Wang Dalam Bank Lesap Dicuri Anak Ketika Terlantar Sakit, Wanita Dapat Ganti Rugi RM27 Juta!. Malang sungguh, tergamak sungguh seorang anak mengambil kesempatan dengan mencuri wang simpanan ibu, ketika seorang ibunya terlantar sakit di hospital.
Wang Ganti Rugi
Seorang wanita berumur 83 tahun menerima wang ganti rugi sebanyak 207 juta baht (RM27.17 juta) selepas duit yang disimpan di sebuah bank di Bangkok dicuri anak perempuannya sendiri, lapor laman berita The Nation semalam.
Mahkamah Sivil Phra Khanong membuat keputusan itu dengan bank tersebut, empat pekerjanya termasuk Timbalan Pengurus Cawangan serta anak perempuan wanita berkenaan didapati mencuri 250 juta baht (RM32.82 juta) daripada akaun banknya ketika dia terlantar sakit.
Ads
Failkan Kes
Wanita tersebut, Huai Sriwirat, memfailkan kes di mahkamah pada November 2019 dengan menuduh bank itu, empat pekerja dan anak keduanya, Mawadee Sriwirat memalsukan dokumen untuk memindahkan wang daripada akaun bank miliknya.
Semasa ibunya sakit tenat, Mawadee dilaporkan mengubah syarat mengeluarkan wang daripada akaun Huai di dua cawangan bank dengan bantuan kakitangan, demikian menurut tuntutan mahkamah.
Nak selamatkan perkahwinan tengok usaha suami juga, sekadar janji tapi sikap masih sama angkatlah kaki cepat. Ramai isteri diuji dengan sikap suami kurang bertanggungjawab dalam perkahwinan.
Culas beri nafkah, curang, pemalas dan tak membantu dalam rumahtangga, hanya tahu mengarah dan banyak lagi perangai yang kadang kala menyakitkan hati isteri.
Tidak ramai isteri mahu bergelar ibu tunggal dan biasa mereka akan berusaha menyelamatkannya dan suami juga suka berjanji nak berubah bila dah terkantoi tapi sebelum meneruskan perkahwinan tengoklah pada usahanya. Takut sekadar janji tapi tak dilaksanakan. Akhirnya isteri terus makan hati dalam perkahwinan yang rosak.
Ikuti perkongsian dari penulis juga pemilik PizzaBite, Puan Sharifah Zahidah yang berkongsi hal yang perlu wanita baca dengan “mata hati”.
Begini puan-puan,
Boleh kalau nak selamatkan atau pertahankan perkahwinan. Memang itu yang patut dilakukan jika di fasa awal perkahwinan kita diuji. Memang kita mesti cari solusi dan jalan perdamaian sebelum tekad bercerai.
Tapi kena ingat juga, pastikan si suami pun BERMINAT/INTERESTED TO PROTECT THE MARRIAGE.
Bagaimana cara nak tahu jika lelaki itu berminat atau tak untuk pertahankan rumahtangga tu?
Buat perancangan, buat time frame dan letak KPI/ indicator kepada pasangan anda untuk dia turut menyumbang kepada usaha menyelamat.
Rescue Plan namanya. Jangan menonong kata nak selamatkan perkahwinan, tapi nak buat Rescue Plan pun tak ada perbincangan antara keduanya.
Beliau adalah seorang lawyer lelaki dan juga seorang anak yang membantu ibunya sendiri bercerai dengan bapanya atas isu-isu rumahtangga yang gagal diselesaikan dengan baik, sejak dari mereka kecil dan berpanjangan sehingga mereka dewasa.
Siapa kata bila bercerai anak jadi mangsa? Hakikatnya apabila tak bercerai dalam perkahwinan yang nyata GAGAL, anak-anak lebih TERUK dimangsakan dan melalui episod derita dan trauma sehingga dewasa.
Conclusion dari nasihat panjang yang beliau kongsikan ketika kami berjumpa adalah;
“Apabila lelaki cakap, berjanji atau bersumpah sekalipun bahawa dia nak berubah, JANGAN PERCAYA. They can hardly do that. Dengar saja. Tetapi percaya jangan sekali-kali.
Kadangkala, lelaki sembang nak berubah ni macam tikus baiki labu. Kata nak berubah, tapi tindakan mereka makin sampah. Jadi apa pun, jangan dengar perkataan mereka, tetapi tengok action mereka. Never trust their words once they lie.”
Saya bersetuju dengan nasihatnya.
TINDAKAN, BUKAN PERKATAAN
Wanita yang diuji dalam rumahtangga, jika anda NAK SELAMATKAN perkahwinan, make sure the other party juga CONGRUENT DENGAN ACTION DIA.
Dan pastikan ‘janji’ bahawa ‘nak selamatkan perkahwinan’ itu bukanlah taktik basi sekadar untuk memanjangkan proses perceraian dan melakukan mental torture lebih banyak ke atas diri isteri yang ditahan dan tak mahu dilepaskan. Ditahan kerana kononnya sayang, hakikatnya si isteri terbuang.
Mempertahankan perkahwinan atau sekadar menunda perpisahan? Anda pasti lebih tahu.
Orang kalau betul dia nak, kalau betul dia sayang, dia akan lebih berhati-hati dengan tindakan dia. Dia akan usaha buat habis-habisan sehingga tiada ego berbaki untuk dipertahankan. Bagaimana dia bertindak dan hadapi situasi akan menentukan segalanya. Bukan apa yang dia janji atau merayu depan anda.
Ingat ni, hadam ni.
SAYANGI DIRI
Wanita,
Sebelum melutut hendak suami sayangkan kita, kita perlu belajar sayangi diri sendiri dahulu.
Wanita yang sayangkan dirinya ini berada dalam kelas tersendiri. Tindakan dan gaya mereka classy. Mereka tidak desperate untuk disayangi lelaki sampai dijadikan alas kaki, dia tetap melutut agar disayangi suami.
Wanita yang sayang diri takkan rasa insecure atau hina dengan titile janda. Merasa tenang dan bahagia dalam hati lebih utama dari menggalas title isteri tapi menahan derita setiap hari. Saham wanita sebegini masih ada walaupun usia dan muka dah semakin tua.
Apapun, usah terlalu difikir soal berteman jika terpaksa melewati perpisahan. Alah bisa tegal biasa.
ANAK-ANAK JUGA PERLU BERASA AMAN
Saya bukan menggalakkan perceraian.
Tapi cukuplah.
Cukuplah saya lihat rumahtangga dan ANAK-ANAK MENJADI MANGSA TEKANAN SANG IBU DAN ISTERI yang menderita dalam perkahwinan! Tak ada siapa yang bahagia dalam rumahtangga yang telah LUMPUH fungsinya.
Kita ini wanita.
Jangan kerana takut hidup bersendiri.
Takut dituduh tak pandai menjaga laki.
Takut terpaksa berhempas pulas menyara diri dan anak-anak.
Kita biar diri kita diinjak lelaki yang gagal berfungsi sebagai suami dan ketua keluarga.
Damagenya besar!
Pertahankanlah keluarga.
Di saat bertahannya keluarga itu membawa lebih kebaikan buat semua pihak.
Tetapi ambillah jalan perpisahan, jika berpisah itu membawa lebih kebaikan buat semua pihak.
JADILAH HAMBA ALLAH YANG BAIK
Jika mampu bertahan dalam perkahwinan sebagai hamba ALLAH yg baik, go ahead dan pertahankan.
Syurga menanti buat dirimu yang berkorban.
Tapi jika hati menyumpah dan tak mampu lagi redha dengan kezaliman dari sikap pasangan, lantas hanya menjadikan kita isteri durhaka dan kufur; berpisahlah setelah jalan perdamaian menemui kebuntuan.
Bercerai itu ada banyak hukumnya.
Kadang haram, kadang wajib.
Bukan semua perkahwinan wajar dipertahankan.
Yang penting duhai wanita.
Tolonglah.
Tolonglah, sayangi diri anda.
Anda sayang diri anda, akan ada org yang lebih layak datang untuk menyayangi anda kembali. “You deserved to be loved the way you love…”
JANDA BAHAGIA
Jika takdirnya tiada yang ingin sunting ada lagi dan anda perlu bersendiri sehingga mati, WHO CARES?
Peganglah title Janda Bahagia dengan bangga!
Daripada pegang title isteri durjana, isteri derita, isteri malapetaka segala apa benda title isteri yang akhirnya hanya membuat anda ‘hilang’ diri anda.
Tak berbaloi. Hilang diri kerana seorang lelaki yang tak layak bergelar suami.
Keywordnya, sayangi diri.
Sebelum minta disayangi lelaki.
Allahualam.
*Tiada kaitan dengan isu viral rumahtangga selebriti.
Tidak disangka sama sekali, ingatkan tanda lahir yang ada pada badan bayi itu akan hilang dan tidak membesar. Rupanya itu adalah ketumbuhan dan penyakit yang belum ada penawarnya.
Inilah derita yang dialami oleh Siti Aisyah bila mengingatkan benjolan pada bibirnya itu tanda lahir dan bila makin membesar akan hilang dengan sendirinya adalah ketumbuhan.
Dalam perkongsian Harian Metro, remaja perempuan yang tinggal di Machang, Kelantan telahmenanggung derita selama 14 tahun selepas disahkan menghidap ketumbuhan Hemangioma ketika berusia dua tahun pada bahagian bibirnya dan kini ia tersembur daripada isi mukanya.
Bapanya Mat Hassan Mohammed, 47 tahun, berkata, anaknya Siti Aishah Sofea Mat Hassan, 16 tahun, tidak boleh makan seperti biasa dan hanya menerima zat nutrisi daripada susu khas yang diberikan melalui saluran tiub yang dipasang di hidungnya.
Katanya, lebih menyedihkan pipi, lidah dan bibir anaknya itu juga membengkak serta membesar sehingga mengganggu saluran pernafasannya dan lehernya terpaksa ditebuk.
“Selain itu, ada ketikanya darah daripada mulutnya akan keluar secara tiba-tiba dan sukar untuk berhenti sehingga terpaksa dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
“Pada masa sama, anak saya juga perlu mendapatkan suntikan ubat di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) bagi mengecutkan bengkak, namun ia bergantung kepada keadaan kesihatannya.
“Saya sedih melihat dia berkeadaan begitu, namun Siti Aishah Sofea tidak pernah sesekali mengeluh dengan ujian yang menimpa dirinya sebaliknya tetap tersenyum dan tabah menghadapinya,” katanya ketika ditemui di rumahnya.
Menceritakan kembali keadaan anak sulung daripada dua beradik itu, Mat Hassan berkata, Siti Aishah Sofea mula dikesan menghidap penyakit berkenaan sejak lahir apabila wujud benjolan tanda lahir pada bibirnya.
“Pada ketika itu doktor memberitahu ia bukan sesuatu yang membahayakan dan akan pulih dengan sendiri, namun selepas beberapa bulan, ia semakin besar dan lidahnya mula membengkak hingga keluar daripada mulut.
“Apabila anak semakin meningkat dewasa, ketumbuhan itu semakin membesar dan tidak ada penawar yang dapat menyembuhkannya,” katanya.
Katanya, walaupun keadaan anaknya tidak seperti orang lain, namun dia tetap hadir ke sekolah seperti kebiasaannya dan kami menghantarnya ke sekolah pendidikan khas di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Machang.
Mat Hassan berkata, setiap bulan dia perlu membelanjakan RM1,500 hanya untuk membeli susu khas kepada anaknya yang berharga RM74 setin yang mampu bertahan untuk dua hari sahaja dan ia tidak termasuk keperluan lain.
“Ia sesuatu yang di luar kemampuan saya dan isteri, Syahida Mustaffa, 46 tahun, memandangkan saya hanya bekerja sebagai anggota bomba sukarela di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Machang.
“Anak saya perlu diberi minum susu enam kali sehari melalui saluran tiub yang dipasang di bahagian hidung, namun jika cuaca panas ia perlu diberikan lebih kerap,” katanya.
Orang ramai yang mahu membantu boleh menyalurkan sumbangan melalui akaun Bank Rakyat bernombor 22-024-201519-5 akaun bersama atas nama Siti Aishah Sofea Mat Hassan dan ibunya Syahida Mustaffa.
Mingguan Wanita : Dugaan buat Siti Aisyah. Moga dipermudahkan urusan Siti Aisyah dan keluarga, terus tabah.