Sebut air asam mesti kita akan bayangkan keenakkannya bila dimakan dengan ikan bakar atau ikan kukus. Cukuplah itu sahaja hidangan, mahunya makan pun bertambah-tambah.
Namun, tak semua mak terror nak membuatnya. Mungkin ada yang buat tu terlebih cair, rasa kurang asam dan sebagainya, sedangkan sudah ikut resipi yang diberikan.
Kali ini, perkongsian daripada Ameera dalam menyediakan air asam bolehlah mak-mak gunakan. Memang padu dan cara nak membuatnya pun senang. Boleh cuba nanti. Kadasng-kadang hidangan ini pun dah menyelerakan.
Bunga kantan ini penyedap dalam masakan. Menambah aroma dan rasa sedap pada lauk pauk yang dihasilkan. Bunga kantan yang dah kembang, banyak kelopak.. sedap ditumis kering jadikan sambal bunga kantan.
Lagi nikmat, bila dimakan dengan nasi panas. Puan Azlin Aziz, berkongsi cara hasilkan sambal dengan kelopak bunga kantan.
Resepi Sambal Bunga Kantan, Guna Kelopaknya
Ambil bunga kantan yang dah kembang tu.
Buang bahagian hitam, rosak atau mana-mana bahagian yang tak elok.
Kopek satu persatu kelopak bunga kantan tu.
Akan jadi macam ini.
Rendam dalam air. Basuh dan toskan.
Bahan-bahan ini akan di kisar halus.
Tumis bahan-bahan kisar sampai garing dan naik bau.
Masukkan bunga kantan.
Perasakan dengan garam dan gula.
Masak sehingga sambal jadi hampir kering.
Siap!
Makan dengan nasi panas-panas.. lagi enak!
Manfaat Pokok Bunga Kantan
Kredit foto : impiana.my
Pokok bunga kantan ini dikatakan boleh menghilangkan bau badan terutama untuk wanita yang baru bersalin.
Caranya; ambil beberapa bahagian batang pokok kantar segar. Potong pendek-pendek, tumbuk sampai lumat. Rebus bahan tadi sampai mendidih. Bila dah sejuk, rendam dalam air mandian.
Biji Pokok Kantan
Hilangkan rasa kurang bermaya.
Caranya; tumbuk biji pokok kantan sampai lumat. Toskan untuk dapatkan airnya saja. Campurkan dalam segelas air suam. Minum waktu pagi. Amalkan untuk keberkesanan.
Bunga Kantan
Berkesan untuk awet muda pada wajah.
Caranya; bunga kantan jadikan ulam-ulaman. Boleh makan begitu saja (selepas dibersihkan) atau direbus.
Nak simpan sayur agar kekal segar dan tahan lebih lama daripada biasa ada caranya yang tertentu.Cara penyimpanan sayur-sayuran yang betul, mampu membuatkan ia kekal segar, tahan lama dan tidak mudah rosak. Sekaligus menjimatkan belanja dapur dan mengelakkan pembaziran.
Perkongsian tip daripada Puan Azlin Safena Azihar ini sangatlah membantu, terutamanya buat mak-mak yang jenis beli sayur banyak-banyak dan jarang ke pasar.
Ini antara tipnya:
Tip Asas
Langkah 1 : Rendam semua sayur yang kita beli dalam air selama 5-10 minit.
Kalau sayur kangkung atau bayam, boleh rendam tapi asingkan dengan sayur lain , sebab bayam atau kangkung dia berpasir kan. Tak perlu potong pun akar dia , potong masa kita nak guna je.
Tapi macam kak Feena memang dah basuh betul-betul bayam tu dan confident dah tak berpasir, tu yang rendam sekali.
Langkah 2 : Campurkan sesudu garam / ikut banyak mana sayur kita tu.
tujuan tambah garam dalam air tadi untuk buang bahan kimia pada sayur.
Langkah 3 : Kemudian, toskan sayur sehingga kering.
Langkah 4 : Boleh simpan sayur dalam bekas kedap udara/ziplock bag.
In sha allah lepas seminggu sayur masih segar macam baru beli.
Untuk lengkuas dan serai yang kak feena jarang guna ni, akak simpan dalam balang yang diisi air. Isi je air penuh-penuh, kemudian rendam lengkuas/serai dalamnya. Pastikan tutup balang dengan rapat tau. Boleh gak buat cara yang sama untuk halia dan kunyit hidup. Tak perlu tukar air tiap hari , tukar 2 minggu sekali pun okay.
2.Cara Simpan Daun Sup
Untuk daun sup, akak simpan dalam botol air je tapi kalau uols tak ada boleh guna botol mineral yang dipotong dan letak air sikit je. Pastikan hujung akar je yang kena air. Kalau batang dia kena air, nanti cepat lembik dan rosak. Cara akak simpan daun sup ni, In sha allah boleh bertahan sampai sebulan.
3.Cara Simpan Tomato
Bahagian tangkai tomato,kawasan yang paling sensitif. Bahagian ini adalah bahagian yang akan mula rosak. Nak simpan tomato supaya tahan lama, bahagian tersebut menghala ke atas tau. Jangan nak main golek-golek je, tu yang cepat rosak atau lembik.
4.Cara Simpan Bawang
Jangan simpan bawang bersama kentang, pasal ia akan merosakkan bawang dengan cepat. Gas yang dihasilkan oleh keduanya akan saling menjadikannya cepat rosak. Jika bawang disimpan di tempat yang kering, ia akan bertahan hingga 2-3 bulan.
5.Cara Simpan Kentang
Tahu tak, kentang tak elok kena matahari directly sebab dia cepat rosak. So cara untuk simpan kentang, kita boleh simpan dekat tempat yang tak panas atau simpan sekali dengan epal. Kentang akan lebih tahan lama bila dia disimpan bersama epal tau.
Tak percaya? Gi cuba okay.
6.Cara Simpan Cili Merah & Cili Hijau
Sebelum kak feena simpan Cili Merah dan Cili Hijau ni dalam peti ais, kak feena akan cabut tangkai dia dulu. Sebab tangkai selalu akan rosak dulu dan menyebabkan semua cili rosak. So, lepas patahkan tangkai, kak feena akan wrapkan dalam tisu atau surat khabar. Masukkan bawang putih untuk cili lagi tahan lama. Kalau kak feena nak guna Cili, Kak feena akan ambil beberapa batang je, yang lebih akak akan lap semula untuk pastikan dia sentiasa kering.
Buat peminat sos keju atau ‘Cheezy Sauce’ ada cara mudah untuk membuat sendiri sos yang sedap ini. Yang pastinya ia lebih menjimatkan dan puas hati bila makan nanti. Sos ini sesuai dijadikan pencicah kentang goreng, nugget, sosej, wedges dan sebagainya.
Bukan apa, susah sebenarnya nak cari resipi ‘Cheezy Sauce’ yang benar-benar sedap rasanya macam kita beli atau makan di restoran.Namun, menerusi perkongsian oleh Ezan Idma,’Cheezy Sauce’ yang sedap ini dinikmati ketika berada di rumah kawannya, Nazrin Zahrin.
Berikut antara perkongsian resipi tersebut sebagai rujukan;
“Hari tu pergi rumah Nazrin Zahrin then makan goreng-gorengan (nugget sosej etc) dengan cheezy sauce. Ingat kan dia beli rupanya buat sendiri uols.
“Hari ni suruh dia buat lagi jadi kita tukang snap gambor. Mudah amat rupanya! Macam kat restoran mahal rasa dia.”
Ni bahan-bahan:
CHEEZY SAUCE SEDAK
1 buttercup (250g)
10 keping Keju cheddar chesdale
1 tin Susu cair
1 Kiub pati ayam
2 sudu lada hitam (blend kasar)
2 sudu tepung jagung (bancuh dgn sedikit air)
Sedikit pewarna oren
Cara Membuat:
1.Cairkan buttercup dengan api perlahan.
2.Masukkan susu cair sehingga mendidih.
3.Masuk cheesedale satu persatu.
4.Masukkan kiub pati ayam.
5.Masukkan blackpepper dan bancuhan tepung jagung.
6.Kacau hingga likat boleh masukkan sedikit pewarna oren jika nak nampak lagi cantik.
Emmm sedapnya cicah dengan nugget. Dengan burger boleh steak boleh semua boleh dip tauu. Jimat dan mudah.
Simpan dalam peti ais dalam bekas bertutup boleh tahan sehingga sebulan tau. Tapi biasanya tak sampai sebulan dah habis simpan dalam perut.
Tips Ekstra!
Kalau berketul-ketul , dah sejuk boleh guna hand mixer/blender untuk dapatkan tekstur yang cantik.
Selain menggunakan tepung jagung boleh juga gantikan dengan tepung gandum Untuk memekatkan kuah dan sos tidak berketul-ketul setelah sejuk. Nak aroma sedap lagi, tambah sedikit bayleaf yang dikisar hancur + mix herbs.
Ibu bapa mentua kepada personaliti media sosial Prince Syed ditahan polis selepas insiden serangan di Klang. Pempengaruh itu tampil menjelaskan isu pembedahan bariatrik isterinya, Fatin Syazwani.