Tugas seorang lelaki yang bergelar suami dan ayah bukan saja bertanggungjawab memberi nafkah kepada isteri dan anak semata.-mata. Ini tidak termasuk dalam menjaga dan memberi nasihat kepada anak. Jangan ingat dengan hanya menunaikan tanggungjawab itu, ia sudah cukup.
Bagaimana pula dengan anak-anak. Jangan serahkan sepenuhnya tanggungjawab menjaga anak di bawah bahu isteri. Ayah juga ada hak dan tanggungjawab dalam menjaga anak.
Ada beberapa nasihat yang diberikan oleh Ahlia Fariza buat lelaki yang bergelar ayah. Moga ia membuka mata buat ayah di luar sana.
1. Sebenarnya apabila kita mempunyai anak, ramai yang sudah mengaku menjadi AYAH, sebenarnya belum lagi, ibarat orang yang baru memiliki bola, dah mengaku jadi footballer.. Kena belajar bagaimana nak imbang bola itu..
2. AYAH itu sebenarnya gelaran untuk lelaki yang mahu mengasuh anak, bukan sekadar ‘membuat’ anak.. astagfirullah. Maaf ye macam kasar je.. kerana ramai lelaki begitu, tapi bukan semua.
3. Seorang AYAH yang mahu terlibat mengasuh anak-anak bersama isterinya, sebenarnya separuh permasalahan keluarganya ini telah diatasi.. Tak caya tanyalah isteri-isteri..
4. Sekiranya seorang AYAH yang tugasnya cuma menyedia dan memberi wang sahaja, ia telah menyamakan dirinya dengan mesin ATM. Didatangi anak ketika diperlukan sahaja…
5. Hari ini memang telah hilangnya fungsi tarbiyah dari AYAH, banyak AYAH tidak sedar bila anak lelakinya memasuki alam baligh.. dan anak perempuannya dah mula malu-malu.. Ruginya ayah..
Ads
6. Jika ada anak yang durhaka, sebenarnya ia juga dari AYAH yang durhaka. Ini istilah Sayyidina Umar Al Khattab.
7. Sekiranya seorang AYAH yang ingin didoakan oleh anaknya, berdoalah selalu dari sekarang untuk anaknya dan didiklah dengan agama..
8. Sekiranya AYAH ingin dimuliakan oleh anaknya, usahalah memuliakan anaknya dengan ilmu agama..
9. Mengikut kajian, ramai ayah yang hampir kehilangan ciri-ciri AYAH yang sebenar. Kerana semua pengajar anak di masa kanak-kanak diisi oleh kaum ibu sahaja.
10. Padahal keberanian, survival dan ketegasan, harus diajarkan di usia kecil oleh ayah-ayah. Dimanakah AYAH sang pengajar utama?
11. Dunia AYAH ketika ini bagi anak-anak hanyalah angan-angan mereka sahaja. Anak-anak mencari ayah mereka di surat khabar, tv dan komputer…
Ads
12. Banyak anak sudah merasa yatim sebelum waktunya, sebab AYAH dirasakan tak hadir lagi dalam kehidupan mereka. Kerana amat sibuk dengan dunia ayah.
13. Ayuh wahai ayah-ayah semua, ambillah Semangat Al Quran mengenai pendidikan mengedepankan AYAH sebagai tokoh. Kita kenal Lukmanulhakim, Ibrahim, Ya’qub, Imron. Dalam Al Quran mereka adalah contoh AYAH yang perihatin.
14. Ibnul Qoyyim dalam kitab Tuhfatul Maudud berkata: Jika terjadi kerosakan pada anak, penyebab utamanya adalah AYAH..
15. Ingatlah! Seorang anak bernasab kepada AYAHnya bukan ibu. Nasab yang merujuk kepada anak menunjukkan kepada siapa Allah meminta dipertanggung jawaban kelak.
16. Rasulullah yang mulia, sejak kecil ditinggal yatim oleh AYAHnya. Tapi nilai-nilai keAYAHan tak pernah hilang dan diperolehi dari datok dan ayah saudaranya sendiri..
17. Generasi sahabat menjadi generasi gemilang kerana AYAH terlibat dalam mengasuh anak bersama ibu-ibu mereka. Mereka digelari umat terbaik.
Ads
18. Di dalam Al Quran ternyata terdapat 17 dialog pendidikan anak-anak. 14 diantaranya iaitu antara AYAH dan anak. Ternyata AYAH lebih banyak disebut di dalam alquran!
19. Marilah semua wahai AYAH-ayah untuk melibatkan diri dalam pendidikan baik di rumah, sekolah dan di masjid..
20. Ibu memang madrasah pertama seorang anak. Tetapi AYAHlah yang menjadi mudirnya. (Pengetuanya).
21. Ibarat burung yang punyai dua sayap. anak memerlukan kedua-duanya untuk terbang tinggi ke angkasa. Kedua sayap itu adalah AYAH dan ibunya.
22. Ibu mengasah kepekaan rasa, AYAH memberi makna terhadap logik. Kedua-duanya diperlukan oleh anak
23. AYAH mengajarkan anak menjadi pemimpin yang tegas. Ibu membimbingnya menjadi pemimpin yg peduli. Tegas dan perihatin itu sikap utama.
24. Jom wahai ayah pujuklah diri untuk berubah dan sebarkan perkongsian ini agar makin banyak AYAH-ayah yang perihatin dengan urusan pengasuhan dan membentuk generasi pejuang dunia akhirat. Allahuakbar..
Wallahua’lam.
MW: Hadamkan nasihat ini. Jangan serahkan sepenuhnya pada isteri dalam menjaga anak, ayah kena ambil bahagian juga dalam bab-bab ini.
Sambut hari jadi anak, Wany Hasrita terharu, “macam ni rasanya celebrate birthday anak sendiri.” Sambutan hari jadi anak merupakan antara momen terindah buat ibu bapa apatahlagi kali pertama menyambutnya.
Jika sebelum ini hanya ‘menumpang’ kegembiraan ahli keluarga lain mahupun rakan-rakan tapi apabila melaluinya sendiri, tentu perasaannya lain. Begitulah yang dirasai oleh pelantun lagu, Menahan Rindu ini.
Sambut Hari Jadi Anak, Wany Hasrita Terharu, “Macam Ni Rasanya Celebrate Birthday Anak Sendiri”
Dalam satu hantaran di laman Instagram, Wany berkongsi rasa menyambut hari lahir puteri sulungnya, Aishah Al Iman.
ALHAMDULILLAH MALAM TADI SEMPAT BUAT SMALL CELEBRATION DENGAN CLOSE FAMILY UNTUK AISHAH. MACAM NI RASANYA CELEBRATE BIRTHDAY ANAK SENDIRI. AISHAH AL IMAN SAYANG, RASA MACAM BARU SEMALAM AWAK MASIH BAU BABY SEKARANG NI MACAM ADA MASHAM SIKIT TAPI STILL WANGI.
RASA MACAM BARU SEMALAM AWAK MASIH BABY DENGAN MATA TERKEBIL-KEBIL TENGOK SILING, SEKARANG LAJU AWAK TOLAK WALKER AWAK TU. CINTA HATI IBU & BAPAK, MOGA SIHAT SELALU, MEMBESAR DENGAN BAIK, NAK. SEMOGA MENJADI PENCINTA ILMU, BERBUDI BAHASA & BERAKHLAK. – WANY DI RUANGAN KAPSYEN.
Perkongsian Wany dihujani dengan komen-komen warga maya. Berikut antara komen warga maya:
Untuk info, Wany dan suami, Mohd Al-Adib Fahmi mendirikan rumah tangga pada 22 Julai 2022. Pasangan berkenaan dikurniakan cahaya mata perempuan, Aishah Al Iman pada 8 Julai 2023.
Kakak Hello Kitty. Usahawan ini pernah bercerai dan ramai mengaitkan perceraiannya kerana suami dipaksa pakai baju Hello Kitty.
Mesra disapa Na, mengakui perceraian selama 23 hari dengan suami membuatkan diri dan hatinya tidak kuat. Perlu melakukan kerja-kerja rumah yang selama ini dibantu suaminya, Mohd Afizi.
Dan kerana itulah dirinya mengambil peluang kedua diberi Allah dan mereka kembali rujuk demi anak-anak serta menurunkan ego masing-masing demi membina keluarga bahagia.
Ikuti video penuh kisah suka duka pasangan ini yang memilih peluang kedua dalam kehidupan mereka dalam Sembang Wanita Xtra di saluran YouTube MW.
Memang sikap seorang perempuan, suka meluah kepada suami untuk kurangkan rasa penat dan apa yang terbuku di hati dan suami yang baik akan rela hati jadi pendengar setia.
Sama ada yang baik atau terselit kisat tak best, suami kena tegur dengan cara terbaik. Tak boleh salah cakap dan nak mudah faham konsep yang Puan Intan Dzulkeflikongsikan ini. In Shaa Allah rumah tangga akan harmoni sentiasa.
Istilah Suami Yang Baik
Suami yang baik sentiasa cuba jaga sebaiknya kebajikan emosi & rohani isteri si jantung hati rumahtangga. Sebab itu ada pepatah orang puteh; bila wife happy, seluruh rumahtangga happy. Anak-anak pun happy. InsyaAllah.
Suami yang baik, buat semua tu bukan sebab takut isteri, bukan bajet poyo melainkan dia tahu setiap perbuatannya mempengaruhi seisi rumah.
Banyak ibu yang marah-marah anak, asyik mengeluh, muka tak boleh nak senyum langsung.. bila ditanya punca sebab suami tak mahu share tugas rumahtangga & menguruskan anak-anak. Biarkan isteri tanggung semua tanggungjawab seorang diri.
Bila wife stress, kesannya pada anak-anak. Sebaliknya kalau wife happy, dia deliver pada anak-anak.
So, suami.. Bantulah isteri memberi cinta & kasih sayang kepada anak-anak, ya.
Suami Yang Baik Dia Pendengar Yang Baik
Bila isteri meluahkan… suami yang baik tak terus hukum si isteri ni isteri derhaka, jahat, tak bersyukur.. tapi dia faham, ini memang fitrah seorang wanita. Bila isteri penat, stress, dia tak happy.. bila dia tak happy dia sebarkan aura tak best dalam rumah tangga.
Jadi, bila isteri meluahkan penat, kepala suami yang baik akan ligat fikir apa yang boleh dibuat untuk ringankan sedikit kepenatan isterinya. Takkan sesekali dia balas dengan perlian, “awak fikir penat awak je… habis tu, saya ni tak penat?”
Isteri Memang Sensitif
Kualiti kesabaran dalam menghadapi taufan emosi seorang wanita ni, perlu disemai oleh semua lelaki sebelum dia ambil keputusan untuk bergelar suami.
Wanita memang kelemahannya mudah sangat hilang kewarasan. Suami buat silap tak wish anniversary terus dia lupa jasa suami masak & suapkan anak makan, basuh baju & lipat baju, basuh pinggan mangkuk & buang sampah sebelum tidur.
Memang fitrah wanita begitu.. dalam perkahwinan, dia memang mudah lupa daratan jika terlalu ikutkan emosi. Dia hanya akan ingat pengorbanan dia sahaja.
Sebab itu Allah yang Maha Bijaksana meletakkan wanita dibawah pengawasan seorang lelaki yang ‘qowam’ & lebih stabil mengurus emosi.
Bila wanita belum kahwin, ayahnya yang menyayanginya. Bila dia sudah berkahwin, suaminya yang melindunginya. Bila dia sudah tua & menjanda, dia dijaga oleh anak lelakinya. Subhanallah.
Jadilah Suami Terbaik
“Sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik kepada isteri & ahli keluarganya. Dan Rasulullah SAW adalah orang yang paling baik terhadap isteri & keluarganya.”
Semoga Allah sentiasa merahmati suami yang baik & soleh.
Alhamdulillah ‘ala kulli nikmah. ❤
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Memang tidak dapat lari bila kita sudah bekerja dan berada di bawah satu sayarikat yang sama. Di mana, rakan sekerja tentulah terdiri daripada lelaki dan perempuan yang sama-sama mencari rezeki.
Mungkin pergaulan ini dianggap sebagai rakan sekerja dan tidak ada langsung ‘maksud tersirat’untuk lebih daripada itu memandangkan kita mencari rezeki untuk keluarga.
Walau bagaimana pun tidak dinafikan pergaulan rakan lelaki dan permpuan ini juga boleh membawa kepada ‘perasaan yang tidak di duga. Mulalah rasa timbul kasih sayang dan membibitkan cinta. Semua ini disebabkan tidak menjaga ikhtilat.
Bila tidak menjaga ikhtilat, ia boleh membawa kepada kehancuran rumah tangga bila timbul perasaan ‘lain’ dalam diri lelaki dan perempuan.
Mengulas lebih lanjut tentang tidak menjaga ikhtilat ini, Ell F. Azman mempunyai pendapatnya tersendiri.
Nampak satu foto, So-called team building. Permainan jenis apa entah geng lelaki dukung geng perempuan. Mengikut Puan yang kongsikan gambar tu, semuanya dah berumah tangga sebab suami dia pun ada sekali kat situ.
Ini adalah salah satu masalah terbesar hari ini. Pergaulan lelaki – perempuan di tempat kerja.
Yang belum berkahwin atau yang dah berkahwin. Banyak skandal berlaku di tempat kerja. Saya sendiri pernah lihat dengan mata kepala sendiri masa saya praktikal dulu.
Banyak rumah tangga runtuh sebab masing-masing tak jaga ikhtilat. Ikhtilat ialah suatu bentuk pergaulan secara bebas antara lelaki dan perempuan yang mahram sama ada di tempat sunyi mahu pun di tempat terbuka.
Paling Susah Jaga
Inilah yang dikatakan paling susah iaitu jaga ikhtilat di tempat kerja. Sebab dah macam kawan baik semua. Bertepuk tampar dah jadi kebiasaan bagi sesetengah orang. Walaupun dah berstatus suami atau isteri orang.
Apatah lagi di group whatsapp. Ada yang message yang bukan-bukan. Dah tak ada perasaan malu sesama sendiri dengan alasan “kawan tempat kerja je” atau “kawan lama je”. Tak sedar status masing-masing. Ada yang tak jaga langsung perasaan pasangan.
Jangan Melampau Batas
You just have to know the boundaries. Learn about boundaries. Jangan melampaui batas dan jangan mengundang fitnah. Usah mulakan benda yang tak perlu dan yang boleh jejaskan rumah tangga. It may look small/nothing to you, but shaytan is always whispering.
Ikhtilat is cancerous for your marriage. So jaga ikhtilat, jaga pergaulan dengan bukan mahram. Di tempat kerja, di dunia nyata, mahupun di social media. Bukan semua benda boleh buat main-main, atau suka-suka, atau saja-saja.
Just a reminder for all of us.
Jumu’ah mubarak,
Ell.
#ellspiration
MW:. Untuk ingatan kita bersama. Jaga ikhtilat adalah paling susah, kena hati-hati dan ada batasnya.
Shu Shukri "sekolahkan" Hafidz Roshdi, "dah kalah tu kalahlah, nafkah anak sesen pun tak bagi. Hari ini, di instagram storiesnya, pempengaruh Nurul Shuhada Mat...