suri rumah

Memang ramai suri rumah yang bersyukur dapat jaga anak-anak sendiri dan masak sedap-sedap. Tetapi sebenarnya bukan semuanya jadi suri rumah atas pilihan masing-masing.

Ada yang terpaksa korbankan Degree, Master, PhD, dan gaji yang berkepuk-kepuk semata-mata terpaksa ikut suami mereka, tak dapat orang cari orang untuk jaga anak mereka, atau ada masalah lain yang kita tak tahu.

Bagi yang pertama kali bergelar suri rumah, anda tentu akan merasakan bagaimana kehidupan berubah 360 darjah. Ada masa ia boleh buat kita amat bersyukur, kadangkala letih, stres, sedih, dan sebagainya.

Maklumlah kerja rumah tak pernah habis dan rasanya memang tak cukup masa untuk rasa bosan setiap hari. Bagi mak-mak yang duduk rumah jaga anak-anak, kalau ada masa lebih sikit dia cuma nak berehat. Ya, 10 minit pun jadilah. Tetapi kalau dapat suami yang langsung tak faham dan asyik nak mengarah, itu yang suri rumah terjebak dalam dunia depresi!

Maka berhati-hatilah menjaga emosinya. Jika ada orang tersayang anda yang jenis duduk rumah sebagai suri rumah, jemput renungkan perkongsian Puan Intan Dzulkefli ini…

Suri Rumah Dan Depresi

Sejak akhir-akhir ini, semakin banyak membaca luahan dan berita isteri yang mengalami depresi. Terutamanya dalam kalangan isteri yang duduk di rumah/bekerja dari rumah.

Ya memang betul, semua orang ada masalah hidup, semua orang ada stress masing-masing, bukan hanya wanita bergelar surirumah sahaja. Tetapi untuk situasi suri rumah, lebih mudah untuk mengalami depresi, tambahan jika jenis yang 24jam/7hari terperap di rumah dengan anak-anak kecil berderet.

Saya menasihati diri sendiri dan semua, ada beberapa perkara yang perlu dielakkan untuk dikomen/dikatakan kepada wanita yang sedang depresi.

1) JATUH HUKUM WANITA NERAKA

Bila ada wanita meluah, mulalah ada je yang terus kecam “inilah wanita yang Nabi SAW sebut sebagai penghuni neraka.”

Fuh, semudah itu kita melemparkan kecaman, jatuhkan hukum tanpa meletakkan diri kita untuk memahami & melihat mereka dengan kasih sayang.

Semudah itu kita nerakakan orang lain sedangkan kita sendiri tidak pasti berapa lama sudah mereka bersabar.

Kemudian, apabila keluar berita mak cekik anak, mak kelar anak, mak meninggal masa dalam pantang, barulah semua nak celik mata betapa beratnya kaum mak-mak ini telah menanggung stress seorang diri.

2) MEMBANDING HIDUP

Sangat menyedihkan apabila yang sama-sama wanita bergelar housewife turut sama condemn wanita yang meluah ini.

Sangat tidak adil membandingkan diri kita dengan orang lain. Tak adil kalau kita kata “kenapa nak stress, saya happy je duduk rumah,”

Sila faham, situasi yang dihadapi setiap orang tidak sama. Cabaran anak seorang lain, cabaran anak hyperaktif lain, cabaran anak berpenyakit lain, cabaran anak rapat selang setahun seorang lain, cabaran anak kembar pula lain.

Begitu juga dengan cabaran isteri duduk sekali dengan suami, isteri duduk berasingan dengan suami serta pasangan suami isteri yang duduk sekali dengan ibubapa juga adalah berbeza.

Come on, lauk dinner kita dengan jiran sebelah pun lain-lain setiap hari.

How could you expect your life same as others?

3) KOMEN SARKASTIK MEMBUNUH

Kadang ada wanita yang peram stress sejak dari waktu dalam berpantang yang tidak dirawat, bertambah melarat dari hari ke hari membuatkan keadaan mental & emosi wanita ini bertambah tenat.

Maka kita sebagai outsiders, berhenti beri komen tidak membina seperti,

“Orang nak anak tak dapat anak, kau beranak setiap tahun tapi mengadu stress pulak.”

Atau

“Dah tahu susah jaga anak kenapa nak beranak? Kenapa kahwin?”

What?

Boleh ke kalau orang mengadu stress kerja, kita cakap, “kau resign jelah sebab kau ni tak bersyukur. Ramai lagi nak kerja kau tu.”

Orang stress hadap krisis rumahtangga, kita cakap “kau bercerai jelah sebab kau ni tak bersyukur. Ramai lagi orang tiap hari post nak bertemu tulang rusuk, jumpa bakal imam.”

Orang stress sebab sakit, kita cakap “kau ni baik mati sebab tak bersyukur masih hidup.”

Allahuakbar. Entah sejak bila entah komen sarkastik & komen sentap begini jadi biasa sangat kita lihat.

This kind of comments won’t help. Judging won’t solve any problems.

If you can’t say any good, then please remain silent. Nobody want to read & be affected by your ‘masterpiece’ advice anyway.

4) MEMBANDING DENGAN KAUM MAK TERDAHULU

Tidak kurang ada suara sumbang yang membanding surirumah depresi ini dengan kaum nenek & mak-mak dahulu kala yang dikatakan sabar, tabah, kuat, taat tahap super saiya, bukan seperti wanita sekarang.

Semua maklum, kaum mak nenek kita dulu mana ada akaun facebook, instagram, whatsapp. Paling-paling pun mampu meluah sesama jiran semasa kupas bawang di majlis rewang, atau meluah dalam diari peribadi bagi wanita yang tidak buta huruf.

Kalau ada facebook, twitter dan semua media sosial ni, boleh jadi satu dunia pun sudah mendengar keluhan penat lelah mereka.

Kita tak dengar & baca bukan makna keluhan mereka itu tiada. Kita tak lihat mereka menitiskan air mata depan anak cucu tak bermakna malam-malam bantal mereka tak basah dengan hingus & air mata.

Mereka manusia biasa. Mereka bukan robot. Maka, jangan main petik untuk menyedapkan komen kita, sedangkan kita tak tahu apa yang mereka benar-benar lalui.

Jadilah masyarakat yang bersifat seperti comforter yang menghangatkan di kala badan mengigil kesejukan.

Mohonlah kepada Allah agar sentiasa menyuburkan sifat kasih sayang, belas kasihan dan kemanusiaan dalam hati setiap dari kita, yang nampaknya semakin terhakis dari hari ke hari.

Sangat melegakan bagi penderita depresi apabila ada orang sudi mendengar luahan, memberikan semangat & memahami situasi yang dialami.

Depression is real. The struggle is real. The pain is real. I had mine once.

You feel like a living zombie with no will to live. You feel so unworthy, unwanted & replaceable. You unable to construct future, you unable to be a dreamer.

Hidup ini ibarat roda yang sentiasa berputar. Kadang kita di atas, kadang kita di bawah.

Jangan sesekali memperkecilkan ujian yang sedang ditanggung orang lain.

Ittaqullah. Takutlah kita kepada Allah sebelum mengeluarkan apa-apa komen. Kita tak tahu apa kesannya tulisan kita itu kepada hidup seseorang.

Semoga sahabat-sahabat wanita yang sedang diuji dengan depresi akan segera sembuh, sihat & ceria seperti sediakala.

Amiin.