankan dari goncangan dahsyat hari qiamat, 7. Dipakaikan mahkota kehormatan di atas kepalanya di mana satu permata daripadanya adalah lebih baik daripada dunia dengan segala isinya serta dapat memberi syafaat kepada 70 orang dari kalangan ahli keluarganya.”
(HR. Ahmad, Tirmidzi dan Baihaqi. Shahih al-Jami’: 5182)
Pemergiannya ditangisi jutaan ummat ISLAM.
1. Bertugas sekurang-kurang 13 jam sehari sebagai sukarelawan di Gaza. Bertugas dari 7am-8pm.
2. Telah diwawancara oleh majalah Times sebelum pemergiannya. Antara intipati wawancara itu,
“Perempuan dalam masyarakat kita dihakimi, dipandang sebelah mata. Tapi mereka harus menerima kami kerana kami memiliki kekuatan yang lebih dari siapa pun,” kata Razan.
3. Uniformnya sering basah dengan darah mereka yang dirawatnya.
4. Seorang yang sangat berani sejak dari kecil. Merupakan anak sulung dari 6 beradik
5. Pengkebumiannya dihadiri jutaan orang ramai pada Sabtu, 2 Jun 2018.
Kematian Razan menimbulkan reaksi marah dan kurang senang dikalangan masyarakat kerana Paramedik tidak seharusnya menjadi sasaran perang.
Seseorang yang syahid sesungguhnya tidak mati, mereka masih hidup.
Pada jam 11.45 semalam, ambulans yang membawa jenazah bonda Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar iaitu Enche’ Besar Hajah Khalsom Abdullah, tiba di Istana Besar, Johor Bahru.
Sebelum ini, pesawat peribadi milik Sultan Johor yang membawa jenazah dari United Kingdom, tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai pada 11 malam.
Tuanku Sultan Ibrahim bersama Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris serta Kerabat DiRaja Johor menyambut jenazah Almarhumah Hajah Khalsom sebelum dibawa menaiki van jenazah Jabatan Agama Islam Negeri Johor ke Istana Besar, Johor Bahru untuk disemayamkan.
Turut serta Menteri Besar, Datuk Osman Sapian dan EXCO Johor.
Sejurus tiba, jenazah dibawa dengan ambulans peribadi Sultan Johor ke Istana Besar.
Jenazah disemayamkan di bilik khas malam ini dan bacaan al-Quran akan diperdengarkan sepanjang masa secara bergilir-gilir oleh pegawai agama dan kumpulan tahfiz sehingga esok.
Orang ramai boleh memberi penghormatan terakhir mulai 8 hingga 10 pagi esok.
Istiadat pemakaman akan disempurnakan di Makam Diraja Bukit Mahmoodiah, Johor Bahru pada 10.15 pagi esok.
Jenazah akan ditempatkan dalam keranda khas diselimuti bendera kerabat Diraja yang berhak ke atas Almarhumah untuk diusung menaiki pedati dan diarak ke Makam Diraja Bukit Mahmoodiah.
Pedati khas direka khas oleh Almarhum Sultan Abu Bakar pada 1886 itu akan ditarik oleh 40 Askar Timbalan Setia Negeri (TSN) dan berarak sejauh 2.8 kilometer yang mengambil masa kira-kira 45 minit.
Bonda Sultan Johor mangkat pada 7.55 malam (waktu London) Jumaat lalu di Hospital King Edward VII, London, pada usia 83 tahun.
Almarhumah Enche’ Besar Hajah Khalsom dilahirkan pada 2 Disember 1935 dan dikurniakan tiga puteri serta seorang putera iaitu Tunku Kamariah Aminah Maimunah Iskandariah, Tunku Besar Zabedah Aminah Maimunah Iskandariah, Sultan Ibrahim dan Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Tak sedar berlaku dalam diam, niat nak bahagiakan anak tetapi sebaliknya pula yang berlaku. Ini satu 'penyakit' senyap dalam kalangan mak ayah berkerjaya zaman sekarang yang kita jarang nak mengaku.