Memang sedih dah risau bila barang hilang. Lebih-lebih lagi jika barang berharga dan ada nilai sentimental tersendiri. Namun jika dah rezeki tidak kemana. Berkat membaca ayat pertama surah Yassin sebanyak 41 kali, cincin yang terjatuh dan tercicir di tempat letak kenderaan dapat dijumpai semula.
Ini yang dikongsikan di Instagram Maryamanatiyang merupakan sahabat baik kepada Datin Anne Ngasri yang juga pemilik Mamy Scarves By Bawal Exclusive.
Dalam perkongsian video tersebut, Datin Anne Ngasri terjatuh di kawasan ‘parking’ area kedai pemilik butik lebih 2 minggu. Sewaktu di kawasan parking tersebut, tergerak hati untuk mencari semula cincin yang tercicir tersebut sambil membaca ayat pertama surah Yassin sebanyak 41 kali. Berkat amalan ayat tersebut, cincin emas yang tercicir akhirnya dapat dijumpai semula.
Ada petua yang boleh diamalkan dalam mencari barang yang hilang ini boleh dijadikan panduan.
Ads
PETUA : CARI BARANG HILANG!!!
Sebenarnya dah banyak kali Mamy cuba petua ni memang jumpa balik. Ada jugak beberapa kali Mamy baca tak jumpa, pastu Mamy mintak Mak bacakan pastu doa untuk Mamy.
Ya Allah makbul ye makbul! Doa Mak sama kan. Pernah sekali tu handphone dah hilang sebulan lebih. Lepas beberapa hari Mak baca Yaaasin 41 kali ni lepas solat tengok-tengok HP tu ada depan pintu rumah. Selama ni tak perasan pon.
Kuasa Allah. Tapi kalau tak dapat jugak anggaplah bukan lagi rezeki kita at least kita dah usaha dan doa kan. Jangan lupa save and share petua ni dengan sedara mara ke kawan-kawan!
Semoga Allah sentiasa limpahkan rezeki yang baik yang berkat buat sahabatku yang baik ni @annengasri_official .
Petua Mudahkan Urusan ‘Kerja’ Di Rumah, Guna Barang Yang Sedia Ada Je
Banyak petua-petua yang boleh dimanfaatkan oleh suri rumah tangga bagi memudahkan urusan di dapur. Bahan-bahan yang digunakan pula mudah didapati dan hanya menggunakan bahan-bahan di dapur sahaja.
Dalam keadaan ekonomi yang kurang memberangsangkan sekarang ini, kita guna sahaja apa yang ada di rumah. Selain dapat memudahkan tugasan, ianya juga dapat memastikan hasil kerja lebih efektif.
Berikut dikongsikan beberapa tip yang boleh diamalkan hanya menggunakan bahan-bahan yang mudah di dapati di rumah.
HILANGKAN BAU MASAKAN DI RUMAH
Berikut tip untuk menghilangkan bau masakan dalam rumah. Ini untuk rumah yang tiada ‘kitchen hood.’Selepas memasak tumis-tumis, memang akan bau satu rumah. Selepas mengemas dapur, boleh cuba rebus beberapa bahan ini untuk menghilangkan bau masakan di dalam rumah.
BAHAN-BAHAN:
Rosemary (yang kering pun boleh)
Cengkih
Kayu Manis
CARA-CARA:
1.Rebus ke semua bahan dalam 10 hingga 15 minit.
2.Gunakan api yang kuat. Tujuannya ialah supaya wap naik ke seluruh rumah.
3.Apabila semua bahan telah masak, tutup api. Sejukkan selama satu malam.
4.Air rebusan itu bolehlah ditapis kemudian dimasukkan ke dalam botol spray. Bolehlah spray satu rumah.
Hilangkan semut dengan cara guna bahan semula jadi. Selepas guna ubat halau semut atau petua lama tak menjadi, kita mungkin boleh ikut cara ini pula iaitu dengan menggunakan stoking lama dan juga penyembur halau serangga.
BAHAN-BAHAN:
Stoking lama
Ridsect atau Baygon
1. Mula-mula cari stokin lama yang kita dah tak pakai.
2. Kemudian potong empat, lebar dalam dua inci macam tu. Kalau kaki meja enam, potong enam.
3. Sarungkan stokin yang dipotong pada kaki meja, seterusnya semburlah dengan Ridsect atau Baygon. Spray keliling stoking untuk kesan yang lebih efektif.
4. Bolehlah tengok hasilnya, bukan setakat semut, lipas, malah cicak pun tak nak panjat meja makan. Selamat mencuba.
Ramai yang masih bekum tahu cara-cara yang betul untuk membersihkan siput sedut. Sebab itulah ramai yang malas hendak memasak siput sedut. Jika tidak kena dengan caranya, siput mungkin akan terasa pahit, rasa lumpur dan berlendir.
Berikut dikongsikan cara-cara untuk membersihkan siput sedut sebelum dimasak. Paling penting kena sediakan kelapa parut.
1. Beli siput ini petang, bawa balik masukkan dalam periuk. Gaulkan siput sedut ini dengan hampas kelapa dan biar semalaman (santannya simpan utk masak gulai nanti). Siput ni tak perlu basuh dulu pun.
INFO: Bila sudah digaul dengan hampas kelapa siput ini akan muntahkan segala kotoran, lumpur dan lendir yang ada. Siput akan jadi bersih dan bila buat gulai rasanya pun lebih sedap. Kuah juga akan elok cantik.
2. Selepas gaul dengan hampas kelapa jangan lupa tutup dengan penapis rapat-rapat. Tindih dengan lesung batu. Kalau tak, siput boleh merayap sampai satu rumah.
3.Esoknya sebelum cuci, kerat hujung ‘bontot’ siput tapi jangan pendek sangat, takut susah nak sedut. Boleh guna cutter.
4. Kalau ada daun pucuk ubi, semasa cuci siput boleh sental supaya kekotoran di badannya senang tanggal. Boleh juga guna sental dengan menggunakan span cuci pinggan. Selepas itu cuci bersih dan boleh terus dimasak.
Periuk yang rentung dan berkerak boleh membuatkan mood memasak bakal ‘ke laut.’ Macam biasa, kaum wanita bila di dapur, tangan sudah macam ‘sotong.’ Dalam satu masa kalau boleh macam-macam kerja nak dibuat.
Dalam pada banyak-banyak kerja yang dibuat dalam satu masa, mungkin akan terlupa masakan yang dimasak di atas dapur hingga rentung dan berasap. Jika periuk murah tidak mengapalah juga tapi kalau periuk mahal, memang terasa ralatnya.
Sebenarnya ada cara yang boleh dilakukan untuk membersihkan kembali periuk atau kuali yang hitam rentung ini.
BAHAN-BAHAN:
Baking powder atau soda bikarbonat
Lemon atau cuka
CARA-CARA:
Mula-mula panaskan air dalam kuali atau dalam periuk, masak hingga mendidih. Setelah mendidih masukkan soda bikarbonat atau baking powder.
2. Biarkan sejuk kemudian masukkan dalam periuk yang hitam tadi atau nak cantik rendam keseluruhan periuk.
3. Biarkan beberapa jam kemudian barulah disental. Kadang-kadang kotoran akan lekang sendiri dan bila kita sental manja-manja sudah berkilat semula.
4. Inilah hasilnya.
Moga petua-petua ini membantu anda memudahkan dan melancarkan tugas-tugas di dapur.
Nak bercucuk tanam, tidak perlu rasa bimbang ‘tangan panas’, pokok susah dan tak kurang juga malas nak menanam kerana ada sahaja serangga tanaman yang datang bertandang. Hinggakan macam-macam cara yang dilakukan supaya pokok tanaman dapat membuahkan hasil.
Ada banyak petua yang boleh mak-mak gunakan, bagi memastikan pokok tanaman hidup subur. Petua untuk elak serangga tanaman atau pun untuk pokok hidup subur. Bergantung kepada usaha mak-mak untuk mencuba mana yang sesuai.
Masalah lain selain pokok tak subur dan cepat mati, ada satu lagi yang membuatkan mak-mak tak senang hati. Nampak tanaman hidup subur, separuh jalan mulalah nampak serangga tanaman yang boleh membuatkan pokok mati dan ada juga yang ‘terbantut’.
Jadi, perkongsian Liyana Mohd Poad ini boleh mak-mak gunakan. Tak perlu risau sebab bahannya hanyalah kulit bawang. Biasanya, kulit bawang, mak-mak terus buang dalam tong sampah, kali ini simpan, boleh guna untuk spray pada tanaman.
Ini satu petua nak elak semut, ulat beluncas, kutu thrip, bena putih dan lalat.
Cara yang biasa digunakan oleh saya. Dalam tempoh tiga hari guna, sangat berpuas hati sebab semut kecil, dan hitam dah tak ada.
1. Kupas kulit bawang merah dan bawang holland. Kulit bawang putih pun boleh. Kumpulkan semua kulit bawang dalam satu bekas.
2. Ini bawang yang telah dikupas. ‘Mereka sedia untuk membawang’. Bawang ini digunakan untuk masakan saja.
3. Pastikan kulit-kulit bawang direndam seketika dalam beberapa minit sahaja.
4. Kemudian, isi air penuh dalam bekas kulit bawang tadi dan tutup bekasnya.
5. Simpan dua hari di bawah sinki dapur. Selepas dua hari, tapis airnya dan masukkan dalam botol 1.5L iaitu botol minuman yang besar sekali. Contohnya botol jus oren twister.Tambah air paip bagg penuh. Masukkan dalam botol spray 500ml separuh dan tambah air. Selepas itu, spray padaa pokok nyg bermasalah setiap pagi dan petang selang sehari. Semburkan [ada batang, daun dan tanah sekali. Insya Allah, masalah tanaman akan berkurangan.
sayur.
Selamat mencuba.
MW: Ada macam-macam cara nak bagi tanaman subur dan bebas dari serangga tanaman. Mak-mak yang suka menanam dan boleh cuba cara ini pula.
Setiap tahun apabila tibanya bulan Ogos, sudah pasti memberi makna kepada rakyat Malaysia kerana ini adalah bulan sambutan kemerdekaan Negara. Tahun ini bulan Ogos bertambah bermakna kerana Malaysia akan menjadi tuan rumah Sukan SEA.
Bagi saya pula, bulan Ogos tidak boleh dilupakan kerana inilah bulan saya dilahirkan. Seronok rasanya dapat berkongsi bulan dengan hari penuh bermakna buat rakyat Malaysia ini.
Setiap orang mempunyai cara tersendiri menyambut hari lahir mereka. Bagi saya, tidak pernah ada sambutan setiap kali usia saya bertambah. Cukup sekadar mengucap syukur kepada Allah kerana diberikan peluang untuk menikmati kehidupan dunia yang sementara ini.
Kalau bercerita mengenai bulan kelahiran ini, sudah pasti tidak dapat lari daripada mengaitkannya dengan zodiac atau bintang. Bagi bulan Ogos sudah pasti zodiac nya adalah Leo.
Masa kecil dulu jika terjumpa, saya baca juga ramalan bintang di suratkhabar. Bukannya hendak percaya sangat tetapi sekadar suka-suka. Tetapi sekarang ini sudah agak lama saya tidak membaca ramalan bintang. Ramalan ini bukannya boleh dipercayai. Kita hanya merancang dan Allah SWT yang menentukannya. Jangan pula kita percaya ramalan orang.
Berkaitan dengan ramalan ini, saya pasti kebelakangan ini anda akan melihat dan saya yakin ada juga yang pernah mencuba permainan ramalan di laman sosial. Biasanya apa yang perlu anda buat adalah menjawab beberapa soalan yang dikemukakan dan setelah selesai anda akan mendapat jawapan.
Saya yakin juga anda pernah menjawab soalan untuk artis mana yang sama seperti anda, apa karakter anda dan sebagainya. Saya percaya ramai yang mencuba ini hanya sekadar mahu suka-suka dan melepaskan rasa tension.
Kadang-kadang rasa kelakar juga dengan jawapan yang diberikan. Kadang-kadang rasa sakit hati juga. Namun hiburan ini ambillah sebagai hiburan dan jangan percaya seratus-peratus.
Ingatlah ! Sebagai umat Islam kita perlu percaya Qada dan qadar Allah. Jangan sesekali percaya apa yang keluar daripada mulut peramal yang sudah pasti dia itu juga adalah manusia biasa seperti kita.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Apabila aku dengar DPP bagitahu terdapat kesan air mani di dalam dubur anak aku .YA ALLAH gelapnya dunia .Tergamak kau buat anak aku yang baru 9 bulan. Kau tak layak dipanggil manusia!!! Kau memang binatang!!!