Sebut saja resipi paling mudah, tentu ramai boleh menganggap brownies adalah mudah untuk membuatnya. Nak tak nak saja untuk membuatnya, selbihnya risau tak menjadi pula.
Namun, tak semua boleh buat resipi brownies walaupun dikatakan paling senang untuk membuatnya. Tambah-tambah untuk mendapatkan kedutnya yang cantik. Itulah baru menjadi.
Jangan risau, ini resipi paling mudah yang dikongsikan oleh Umi Watie untuk membuat brownies. Lebih menarik, resipi ini ‘anti gagal’ walaupun ada mak-mak yang sebelum ini tidak pernah nak membuatnya.
Hari ni kakchik nak kongsi resipi brownies anti gagal. Insya Allah menjadi walaupun tak pernah membaking tau.
Kakchik memang suka buat brownies. Selain dari pencinta coklat. Brownies sangat mudah di buat. Tanpa guna alatan yang banyak. Plink plink kelip mata dah siap.
Bahan-bahan:
200 gram dark chocolate compound
75 gram mentega atau marjerin
50 gram tepung gandum
100 gram gula
15 gram serbuk koko
2 biji telur saiz A
Cara Membuatnya:
1. Ini brownies yang sudah siap. Guna loyang saiz 7 inci. Kalau guna loyang 8 inci nanti brownies jadi sedikit nipis. Sekali buat tak sampai sehari habis. Takpe, esok boleh buat lagi.
Ads
2. Coklat dan butter cairkan cara double boiler. Double boiler tu kita panaskan air dalam kuali, lepas tu bubuh bekas yang dah kita isi coklat dan butter. Kiranya, kita tak panaskan terus atas api.
3. Bahan kering macam tepung dan serbuk koko kita ayak dulu.
4. Bila coklat dan butter dah cair, kacau rata. Masukkan telur dan bahan yang telah di ayak tadi. Masukkan tepung gandum dan serbuk koko. Kacau manja-manja. Tak perlu beria-ia. Bakar api atas bawah 170 darjah celsius selama 45 minit.
Ads
5. Ini kira bahan dah tercampur rata. Senang je kan?
6. Masukkan dalam loyang saiz 7. Bakar ikut oven masing-masing.
7. Dah siap bakar dah. Cantikkan kedut browniesnya. Kalau tak jadi kedut ni boleh buat murung sekejap.
Ads
8. Boleh bubuh topping kegemaran. Tak suka, kosong je pun dah sedap.
Selamat mencuba.
Mingguan Wanita : Boleh buat untuk minum petang nanti.
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Bulan Ramadan nie, seleranya lain macam. Kalau boleh penuh meja makan dengan makanan. Tapi bila teguk aje air, selera yang sebelum nie terus hilang. Kenyang. bagi mak-mak pula, benda yang difikirkan adalah untuk anak-anak berselera makan.
Oleh sebab, bazar ramadan tak ada, mak-mak mesti puas fikir makanan apa yang nak masak kan!. Zulfaza Loves Cooking ZLCada kongsikan hidangan ringkas untuk berbuka.
“Sebenarnya, kalau mak-mak nak pelbagaikan hidangan, boleh cuba hidangan ringkas ini. Ia berasal dari masyarakat China Amerika.
“Asalnya, bahan asas adalah menggunakan kulit wantan tetapi memandangkan dalam tempoh PKP ni suakr untuk dapatkan bahan, jadi saya gantikan dengan kulit popia. Anak-anak pun suka rasanya sebab saya letakkan inti cream cheese.
Crab Rangoon
Bahan inti:
1 paket jejari ketam (crab filament) – hiris
400 gram cream cheese
Cili padi secukupnya – hiris/cincang halus
1 pokok daun bawang- hiris
Satukan semua bahan dan gaul rata.
Kulit popia secukupnya – potong 4 jika kulit saiz besar
1 biji putih telur
Minyak masak untuk menggoreng
Cara Membuat:
Ambil sekeping kulit popia. Letakkan sesudu kecil inti. Sapukan putih telur di sekeliling kulit popia. Bentukkan seperti di dalam gambar. (Boleh juga dibentukkan seperti popia sekiraya susah untuk mengikut bentuk berkenaan).
Pastikan kulit melekat elok agar intinya tidak terkeluar semasa menggoreng.
Ulang proses sehingga inti habis dibalut dengan kulit popia.
Panaskan minyak dan goreng hingga keperangan. Angkat dan toskan. Hidangkan bersama sos pilihan.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Walaupun hanya sekadar goreng telur namun ada teknik dan caranya tersendiri, barulah ia rangup diluar dan cair di tengahnya.Bukan apa, salah teknik, telurnya jadi serap minyak, bahagian kuning tengahnya keras atau mungkin boleh jadi hangus!
Telur goreng ni makan dengan kicap, cili potong dan nasi panas pun dah cukup! Tak toleh kiri kanan. Nak buat telur macam ni, mak-mak boleh cuba tips goreng telur ‘gedik’ perkongsian dari suami, Puan Dila Noordin yang dikongsikan didalam page “Masak Apa Hari Ini”.
Menurut wanita ini lagi, perkongsian tersebut hanya sekadar suka-suka, namun mendapat respon positif daripada para follower di page tersebut. Sehingga waktu dikongsikan ini, posting tersebut mendapat 97 ribu tanda suka.
Berikut perkongsian tersebut;
“Saya puji suami saya pandai dia goreng telur. Rangup kat luar..cair di tengah. Lepas tu saya cakap nak letak dalam FB. Dia kata, gambaq teloq pun ada orang nak like ke? Saya cakap kalau dapat like banyak saya nak spek mata baru. Sebab silau makin teruk. Hihi.. ada ke yang nak tolong saya dapatkan spek mata baru.”
note: just for funnnn.
Tips telur gedik by hubby.
1. Pilih telur yang kecik supaya bila masak putih tak melebar.
2. Pecahkan dalam mangkuk kalau tak yakin takut kuning pecah. Baru letak dalam kuali.
3. Minyak banyak telur tengelam. Tapi tak lah penuh sekuali.
4. Minyak betul-betul panas sampai berasap-asap. Dah berasap kecikkan api baru masuk telur.
5. Sira minyak atas kuning telur.
6. Masak sekejap sahaja tak smpai 1 minit.
Siap!
Selamat mencuba.
MW: Semoga perkongsian goreng telur ini bermanfaat. Buat mak-mak yang suka makan telur rangup di luar dan cair ditengah-tengah boleh cuba tips yang dikongsikan ini.
Cekodok pisang memang sedap untuk hidangan minum petang atau pagi. Elok cantik, garing dan lembut di dalamnya. Tapi kalau tak kena cara boleh jadi keras dan kemek saja bila sejuk.
Nampak macam mudah nak buat cekodok pisang. Sedangkan kalau salah cara boleh jadi keras dan tak kurang juga terlebih lembik.
Kali ini, kita kongsi cara nak buat cekodok pisang cara mak mentua pasti jadi dari Aina Nik. Paling penting cekodok bulat-bulat, comel dan tak kemek bila sejuk.
1. Kupas pisang yang dah masak ranum. Pisang sesuai untuk buat cekodok ialah pisang awak. Lenyek sampai halus.
2. Kemudian, masukkan 3 sudu gula. Lenyek lagi sehingga gula larut.
2. Lenyek lagi sehinga halus. Kalau masih ada bintil-bintil, tandanya belum lagi halus.
3. Masukkan tepung gandum yang telah diayak. Sukatannya boleh agak-agak dan masukkan sedikit demi sedikit. Kalau nampak terlalu lembik, boleh masukkan sedikit tepung. Jangan sesekali masukkan air.
4. Selepas itu, gaul sebati.
5. Hasilnya, adunan tidak terlalu lembik dan tidak terlalu pekat.
6. Panaskan minyak dengan api sederhana. Pastikan minyak banyak.
7. Bila dah panas, cubit adunan dengan hujung jadi dan masukkan ke dalam kuali. Jangan terlalu besar, nanti bila sejuk ia akan jadi kemek. Pastikan bila menggoreng, cekodok jangan terlalu banyak dalam kuali. Bila dah nampak keperangan, kaup balik dan leraikan. Adun guna belakang sudip sehingga garing.
8. Bila dah masak, angkat dan nampak kecil-kecil. Garing di luar, lembut di dalam. Bila dah sejuk pun masih comel.
9. Sedap dan lembut. Tak cukup kalau makan sebiji.
Mingguan Wanita : Sedap sangat makan panas-panas, nak-nak bila hari hujan, sedapnya lain macam.
“Saya Cuba, Bertahan, Usaha Tapi Gagal. Tiada Lagi Kita” itulah yang diluahkan oleh Aprena Manrose tentang rumah tangganya yang dikatakan sudah berantakan.Pelakon cantik, Aprena...