sihir

Normal kalau sesekali pasangan suami isteri bergaduh tetapi kalau dah sampai timbul perasaan benci waktu tengok air wajahnya tanpa sebab, tolonglah renungkan perkongsian Doktor Muhammad Hassan ini.

Bukan cerita rekaan tetapi ini pengalaman rakan terdekatnya yang mana si suami tetiba berubah sikap jadi pemarah kerana timbul dan nampak pelik-pelik dalam rumah tangganya.

Jadi Benci Tengok Wajah Isteri

Ini berlaku kepada rakan saya sendiri, kesan sihir yang beliau hadapi sekarang. Beliau adalah pensyarah di sebuah universiti, dikurniakan 3 cahaya mata. Dulu beliau seorang yang sangat penyayang, lemah lembut dan sentiasa menghargai isteri dan anak-anak.

Senang cerita beliau ini langsung tiada ciri ciri ‘suamiku dajjal’. Nak jentik telinga isteri jauh sekali apatah lagi mahu menengking isteri dan anak-anak.

Namun awal januari lepas beliau terpaksa buat keputusan untuk berjauhan dengan isteri seketika. Lagi beliau sedih dapat pula tekanan dari pihak isteri supaya memilih untuk berpisah. Namun jika ini yang terbaik maka beliau akur demi kebaikan isteri.

Puncanya SIHIR.

IKLAN

Pernah suatu hari isteri mesej ajak makan tengah hari dirumah bersama . Isteri masak sedap-sedap, tapi balik rumah nak makan tengok dalam lauk penuh dengan ulat. Tengok muka isteri nampak tua, bau busuk. Paling saya terkejut beliau cerita (sambil menangis teresak esak) Beliau nampak muka isteri berwajah anjing.

Pernah nampak isteri sedang ‘bersama’ lelaki lain dalam bilik, sedangkan isteri sedang tidur bersama anak. Sampai satu tahap datang bisikan supaya memukul isteri. Dari situlah bermulanya beliau kerap memukul isteri sehingga ditahan ke lokap.

Apabila berjauhan perasaan rindu membuak buak, namun apabila balik ke rumah tengok wajah isteri terus datang perasaan benci.

IKLAN

Kejadian ini bermula berlaku pada tahun 2014 lagi, beliau kerap bermimpi perkara pelik, sering nampak kelibat di ruang tamu.

Pelbagai rawatan, ubatan, dan solat hajat setiap malam dilakukan . Akhirnya Allah zahirkan dalam mimpi dengan jelas wajah orang yang sihir beliau.

Nak tau bagaimana sihir ini dilakukan?

Ketika merenjis tepung tawar hari pertama perkahwinan beliau dan gambar perkahwinan digunakan untuk upacara sihir.

IKLAN

Ustaz rawatan islam memaklumkan kepada beliau. Jin yang mereka guna ini terlalu kuat dan jadikan badan beliau sebagai perumah. Badan akan jadi panas apabila dengar azan dan ayat-ayat Al Quran.

Agak menyedihkan saya lagi. Melihat laporan ujian darah dari hospital,beliau disahkan hyperthyroidism. Dari sudut perubatan apa yang berlaku kepada beliau ada kaitan dengan masalah kesihatan. Namun saya tidak menafikan masalah SIHIR yang beliau hadapi sekarang dan sudah tentu beliau perlukan rawatan untuk kedua kedua masalah ini.

Maka Celakalah bagi mereka yang bersekongkol dengan syaitan untuk merosakkan keluarga bahagia ini. Terimalah azab yang pedih dari Allah bagi mereka yang mengamalkan ilmu sihir.

Beringatlah Dan Kalau Boleh…

Sahabat. Jangan lupa amal surah Al Baqarah 285-286 setiap hari. Elakkan upload gambar penuh bersama pasangan atau kecantikan difacebook untuk mengelakkan dari ‘penyakit ain’. Dan Jangan terima apa-apa pemberian barangan yang pelik dari orang yang kita tidak kenali atau orang yang kita kenali.

JAUHI ILMU SIHIR.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI