Tidak memberikan impak kepada keputusan Mahkamah tetapi lebih kepada impak kekuatan dan semangat mereka yang mengikuti perkembangan kes Bella ini. - Nor Zabetha.

‘Peguam pemerhati tak boleh kata apa-apa, melainkan diminta.’ Perhatian dan sokongan TMJ (Tengku Mahkota Johor) pada kes bella bawa kesan berbeza menurut peguam, Puan Nor Zabetha daripada Tetuan Nor Zabetha Chinna & Co.

Jelasnya bila orang berkepentingan seperti TMJ memberi perhatian kepada kes Bella sedikit sebanyak akan memberi kesan. Sesungguhnya kes yang dibicarakan di mahkamah memang kebiasaanya bersifat neutral.

Artikel Berkaitan : Hati Naqiu Sebagai Bapa Kepada Anak OKU Terguris, Sensitif & Emosi Ikut Kes Bella

Perhatian TMJ Pada Kes Bella

Kita boleh lihat-lihat perjalanan kes yang lain juga. Misalnya ada pemimpin yang didakwa dan disabitkan kesalahan dan menunggu keputusan rayuan di mahkamah.

Jadi berkenaan kes itu, saya tidak dapat melihat ianya memberikan impak kepada keputusan Mahkamah tetapi lebih kepada impak kekuatan dan semangat mereka yang mengikuti perkembangan kes Bella ini.

Bawa Kesan Berbeza

Kadang-kadang faktor seperti bilangan peguam, misalnya 10 peguam ada memberi kesan kepada penerimaan orang awam dan memberikan andaian berkenaan dengan kekuatan kes. Jadi sekiranya TMJ memberikan sokongan dan perhatian sudah tentu ia membawa kesan yang berbeza.

IKLAN

Baca Di Sini : ‘Percayalah Allah Akan Hantar Ramai TenteraNya Bantu Bella’ – Azza Elite

Peguam Pemerhati Tak Boleh Kata Apa-Apa

Manakala apabila ditanya tentang empat Peguam Pemerhati yang dilantik TMJ telah melantik beberapa peguam pemerhati dalam kes Bella, apakah fungsi sebenar peguam pemerhati ini?

Jelas Puan Nor Zabetha, secara ringkas peguam pemerhati bukanlah pihak-pihak kepada pembelaan ataupun yang mewakili pendakwaan tetapi dibenarkan sebagai pemantau. Tidak boleh berkata apa-apa melainkan dijemput atau diminta oleh Mahkamah untuk berkata-kata.

Berbeza sekiranya mereka bertindak sebagai ‘amicus curiae’ atau dikenali sebagai sahabat mahkamah yang boleh memberikan pandangan, membuat laporan (tertakluk jika dibenarkan) kepada sesuatu kes dan boleh mencelah sewaktu perbicaraan dan hal begini boleh menjadi juga faktor penentu kepada keputusan sesuatu kes.

IKLAN

Melainkan DiMinta

Tambah Nor Zabetha, banyak kes yang mangsa atau pengadu dalam kes-kes jenayah melantik peguam pemerhati kerana kes jenayah ini berbeza prosiding dengan kes sivil.

Bagi kes jenayah, perbuatan jenayah yang dibuat adalah menganggu ketenteraman awam dan boleh memberikan kesan kepada masyarakat.

IKLAN

Oleh yang demikian, kesalahan itu adalah terhadap masyarakat dan negara. Jadi dari peringkat aduan atau laporan polis, siasatan oleh pihak polis manakala kes mangsa atau pengadu akan diwakili dan dikendalikan oleh pendakwaraya.

Pengadu atau mangsa tidak boleh melantik peguam sendiri bagi meneruskan pendakwaan. Sekiranya mangsa masih ingin melantik peguam sendiri sebagai penasihat kepada mangsa berkaitan dengan prosiding kes atau menerangkan hal-hal berkaitan undang-undang, mangsa boleh melantik peguam pemerhati untuk memantau kesnya di mahkamah.

Akhir sekali tambah Nor Zabetha, apa-apa kes jenayah pun boleh melantik Peguam Pemerhati asalkan mangsa atau pengadu memutuskan untuk melantik peguam pemerhati sebagai pemantau dan menasihatkan dan menerangkan perjalanan kes kepada mangsa atau pengadu.

Mingguan Wanita : Semoga keadilan berpihak kepada Bella dan seluruh rakyat Malaysia mendoakan yang terbaik buat adik Bella. #justiceforbella

Follow kami di :

Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI