Kuih tart merupakan antara kuih kegemaran ramai. Baik dibuat saja-saja untuk makan sendiri ataupun dibuat berniaga pada musim-musim perayaan. Ada pelbagai resipi untuk menghasilkan kuih tart yang sedap.Namun perkongsian resipi oleh Anida Azmi ini, antara yang mak-mak boleh cuba kerana diakui sedap dan beliau buat berniaga menggunakan resepi yang dipelajari 25 tahun yang dulu. Jadi jika mak-mak nak tambah pendapatan sampingan boleh cuba resipi ini.
Berikut antara perkongsian beliau;
“25 tahun dulu saya dapat ilmu belajar buat kuih tart dengan yuran RM10.Ilmu yang saya dapat manafaatkan untuk tambah pendapatan saya. Alhamdulilah walaupun dah lama saya tingalkan perniagaan ini tapi hingga kini kuih ni memang menjadi kegemaran tetamu dan biskut yang wajib ada setiap kali raya. Dengan ikhlas hati saya kongsikan resipi ni untuk teman-teman disini. Mana tau boleh dijadikan pendapatan sampingan musim raya nanti.”
Royal Pineapple Cheese Tart
Bahan-Bahannya:
Tepung gandum 350grm (anggaran)
Buttercup 250grm
2 sudu besar tepung kastad
2 sudu besar tepung jagung
6 sudu besar Cream Cheese (saya guna jenama Tantura) kalau nak letak lebih pun boleh
Sedikit garam halus
1 biji kuning telor
Jem nenas secukupnya
Dulu masa niaga saya buat Jem sendiri
Tapi sekarang dah byk jual.Senang beli je (saya beli di Bagus Bakery)
IKLAN
Cara Membuat:
1. Satukan Buttercup cream cheese dan garam.
2.Masukkan kuning telor kacau sebati kemudian masukkan tepung gandum, tepung kastad dan tepung jagung. Uli sebati. Kalau adunan agak lembut boleh tambahkan sedikit lagi tepung.
3.Terap mengunakan acuan semperit dan gulung seperti biasa. Bila hendak dibakar sapukan kuning telor yang telah dicampurkan sedikit pewarna kuning.
4.Bakar dalam suhu 170~180 darjah Celsius selama lebih kurang 25min hingga 30min mengunakan api atas bawah.
IKLAN
**Saya letak dalam papercup supaya nampak kemas dan cantik.Tart ni gebu dan cair dalam mulut.Sedap!
Nenek pelakon, Elfira Loy meninggal dunia terkena jangkitan Covid-19, namun puncanya dari siapa masih tak tahu. Memang terkilan, tapi Allah yang menentukan.
Begitulah perkongsian Elfira tentang pemergian nenek kesayangannya di akaun instagramnya.
Nenek Elfira Loy Meninggal
Sebenarnya berat nak cerita , belum cukup nafas nak tahan air mata ni . Tapi untuk elakkan cerita bercelaru. El ceritakan,
Atuk El warded dekat Hospital sebab operation kaki , Alhamdulillah semua okay cuma memang duduk hospital untuk dimonitor.
Selepas beberapa hari, it was her turn to take the vaccine. Alhamdulillah semuanya ok.
Atuk tak mengalami sebarang simptom teruk.
“Puncanya Dari Siapa Tak Tahu. Terkilan, Tapi Allah Menentukan!”
Tapi selepas lima hari tak silap El, atuk disahkan positif . Disebabkan ada outbreak dalam ward. Ada berbelas orang disahkan positive.
It happened,
in the hospital.
Puncanya dari siapa masih tak tahu.
Memang terkilan ,
Tapi Allah yang menentukan ,
kami hanya Redha dengan ketentuan ini.
Menurut Elfira, selepas lima hari dimasukkan ke hospital bagi menjalani pembedahan di bahagian kaki neneknya disahkan positif Covid-19. Selain arwah neneknya, terdapat juga pesakit lain yang turut dijangkiti.
Sebelum itu, Elfira turut menzahirkan rasa syukur kerana segala proses pengebumian neneknya berjalan lancar.
“Assalamualaikum. Alhamdulillah dah selesai semua proses pengebumian nenek atok saya pada hari Jumaat yang mulia ini.
Atok… Fira sayang atok. Fira takkan lupa doa untuk atok hari hari Fira mintak kat Allah supaya atok tenang je dekat sana ok Fira mintak Allah hiasi kubur atok seperti taman di syurga Fira mintak atok tak rasa keseorangan Atok tak suka sorang-sorangkan. Fira ada kat sini Solat untuk atok Doa untuk atok Sedekah untuk atok. Alfatihah atok , Siti Rokiyah binti Saad
Rata-rata follower dan rakan artis mengucapkan takziah kepada Elfira dan keluarga atas kehilangan nenek tercinta.
Mingguan Wanita: Salam takziah buat Elfira Loy dan keluarga. Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang beriman dan Allah mengampunkan dosa-dosanya. Amin.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirsasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral. Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini. Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
Buat Aneka Kuih Frozen. Confirm sedap, laku keras. Dibuka pada 24 Julai 2021. Peserta diberi tunjuk ajar menyediakan beberapa jenis makanan sejuk beku yang laris di pasraan seperti donut, samosa, pizza dan banyak lagi. Sila klik pautan ini untuk pendaftaran //toko.ideaktiv.com/product/buat-aneka-kuih-frozen-confirm-sedap-laku-keras/
Dua tiga hari ini kecoh dengan berita kematian warga emas selepas menikmati hidangan laksa. Sampai ada mak-mak pakat-pakat nak pantang makan laksa. Kenapa pula laksa dipersalahkan?
Dalam posting facebook Ketua Jabatan dan Pakar Perunding Obstetrik dan Ginekologi, Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setah, Kedah, Datuk Dr Mohd Rushdan Md Noor menjelaskan perkaitan laksa dan kematian.
“Dua orang mati selepas makan LAKSA. Apa kaitan antara laksa dan kematian? Inilah yang pernah saya tulis mengenai kaitan di antara punca dan akibat (“causal relationship”).”
“Bila berlaku kes kematian akibat makan laksa, adakah semua orang kena PANTANG MAKAN LAKSA? Jawapannya TIDAK sebab punca kematian bukan laksa tetapi pencemar yang ada di dalam laksa.”
Pencemar ini telah menyebabkan keracunan makanan. Keracunan makananlah yang menjadi punca kematian.
“Di antara pencemar yang boleh menyebabkan kematian adalah bakteria, virus, toksin, sebatian kimia (racun serangga dan lain lain) dan logam berat.”
Kesimpulannya, punca masalah adalah PENCEMAR dan akibatnya KEMATIAN. Laksa tidak bersalah jika ianya tidak tercemar. Orang lain tidak perlu pantang makan laksa.
Bakteria Dari Jenis Ganas Akan Cepat Merebak
Dalam posting yang lain pula beliau menjelaskan agar penyakit bawaan makanan ini jangan diambil ringan. Sebab makanan keperluan harian manusia.
“Manusia mengendalikan makanan dan minuman sepanjang masa, bakteria sangat mudah dipindahkan daripada seorang kepada orang lain, dari satu lokasi ke lokasi lain.”
“Jika bakteria itu daripada jenis yang ganas dan cepat merebak maka kesannya sangat cepat.”
“Sukar untuk mengesan pembawa sebab mereka tidak ada gejala tetapi mereka melepaskan bakteria di dalam najis dan air kencing.”
Elak Jadi Keracunan Makanan, Doktor Pesan Buat 13 Perkara Ini
Sementara kes keracunan makanan masih lagi dikesan dan berkemungkinan disebabkan oleh jangkitan, maka kalau boleh :
√ Jangan makan di luar.
√ Inilah masanya kita pakat masak di rumah dan makan di rumah.
√ Beli bahan-bahan mentah secukupnya.
√ Pastikan membasuh makanan sebaik-baiknya dengan air yang dirawat.
√ Elakkan makanan separuh masak.
√ Simpan makanan mentah pada suhu 0-4 darjah selsius.
√ Jangan campur makanan yang sudah masak dan mentah.
√ Nyahbeku makanan mentah dengan sempurna.
√ Masak makanan dengan sempurna.
√ Masak air hingga mendidih.
√ Jika ada gejala keracunan makanan cepat-cepat jumpa doktor.
√ Minum air dalam botol lebih selamat.
√ Akhir sekali pastikan diri sendiri itu bersih dan bukan pengotor.
Minat Mohd Yusof Ali, 39 tahun ini lain dari orang lain. Sejak tahun 2008, dia sudah mengumpul koleksi barangan Milo. Dari suka-suka, sampai akhirnya jadi sentimental value yang susah nak dilepaskan.
Anak kelahiran Klang ini bermula dengan mengumpul cawan dan mug, bertambah sampai ke tin, barangan percuma, stiker pelekat sampailah replika motor menghiasai kediamannya.
“Bukan sekali, dua, pernah juga seorang kenalan ingin membuka sebuah kopitiam, dia tawarkan puluhan ribu untuk membeli kesemua barangan yang saya ada untuk dipamerkan di restorannya.
“Memang terus-terang saya tolak. Biar tawaran berganda namun ianya tidak mampu membeli kepayahan dan kesabaran yang saya lalui selama 10 tahun untuk menyimpan koleksi sebanyak ini.
“Bukan mudah untuk saya lepaskan barangan ini kepada orang lain begitu sahaja kerana ada sesetengah barangan memang sukar untuk ditemui.
“Lebih-lebih lagi barangan milo yang dikeluarkan sekitar tahun 1960-an. Kalau saya jual pada orang, mungkin saya tidak akan dapat balik barang tersebut.
“Beza jika saya memiliki sesuatu koleksi lebih daripada satu, saya akan menjual jika harga yang ditawarkan berpatutan.
“Kadang-kadang saya juga banyak berkongsi pengalaman dan pendapat dengan pengumpul Milo yang lain,” ungkapnya satu-persatu.
Sehingga hari ini, hampir 1000 jenis koleksi yang telah terkumpul. Dirinya juga sanggup menjelajah ke Johor dan Ipoh untuk mencari barang idaman yang masih belum berada dalam koleksinya.
Keunikan hobinya itu, setiap produk yang dikeluarkan berbeza ikut tahun dan negara sejak tahun 1930-an lagi.
Tak Mudah Nak Jumpa Yang Rare
Hobinya itu juga antara alasan untuknya mengenang kembali nostalgia dengan almarhum bapanya, Ali Kader sejak dirinya masih bersekolah.
Sebenarnya bapanya merupakan pemilik restoran, jadi saban bulan stok Milo akan dihantar ke kedai. Dari situ, Mohd Yusof akan menerima hadiah percuma atas pembeliannya.
Banyak barangan percuma yang dia perolehi termasuklah kotak pensel dan bekas minuman.
Sejak itu dirinya terbiasa dengan barangan ini. Sememangnya ia bukan sekadar barangan lama sebaliknya menyimpan kenangan manis zaman kanak-kanaknya.
“Saya memilih barangan Milo juga kerana jenama ini begitu dikenali tidak kiralah di kalangan kanak-kanak atau golongan dewasa.
“Jenama itu sendiri cukup evergreen dan kekal sepanjang zaman. Malah Milo juga menjadi produk minuman coklat dalam negara ini sejak dahulu lagi.
“Koleksi yang paling lama saya kumpul adalah set cawan dan tin Milo yang dikeluarkan sekitar tahun 1960-an. Saya memang teruja setiap kali dapat memilikinya. Bukan mudah nak dapat.
“Sesetengah barangan contohnya set cawan dan piring saya perlu masa bertahun untuk kumpul. Kadang-kadang perlu membeli cawan pada orang lain dan piringnya pula pada orang lain.
“Saya juga tak berkira jika mahukan sesuatu dan telah lama mencari barangan tersebut. Kerana minat yang mendalam saya sanggup keluarkan sedikit bajet,” ceritanya panjang lebar.
Dari Tahun 2016 Orang Dah Mula Datang Ke Galeri Di Rumah
Saat anda melangkah kaki ke kediamannya, sudah pasti anda akan teruja melihat susunan tin, cawan, mug dan barangan percuma Milo yang lainya tersusan kemas dan rapi di atas rak. Barangan Milo menjadi latar dekorasi kediamannya.
Tidak dinafikan saudara-mara dan rakan-rakan yang datang ke terataknya begitu teruja melihat koleksinya yang separuhnya tidak pernah mereka temui selama ini.
Mohd Yusof beruntung isterinya, Zaiton Sulaiman, 36 tahun juga turut menyokong minatnya dan sama sekali tidak menyekat kemahuan Mohd Yusof yang tegar mengumpul barangan Milo.
Malahan kadang-kadang dia turut sama turun padang membant suaminya mendapatkan barangan Milo.
Dalam masa yang sama, bagi mengekalkan kondisi barangan Milo agar terjaga, pemuda ini turut menghabiskan masa senggannya dengan mengelap dan mengemas setiap koleksinya agar tidak kotor dan berhabuk.
Sejak dibuka kepada orang ramai pada 2016 yang lalu, Mohd Yusof tidak lokek berkongsi keterujaannya dengan orang yang datang berkunjung.
Di samping itu, dirinya turut memasang impian untuk membuka sebuah galeri yang lebih besar dan selesa agar lebih ramai dpat berkunjung dalam satu-satu masa. Maklumlah sekarang galeri Milonya berpusat sementara di rumah, jadi waktu melawat adalah terhad, lagi pula dirinya bekerja.
Kelab Peminat Pun Ada
Tambahnya, semua koleksinya adalah hasil pengumpulannya sendiri dan sesetengahnya pula dibeli dari komuniti barangan Milo. Bagi memudahkan pengumpul barangan Milo berkongsi pengalaman, Mohd Yusuf turut menubuhkan Kelab Peminat Barangan Milo Malaysia dan aktif di laman sosial, Facebook.
Kelab ini dapat dijadikan platform bagi ahli-ahli yang telah mencecah 3000 orang untuk bertukar pandangan, berkongsi maklumat dan apa sahaja berita berkaitan barangan Milo.
Selain mendapatkan barangan yang dikehendaki menerusi kelab ini, malahan Mohd Yusof merasakan ianya menjadi medan untuk mendapatkan kawan baru yang memiliki minat yang sama.
Bagi mengeratkan hubungan silaturahim, selaku Presiden kelab ini turut mengadakan perjumpaan semula saban tahun buat 200 ahli yang aktif dari seluruh negara.
Foto : Mohd Izari Rosli
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Nahas tragedi helikopter TLDM, lelaki buat hantaran jelik didenda RM23,000. Gara-gara menghina nahas tragedi dua helikopter bertembung di udara dua hari lalu, seorang peniaga...