Semuanya berlaku begitu pantas. Tak sampai seminit pun tinggalkan dalam bilik air, anak hampir lemas dalam baldi. Memang sekelip mata saja.
Begitulah selalu kita dengar berita tentang anak hampir lemas dalam baldi apabila ditinggalkan sendirian bermain dalam bilik air. Namun, yang berlaku pada anak Dyla Adnan ini.
Perkongsian yang boleh memberi pengajaran dan peringatan untuk mak-mak. Malah, hati ibu ini terdetik untuk melakukan CPR bagi menyelamatkan anaknya, sebelum di bawa ke hospital.
Anak Hampir Lemas Dalam Baldi, Buat CPR Bagi Anak Muntah
Walaupun hampir setahun berlalu, tapi ia menjadi peristiwa hitam buat Dyla Adnan ini.
11 Jun 2021 – Jumaat
Aku macam biasa petang-petang bawa anak jalan-jalan di kawasan rumah sambil bermain dengan anak-anak jiran. Jam 7 petang, terus masuk ke rumah dan mandikan mereka.
Biasanya, pintu bilik air terbuka dan aku masuk sekali. Tapi, nak dijadikan cerita, aku tinggalkan anak sekejap sebab nak tutup pintu depan rumah. Kebetulan suami baru pulang dan terus bertanyakan anak. Aku cakap anak dalam bilik air.
Ads
Sekelip mata dan tak sampai seminit pun, anak aku dah tertonggeng dalam baldi yang mengandungi air. Adinda, anak aku baru berusia setahun sebulan.
Terus aku menjerit panggil suami, sambil itu, aku cepat-cepat angkat anak. Masa itu, anak dah lembik. Suami cuba goncangkan badan Adinda bagi dia sedar. Aku tak payah cakap, memang panik.
Dalam panik itu, aku terus buat CPR pada anak dan tekan dadanya dengan guna dua tangan lepas CPR.
INFO:
Pesanan buat mak ayah, kena tahu apa patut buat masa ini. Ambil tahu macam mana nak buat CPR kalau anak jadi macam ini. Penting sangat. Jangan teris pergi ke hospital, pastikan dia muntah keluar air dari badannya. Aku buat begitu sebab Allah detikkan akan untuk buat begitu.
Kuasa Allah Maha Besar, anak aku muntah lepas tu dan dia kembali bernafas. Aku masih tetap buat perkara yang sama dan tepuk-tepuk belakangnya. Selepas itu, barulah ke hospital. Ditakdirkan kalau tak buat CPR dan terus pergi ke hospital, tentu anak dah tak ada.
Alhamdulillah, Allah panjangkan umurnya dan aku bersyukur. Amanah ini diberi peluang kedua.
Ads
12 Jun 2021 – Sabtu
Sebelum masuk wad , kami kena buat swab test pada jam 12 tengah malam. Terkejut juga bila Adinda kena swab, dia tidak nangis dan diam saja, hanya gosok-gosok hidung Mungkin badan dia lemah, tak adalah nak melalak atau nangis.
Bayangkan dari jam 7.45 malam, aku cangkung di sebelahnya dan bila dapat keputusan jam 2.30 pagi, barulah kami dimasukkan ke wad. Selesa dan boleh berehat.
Ads
.
13 Jun 2021- Ahad
Sebelum Adinda dibenarkan keluar, sempat lagi dia ziarah semu bilik, merayap sambil tersengih-sengih. Tengah hari kami keluar wad selepas doktor memantau keadaan dada dan dalaman Adinda. Alhamdulillah.
Sampai sekarang, aku masih trauma bila tengok bilik air. Bila tutup mata terus teringat kejadian yang menimpa Adinda.
Nasihat aku, kalau keadaan ini berlaku pada mak-mak, jangan panik. Buat apa yang sepatutnya dan awasi anak-anak dari perkara buruk. Sebab kalau nak berlaku, sekelip mata pun boleh terjadi. Minta dijauhkan.
Mingguan Wanita : Perkara nak berlaku, sekelip mata saja pun boleh terjadi. Peringatan untuk mak-ayah. Paling penting buat CPR untuk muntahkan air dalam badan anak.
Setiap hari dalam perjalanan seharian kita akan berdepan juga dengan benda kejutan depan mata. Kisah end game yang Heliza Helmi ini lalui, sinki jatuh pecah depan mata waktu nak ambil wudhu telah buat dirinya hilang kata-kata.
Dan yang buat dia semakin tergamam, bila pemilik kedai itu tersangatlah baik hati, tak minta ganti rugi malah mohon agar didoakan kemurahan rezeki.
Begini kisahnya, “Masa ambil wudhu dekat sinki ni, tengah ambil wudhu, tiba-tiba! “KEDEPANGGGGG”!!! “ALLAHU AKBAR!!!”. Segalanya dalam sekelip mata, sinki jatuh pecah.”
Maklum Heliza, video yang dirakan itu diambil selepas staff Dr Smile Bangi dah siap kemas pecahan sinki itu. “Terima kasih staff @drsmilebangi yang bantu sangat pantas untuk bersihkan kawasan ini.”
“May Allah bless u guys, aamiin. Cermin ku retak, retak tak beribu, paip air terus tak keluar air. Ni magik ke apa ni.”
“Innalillahi wa inna ilaihi rojiun, masa tu speechless sangat! Dah la first time datang klinik @drsmilebangi, datang-datang je buat hal. Tapi Kakja nak pi solat, ambil wudhu je. Tak buat hal pun. Halamak, camne ni..”
Sebaik dengar bunyi yang kuat tu, doktor dan kakitangannya terus keluar dan tengok keadaan Heliza. Dan benda pertama yang diorang kata, “Heliza OK?”
Saya Ambil Wudhu Je, Tak Tau Kenapa Sampai Jadi Gini
“MasyaAllah.. time tu Kakja kata, ‘saya Alhamdulillah okay, yang tak OK sinki cermin semua ni. Saya ambil wudhu je, tapi tak tau la kenapa. Kuar sangat ke saya ambil wudhu sampai jadi gini.”
“Maafkan saya. Saya nak ambil wudhu je. Tapi tak tau apa ke ganasnya saya ambil wudhu sampai begini jadinya.”
Diaorang sangat baik, dioarang kata, “Tak apa.. tak apa..”
Kakja kata, “Nanti bagitaulah berapa, saya bertanggungjawab untuk ganti rugi balik. Salah saya, saya ambil wudhu camne ntah sampai begitu jadinya.”
Doakan Kemurahan Rezeki..
Doktor @drsmilebangi dengan keadaan tak marah dan bagitau, “Heliza tak perlu tanggung apa-apa kerugian atas kerosakan tadi, hanya doakan @drsmilebangi murah rezeki.”
Ya Allah.. jangan begitu, memang saya perlu bertanggungjawab dalam hal ini.
Mohon kalian semua untuk doakan @drsmilebangi diberikan keberkatan dan keafiatan, dijauhkan kemudaratan dan diberikan kebaikan dunia akhirat.
Aaamiin (mohon Aamiinkan DOA ini)
PS : Sedih tak cerita Kakja ni. Lepas ni patient lain yang selalu gunakan sinki ini, sinki ini dah tak ada di dunia ini. Maafkan saya.
Kahwin 7 wanita serentak dalam sehari, Habib Nsikonnene mahu anak ramai. Kalau di Malaysia, pasti perang besar dan mencatat rekod. Ini kerana belum pernah ada sekali pun pengantin lelaki menikahi tujuh wanita dan berpoligami dalam sehari tetapi ia mungkin satu budaya membanggakan bagi lelaki di Uganda.
Bukan seorang atau dua seperti yang pernah kita baca tetapi Habib Nsikonnene mencatat sejarah apabila menikahi tujuh wanita serentak dalam sehari.
Kahwin 7 Wanita Serentak Dalam Sehari
Memetik laporan Sinar Harian, seorang lelaki Uganda dianggap paling beruntung apabila mengahwini tujuh isteri secara serentak pada minggu ini dan bertekad untuk memiliki anak ramai.
Kisah perkahwinannya tular di platform media sosial di mana ramai netizen ‘kagum’ dengan ‘kehandalan’ lelaki itu memikat tujuh wanita untuk dijadikan isteri.
Habib Nsikonnene, 43, seorang pakar perubatan tradisional telah menghantar kereta untuk menjemput isteri-isterinya dari salon kecantikan sebelum upacara perkahwinan mereka berlangsung.
Perarakan mereka disertai lebih 40 kereta dan 30 motosikal ke majlis perkahwinan diadakan di kampung Namasengere, daerah Kamulli.
Nama tujuh pengantin didedahkan kepada umum. Mereka adalah Aisha, Fatuma, Sharifah, Rashida, Mariam, Saha dan Sinap.
Habib Nsikonnene Mahu Anak Ramai
Difahamkan, semua dinikahkan dalam tempoh satu hari dalam majlis yang berlangsung pada 10 September lalu.
“Saya kenal isteri-isteri ini secara berasingan dan memutuskan untuk mengahwini mereka sekaligus untuk menjadi keluarga besar,” katanya.
Bapa Habib mendedahkan bahawa poligami adalah sah di Uganda dan lelaki di sini mempunyai ramai isteri.
Katanya, datuknya mempunyai enam isteri manakala bapanya lima isteri dan dia sendiri mempunyai empat isteri.
“Anak saya mengatasi semua dalam satu masa,” jelasnya. – Agensi
Kebanyakan sayuran yang dijual di pasar sedikit sebanyak mempunyai kesan semburan racun pesticide iaitu racun perosak yang digunakan pekebun untuk mengawal serangga perosak. Sebab itu, sebelum memasak mak-mak perlu hilangkan dahulu racun pesticide yang ada pada sayuran.
Racun pesticide yang digunakan para pekebun sayuran ini biasanya dalam jumlah yang terkawal dan tidak memberi kemudaratan kepada manusia. Bagaimana pun, jika pengguna sendiri tak ambil inisiatif membersihkan sayuran yang dibeli dan memakannya dalam jumlah yang banyak, ia tetap tidak bagus untuk tubuh badan kita.
Cara biasa yang mak-mak guna sebaik mahu memasak sayuran adalah dengan membasuhnya di bawah laluan air bersih. Bagaimanapun, Saintis Principal dari MARDI, Dr Suri Roowi menjelaskan ada 3 cara untuk menghilangkan racun pesticide dalam sayuran.
Yang mana, setiap cara ini ada keberkesanannya yang tersendiri. Mak-mak boleh pilih cara mana yang terbaik, cepat lagi menjimatkan.
3 Cara Ini Dapat Kurangkan Racun Pesticide Dalam Sayuran
Cara Pertama : Bersihkan Dalam Larutan Cuka
Journal Of Food Science And Technology yang diterbitkan pada tahun 2014, ada membuat kajian tentang teknik pembasuhan sayur-sayuran yang bersesuaian.
Hasil kajian itu menunjukkan membasuh sayuran dengan menggunakan 0.1 peratus cuka akan mengurangkan racun pesticide pada sayuran.
Contohnya, dalam 1 liter air basuhan, mak-mak gunakan dalam 1 sudu cuka sahaja.
Ada juga kajian lain yang mana ia menggunakan ozon untuk membersihkan sayuran. Mesin khas ini boleh menghasilkan gas ozon. Masukkan gas dalam larutan air dan rendam sayuran di dalamnya.
Hasil kajian mendapati bahawa sayuran yang dibasuh dengan air basuhan ozon selama 5 minit akan mengurangkan racun pesticide sebanyak 40 ke 75 peratus.
Cara Ketiga : Rendam Dalam Air Garam
Ini adalah teknik terbaik untuk menurunkan kadar pesticide yang paling mudah dan murah. Caranya dengan menggunakan air garam. Ini juga yang dinyatakan dalam jurnal saintifik.
Sebagai contoh, mak-mak guna 20 gram garam rendam dalam 1 liter air. Rendam sayuran dalam larutan garam itu selama 5 minit. Kemudian, alirkan sayuran di bawah air bersih selama 5 minit.
Hasilnya, 95 peratus bahan pesticide dalam sayuran dapat dikurangkan.
Mengapa Perlu Bersihkan Sayuran Dari Racun Pesticide
Jumlah pengambilan berlebihan racun pesticide ini berbahaya dari segi kesihatan. Ia boleh mendorong terjadinya penyakit kanser, ADHD pada anak, gangguan sistem saraf, gangguan tiroid dan melemahkan sistem kekebalan tubuh
Justeru mak-mak silalah buat pilihan mahu pilih cara yang mana mahu membersihkan sayur-sayuran yang baru mak-mak beli di pasar mahupun pasaraya.
Bagaimana pun, jika mak-mak tanam sendiri sayuran di rumah dan tidak menggunakan semburan kimia untuk mengawal serangga cukup sekadar membersihkan di bawah laluan air sahaja.
Pelajar tingkatan tiga trauma dipercayai Dirogol dua pelajar senior di dalam kelas dan dirakam video. Seorang pelajar perempuan Tingkatan Tiga di sebuah sekolah menengah di Alor Gajah dilaporkan mengalami trauma teruk dan enggan ke sekolah selepas dipercayai menjadi mangsa rogol bergilir-gilir oleh dua pelajar lelaki senior.