Nasi lemak RM0.90 sen “mereka yang kurang wang atau ikat perut, boleh makan tanpa fikir panjang”. Sememangnya besar rahmat Allah pada peniaga yang masih menjual makanan dengan harga murah walaupun dunia dihimpit kegawatan ekonomi.

Bukan sekadar pelanggan biasa malah pelakon dan pelawak Bell Ngasri juga turut terkejut dengan harga nasi lemak yang dijual. Rata-rata pada hari ini harga sebungkus nasi lemak biasa dijual dengan harga RM2 dan paling mahal RM4.

Nasi Lemak RM0.90 Sen, Inisiatif Menu Rahmah 

Itulah usaha pemilik premis makanan popular, Pak Mat Western Cafe cawangan Pulau Pinang yang tular menawarkan menu nasi lemak dengan harga serendah RM0.90 sen.

Prihatin dengan nasib golongan B40 dan risau susulan ekonomi dunia pada tahun ini yang diramal dan diancam kemelesatan. Ketua Pegawai Strategi Pak Mat Western Group, Nurina Izz Zayani tujuan utama mereka menjual nasi lemak dengan harga murah untuk meringankan beban orang ramai. Selain itu, mereka juga menyahut usaha kebajikan untuk semua pengguna khususnya golongan B40.

Bukan itu saja malah sejajar dengan pelancaran inisiatif Menu Rahmah oleh kerajaan, baru-baru ini, bertujuan memastikan golongan berkenaan khususnya  mampu membeli makanan di restoran pada harga yang berpatutan.

Nasi Lemak RM0.90 Sen “Mereka Yang Kurang Wang Atau Ikat Perut, Boleh Makan Tanpa Fikir Panjang”

“Ada Tuduh Kami Menipu” 

Malah dengan RM0.90 itu, pengunjung boleh menikmati bahagian nasi yang banyak, separuh biji telur rebus, ikan bilis dan sambal.

“Sejak dua bulan lalu kita menjual nasi lemak serendah RM0.90 ada yang ingat ia hanya sekadar gimik.

“Tak kurang juga menuduh kami menipu kerana menawarkan harga tak masuk akal untuk menu berkenaan.

“Ada yang anggap, angka sen itu tak padan dengan hidangan nasi lemak kami sediakan.

“Namun semua itu bukan omong kosong, kerana sambutan diterima sampai kami tak menang tangan.

IKLAN

“Pelanggan yang datang pun daripada pelbagai kaum.

“Kita sedar selama ini, nasi lemak digemari bukan saja orang Melayu tetapi bangsa lain termasuk Cina, India serta mat salih,” katanya.

Nasi Lemak RM0.90 Sen “Mereka Yang Kurang Wang Atau Ikat Perut, Boleh Makan Tanpa Fikir Panjang”

Bersedekah Kongsi Rezeki

Menurut Nurina Izz lagi, pihak mereka cuba menyelami keperluan dan kehendak masyarakat yang saat ini berdepan kegetiran hidup.

“Ini antara usaha dan ihsan kami meraikan semua lapisan masyarakat untuk sama-sama menikmati rezeki menerusi nasi lemak.

“Ia juga lebih kepada cara kami bersedekah dengan berkongsi rezeki menerusi harga semurah ini.

IKLAN

“Lagipun kelompok masyarakat yang datang ke premis makanan kami berbeza latar belakang. Ada golongan pelajar yang mungkin selama ini mengikat perut tumpang gembira dengan tawaran harga itu.

“Ada juga golongan bekerja yang kesempitan atau kekurangan wang masih boleh menikmati menu ini dengan harga bajet.

“Kita tahu ekonomi sekarang, ada yang tengah bulan sudah sangkut nak bayar itu ini. Uruskan persekolahan anak lagi. Termasuklah golongan seperti ‘rider’ atau penghantar makanan.

Nasi Lemak RM0.90 Sen “Mereka Yang Kurang Wang Atau Ikat Perut, Boleh Makan Tanpa Fikir Panjang”

Ibarat Berat Sama Dipikul, Ringan Sama Dijinjing

“Di premis PMW Cafe, semua boleh menikmati nasi lemak ini. Yang kurang wang atau ikat perut, masih boleh makan menu ini tanpa fikir panjang.

IKLAN

“Malah dengan bermodalkan RM2 saja, mereka boleh menikmati sarapan pagi dengan sempurna. Ibarat berat sama dipikul, ringan sama dijinjing, kami mahu semua datang ke premis tanpa fikir wujud kasta.

“Nikmatilah nasi lemak ini tanpa prejudis kerana ia dihasilkan dengan kasih sayang sentuhan air tangan orang lama. Tambahan pula, nasi lemak ini divariasikan dengan cita rasa tradisional dan barat sekali gus menjadikan ia gabungan orang Malaysia,” sambungnya yang turut memberitahu selain Nasi Lemak RM0.90 sen, Nasi Lemak Lamb, Nasi Lemak Chicken Chop dan Nasi Lemak Meatball turut menjadi pilihan pelanggan.  Malah mereka juga turut mempunyai  ‘ekspress mart’ di Alor Setar dan Perak untuk pesanan makanan dalam talian atau bawa pulang.

Sumber Foto : Instagram Pak Mat Western

Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

Nasi Lemak RM0.90 Sen “Mereka Yang Kurang Wang Atau Ikat Perut, Boleh Makan Tanpa Fikir Panjang”

Jom jadi vendor akak-akak bakers biskut raya terpaling sedap dan meletup di FIESTA HOMEBAKER USHA-USHA BISKUT RAYA anjuran Mingguan Wanita dan CSR Sugar.
Klik : https://toko.ideaktiv.com/product/fiesta-homebakers-vendor/

Tempat terhad dan yuran RM100 sajerrrr.
Apa anda dapat jika jadi vendor?
* Ruang berniaga dan mempromosi bisnes di Fiesta Homebakers MW X CSR
• Link IG atau FB akan disenaraikan dalam artikel portal Mingguan Wanita
• Peluang memenangi produk CSR sebagai vendor paling aktif mempromosi
• Peluang memenangi produk CSR sebagai booth vendor paling cantik & kreatif
• Peluang memenangi produk CSR sebagai vendor paling pantas habiskan 200 biskut
sampel
• Sijil penghargaan penyertaan
• Diberi keutamaan untuk mengikuti siri fiesta yang lain.
• Apron dan topi chef eksklusif CSR
• Goodie bag dari CSR
Berbaloi-baloi. Dengan yuran RM100, anda menerima
ROI penyertaan sebagai vendor bernilai RM3,000!
#fiestahomebakersmingguanwanitacsr #himpunanakakakakbakers #ushaushabiskutraya #biskutraya2023

Edika Yusof Lelaki Kacak Yang Setia 

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI