Perintah Kawalan Pergerakan Fasa Pertama mungkin dilihat agak longgar, namun PKP fasa kedua lebih diperketatkan kerana masih ramai yang tidak mematuhi arahan. Jika selama ini ada yang keluar berpasangan untuk membeli keperluan, bermula hari Rabu segalanya berubah serta-merta.

Menurut Menteri Kanan Kluster Keselaman, langkah ini diambil semata-mata untuk mengehadkan pergerakan bagi membendung penularan virus COVID-19.

Jadi perlu bermula Rabu, memang dibenarkan untuk keluar membeli makanan dan keperluan, tetapi hanya seorang dibenarkan dalam satu kereta.

1 Kereta 1 Orang

Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa kedua yang akan bermula Rabu ini hanya membenarkan seorang individu menaiki sebuah kenderaan.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob berkata, perkara itu diputuskan bagi mengehadkan pergerakan dalam usaha membendung penularan wabak koronavirus (Covid-19).

Bagi kenderaan persendirian, walaupun dibenarkan membeli makanan dan sebagainya kita tetapkan seorang dalam satu kenderaan,” katanya pada sidang akhbar di Pejabat Perdana Menteri di sini hari ini.

Operasi Kenderaan Komersial

Sementara itu, dalam perkembangan sama, Ismail Sabri yang juga Menteri Pertahanan menggalakkan kenderaan komersial yang membawa bekalan dan lain-lain beroperasi dari jam 7 malam hingga jam 7 pagi.

Kita memahami bahawa masih banyak kenderaan komersial yang melibatkan barangan keperluan seperti makanan dan perubatan yang berada di atas jalan raya dari pagi sehingga malam.

“Kita membenarkan kenderaan itu beroperasi tetapi kerajaan menggalakkan kenderaan atau pengangkutan komersial bagi barangan keperluan beroperasi dari 7 malam sehingga 7 pagi,” katanya.

Bagaimanapun beliau menjelaskan, perkara itu hanya satu galakan dan bukan arahan.

IKLAN

Ini kerana kita dapati ada kenderaan yang memerlukan jangka masa yang panjang untuk beroperasi,” katanya.

Sumber: Sinar Harian

INFO TAMBAHAN:

Sidang Media Khas – Perintah Kawalan Pergerakan (30 Mac 2020)

1. PKP Fasa Kedua: Waktu operasi semua premis perniagaan barang keperluan harian termasuk Pasaraya dan Pasar, 8.00 pagi hingga 8.00 malam

2. Operasi Stesen Minyak dihadkan dari jam 8.00 pagi hingga 8.00 malam

IKLAN

3. PKP Fasa Kedua: Waktu operasi pengangkutan awam kekal 8.00 pagi hingga 8.00 malam

4. PKP Fasa Kedua : Teksi dan E-Hailing dibenarkan beroperasi 6.00 pagi hingga 8.00 malam

5. PKPD yg kedua telah dilaksanakan di Batu 21 hingga Batu 24, Sungai Lui, Hulu Langat berikutan peningkatan jumlah positif jangkitan COVID-19

6. PDRM telah menahan 828 individu kerana ingkar PKP

7. PDRM bersama ATM telah membuat sebanyak 1520 Sekatan Jalan Raya dan melakukan pemeriksaan kpd lebih 257,287 kenderaan

IKLAN

8. Sekatan Jalan Raya di plaza tol di seluruh negara, ditambah dari 23 kepada 65 dan akan ditingkatkan kepada 114 plaza tol

9. Jumlah keseluruhan anggota yang bertugas dalam pelaksanaan PKP adalah seramai 67,774

10. Kerajaan menggalakkan orang ramai supaya membuat pembelian secara atas talian (online)

11. Aktiviti riadah tidak dibenarkan di kawasan awam dan persendirian

12. Kelonggaran kepada golongan Autism & OKU untuk mendapatkan terapi seperti dinasihatkan pakar tetapi tidak dibenarkan secara berkumpulan

13. Kerajaan tetap harga siling topeng muka RM1.50

14. SOP PKP Tahap 2 akan dikuatkuasakan mulai 1 April 2020

Sumber MINDEF MALAYSIA

MW: Buat masa sekarang, kerajaan melaksanakan pelbagai usaha untuk membendung virus korona dari terus merebak. Pelaksanaan tidak akan berjaya sekiranya masih ramai lagi masyarakat di luar sana masih berdegil dan bersikap tidak serius dengan setiap perintah pihak berkuasa. Renung-renungkan. 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI