Semak Adab Mandikan Bayi Baru Lahir Dengan Betul, Elak Terkena Selesema

Sedar atau tidak, mandikan bayi baru lahir ini ada aturan dan adab yang betul. Memanglah tugasan ini diserahkan pada ibu mahupun bidan bersalin, tapi ibu muda pun kena ambil tahu agar anak tak kena selesema.

Sebelum masukkan bayi dalam besen, mak perlu bersihkan dahulu tubuh bayi. Termasuklah membersihkan najis dengan air. Bukan semata menggunakan kapas lembab. Ini bagi memastikan air dalam besen tidak berubah jadi air najis.

Elak memandikan bayi dengan air sejuk. Sebaliknya, gunakan air suam. Gunakan siku mak-mak untuk sukat kesesuaian kepanasan air. Tip selebihnya boleh mak-mak pelajari di bawah :

Adab Mandikan Bayi Baru Lahir

Ketika usia bayi antara sehari hingga 40 hari, mak ayah boleh ikut garis panduan memandikan bayi dengan cara di bawah. Kaedah ini penting untuk membentuk aliran darah dan pembetukan tulang bayi yang baik.

1. Mandikan bayi ketika waktu Dhuha

Sebaiknya mandikan bayi pada waktu Dhuha, kerana pada waktu tersebut fisiologi kitaran darah dan degupan jantung bayi dalam keadaan tenang. Gunakan air yang suam.

2. Siram badan bayi ikut peringkat

Siraman pertama perlu dimulakan ke atas belakangnya secara perlahan-lahan, kemudian baru disiramkan ke kaki, seterusnya naik ke bahagian punggungnya.

 

IKLAN
Semak Adab Mandikan Bayi Baru Lahir Dengan Betul, Elak Terkena Selesema
Cetaphil Baby Moisturising Bath & Wash

 

3. Cara gosok dan bahan cucian yang betul

Belaian dan gosokan lembut memainkan peranan penting semasa memandikan bayi. Ini akan membuatkan pengaliran darah bayi lancar dan baik. Siraman disertakan dengan sapuan sabun yang sesuai untuk bayi.

Pilih sabun yang lembut mengandungi pelembap aloe vera dan minyak almond, bebas sabun, bebas paraben malah hypoallergenic agar kulit bayi mulus terpelihara. Ibu pun kena tahu sama yang pelembap aloe vera dan minyak almond berupaya mengelakkan kulit bayi dari menjadi kering dan iritasi.

Kesemua kelebihan ini boleh ibu peroleh pada Cetaphil Baby Moisturising Bath And Wash. Malah diiktiraf oleh pakar pediatrik sebagai mandian yang membersih dan menghaluskan kulit mulus bayi dengan lembut.

IKLAN

4. Ketika menyiram bayi ikut aturan ini

Seterusnya siram dari belakang hingga ke kepala. Siraman di kepala dilakukan secara perlahan, supaya air tidak mengalir masuk ke dalam lubang telinga. Semasa menyiramkan air di belakang kepala ke bahagian hadapan dahi, tangan digunakan untuk menggosok dahi.

Semak Adab Mandikan Bayi Baru Lahir Dengan Betul, Elak Terkena Selesema
.

5. Tugas memandikan bayi patut serah ke ayah

Mungkin anda rasa ibulah yang terbaik mandikan anak tetapi sebenarnya eloklah tugas memandikan bayi ini dilakukan golongan ayah. Jangan lupa, sambil memandikan anak, hati kena berzikir Ya Latif, Ya Hadi.

6. Jangan sesekali siram muka bayi

Pastikan siraman tidak dilakukan pada muka bayi kerana ini boleh melemaskan bayi serta menyebabkan lubang hidungnya lembap seterusnya mudah selesema atau jangkitan kuman.

7. Siram dari atas ke bawah

Siraman yang terakhir, dilakukan ke atas dada seterusnya hingga ke bawah. Tidak digalakkan menyapu sabun pada bahagian hadapan tubuh bayi usia ini kerana risau air dan sabun menyebabkan bahagian pusatnya lembap dan seterusnya melambatkan proses ‘gugur’ tali pusat.

IKLAN

8. Jangan lupa lap!

Selepas selesai mandi, lapkan seluruh badan bayi dengan tuala yang bersih. Cara mengelap dimulakan dari kepala kerana lambat mengelap bahagian kepala boleh menyebabkan kepala dan ubun-ubun bayi basah seterusnya mengundang selesema.

Selepas itu, balutkan bayi dengan tuala kering atau selimutkannya sekali lagi dan peluk dia selama 10 minit untuk memanaskan badannya. Apabila dia sudah memakai baju, balutkan dia dalam selimut yang kering dan suam.

Nah! Bukankan cara ini lebih selamat, bersih malah membuatkan ‘bonding’ kasih sayang antara mak ayah dan anak akan lebih terjalin erat.

Mak ayah boleh juga dapatkan produk Cetaphil di farmasi atau belian secara online di Lazada atau Shopee. Untuk maklumat lanjut boleh layari : https://www.cetaphil.com.my/ms/products/bayi

Artikel berkaitan :



Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI