Terharu Tengku Permaisuri Norashikin sudi mengenakan tudung Fazura harga kurang rm30, begitulah luahan perasaan selebriti jelita yang juga kini bergelar usahawan tudung, Nur Fazura Sharifuddin.
Sebelum ini Tengku Permaisuri Norashikin berkenan menghadiahkan seutas rantai berlian buat puteri kesayangan Fazura iaitu Nur Fatima Aisya sempena ulang tahun kelahiran yang pertama.
Fazura juga pernah menerima kepingan syiiling emas dan beberapa naskhah buku agama daripada Tengku Permaisuri Selangor.
Terbaru Fazura sekali lagi menzahirkan rasa selepas Tengku Permaisuri Norashikin berkenan mengenakan tudung daripada jenamanya iaitu Tudung Fazura.
Menerusi hantaran Instagram terbaru ibu kepada Fatima ini telah memuat naik beberapa keping foto yang memaparkan Permaisuri Selangor berkenan memakai sehelai tudung berwarna biru muda dan bercorak bunga ketika berangkat hadir ke sebuah majlis penyampaian sumbangan.
“Redup pandangan, sejuk mata memandang, dari mata turun ke hati. Faz sangat kagum, bersyukur dan berbesar hati melihat DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin berkenan mengenakan Tudung Fazura.
“Dalam kita sering didendangkan dengan kisah-kisah hartawan, sungguh menginsafkan melihat seorang permaisuri negeri berkenan mengenakan tudung dengan harga kurang dari RM30.
Kelahiran anak-anak kembar pastinya dinanti-nantikan bagi setiap pasangan suami isteri. Melihat keletah anak-anak yang comel, bergaya sedondon dan membesar bersama-sama. Kembar dua dan tiga mungkin perkara biasa, namun bagaimana jika ditakdirkan hamil dan bersalin kembar 9 sekaligus? Memang tak dapat dibayangkan situasinya.
Seorang wanita dari Mali, Halima Cisse,26 yang memecahkan rekod dunia baru-baru ini dengan melahirkan sembilan bayi kembar atau dikenali sebagai nonoplet secara pramatang pada Mei lalu, dilaporkan kini bersiap sedia untuk pulang ke negara asalnya.
Lapor Daily Mail, sekeping gambar memaparkan Cisse bergambar bersama suaminya, Abdelkader Arby, 35 dan sembilan anak kembarnya didedahkan buat pertama kali.
Kehamilan isteri kepada tentera laut ini menarik perhatian ramai apabila wanita itu selamat melahirkan sembilan anak kembarnya menerusi pembedahan di klinik Ain Borja di Casablanca, Maghribi, Mei lalu.
Cisse turut memecahkan rekod dunia dipegang oleh Nadya Suleman yang melahirkan lapan anak kembar, 2009.
“Saya lega semuanya berjalan lancar dan saya gembira dapat menjaga mereka.
“Anak saya semakin kuat setiap hari dan mereka mungkin dibenarkan keluar hospital tidak lama lagi. Jadi kami boleh bawa mereka pulang ke rumah,” kata Cisse.
Sembilan bayi kembar itu terdiri daripada lima perempuan dan empat lelaki. Empat bayi lelaki tersebut dinamakan Oumar, Elhadji, Bah dan Mohammed VI.
Manakala lima bayi perempuan tersebut pula diberi nama Adama, Oumou, Hawa, Kadidia dan Fatouma.
Dilaporkan, semua anak kembar Cisse mempunyai berat badan antara 500 gram hingga 1 kilogram (kg) semasa dilahirkan dan mereka terpaksa diletakkan dalam inkubator di unit rawatan rapi (ICU) hospital selama beberapa bulan.
Kembar luar biasa ini pada awalnya dijangkakan mampu bertahan 50-50. Bagaimanapun, semuanya kuat semangat, berjaya melepasi tempoh sukar dan kritikal hingga bebas inkubator sejak Ogos lalu.
Namun kini, semua anak kembar wanita itu bertambah berat badan dan terus menunjukkan perkembangan kesihatan baik yang bermakna mereka boleh pulang ke Mali tidak lama lagi.
Susulan itu, bayi-bayi berkenaan berpindah ke sebuah pangsapuri berdekatan hospital bagi memudahkan dipantau kakitangan perubatan.
Memiliki bayi yang ramai, Cisse terpaksa menggunakan 100 keping lampin pakai buang dan menyediakan enam liter susu sehari.
Kandungan kembar sembilan menjadi perhatian dunia selepas Cisse hamil tanpa sebarang rawatan kesuburan. Pada awalnya dia dikatakan hamil kembar tujuh sahaja. Berat perut Cisse juga dikatakan mencecah 30 kilogram, termasuk air ketuban.
Bayi-bayi tersebut dilahirkan pada usia pramatang melalui pembedahan caesarean. Cisse difahamkan berada diambang maut selepas bersalin kerana kehilangan banyak darah.
Lapor Daily Mail, bil hospital sahaja cecah RM5.71 juta yang mana sebahagiannya ditanggung kerajaan Mali.
Halima Cisse dan suami terdahulu memiliki anak sulung perempuan, Souda berusia dua tahun setengah.Pasangan ini tinggal di kediaman mereka di Timbuktu, Mali yang mempunyai tiga bilik tidur.Untuk itu, mereka merancang untuk membesarkan rumah bagi menampung keperluan anak seramai 10 orang.
Sebelum ini, rekod kelahiran bayi kembar paling ramai dipegang wanita bernama Nadya Suleman dari Amerika Syarikat.Wanita tersebut melakukan rawatan kesuburan untuk hamil dan dikurniakan bayi kembar lapan pada 2009.
Mingguan Wanita: Kebesaran tuhan.Hebatnya mampu mengandung dan bersalin anak kembar 9. Semoga ibunya anak-anak kembar yang dilahirkan membesar dengan sihat dan sempurna. Selamat pulang ke rumah!
“Kalau degil, balik kampung tanpa divaksin, apa-apa terjadi korang muhasabalah sendiri” tulis Dr Izzar seperti mana yang dikongsi menerusi hantaran di akaun Instagramnya.
Suami kepada pelakon Ummi Nazeera, Dr Mohd Izzar Anwari Abdul Khani atau Dr Izzar juga turut menasihati dan memberi tip berguna buat mereka yang ingin merentas negeri dan balik ke kampung.
Seperti yang dinanti-nantikan rakyat Malaysia, akhirnya Perdana Menteri telah mengumumkan kebenaran merentas negeri yang bermula pada 11 Oktober lalu.
Sememangnya ramai yang teruja untuk menjenguk ibu bapa tersayang di kampung selepas hampir sembilan bulan kerajaan melarang pergerakan rentas negeri.
Namun harus diingatkan kebenaran pergerakan merentas negeri hanya mereka yang lengkap divaksin.
“Alhamdulillah 90% orang dewasa di Malaysia sudah divaksinasi lengkap.Tahniah!
“Bolehlah merentas negeri balik kampung. Kepada yang enggan divaksin, kirim lah barang dari kampung. Kalau nak pulang kampung juga walaupun memilih untuk tidak divaksinasi, ingat risiko yang anda bawa kepada ahli keluarga anda,” nasihat Dr Izzar.
Malah Dr Izzar juga berkongsi tip yang boleh diamalkan buat mereka yang ingin pulang ke kampung.
“Sebelum pulang ke kampung, buatlah penilaian kendiri C-19. Ingat TRIIS
1️⃣ TEST – Buat ujian saringan C-19 kendiri
2️⃣ REPORT – Laporkan keputusan ujian di MySejahtera walaupun negatif
3️⃣ ISOLATE – Kalau positif. Tak perlulah pulang kampung lagi. Asingkan diri di rumah dahulu. Patuhi HSO oleh KKM
4️⃣ INFORM – Beritahu kontak rapat anda positif C-19 dan maklumkan kepada CAC berhampiran jika gejala atau kesihatan semakin merosot
5️⃣ SEEK – Pergi ke pusat perubatan atau CAC jika mengalami gejala berat seperti sakit dada, sesak nafas atau suhu badan terlalu tinggi.
Was-was, boleh ke dapat Covid dari makanan atau bungkusan makanan? Suami kepada pelakon Ummi Nazeera, Dr Mohd Izzar Anwari Abdul Khani telah berkongsi info berguna secara umum terutamanya buat mak-mak yang kadangkala keliru samaada wabak bahaya, Covid-19 boleh berjangit dari makanan atau bungkusan makanan.
Menerusi perkongsian di akaun Instagramnya, Dr Izzar telah sudi berkongsi info berguna di mana rupa-rupanya tidak perlu disinfeksi bungkusan makanan.
“Boleh ke dapat COVID dari makanan atau bungkusan makanan?
“Kadang-kadang balik dari pasar atau ambil bungkusan makanan dari penghantar makanan tu, risau juga kot-kot ada virus C-19. Bahaya ke?
“Tiada sebarang bukti mengatakan kita boleh dapat C-19 melalui makanan atau bungkusan makanan. C-19 merebak melalui respiratory/pernafasan dari titisan air/ aerosol orang dijangkiti yang batuk atau bersin.
“C-19 tak hidup atas permukaan makanan seperti buah, sayur, makanan beku sebab C-19 memerlukan host /perumah yang hidup (manusia) untuk terus hidup,” tulis Dr Izzar.
Dr Izzar juga memberi info saranan dari WHO.
Apa yang disarankan WHO ialah:
✅ Bersihkan sayur / buah dengan air biasa yang bersih sudah memadai.
✅ Tak perlu disinfeksi bungkusan makanan. Tetapi, perlu mencuci tangan betul2 selepas mengendalikan bungkusan makanan dan sebelum makan.
Kena Patuh SOP
“Sama lah macam kalau dapat parcel. Saya buka siap-siap di luar rumah tu, ambil isi parcel dan bawa masuk rumah. Lepas tu cucilah tangan betul-betul.
“Pergi pasar/ mall pun semua kena patuh SOP kan. Nak masuk pun kena lengkap vaksinasi. Tangan pun perlu kerap dicuci. Kalau semua ni dijaga, insyaAllah okay.
“Ingat ya 3 cara utama virus COVID-19 merebak,” tulis Dr Izzar.
Ibu bapa anak kanak-kanak yang tertinggal di dalam kereta semalam dilihat sukar mengawal perasaan dan hanya menangis ketika menunggu jenazah anak di Unit Forensik Hospital Rembau.