Tak sangka macam magik, rupanya minum air rendaman Asam Keping, ikhtiar berkesan, terus hilang pening migrain dan sakit kepala. Bukan apa, Asam keping atau juga dikenali sebagai Asam Gelugor selalunya digunakan dalam masakan.Namun juga berkhasiat untuk digunakan dalam melegakan sakit kepala.
Boleh cuba petua amalan yang dikongsikan Puan Emma Wan Noordin sebagai panduan;
Dah seminggu sakit kepala teruk hari-hari kena makan Panadol. Tu pun kadang tak hilang.Call mak.. dia cakap cuba minum air asam keping ni. Rendam je sekeping dalam air suam biasa tunggu 10 minit.
Lepas minum separuh gelas tu, terus hilang pening migrain. Macam magik je. Terkezut gigirl. Ni tak payah makan ubat dah. Minum je air ni.
Ni untuk sakit kepala yang boleh rawat dengan panadol lah. Kalau teruk guna pain killer morfin apa tu tak pasti menjadi ke tak.
*minum selepas makan ya, bukan waktu perut kosong.
Mingguan Wanita: Jadi jika alami sakit kepala yang teruk atau pening sebab migrain, jika dah makan panadol tak berkesan boleh cuba minum air rendaman asam keping ini. Semoga cepat sembuh. Namun jika masih sakit berterusan, seeloknya buat pemeriksaan khusus di hospital iya.
Sekarang nie semuanya hanya DIY sahaja. Begitu juga dengan pagar keselamatan bayi terutamanya bagi mak ayah yang mempunyai anak masih kecil. Bukan apa, kalau beli memanglah harganya agak mahal. Tapi, bila buat sendiri, modal yang guna tidaklah seberapa dan kita pun boleh gunakan kreativiti sendiri. Satu lagi, puas hati dengan hasil kerja kita.
Sebenarnya, pagar keselamatan bayi ni, bukan hanya perlu latak di bahagian tanga terutamnya bagi rumah bertingkat. Tetapi, boleh juga buat untuk diletakkan antara pintu ke dapur.
Ini penting, lebih-lebih lagi anak yang tengah nak membesar. Macam-macam yang ingin diterokai. Risau juga bila dah dapat kaki, mulalah langkah panjang untuk bergerak sekeliling rumah.
Perkongsian daripada Amirul Haniff dalam membuat penghadang atau pagar keselamatan bayi untuk anak kecilnya yang menggunakan paip pvc sahaja.
Buat Sendiri Pagar Keselamatan Bayi
“Sempena birthday Adik Yusuff harini.. Babah pun buat la satu “hadiah” untuk dia.
Sebab tangga ni salah satu port kegemaran dia, jadi pagar tangga wajib ada untuk keselamatan..
“Saya buat pagar ni guna paip PVC saiz 20mm diameter.. ketebalan 2.1mm.. solid sikit.. dengan bermodalkan modal dalam RM60 je..
Katanya lagi, bukan sahaja untuk pagar tangga tapi boleh buat kat pintu dapur atau bilik air. Cuma kita kena kreatif untuk memasang braket. Kalau tidak fix atau tersalah pasang, boleh membahayakan juga dan tak adalah function pagar tu.
MW: Tak susah pun nak buat pagar keselamatan anak. Lepas nie bolehlah mak ayah buat sebab pagar nie boleh buat untuk semua jenis rumah.
Seronok bila mak-mak dapat buat sendiri roti canai sendiri di rumah. Lebih terjamin kebersihannya dan puas hati bila buat sendiri. Buat mak-mak yang tak reti nak tebar doh roti canai tu, boleh cuba kaedah tebar atas dulang kemudian gulung seperti yang dikongsikan oleh Puan Fatimah Ali ini. Ia lebih mudah dan senang ikut kaedah ini.
Berikut perkongsian tersebut;
“Pagi ni sarapan dengan Roti Canai, buat sendiri je. Alhamdulillah.Cicah Gulai Sardin.Sis tak lah pandai, amatur je untuk makan sendiri boleh lah.”
Bahan-Bahan (12 Keping):
4 cawan Tepung
1 sudu besar Gula pasir
1/2 sudu kecil Garam
1 biji Telur
2 sudu besar Marjerin
Air suam satu cawan ( sebab uli pakai tangan)
# kalau guna mesin guna air sejuk
Cara Membuat:
1.Sediakan bekas besar, masukkan tepung,gula,garam dan marjerin.
2.Gaul rata dan pecahkan telur.
3.Masukkan air dan uli sampai licin sekata.Lebih kurang 30 minit.
4.Kemudian bahagikan doh, bulat-bulatkan dan masukkan dalam bekas.
5.Letak minyak hingga doh terendam dan biarkan lebih kurang 2 hingga 3 jam.Kemudian barulah ditebar atas dulang.
Info Ekstra!
*Biasa kalau nak makan pagi, buat doh malam.
*Masa nak buat roti canai, saya guna dulang untuk tebar rotinya.
*Tarik perlahan-lahan, agak-agak nipis, penuh permukaan dulang.Kemudian gulungkan kemas.
*Nak masak atas kuali, ambil doh tadi leperkan sedikit dan masak seperti biasa.
*Renjis-renjiskan sedikit minyak, sehingga roti masak dan garing.
*Angkat roti seperti biasa, kepuk-kepukkan roti guna tangan..ala-ala penebar roti canai.
2 Tin Kecil Sardin adabi
3 biji Kentang (potong dadu)
Bahan Kisar:
12 tangkai Cili kering
5 ulas Bawang merah
3 ulas Bawang putih
Halia sikit
Cara Membuat:
1.Panaskan minyak,tumis bahan kisar sampai pecah minyak.
Masuk kan asam keping..kentang
2.Masuk air sikit, masak agak-agak kentang separuh empuk..masukkan sardin..
3.Garam,perasa,gula sedikit je.
4.Kemudian didihkan masak api perlahan sampai kuah pekat. Siap!
Selamat Mencuba!
Mak-mak boleh buat sendiri roti canai di rumah, sesuai disediakan untuk sarapan pagi mahupun minum petang. Lebih jimat dan puas hati bila buat sendiri.
Lipat baju, tak semua rajin dan suka. Silap haribulan, mahunya makan masa seminggu baru nak lipat, sampai menggunung tinggilah. Tapi, ada juga yang lepas jemur, angkat dan terus lipat. Rasa tenang hati tengok pakaian dah berlipat.
Rata-rata lipat baju antara kerja rumah yang paling malas mak-mak nak buat. Tapi tak semua, mungkin ada sesetengahnya kalau melipat baju seronok, sebaliknya nak menjemur pula malasnya. Citarasa masing-masing.
Perkongsian daripada Siti Hasiah Muhammad boleh membantu mak-mak untuk rajin lipat baju. Baju yang bertimbun seperti gunung pun berjaya dilipat dan cantik tersusun dalam almari. Aca cara nak bagi rajin lipat baju.
“Malasnya nak lipat kain. Antara banyak-banyak kerja rumah. Bab yang satu ni, liat sungguh.”
Bila kain dah setinggi Everest.
Hati bersemangat waja ini membawa bakul berisi timbunan kain di hadapan kaca tv.
Dengan harapan, seronok lah dapat lipat kain sambil menonton rancangan kegemaran. Mula-mula rancak tangan melipat sama seperti rancaknya adegan drama di tv. Alih-alih, bila sampai bab konflik. Mata tajam memerhati. Tidak sedar tangan sudah berhenti. Bila habis sahaja drama.
“Aik? Belum surut lagi timbunan kain aku ni.”
Pernah jadi kan?
Ada kalanya.
Mula-mula semangat nak lipat kain.
Bila buka tv, ada pula movie yang best terus tolak ketepilah jawabnya bakul kain tu.
Beza Dulu Dan Sekarang Masa Melipat
Dulu: Lipat kain di hadapan tv.
.
Sekarang:
Lipat kain di dalam bilik tertutup.
Dulu: Sambil lipat kain, kepala memikirkan banyak perkara. Fikir apa nak masak kejap lagi, fikir rumah bersepah lagi, fikir perkara yang lepas, fikir masa depan yang tidak tahu lagi bagaimana. Banyak sangat yang kita fikir. Kalau fikirkan perkara positif, Alhamdulillah. Tetapi jika kita fikirkan perkara yang negatif, kita akan jadi cepat letih. Double letih lah bila kita buat perkara yang kita tidak gemar pula (lipat kain).
Sekarang:
Cuba tumpukan sepenuh perhatian pada kain-kain yang kita lipat.
Lihat satu-satu kain itu.
Sambil lipat, kita zahirkan sekali rasa syukur.
Syukur, keluargaku mampu membeli baju-baju yang pelbagai warna dan corak.
Sambil lipat seluar anak. Syukur, anakku sempurna sifatnya.
Punya sepasang kaki yang cantik untuk menyarungkan seluar ini.
Sambil lipat baju kerja suami. Syukur, aku punya suami yang bekerja kuat mencari rezeki yang halal buat kami.
Sambil lipat baju sendiri. Syukur, baju ini yang aku teringin sangat dahulu.
Sambil lipat baju anak sulung dan anak bongsu. Ya Allah, dah besar rupanya anak-anakku. Setiap helai seluar, setiap pasang baju.
Nikmatilah dan amatilah dengan tetliti.
Perasaan lipat kain tidak akan sama lagi selepas ini.
Dulu: Lipat kain sambil dengar radio atau tv.
Sekarang:
Jadikan waktu lipat kain ialah waktu bertenang.
Boleh pasangkan muzik instrumental yang menenangkan.
Ataupun muzik yang berfrekuensi tinggi.
Boleh juga pasangkan apa sahaja audio yang menjadi santapan rohani.
Dulu: Lipat kain sebab nak bagi rumah kemas. Nak bagi anak-anak senang ambil baju. Nak bagi suami tampak segak untuk ke tempat kerja.
.
Sekarang:
Lipat kain ini adalah ibadahku.
Niatkan kerja kita melipat kain itu untuk meraih redha Allah.
Percayalah, hanya dengan merubah niat sahaja.
Kita akan rasa berbeza.
Ini sahaja tips mudah dan rasai perbezaannya.
Semoga ia bermanfaat juga untuk kalian.
4 tip bahagia melipat kain:
1. Lakukan di bilik tertutup.
2. Tumpukan sepenuh perhatian dan zahirkan rasa syukur.
3. Pasang alunan yang menenangkan.
4. Ini sebahagian ibadahku.
Selamat mencuba.
Mingguan Wanita : Betul sangat, nak melipat kena ada mood dan hari-hari tenang. Tapi kalau tengok kain bertimbun pun tak boleh jugak. Tak senang hati pula.
Isteri pelik bekas suami tuntut rumah jadi harta sepencarian, "sesen tak bayar tolong drill langsir saja. Seorang wanita tampil meluahkan rasa terkejut dan kecewa...