Spray gun, satu lagi peralatan yang menjadi sebutan dan di cari oleh semua orang. Dikatakan dapat membantu nyah infeksi covid-19 terutamanya bila berada di rumah.

Kalau biasa kita menggunakan tisu basah atau spray kecil, kini ada lagi canggih untuk orang ramai praktik dan gunakan iaitu spray gun.

Namun, sejauh manakah keberkesanannya? Memanglah ia membantu untuk mencegah covid-19, tapi dari segi keselamatan diri, ia belum tentu terutamanya bila digunakan di rumah.

Keadaan ini turut dikongsi oleh Dr Izzar Anwari yang juga tidak berapa menggalakkan untuk kita menggunakan sray gun terutamanya di rumah. Ada risiko keselamatan yang mak ayah perlu tahu bila guna ini.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Kuku Tangan Mempunyai Garis Putih Melintang Yang Ketara, Petanda Dijangkiti Covid-19

Doktor Ini Kongsi, RISIKO Jangkitan Covid-19 Wanita Hamil Lebih TERUK, Bersalin Awal!

Info Lebih Menarik DI SINI

Spray Gun Selamatkah?

Sekarang ini, banyak jualan pada produk spray gun untuk nyah-infeksi (disinfection) permukaan-permukaan di rumah. Di pasaran ada banyak jenis alat spray ini bergantung pada harganya juga.

Antara electrostatic sprayer, fogger, misters, atau vaporizer. Alat ini berfungsi dengan menukar cecair chemical disinfection itu ke bentuk aerosol, lalu ia juga akan berada lama di ruang udara terutamanya jika kawasan tu ventilasi tidak bagus. Chemical dalam bentuk aerosol ni boleh memudaratkan kulit, mata atau pernafasan kita.

Penggunaan produk ini tidak dihalang untuk digunakan, digalakkan atau tidak digalakkan unntuk peralatan nyah infeksi covid-19. Namun, apa yang boleh dikatakan jika ia digunakan hendaklah sangat berhati-hati.

IKLAN

Jika Electrostatic Sprayer atau Fogger digunakan :

1. Perlu digunakan oleh orang yang terlatih
2. Menggunakan chemical disinfection yang approved
3. Mengikut arahan pengeluar (keselamatan, penggunaan, contact time)
4. Memakai PPE yang cukup untuk melindungi keselamatan operator, orang sekeliling, dan pengguna bilik lepas tu.
5. Guna dengan EXTREME CAUTION jika di kawasan penyediaan makanan atau tempat anak2 main.

Kena tahu dan fahami risiko :
1. Pendedahan kepada disinfectant chemical dalam bentuk aerosol boleh memudaratkan kulit, mata, dan pernafasan
2. Risiko mudarat adalah lebih besar jika digunakan di kawasan penyediaan makanan, atau tempat anak2 bermain.
3. Setiap alat berbeza mempunyai cara penggunaan dan risiko keselamatan berbeza. Biar orang terlatih yang buat. Saya pun tak reti.

 

Dalam kebanyakan keadaan, mencuci permukaan dengan sabun atau detergen SUDAH CUKUP untuk mengurangkan C-19. Lepas tu kalau nak lebih sikit, disinfect la dengan kaedah biasa seperti lap dengan cecair, wipes, atau disinfectant spray bottles. Dah memadai tu. Memangla tak canggih atau cool macam spray gun tu, tapi lagi selamat penggunaannya..

Jadi, bagi saya untuk PENGGUNAAN DI RUMAH, TAK PERLU SPRAY GUN. Kalau nak guna lecehla bagi saya. Risiko pun tinggi kalau guna dengan cara salah #drizzarshares

Mingguan Wanita : Betul tu, jangan ikut kecanggihan peralatan itu, tapi kena tahu caranya. Bimbang, salah cara memudaratkan keluarga pula. Baik kita guna yang dah biasa, tentu-tentu selamat.

Sumber: Dr Izzar Anwari

Baca Menarik Lagi DI SINI: Mitos & Fakta Covid 19 | Tanya Doktor Imelda Khamis 26 Mac

IKLAN

APA RAHSIA KEJAYAAN KAMI JADI JUTAWAN MILENNIAL?

Chocodap’s, Faith Fleur, Anggun Cotton Collection, Teh Ais Pyorr, Masak-masak Cekyana (Oden viral) dan bayak lagi jenama lain mempunya ratusan ribu pelanggan masing-masing.

Tak ramai anak Melayu kita mampu bina empayar perniagaan dari bawah dari tiada apa-apa. Ia bukan dicipta sehari dua. Banyak pengorbanan terpaksa dilakukan sepanjang pendakian.
• Apa rahsia mereka?
• Apa yang mereka lakukan?
• Apa ilmu-ilmu yang diamalkan?
• Siapa yang susah senang bersama mereka?
• Apa dugaan dan keperitan yang dilalui?

Teringin ikut jejak mereka?

Semua ini akan terjawab di program Webinar Eksklusif CEO BIsnes Viral anjuran Mingguan Wanita pada 25 September 2021 secara virtual. Dangarkan sendiri perkongsian jujur mereka. Eksklusif!

IKLAN

Menangi hadiah-hadiah cabutan bertuah serta wang tunai bernila RM100.

Daftar sekarang di
https://toko.ideaktiv.com/…/webinar-eksklusif-ceo…/

atau scan QR Code pada poster

Atau sertai grup telegram WEBINAR EKSKLUSIF CEO BISNES : https://t.me/bangkitwanitaMW

Bangkit Wanita Mingguan Wanita

Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan

https://t.me/bangkitwanitaMW

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita
Instagram Mingguan Wanita
Twitter Mingguan Wanita

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI