Roti boleh dikatakan ‘benda’ wajib ada di rumah. Kadang kala tak perasan tarikh tamat tempoh dah dekat, mula lah kalut nak habiskan roti segera. Sayang kalau dibuang begitu sahaja, mak-mak boleh cuba resipi roti sardin celup tepung ini. Gerenti cepat je licin, anak-anak pun pun suka.
Berikut perkongsian resipi oleh Puan Masni Bahari sebagai rujukan;
“Hampa..roti kalau nak abih tarikh hampa jangan dok kalot nak buang na..mai akak ajaq hampa buat roti sardin celop tepung..”
Bahan-Bahan Diperlukan :
Sardin
Roti
(Bancuhan Tepung)
1 cawan Tepung beras
1 cawan Tepung jagung
1 sudu kecil Soda bikarbonat
1 sudu kecil Baking powder
sedikit Garam
IKLAN
Cara Membuat:
1.Bancuh kesemua bahan dengan air. Jangan pekat dan jangan terlalu cair sangat.
* Kalau buat roti celup tepung, bancuh tepung dahulu, sebab lagi lama biar lagi elok dia jadi.
2. Tumis sardin dengan cili, baru pedas sikit.
IKLAN
3. Sumbat dulu inti sardin baru kelim dengan kelim karipap. Sumbat isi penuh, jangan risau, kalau goreng takkan terkeluar intinya.
4.Lepas dah kelim, boleh lah celup dalam bancuhan tepung dan goreng hingga keperangan.
IKLAN
Siap! Selamat Mencuba!
MW: Menarik idea ni, sesuai untuk buat hidangan minum petang atau sarapan pagi. Jadi bila ada banyak roti lebih dekat rumah tu lebih-lebih dah nak tamat tempoh, boleh cuba resipi ini. Gerenti cepat habis licin, anak-anak makan.
Masuk saja bulan Ramadan, mak-mak tentu dah fikir nak buat biskut raya kan! Tahun ni boleh dikatakan harga biskut raya pun boleh tahan juga, jadi lebih baik buat snediri baru puas hati.
Namun, tak semua mak-mak ‘rajin’ nak buat biskut raya. Bimbang tak menjadi, keras, hangus, kembang dan sebagainya. Daripada membazir, lebih baik beli saja.
Bagi mak-mak yang baru belajar nak buat biskut raya tahun ini, boleh dapatkan panduan ini, mungkin ia boleh membantu dan jadikan biskut raya ‘terpaling’ sedap yang pernah buat, kan!
Beberapa tip yang bukan setakat untuk mak-mak amatur tapi boleh dijadikan panduan buat semua. Maklumlah, ada masanya sukatan dah betul tapi tetap tak jadi. Boleh rujuk panduan ini.
1) Gunakan mentega yang agak sejuk kerana jika menteganya terlalu lembut, ia akan cepat cair – akibatnya biskut menjadi leper dan gelap.
2) Jangan gunakan telur saiz besar kerana kandungan putih telur yang lebih. Putih telur pula mengandungi air. Itu yang membuat biskut terlalu kembang dan susah nak garing walaupun dibakar lama.
3) Jangan pukul telur terlalu lama bila membuat biskut kerana ia akan menambah angin ke dalam doh – mengakibatkan biskut gelembung ketika dibakar.
4) Jika menggunakan mesin pengadun, jangan pukul terlalu lama ketika masukkan tepung, jika tidak ‘gluten’ daripada tepung itu akan membuat biskut menjadi keras.
5) Selalu ‘rehatkan’ doh sebentar sesudah diadun. Jangan terus mencanai atau membakarnya. Jika membuat chocolate chip, selalu ‘rehatkan’ doh di peti sejuk selama lima hingga 10 minit dahulu sebelum membakarnya.
6) Apabila doh sudah siap diadun, bahagikan ia kepada beberapa bahagian untuk disejukkan dan ‘direhatkan’. Jangan ‘rehatkan’ kesemua doh itu dalam satu mangkuk. Ambil satu persatu doh yang mahu digunakan. Sebab jika kita gunakan semua dohnya sekaligus, doh itu akan mula keluar minyak – menjadikan biskut cepat gelap walaupun baru sahaja dibakar.
7) Jika membakar biskut chocolate chips, tidak boleh oles loyang dengan mentega. Harus gunakan baking paper atau parchment paper. Jika tidak, biskut chocolate chips itu akan kembang, leper dan cepat hangus.
8) Bagi biskut seperti makmur, sugi dan yang lain yang kita inginkan hasilnya garing, harus gunakan loyang yang dioles dengan mentega.
9) Pastikan ketuhar sudah dipanaskan sekurang-kurangnya 15 minit sebelum mula membakar biskut atau kek.
10) Jika membakar biskut beberapa loyang sekali gus, lebih baik gunakan fungsi kipas di ketuhar. Jika ketuhar tidak ada fungsi kipas, tukar posisi loyang itu sesudah 10 minit dibakar – yang di atas ditukarkan ke bawah dan yang bawah dinaikkan ke atas dan sebagainya.
11) Jangan tinggalkan biskut di atas loyang terlalu lama sesudah keluarkan dari ketuhar. Biarkan ia di atas loyang itu selama 3-5 minit sahaja dan kemudian pindahkan ke atas ‘cooling rack’. Setiap biskut akan ada wapnya (condensation) bila sudah dibakar dan apabila diletakkan di atas ‘cooling rack’, wap itu akan kering. Itu yang membuat biskut itu lebih garing dan tahan lama.
12) Pastikan biskut benar benar sejuk sebelum dimasukkan ke botol.
13) Untuk biskut yang mengandungi ‘peanut butter’, lebih baik jika ianya disimpan di peti sejuk kerana ‘peanut butter’ itu mungkin akan membuat biskut menjadi cepat tengik.
Mingguan Wanita : Moga ia memberi panduan buat mak-mak yang nak buat biskut raya tahun ini ye.
Sedapnya makan Char Kuey Teow.Bagi mak-mak yang suka makan Char Kuey Teow, sebenarnya boleh buat sendiri je di rumah. Senang sangat, mudah dan ringkas.Tak perlu nak beli lagi di gerai dan lebih jimat. Malah boleh letak rencah banyak dan memang puas hati bila masak sendiri.Rupanya antara tip buat Char Kuey Teow sedap kena guna api yang besar malah masak dalam pinggan yang berasingan.
“Hai selamat malam..juadah santai malam ni, “Char Kuey Teow” kalau ada cili jeruk lagi sedap. Musim kerang sekarang isi dia penuh-penuh. Resipi paling ringkas dan mudah cara saya masak. Hidangan di bawah saya masak setiap pinggan berasingan.”
Bahan-Bahan:
Kuey teow (cuci toskan)
Bahan Tumis
3 sudu besar Cili kering kisar
Bawang besar (dikisar)
Bawang Putih (diketuk)
1 sudu besar cili sos
5 sudu besar kicap manis
1 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar sos tiram
1. Panaskan kuali, masukkn minyak.(minyak lebih sikit ye, supaya masukkn telur nanti kuey teow tak bantat) kuey teow dan minyak diorang ni friend forever.
2.Tumis bawang putih, masukkan udang, cili kisar, sos cili,sos tiram,kicap pekat dan kicap manis.
3. Kemudian masukkan sedikit garam, kacau sebati dan masukkan air rebusan udang.
4. Pecahkan telur, kacau-kacau sebatikan. Masukkan pula kerang yang telah direbus, kuey teow, taugeh dan kucai. Siap! Pastikan guna api yang besar ye.
Rupanya nak hilangkan masin ikan itu pun ada caranya, malah walau anda kategori mak-mak yang setiap hari masuk dapur itu belum tentu anda lulus masak menu ini!
Jadi kalau anda nak ikut cara orang dulu-dulu, cuba amalkan tip yang dikongsikan lelaki ini, Syed Mohd Nazli, salah satu resepi masakan tradisional Utara.
Ini petua hilangkan kemasinan ikan masin dan resepi asli turun temurun MASAK ASAM IKAN TALANG.
Cara Hilangkan Masin Ikan
Rendam ikan masin dengan segenggam garam kasar anggaran 30 minit.
1)Tumis bawang putih/merah,hirisan halia dan serai ketuk sehingga garing kekuningan.
2)Masukkan air perahan asam jawa dan sedikit gula.
3)Masukkan ikan masin yang telah digoreng dan sedikit minyak bekas goreng ikan masin.
4)Masukkan sangat sedikit pati santan,sekadar untuk rasa sedikit lemak,SEDIKIT SAHAJA,atau lebih eloknya tak perlu.
5)Masukkan bawang besar yang dipotong bulat dan cili kering yang telah digoreng rangup.
Nota Tambahan:
Boleh juga dimasukkan sedikit sos tiram selepas dimasukkan air perahan asam jawa.
Masakan ini berkuah pekat dan kata orang utara ‘kuah cap cap’.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Bella & Caprice akhirnya berdamai. Menerusi ruangan komen, majoriti netizen menyambut baik perkara tersebut dan berharap tiada lagi perbalahan antara Bella Astillah dan Caprice.Malah...