Bulan Ramadan nie, seleranya lain macam. Kalau boleh penuh meja makan dengan makanan. Tapi bila teguk aje air, selera yang sebelum nie terus hilang. Kenyang. bagi mak-mak pula, benda yang difikirkan adalah untuk anak-anak berselera makan.
Oleh sebab, bazar ramadan tak ada, mak-mak mesti puas fikir makanan apa yang nak masak kan!. Zulfaza Loves Cooking ZLCada kongsikan hidangan ringkas untuk berbuka.
“Sebenarnya, kalau mak-mak nak pelbagaikan hidangan, boleh cuba hidangan ringkas ini. Ia berasal dari masyarakat China Amerika.
“Asalnya, bahan asas adalah menggunakan kulit wantan tetapi memandangkan dalam tempoh PKP ni suakr untuk dapatkan bahan, jadi saya gantikan dengan kulit popia. Anak-anak pun suka rasanya sebab saya letakkan inti cream cheese.
Crab Rangoon
Bahan inti:
1 paket jejari ketam (crab filament) – hiris
400 gram cream cheese
Ads
Cili padi secukupnya – hiris/cincang halus
1 pokok daun bawang- hiris
Satukan semua bahan dan gaul rata.
Kulit popia secukupnya – potong 4 jika kulit saiz besar
1 biji putih telur
Ads
Minyak masak untuk menggoreng
Cara Membuat:
Ambil sekeping kulit popia. Letakkan sesudu kecil inti. Sapukan putih telur di sekeliling kulit popia. Bentukkan seperti di dalam gambar. (Boleh juga dibentukkan seperti popia sekiraya susah untuk mengikut bentuk berkenaan).
Ads
Pastikan kulit melekat elok agar intinya tidak terkeluar semasa menggoreng.
Ulang proses sehingga inti habis dibalut dengan kulit popia.
Panaskan minyak dan goreng hingga keperangan. Angkat dan toskan. Hidangkan bersama sos pilihan.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Dah nak raya ni selain hidangan wajib, ketupat, rendang dan kuih muih, kek juga antara yang menjadi pilihan penyeri di meja makan. Kek Milo 3 bahan ni antara kek paling senang yang mak-mak boleh buat, hanya guna tiga bahan je iaitu telur, milo dan susu pekat sebagai bahan utama. Menariknya ‘kek’ ini tak perlu guna tepung pun, tapi rasa nya sedap dan ‘chewy’ macam brownies!
Bagi peminat kuih-kuih lama tradisional, kuih Dangai ni antara kegemaran ramai. Selalu disediakan sewaktu kenduri kendara, majlis perkahwinan dan sebagainya. Rupanya mudah sahaja nak buat kuih Dangai ni.Bahan-bahan yang digunakan pun tak banyak. Pertama kali buat pun boleh jadi. Boleh buat makan sendiri untuk keluarga mahupun untuk jualan.
Salah satu tip yang boleh diamalkan ketika buat kuih dangai ini ialah sejukkan dulu kelapa parutnya. Ini supaya, ketika menggaul kelapa dan adunan nanti tangan kurang melekit, jadi mudahlah nak buat kerja.
Minggu lepas mak nak buat yassin perempuan. Dia nak panggil geng-geng dia. Jadi saya pun sajalah offer nak buatkan kuih dangai untuk dia. Yelah, kalau dia nak, saya buatkan, taknak takpe.
“Mak, mak nak tak orang buatkan kuih dangai nanti masa yasin?” Saya tanya. “Haa,boleh juga” Mak jawab. “Habis nak buat 1 loyang ke 2?”
Saya dah tahu, kalau mak nak buat yassin, abah mesti nak join gak. Dia mesti nak panggil geng-geng masjid dia. Mana boleh kalah.
“Ya jugak. Boleh lah buat 2 loyang” “Nak orang beli kelapa tak?” “Takyah-takyah, banyak kelapa ni ada kat rumah” “Ok mak”
Jadi Rabu malam kami dah tidur rumah mak. Jumaat pagi tu, apa lagi terus bersilat lah. Pagi tu buat sarapan dulu. Kemudian saya hantar isteri saya ada kelas tambahan. Saya apa lagi. Balik dari kelas tambahan terus parut kelapa.
7 biji kelapa haritu. Yelah, nak buat dangai ni kelapanya kenalah seputih salju sesuci awan dilangit tu. Barulah best. Sekali dengan untuk santan bubur lambuk dan kari ayam untuk buat lawan roti jala. Kesian roti jala tu kena lawan dengan kari ayam.
Bahan-Bahan:
600 gram kelapa putih (kalau beli kat kedai, cakap je nak kelapa putih,nanti acik kedai tu tolong parutkan).
250 tepung pulut cap 3 kepala gajah
300 gram gula pasir
1-2 sudu kecil garam
Cara Membuat:
1. Tips ulung, sila simpan dulu kelapa tu dalam peti ais bahagian chiller je. Tak payah yang beku biarlah dalam setengah jam ke, sejam ke. Bagi dia sejuk betul. Supaya senang kerja nanti.
2. Agak-agak kelapa dah sejuk, ambil satu besen besar, agak-agak muat nak buat kerja. Jangan ambil yang rap-rap.. leceh nanti. Nanti dia rap pulak dalam tu.
3. Campurkan tepung, gula dan garam. Gaul sebati. Guna jari jemari Salleh je.
4. Dah sebati, masukkan kelapa yang sejuk tadi separuh dalam adunan. Kenapa kita sejukkan, supaya bila kita gaul, tangan kurang melekit. Sebab kalau kelapa tu dibiar kat luar, dia akan jadi macam berwap,basah,basah sikit gitu kan. Jadinya bila kita sejukkan, dia akan jadi kering. Senang nak buat kerja.
5. Gaul, angkat, kirai sampai sekata. Masukkan separuh lagi. Ulang step yang sama sampai sekata.
6. Guna loyang 9 inchi. Nak letak dalam loyang pun, kirai tau adunan tu. Tak perlu nak tekan-tekan. Nanti dah siap bakar dia akan mampat sendiri.
7. Bakar suhu 190 darjah celcius, 50 minit.
8. Ambil papan alas, terbalikkan loyang. Kiranya bahagian bawah semasa bakar, akan duduk atas lah.
Masakan pajeri biasanya daripada terung dan nanas. Dinamakan pajeri kerana masakannya berkuah pekat dan bukan berkuah cair. Bahan utama dan wajib dalam masakan pajeri sudah pasti kerisik dan rempah kari daging.
Lauk yang ringkas tapi cukup padu sehingga membuatkan kita makan nasi bertambah-tambah. Enak dinikmati bersama gelama masam goreng. Untuk anak-anak, boleh dinikmati bersama telur dadar atau ayam goreng. Kuahnya yang pekat likat, memang enak menjilat jari. Jom kita cuba buat pajeri terung.
Resipi Pajeri Terung, Kuah Pekat, Likat, Berempah
RESIPI PAJERI TERUNG
BAHAN-BAHAN:
5 biji terung
2 cawan air
1 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
5 tangkai cili kering
1 sudu makan udang kering
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2 kuntum bunga cengkih
2 biji buah pelaga
1 pek kecil rempah kari ikan @ ayam
1 tangkai daun kari
3 sudu makan kerisik
¼ gula melaka
¼ kotak santan
Mantap Bila Makan Dengan Nasi Panas
CARA MEMASAK:
1. Kisar bawang, udang kering dan cili kering.
2. Panaskan minyak masak dalam periuk, tumis bahan kisar, rempah kari, daun kari, bunga lawang, cengkih, kayu manis dan buah pelaga sampai garing dan wangi.
3. Bila bahan tumisan sudah pecah minyak dan garing, masukkan terung dan air. Biarkan mereneh guna api kecil sampai terung empuk.
4. Masukkan gula melaka dan kerisik.
5.Bila semua bahan sudah sekata, masukkan santan kotak. Perasakan dengan garam dengan secukupnya supaya seimbang rasa masin, lemak dan manisnya.
6. Pajeri terung sedia untuk dinikmati. Enak dinikmati bersama telur dadar atau gelama masam.
Model Rusia buat laporan polis selepas jadi mangsa komen lucah, dimalukan ketika makan berseorangan di restoran. Seorang wanita warga Rusia tampil membuat laporan polis...