Biasanya bila nak potong atau jahit kain jenis pleated atau berlipat-lipat, ramai yang jahit jelujur dahulu satu persatu. Bukan apa bagi mengelakkan ukurannya ‘lari’ mahupun susah nak dijahit nanti. Namun sebenarnya, salah satu ilmu jahitan bila nak potong kain jenis pleated adalah lekatkan dengan masking tape terlebih dulu. Rupanya ia lebih memudahkan kerja dan menjimatkan masa berbanding perlu jahit jelujur satu persatu.

Berikut perkongsian daripada Tukang Jahit Zulaiha Ibrahim sebagai rujukan;

“Ramai yang tanya camne nak gunting kain pleated. Ni cara saya, tak kuasa nak jelujur kita. Bercinta nak jelujur satu persatu ni. Lambat kerja. Mula-mula dulu pun jelujur lama-lama..tengok masking tape ni ada je terletak. Try buat senang terus kerja. Dah jahit kain pinggang nanti cabut je.Nak kongsi ilmu sikit. Moga membantu pada yang nak tau.”

1.Ni pleated yang kecik sikit. Mana-mana pleated sama je caranya.

Gunting Kain Pleated Lekat Masking Tape Dulu, Tak Perlu Jahit Jelujur!

2.Tadaa….ni la dia..masking tape tak payah nak jelujur satu satu.

Gunting Kain Pleated Lekat Masking Tape Dulu, Tak Perlu Jahit Jelujur!

IKLAN

3. Ukur dan gunting labuh kain sepatutnya.

Gunting Kain Pleated Lekat Masking Tape Dulu, Tak Perlu Jahit Jelujur!

4. Ni bahagian luar. Lekat je, dah tak susah nak jahit.

Gunting Kain Pleated Lekat Masking Tape Dulu, Tak Perlu Jahit Jelujur!

IKLAN

5. Sis potong lurus je. Jadi la camni. Tapi belum jahit lagi.

Gunting Kain Pleated Lekat Masking Tape Dulu, Tak Perlu Jahit Jelujur!

Moga bermanfaat pada yang berminat nak mencuba.

Gunting Kain Pleated Lekat Masking Tape Dulu, Tak Perlu Jahit Jelujur!

IKLAN

Info Ekstra!

  • Masking tape tu solatape yang macam kertas tu, kita boleh koyakkan bila dah siap jahit.

Gunting Kain Pleated Lekat Masking Tape Dulu, Tak Perlu Jahit Jelujur!

  • Kain A Cut tu kena potong senget camtu la ye. Selepas itu, tepi jahit lurus macam biase. Punggung ikut saiz, bawah kembangkan ikut habis kain je..tapi tengoklah kesesuaiannya juga.
  • Kain tak perlu tambah kelonggaran dan boleh potong kecil sikit dari ukuran betul sebab nanti kainya akan memeri.
  • Pleated ni banyak jenis. Ada yang besar lipatannya ada yang kecik-kecil.
  • Hujung bawah kain tu perlu dijahit setengah inci @ bbseam. Saya tengok pada kesesuaian.

Selamat Mencuba!

Baca Lagi Di Sini: Tukang Jahit Ini Kongsi Ilmu & Tunjuk Tutorial Mudah Cara Buat Kain Duyung ‘Ruffle’ Yang Cantik!

MW: Semoga perkongsian ilmu jahitan ini bermanfaat buat mak-mak yang nak cuba jahit kain jenis pleated. Cukup mudah rupanya bila guna masking tape, tak perlu susah payah nak jahit jelujur dahulu sebelum potong kain.

Sumber: Zulaiha Ibrahim

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI