Sumber Foto :  Instagram Shiera Ijoy

Shiera terkejut keputusan SPM anak dapat A subjek Matematik dan cemerlang subjuk Bahasa Inggeris. Tahniah diucapkan buat pasangan pelakon Sharifah Shahirah dan Ijoy apabila anaknya Airell Zulkifly memperoleh keputusan cemerlang dalam dua subjek menerusi keputusan SPM.

Shiera yang juga penyampai radio Suria FM berasa bangga apabila anaknya memperolehi 2A dalam dua mata pelajaran pada peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 yang diumumkan, pagi tadi.

Shiera Terkejut Keputusan SPM Anak Dapat A Subjek Matematik

Akui dirinya bukanlah seorang ibu yang gemar memaksa anak dalam pembelajaran dan sangat terbuka hati walau apa pun keputusan yang diperolehi oleh anaknya.

Namun bagaikan tidak percaya dan berasa sangat bangga, Shiera menerusi perkongsian di Berita Harian Online menyatakan walaupun mendapat dua A namun dia berbangga dengan anaknya.

“Saya tidak menekan anak-anak untuk cemerlang sebab saya tahu keturunan saya bagaimana.

“Walau apa keputusan yang diperoleh, saya tetap bangga,” luah Shiera.

Cemerlang Dalam Bahasa Inggeris

Seronok bercerita kejayan anaknya, Shiera juga sangat bersyukur Airell turut cemerlang dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris.

IKLAN

“Paling saya terkejut Matematik pun A. Saya ini, Matematik lemah. Alhamdulillah, dia tak contohi emaknya.

“Subjek lain semuanya lulus… Alhamdulillah,” kata Shiera yang turut menyatakan anaknya memberi tumpuan penuh dalam pelajaran sewaktu Pandemik Covid 19.

Jadilah Insan Yang Berguna Membantu Orang Lain

“Saya cakap pada anak, jangan tengok pada keputusan. Apabila membesar, jadilah insan yang membantu orang.

“Tidak kisahlah bawa Grab sekalipun, ia adalah pekerjaan yang membantu orang.

“Kalau tiada perkhidmatan Grab, kita tak dapat makanan yang dibeli.

IKLAN

“Jadi, walau gaji kecil macam mana pun, orang hina kita tak mengapa, janji kita kena hidup membantu orang. Maksudnya, jangan tidak bekerja langsung.

“Kalau dapat keputusan cemerlang pun tetapi berlagak dengan hidup awak, tak guna juga,” kongsi Shiera yang turut menyatakan Airell berminat dalam bidang muzik.

Baca Sini : Sharifah Syahirah Tak Malu Mengaku Dirinya ‘Queen Control’ Tapi…

Sharifah Shahirah Bulatkan Hati Teruskan Niat Berhijab, Masih Dalam Proses Perbaiki Diri 

IKLAN

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shiera Al-Khaired (@shieraijoy)

Mingguan Wanita : Alhamdulillah semoga Airell dapat sambung pelajaran dalam bidang yang disukai.

Sumber: Berita Harian Online

Sumber Foto :  Instagram Shiera Ijoy

Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita

Hidup satu kaki, ibu anak 4 ini tidak sesekali mengalah.