Pelajar santuni pengawal sekolah di pagar sekolah. Ketepikan pangkat, inilah didikan terbaik anak-anak. Hidup jangan pernah sombong. Merasa diri itu bagus adalah sifat manusia bongkak. Belajarlah menunduk diri tidak kira dengan siapa kita berhadapan.
Sombong merupakan satu penyakit hati, yang mana penghidapnya merasa bangga dan memandang tinggi diri sendiri.
Dalam satu hadis daripada Abdullah bin Mas’ud Radiallahu’anhu, Nabi Muhammad SAW telah bersabda: “Kesombongan adalah menolak kebenaran dan meremehkan manusia .” (Riwayat Muslim).
Anak-anak ibarat kain putih. Jika dididik dengan baik, insya Allah mereka akan meletakkan Allah di hadapan dalam langkah kehidupan mereka.
Namun manusia itu sifat hatinya berbeza-beza. Ada yang berasa bangga dengan pangkat dan kekayaan dimilikinya. Tak kurang juga merasakan kenapa perlu bergaul dengan orang bawahan sedangkan pangkat mereka tinggi.
Sebelum merasakan kesombongan terus meraja dalam hati, ingatlah kita balik ke alam kubur dengan kain kapan sahaja. Pangkat, darjat, kekayaan semua ditinggalkan.
Satu perkongsian video yang mampu membuat hati kita tersentuh dan dirakam oleh Azwan Mahmin dan dikongsikan di Tik Tok @oh!aldro satu situasi luar biasa yang sangat jarang kita dapat lihat.
Satu situasi di mana kesemua pelajar SK Luagan, Keningau Sabah menyalami pengawal sekolah (tak pasti sama ada waktu balik atau baru masuk ke sekolah) dan hal ini jarang terlihat di sekolah-sekolah lain khususnya di bandar besar.
Budaya hormat menghormati ini diterapkan di kalangan pelajar sekolah ini dan pastikan anak-anak diajar untuk menghormati orang lebih tua darinya tanpa mengira pangkat atau kedudukan. Ya, inilah yang patut diterapkan dalam jiwa anak-anak.
Siapa yang tak jatuh hati melihat keletah dan kecomelan Yusuf Iskandar, anak kepada pasangan selebriti Hanis Zalikha dan Hairul Azreen ini.Disebalik tumbesaran Yusuf yang sihat dan bijak rupanya, Hanis Zalikha rajin menyediakan resipi-resipi mudah untuk hidangan anak kesayangannya.
Berikut antara resipi sihat dan mudah yang mak-mak sendiri boleh cuba!
RESEPI 1: Nasi Lembik, Lobak dan Sup Jernih Ikan Bilis
Cara Menyediakannya:
“Nasi lembik + sup jernih bawang ikan bilis tumis minyak zaitun + lobak (buat pegang dan gigit-gigit). Lobak dimasak sekali di dalam sup sampailah ia lembut. Kalau Yusuf makan brokoli pun sama cara memasaknya.”
RESEPI 2: Bayam yang distim, Cendawan Tumis dan Ayam
Cara Menyediakannya:
“Hanis gunakan nasi + millets (lihat biji-biji kuning yang ada dekat nasi) + bayam yang distim + cendawan tumis + ayam + bawang.”
RESEPI 3: Nasi, Ayam Tumis Minyak Zaitun dan Kepingan Keju Nipis
Cara Menyediakannya:
“Nasi + ayam (ditumis terlebih dahulu dengan minyak zaitun) + edamame (direbus) + kepingan keju nipis (untuk rasa lemak masin). Anak-anak makan apa hari ini?”
RESEPI 4: Nasi, Brokoli, Isi Ayam dan Cendawan
Cara Menyediakannya:
“Pagi ini, first time nak bagi Yusuf makan mushroom and also for the first time ever, nak saute his food. Nasi + broccoli + ayam stim macam biasa. Mushroom je saute dengan minyak zaitun. Lepas itu campurkan bersama dan kisar halus.”
RESEPI 5: Nasi, Ayam, Brokoli dan Batang Seleri
Cara Menyediakannya:
Nasi + ayam + brokoli + batang seleri, kesemuanya distim terlebih dahulu, kemudian dikisar. I loveeee celery in Yusuf’s food! Anak-anak makan apa hari ini?”
RESEPI 6: Serbuk Ikan Bilis Sangai
Cara Menyediakannya:
“Chef Mommynis tengah sangai ikan bilis, nak buat serbuk ikan bilis untuk ditabur dalam makanan bayi. Akhirnya nak introduce rasa sedap-sedap sikit dekat Yusuf. Cuma perlu kopek ikan bilis untuk buang tahi + basuh bersih + rendam seketika untuk kurangkan rasa masin. Kemudian toskan ikan bilis dan sangai di dalam kuali tanpa minyak. Selepas itu, kisar halus dan simpan di dalam bekas pilihan.”
RESEPI 7: Nasi Tomato Versi Baby Yusuf
Cara Menyediakannya:
“Ini Nasi Tomato versi bayi. Hanya perlu stimkan, kemudian kisar kedua-duanya. Anak-anak makan apa untuk tahun baru ni? ini soalan favourite sebab dapat banyak idea daripada mommies lain!”
RESEPI 8: Nasi Lembik, Brokoli dan Serbuk Ikan Bilis Buat Sendiri
Cara Menyediakannya:
“And this is my friend… the best meal in the world! Siap masa mengandung sempat mengidam dan masak ini lagi. Ni anak dah keluar pun duk masak lagi. Nasi + brokoli + serbuk ikan bilis untuk baby Yusuf dan Mommy (sikit)…”
RESEPI 9: Avokado, Bayam dan Oat Organik
Cara Menyediakannya:
“Pagi-pagi lagi Chef Mommynis sudah sediakan ini untuk baby Yusuf. Avokado + sayur bayam organik + cooked organic oats. Lepas itu kisarkan ia halus-halus supaya cukup untuk jadi puree pagi dan puree petang.”
‘Pasangan OKU meninggal dirempuh pemandu mabuk.’ Anak sedih hilang mak ayah serentak. Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Hilang dua insan tersayang serentak merupakan perkara yang sukar ditelan.
MW merakamkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga mangsa dan diharap keluarga ini kuat menerima takdir ini.
Pasangan OKU Meninggal
“Saya tak percaya mulanya bila ada orang hantar mesej guna telefon ibu beritahu pemilik telefon kemalangan dan meninggal dunia.
“Saya anggap mungkin telefon ibu tercicir dan harapkan orang itu tersalah, tapi terpaksa reda dengan ketentuan Allah apabila kehilangan ibu dan ayah serentak akibat dilanggar pemandu mabuk,” kata Munirah Ezuddin, 21.
Dia adalah anak kedua pasangan orang kurang upaya (OKU), Ezuddin Mohammad, 50, dan Surayah Muhamat, 48, yang maut selepas motosikal dinaiki mereka dirempuh Perodua Myvi dipandu lelaki dipercayai mabuk dalam nahas jam 7.45 pagi tadi di Jalan Serkam Pantai, Jasin, Melaka.
Menurut Munirah, ketika kejadian dia bersama empat lagi adik-beradiknya sedang tidur di rumah pusaka nenek mereka di Tambak Bugis, sebelum menerima kiriman WhatsApp sekitar jam 8 pagi berhubung kejadian.
“Biasanya, jika ibu dan ayah hantar mesej tidak begitu teratur, tapi mesej diterima cantik dan jelas serta disertakan dengan lokasi menyebabkan kami adik beradik terus bergegas pergi mencari.
“Sebaik tiba di tempat kejadian, saya tergamam apabila melihat jenazah ayah dan ibu yang OKU bisu sudah terbujur kaku dan ditutup dengan kain.
Anak Sedih
“Hanya Allah yang tahu. Lebih menyedihkan apabila mengenangkan arwah ayah tidak sempat tinggal di rumah baharu di Sebatu, Sungai Rambai yang sudah 90 peratus siap.
“Itulah impiannya untuk tinggal bersama ibu sehingga ke akhir hayat selain hasratnya untuk menjadi nelayan selepas berhenti kerja di kilang membuat berus pada April lalu,” katanya.
Hilang Mak Ayah Serentak
Tambah Munirah, ketika pulang daripada bersiar-siar di Bandar Melaka termasuk melawat Kota A Farmosa tengah malam tadi, ibunya ada memberitahu akan keluar untuk berjumpa semula rakan-rakan jam 8 pagi ini untuk sambung bersiar-siar di pusat beli belah.
“Ayah tidak menunjukkan perubahan sikap ketara dan ceria seperti biasa, begitu juga ibu.
“Arwah seorang penyayang dan kenangan yang tidak dilupakan dia gemar mencium kami dari kecil hingga kini,” katanya sebak.
Mingguan Wanita : Semoga anak-anak ini terus kuat menghadapi hari mendatang tanpa ibu dan ayah. Al-Fatihah.
Boleh dikatakan banyak urusan kerja rumah dilakukan oleh isteri. Jika ada, suami hanya membantu apa yang mampu demi meringankan tugas isteri. Namun, siap sangka, tugas itu diambil alih oleh suami apabila isteri terpaksa di rawat di hospital kerana masalah kesihatan.
Kini, segala tanggungjawab mengurus rumah dan menjaga anak di bawah tanggungjawabnya. Lebih dua bulan isterinya di rawat di hospital akibat jangkitan kuman dalam darah. Agak menydihkan, hanya panggilan telefon untuk mengubat rindu suami dan anak-anak bagi melihat perkembangan terkini keadaan isteri dan ibu pada 11 orang anak.
Berat mata memandang beat lagi bahu memikul. Bagi Mohd Nor Azim Firdaus Razali, 37 tahun yang bekerja mekanik tiada yang menyedihkan apabili isteri kesayangannya, Che Nur Asmiza Che Zahari, 31 tahun telah lebih dua bulan di rawat di hospital.
Hanya panggilan telefon saja mengubat kerinduan dan doa agar isterinya diberi kesembuhan dan dapat kembali bersama keluarga.
Menunjukkan keadaan isterinya.
“Setiap kali berhubung menerusi panggilan video, isteri akan berpesan agar saya menjaga semua anak dengan baik sambil berlinang air matanya.”
Isterinya kini masih dirawat di wad Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian akibat jangkitan kuman dalam darah hampir dua bulan lalu.
Mohd Nor Azim berkata, keadaan kesihatan isterinya kini tidak menentu kerana banyak komplikasi dialami termasuk terdapat darah beku dalam paru-paru dan hati.
Menurutnya, sejak dirawat, isterinya sudah dua kali dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU).
“Isteri juga mengalami masalah pernafasan kritikal menyebabkan dia perlu bergantung kepada alat bantuan pernafasan setiap masa dan malam semalam dia menjalani pembedahan membuang air yang memasuki paru-paru.
“Doktor memaklumkan jika keadaan isteri cukup bersedia, baru pembedahan membuang darah beku dalam paru-paru dan hatinya boleh dibuat,” katanya.
Hulurkan Bantuan
Mohd Nor Azim berkata demikian ketika ditemui selepas menerima kunjungan Cempaka Merah Asnaf Society dan aktivis masyarakat, Nur Adilah Nasir yang tampil menghulurkan bantuan di rumah sewanya, di sini, semalam.
Menurutnya, sepanjang ketiadaan isterinya, dia menguruskan 11 anak-anaknya berusia 15 bulan sehingga 15 tahun.
Bersama sebahagian daripada anak-anaknya.
Menurutnya, ketika dia ‘berumah’ selama sebulan di HUSM sebelum ini, semua anaknya dijaga oleh ibu mentuanya di Pasir Pekan dan dia akan pulang menjenguk dalam tempoh dua atau tiga hari sekali.
“Setiap kali pulang, saya akan membuat panggilan video bersama isteri untuk mengetahui perkembangannya di dalam wad sambil menunjukkan keadaannya kepada anak-anak.
“Walaupun lemah, isteri akan gagahkan dirinya untuk bercakap tapi kebelakangan ini keadaannya semakin lemah dan hanya menggeleng atau mengangguk sahaja apabila berinteraksi,” katanya yang kerap tidur di dalam kereta di parkir hospital setiap kali isteri dirawat di ICU.
Menurutnya, pendapatannya juga terputus disebabkan perlu menumpukan perhatian kepada keluarga terutama isterinya.
“Bebanan saya sedikit ringan apabila ramai yang bersimpati dan menghulurkan sumbangan,” katanya.
Sementara itu, Nur Adilah berkata, pihaknya sedang mencari dana untuk membayar sewa rumah untuk keluarga berkenaan.
Orang ramai yang ingin menghulur sumbangan boleh menghubungi Mohd Nor Azim di talian 01128938805.
Sumber: My Metro
Mingguan Wanita : Semoga diberi kesembuhan dan kembali bersama dengan keluarga tersayang.
APA RAHSIA KEJAYAAN KAMI JADI JUTAWAN MILENNIAL?
Chocodap’s, Faith Fleur, Anggun Cotton Collection, Teh Ais Pyorr, Masak-masak Cekyana (Oden viral) dan bayak lagi jenama lain mempunya ratusan ribu pelanggan masing-masing.
Tak ramai anak Melayu kita mampu bina empayar perniagaan dari bawah dari tiada apa-apa. Ia bukan dicipta sehari dua. Banyak pengorbanan terpaksa dilakukan sepanjang pendakian.
• Apa rahsia mereka?
• Apa yang mereka lakukan?
• Apa ilmu-ilmu yang diamalkan?
• Siapa yang susah senang bersama mereka?
• Apa dugaan dan keperitan yang dilalui?
Teringin ikut jejak mereka?
Semua ini akan terjawab di program Webinar Eksklusif CEO BIsnes Viral anjuran Mingguan Wanita pada 25 September 2021 secara virtual. Dangarkan sendiri perkongsian jujur mereka. Eksklusif!
Menangi hadiah-hadiah cabutan bertuah serta wang tunai bernila RM100.
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Nahas tragedi helikopter TLDM, lelaki buat hantaran jelik didenda RM23,000. Gara-gara menghina nahas tragedi dua helikopter bertembung di udara dua hari lalu, seorang peniaga...