ulang-spm-bahasa-inggeris

Doktor Falsafah ini, Ts. Dr. Mohd Fadzil Bin Abdul Hanid berkongsi pengalaman mengambil semula peperiksaan kertas Bahasa Inggeris tahun 2022 (SPM 2021). Ada sebab mengapa beliau ulang SPM Bahasa Inggeris ini.

Dahulu, semasa zaman belajar tingkatan lima, beliau akui pernah melakukan kesilapan bodoh. Sehingga pernah dibuang asrama lalu duduk rumah sewa.

Malah, keputusan peperiksaan SPM nya juga tidak dipaparkan dalam sijil kerana kegagalan satu subjek. Seiring dengan kematangan usia, beliau tekad ‘upgrade’ diri. Dan ketika memegang gelaran doktor falsafah, beliau beranikan diri mengulang kertas Bahasa Inggeris untuk SPM 2021.

Semoga kisah ini menjadi inspirasi untuk anak-anak yang lainnya.

Ulang SPM Bahasa Inggeris, Tidak Mustahil Untuk Cemerlang

Learn From Your Mistakes (Belajar Daripada Kesilapan)

1. Alhamdulillah, tahun 2022 (SPM 2021) saya ambil keputusan untuk mengambil semula peperiksaan SPM bagi matapelajaran Bahasa Inggeris. Saya bersyukur kerana keputusan yang keluar hari ini saya mendapat B+ (Kepujian Tertinggi).

2. Mungkin ada yang tertanya kenapa nak ambil balik matapelajaran Bahasa Inggeris ini, secara jujurnya selepas keputusan senat UTM yang memperakui gelaran Doktor Falsafah pada Disember 2021. Saya bertanya kepada diri sendiri, “What Next?” selepas ini.

Saya mula meneliti laluan kerjaya yang saya ada, jika pada masa depan saya ingin memohon jawatan pensyarah universiti (DS51/52), hampir kebanyakan universiti meletakkan syarat subjek bahasa Inggeris semasa SPM adalah Minimum B+ ataupun ujian IELTS (International English Language Testing System) dengan minimum band 6.5 .

Keputusan SPM bahasa Inggeris saya sememangnya teruk iaitu D7.

Baca sini : SPM Tak Ada A, Doktor Ini Pernah Gagal Dapat Result Teruk, Jangan Kecewa Itu Bukan Pengakhiran

IKLAN

Semasa Sekolah Banyak Buat Kesilapan

3. Semasa zaman bersekolah menengah saya membuat banyak kesilapan bodoh. Saya bukannya tidak bijak tetapi saya tidak mempunyai tujuan hidup ketika itu dan hanya mengikut arus dan tidak matang.

Semasa tingkatan 5 saya di buang asrama dan duduk rumah sewa bersama rakan-rakan sealiran yang lain. Saya langsung tidak belajar untuk ambil peperiksaan SPM.

Hasilnya ada subjek dapat 8E, 7D, 5C, 3B. Oleh kerana satu subjek gagal (Kimia) maka tidak dipaparkan dalam sijil.

Tanpa belajar pun saya masih mendapat 1A bagi subjek Sejarah dan Pendidikan Islam yang membuktikan saya bukannya tidak pandai.

Selepas SPM, saya pernah bekerja pergi mengikut orang menjadi nelayan, atendan pam minyak Petronas dan kerja di cyber cafe.

Baca sini : Shiera Terkejut Keputusan SPM Anak Dapat A Subjek Matematik, Cemerlang Bahasa Inggeris

IKLAN

4. Berbalik kepada keputusan saya untuk mengambil peperiksaan bahasa Inggeris SPM, saya terus mencari maklumat untuk berdaftar kerana ketika itu sudah Januari 2022, peperiksaan SPM akan bermula pada Februari 2022.

Saya terus mendaftar dan membayar denda lewat sebagai calon persendirian. Dalam tempoh hanya sebulan saya mendapatkan bantuan daripada rakan guru bahasa inggeris untuk mengetahui format peperiksaan bagi bahasa Inggeris format baru CEFR iaitu terdapat 4 penilaian iaitu Reading, Writing, Listening and Speaking.

Saya telah menetapkan sasaran yang realisitik dalam tempoh sebulan untuk belajar, saya hanya sasarkan untuk mendapatkan B+ .

Langkah Selepas Peperiksaan Ulangan SPM Bahasa Inggeris

5. Saya berterima kasih kepada Cikgu Niwashini Nambiar, Cikgu Booby dan rakan sekerja Pn. Ida Amiza, Yu Kok Hui yang berkongsi tips subjek BI. Selebihnya saya perlu belajar sendiri kerana tempoh terlalu singkat, saya membeli buku rujukan Sasbadi dan Pelangi untuk belajar dan membuat latihan.

Dan saya paling mengujakan saya banyak belajar daripada channel youtube “English Made Possible With Teacher EM” (https://www.youtube.com/channel/UCGdNFBQsFRfmJqBGkiz0fDQ). Selayaknya Cikgu Emily telah menerima pengiktirafan Anugerah Khas PDPR , KPM 2021.

6. Selepas selesai peperiksaan ulangan SPM bagi subjek bahasa Inggeris ini, saya mengambil keputusan untuk mengambil ujian IELTS (International English Language Testing System) pada bulan Mac 2022. IELTS merujuk kepada Sistem Penilaian Bahasa Inggeris Antarabangsa (IELTS).

IELTS adalah ujian penguasaan Bahasa Inggeris paling popular di dunia dan menjadi penanda aras kepada tahap penguasaan bahasa inggeris pelajar di seluruh dunia.

Secara ringkas IELTS terbahagi kepada 4 komponen iaitu Reading, Listening, Writing dan Speaking. Format yang sama dengan SPM tahun ini iaitu CEFR Aligned.

IKLAN

Alhamdulillah saya lebih bersedia ketika itu dan mendapat keputusan Band 6.5 iaitu sasaran yang realistik ketika itu.

Baca sini : Anak Cemerlang 5A SPM, Watie Joey Kongsi Formula, Kena Tegas Jangan Leka Dengan Gajet

Jangan Berputus Asa Jika Gagal Kali Pertama

7. Rumusannya, saya ingin memberi kesedaran bahawa setiap orang mempunyai kisah dan jalan kehidupan tersendiri. Jangan berputus asa sekiranya kita gagal kali pertama.

Perjalanan belajar saya panjang daripada peringkat Diploma Politeknik (PSMZA), Ijazah Sarjana Muda (UTHM), Master (UTM) sehingga berjaya menggenggam Doktor Falsafah (UTM).

Terus berusaha mengejar impian. Ingat setiap orang akan ada masanya yang tersendiri. Lihat tokoh-tokoh yang berjaya ada yang berjaya pada usia yang lewat ;

  1. Colonel Sander – Buka KFC (62 Tahun)
  2. Lim Goh Tong – Membangunkan Genting Highlands (47 Tahun)
  3. Henry Nestle – Tubuh Syarikat Nestle (57 Tahun)
  4. Gordon Bowker – Pengasas bersama Starbucks (51 Tahun)

Saya ingin mengucapkan tahniah kepada calon SPM yang cemerlang. Kalau boleh diputarkan waktu, saya juga ingin cemerlang seperti anda semua pada ketika umur saya seperti anda.

Sumber/Foto : Ts. Dr. Mohd Fadzil Bin Abdul Hanid

Mingguan Wanita : Tahniah Dr. Semoga kejayaan Dr menyuntik inspirasi kepada yang lainnya. Tidak menjadikan usia sebagai penghalang kejayaan. Sungguh untuk ulang SPM Bahasa Inggeris selepas menggenggam kejayaan yang tinggi bukannya mudah, namun Dr telah buktikan ianya tidak mustahil.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI