Bila menanti kelahiran cahayamata memang luarbiasa seronoknya. Terutamanya bakal menimang anak mahupun cucu pertama. Kalau boleh ada sesuatu, misalnya tilam lembik yang boleh dijadikan kenangan manis buat mereka.
Buat mak-mak yang pandai menjahit,boleh cuba buat tilam lembik untuk bayi seperti tutorial yang dikongsikan oleh tukang jahit Encik Anuar Chik ini. Lebih puas hati,istimewa dan ada nilai sentimentalnya yang tersendiri bila jahit sendiri berbanding beli.
Berikut perkongsian tersebut;
Tiba tiba anak menakan kami call siap ke dak lagi tilam baby dia….huhh. Dengan sepantas kilat tiba tiba laju jer jahit siap.
Bawah ni ada cara jahitnya.
Bahan Diperlukan:
Kain Cotton
Betting Fiber
Cara Membuat:
1. Sebalum jahit, potong fiber dan kain ikut ukuran. Ni macam tilam lembek ukuran 40 inci x 40 inci. Buat garisan lurus kotak kotak pada sebelah lapisan kain anggaran 5 inci tiap jarak.
2.Ni caranya letak fiber ni. Fiber ni 1 inci. Ikut kita nak letak berapa lapis pun. Fiber ni boleh dibeli secara meter di kedai alat jahitan. Cakap nak beli Betting Fiber yang jual meter, bidang 60. Beli ja berapa meter nak pakai.
Ads
3.Sebelum jahit kotak tu kena jelujur keliling dulu. Sebab tak bagi fiber tu bergerak masa nak jahit garis kotak tu. Jahit ikut garis yang dilukis sebalum ni sampai habis. Dah siap ketepikan dulu.
4.Ni untuk border keliling. Ukuran 4inci lebar, panjang sama jarak keliling tilam.
MW: Mak-mak yang pandai menjahit, boleh cuba buat sendiri tilam lembik untuk bayi ni. Pastinya lebih puas hati,istimewa dan ada nilai sentimentalnya yang tersendiri bila jahit sendiri berbanding beli di pasaran.
Seronok bila bercucuk tanam, pokok jadi subur, berdaun hijau, berbunga dan berbuah meriah. Hilang segala penat berkebun tu. Kalau mak-mak dah cuba macam-macam cara dan baja, pokok payah nak subur boleh cuba siram baja roti seminggu 3 kali. Cara nak buat mudah, kosnya pun murah sangat.Hasilnya memang puas hati, jimat dan berbaloi!
Boleh cuba buat sendiri baja roti seperti yang dikongsikan oleh Puan Intan Suhana ini;
“Gara-gara kebun keliling rumah menunjukkan perkembangan yang sihat dan positif, mak happy sangat. Maka mak rasa nak kongsi satu petua ringkas menyuburkan tanaman yang dah ramai orang cuba dan berjaya.”
“Kak intan panggil resepi ini baja roti. Kalau ikutkan nama sebenarnya MOL (Mikroorganisma Lokal). Kos nya murah amat. Hanya perlukan air dan roti yang sungguh enak dimakan begitu saja haha.”
“Cara nak buat pun mudah aje. Tak perlu guna tenaga beria. Dah jadi nanti, cuma siram dan lihat keajaibannya. Semua pokok tanaman kita akan berkembang biak, pucuk baru makin meriah, daun bukan main hijau, kemudian kalau yang tak pernah berbuah tu nampak dah mula keluarkan buah.
Mari kita baca dan cuba buat hari ini juga.
Bahan-Bahan:
Sekeping roti yang masih baik
Air sebanyak 1.5 liter
* Air hujan atau air basuhan beras je tau.
* Kalau nak guna air paip, sila dedahkan dahulu air kepada cahaya matahari seharian supaya dapat hilangkan/ kurangkan kandungan klorin.
* Ramai yang tanya pasal air ni. Disebabkan sekarang kebanyakan kita dah ramai yang pakai penapis air di rumah, takde masalah pun nak guna air paip andai kita sedia maklum bahawa penapis air kita tu boleh menyingkirkan kandungan klorin.
* So silalah gunakan air coway, air cuckoo dan yang sewaktu dengannya.
Cara-Caranya:
1. Koyak-koyakkan roti dan masukkan dalam botol, kemudian masukkan air. Pastikan air yang digunakan bukan lah air yang berklorin ye.Sebaiknya guna air hujan atau air basuhan beras.
Kak intan gunakan air hujan yang ditadah khas untuk siram pokok-pokok keliling rumah ni ha.
2. Kemudian peram, letak ditempat gelap. Kak intan letak kat dalam kabinet dapur bawah sinki.
Minimum peram 4 hari pun dah ok. Tapi paling efektif minimum peram selama 7 hari. Pastikan selepas setiap 3 hari pastikan penutup botol dibuka bagi mengeluarkan gas yang terhasil akibat proses peraman atau penapaian ni. Saintifik sikit bunyi nye kan.
Kalau lupa buka penutup botol tu bersedia lah untuk menghidu bau masam satu rumah sebab ia bisa meletop ngerti nggak.
MOL ni seeloknya digunakan dalam tempoh 14 hari. Tapi ia juga boleh tahan sampai setahun kalau rajin bagi dia gula merah setiap 6 bulan sebagai sumber makanan untuk mikrob yang terhasil.
Kuantiti gula merah kita agak-agak saja okeh. Sebab kak intan pun belum sampai tahap bagi makan mikrob ni lagi. Nebes
Kak intan suka gunakan nisbah sendiri haha. Ku taruk roti 4 keping sebab nak sesuaikan dengan nisbah air yang ku anggap ada dalam 6 liter kot bekas penyiram ni. Nak ikut ikutlah.
Bila baja dah jadi ku tuang saja sebotol baja ini ke dalam bekas ni dan tambah aje air hujan sampai penuh bekas.
Kemudian round aje keliling rumah siram pokok-pokok kesayangan sambil nyanyi lagu “Dimatamu”. Biar pokok pun terhibur .
Haaa tengok tu. Pokok bunga lily ni memang tak rajin berbunga. Lepas kena siram dengan baja roti ni berlumba-lumba batang bunga dia keluar.Tapi sayang. Udah kena libas separuh dengan suamiku si tukang mesin rumput.
Daun kesom yang gemok. Nasib baik tak ikut tuan dia yang keding haha.
Daun kucai ni bagus. Mencontohi kekedingan tuan nya kahkah. Tapi subur okeh.
Sebelum ni pokok limau purut ni togel gara-gara ulat beluncas. Setelah si beluncas dibasmi dengan rasa bersalah, ku siram dengan baja roti seminggu 3 kali. Hasilnya nahhh daun baru bukan main meriah.
Paling sedih pokok delima ni. Hidup segan mati tak mahu je asalnya. Sekarang kemain lagi dia. Sampai senget sebelah. Ko nak ke mana tu. Jiran sebelah tak balik minggu ni.
Paling best pokok belimbing buluh ni. Berbuah buat pertama kalinya selepas berapa kurun ku tanam. Buahnya semalam udah ku petik buat sambal tumbuk dengan ikan bilis. Perghhhh
Info Ekstra!
Kalau dah ikut sukatan 1.5 liter air + 1 keping roti tak payah tambah air dah kalau nak siram pada pokok.
MW: Mak-mak yang suka bercucuk tanam, tapi pokok payah nak subur dan tak berbuah mahupun berbunga, cuba siram dengan baja roti ni. Buat sendiri je,mudah tapi hasilnya memang puas hati ikut cara yang dikongsikan ini.
Bantal yng digunakan di rumah lama-kelamaan pasti ada tompokan kekuningan, kotor dan agak berbau. Jika tak bersarung bantal memang geli dibuatnya. Sebenarnya ada cara mudah nak bersihkan bantal sebegini.
Boleh cuba cara yang dikongsikan oleh Nismiraa menerusi akaun TikTok nya. Macam tak percaya lihat hasilnya, hanya guna 3 bahan bantal kembali bersih macam baru dan tak berbau busuk lagi.
Mingguan Wanita: Wah menarik tip hilangkan tompokan ‘peta’ dan bau busuk pada bantal ni. Memang berkesan hasilnya, bantal elok kembali bersih dan nampak macam baru. Jadi sebelum nak beli bantal baru elok cuci dulu ikut tip yang dikongsikan ini.
SERTAI & DAFTAR SEKARANG KURSUS KEMAHIRAN ASAS BANGKIT WANITA:
Yuran murah dan berbaloi-baloi. Klik link di bawah ini:
Mudah sangat kerja-kerja mencuci dengan spray magic ni. Sebab tak perlu ambil masa yang lama pun untuk mencuci bilik air ke, peralatan dapur yang lekat kotoran degil.
Paling seronok, benda magic ni cuma ambil masa 10 ke 15 minit untuk mencuci habis kotoran degil tu.
Caranya, 1. Spray dekat kawasan yang nak dibersihkan. 2. Tinggalkan dalam 10 ke 15 minit. 3. Siramlah air dekat tempat tadi. 4. Nak cuci guna span ke magic sponge pun boleh lepas tu.
Punyalah happy mak-mak yang dah try benda alah ini. Sebab dah tak perlu nak buat teruk-teruk kerja menyental tu. Kosnya pun berbaloi dengan fungsinya yang berkesan itu.
Suri ini, Dariena Ghazali dan Azni Latif dah cuba. Kata Dariena kerja mencuci bilik air jadi mudah. Macam itu jugak Azni kongsi, yang masih tak percaya punya mudahlah nak bersihkan tempat letak pinggan mangkuk tu.
“Terima kasih yang teramat kepada ahli group #kemasrumahwithhani… Saya rasa macam nak nangis bila cuba bende ni dan ianya memang ajaib.. Maaf tandas rumah saya lama, tak cantik, tapi tengoklah hasilnya, saya berjaya membasuh 3 buah tandas sambil tersenyum… Terima kasih semua.
Kata Dariena, disebabkan bilik airnya kecil. Setengah botol saja digunakan untuk kerja-kerja mencuci.
Cara Azni Latif Guna Spray Magic Ini
Benda yang paling susah nak cuci sebab berliku-liku.. nak masuk span tak lepas, berus pun tak lepas. Kita spray je pakai magic clean ni.. tinggal 10 minit siram dengan air banyak-banyak ( hilangkan bau kimia) lepastu jemur.
Bagi mak-mak yang rajin menyental, mencuci celahan bekas pinggan boleh dapatkan idea di sini :
Berus cuci celahan tray, boleh beli dekat IKEA.
Guna berus botol tupperware, bersih nanti semua celah-celah tu.
Pakai berus Ikea jenis kembang macam ni pun boleh.
Mana Nak Dapatkan Spray Magic Tu.
Hasil tinjauan Mingguan Wanita, spray magic ini boleh dibeli di kedai online Shoppemahupun Lazada. Mak-mak juga boleh dapatkan di Watson, TESCO, Jaya Grocer, Jusco
Kata pengguna yang dah pernah guna, bila ada harga offer, satu botol tu boleh dapat harga RM10.90 saja.
Pelajar tingkatan tiga trauma dipercayai Dirogol dua pelajar senior di dalam kelas dan dirakam video. Seorang pelajar perempuan Tingkatan Tiga di sebuah sekolah menengah di Alor Gajah dilaporkan mengalami trauma teruk dan enggan ke sekolah selepas dipercayai menjadi mangsa rogol bergilir-gilir oleh dua pelajar lelaki senior.