Aeril bersumpah demi Allah tak ambil sesen pun, pemuda fitnah pasangan selebriti minta maaf. Tak kira siapa pun kita, setiap orang berhak memilih parti politik yang dirasakan sesuai dengannya kerana kita negara berdemokrasi.
Tindakan seorang pemuda @azrulfitri yang membuat ciapan sensitif terhadap pasangan selebriti Aeril Zafril dan Wawa Zainal mengundang padah apabila bakal menerima surat saman selepas membuat ciapan tersebut. Namun ia segera menurunkan ciapannya selepas diugut untuk kena saman dan memadamkan ciapan tersebut.
Aeril Bersumpah Demi Allah Tak Ambil Sesen Pun
Memetik laporan Malaysia Kini, selepas diugut untuk kena saman, seorang pemuda tampil memohon maaf kepada pelakon Aeril Zafrel dan Wawa Zainal selepas menuduh pasangan terbabit mengambil upah untuk menghasut rakyat menyokong PN.
Katanya, dia terkhilaf kerana membuat tuduhan tanpa usul periksa memandangkan ramai pempengaruh dikatakan menerima bayaran untuk mempromosi parti gabungan pembangkang itu.
Pemuda Fitnah Pasangan Selebriti Minta Maaf
“Saya Azrulfitri Azimi dengan ini memohon maaf atas tuduhan saya ke atas Aeril melalui ciapan pada 1 Feb yang menyatakan bahawa dia dan isteri mendapat bayaran daripda PN untuk mempromosi parti itu di TikTok.
“Sesungguhnya saya khilaf kerana tidak memeriksa betul-betul,” ciapnya.
Dalam kenyataan sama, pemuda itu berkata, dia sudah pun memadamkan ciapan tersebut semalam.
Terdahulu, Azrulftri dalam ciapannya menuduh Aeril dan Wawa dibayar untuk menghasut rakyat dan berbuat demikian demi PN.
Ads
“Siapa dominan, siapa tunduk aku tak tahu dan sejujurnya aku tak nak tahu pun. Tapi apa yang pasti, kedua-duanya mengambil upah sebagai pempengaruh hasut rakyat sokong PN,” ciapnya.
Pemuda itu mengiringi rajutan itu dengan berkongsi imej Aeril dan Wawa memakai baju tertera tulisan Perikatan Nasional.
Aeril pula dalam kenyataan balasnya bersumpah dia langsung tidak mengambil sebarang upah seperti didakwa Azrulfitri.
“Fitnah ni. Dah banyak kali aku jawab, tapi kali ini terpaksa lafazkan. Demi Allah satu sen pun aku tak ambik!!!” ciapnya.
Tempat terhad dan yuran RM100 sajerrrr.
Apa anda dapat jika jadi vendor?
* Ruang berniaga dan mempromosi bisnes di Fiesta Homebakers MW X CSR
• Link IG atau FB akan disenaraikan dalam artikel portal Mingguan Wanita
• Peluang memenangi produk CSR sebagai vendor paling aktif mempromosi
• Peluang memenangi produk CSR sebagai booth vendor paling cantik & kreatif
• Peluang memenangi produk CSR sebagai vendor paling pantas habiskan 200 biskut
sampel
• Sijil penghargaan penyertaan
• Diberi keutamaan untuk mengikuti siri fiesta yang lain.
• Apron dan topi chef eksklusif CSR
• Goodie bag dari CSR
Berbaloi-baloi. Dengan yuran RM100, anda menerima
ROI penyertaan sebagai vendor bernilai RM3,000!
#fiestahomebakersmingguanwanitacsr #himpunanakakakakbakers #ushaushabiskutraya #biskutraya2023
Edika Yusof Lelaki Kacak Yang Setia
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Ala kafe hipster, SMK Sri Pontian ubah persepsi “kantin sekolah”. Kantin sangat penting pada ekosistem sekolah. Kantin yang bersih, cantik dan ceria pasti akan menggembirakan seluruh warga sekolah.
Lari dari kebiasaan kantin sekolah yang menampilkan kerusi dan meja panjang sejak berpuluh tahun lalu, kantin SMK Sri Pontian, Pontian menjadi tumpuan warga maya apabila hiasan dalamannya tampak berbeza. Ala-ala kafe hipster yang sering menjadi tumpuan melepaskan lelah bagi anak muda.
Susun atur yang cantik, kelihatan teratur memudahkan pelajar dan guru membeli makanan di kantin ini. Paling penting, tiada istilah “bilik makan guru” sebaliknya guru dan pelajar boleh bersama-sama makan di kantin ketika waktu rehat dan masa terluang.
Dikongsi dari fb The Canteen Sri Perhentian, pemiliknya menukar hiasan dalaman kantin sekolah ini mengikut citarasa mereka selepas berbincang dengan pengurusan sekolah dan ia dipersetujui. Hasilnya sangat cantik dan memberi nafas segar kepada “kantin sekolah”.
Ini perkongsian dari pengurusan kantin sekolah.
Bismillah..
Semalam ramai yang minta kami kongsikan bagaimana keadaan kantin SSP apabila kami ambil alih 1 Dis 2022 & selepas kerja pengubahsuaian dilakukan.
Bukan tak mahu kongsikan, tapi ada lagi kerja-kerja kemasan yang kami tidak dapat siapkan kerana tidak cukup masa ketika cuti sekolah hari tu.. Untuk projek biz kali ni, kami pemilik & kami juga Interior Designnya.
Ada masa nanti kami kongsikan keadaan sebelumnya ya.
Setakat hari ke-2 beroperasi ni, hanya ini termampu kami kerjakan untuk jadikan ianya lebih selesa & bersih.. Jika masih ada kekurangan dari segi persembahan “suasano” tu, kami masih dalam kerja kemasan akhir.
Manakala jika ada kekekurangan dalam servis, kami masih belajar untuk terus konsisten memberi perkhidmatan yang terbaik inshaAllah.
Selain kualiti makanan, kesihatan minda warga sekolah juga kami titik beratkan bila mana ada tempat untuk para guru “release tension” dan di pihak pelajar pula moga menjadi salah satu penarik untuk hadir ke sekolah..
Terima kasih semua yang terus & sentiasa memberi sokongan.
Cantik sungguh Kuih Lapis Labu Gedik yang diberi nama oleh pemilik resipi Marlia Lia ini didalam perkongsian page Masak Apa Hati Ni (MAHN). Jika mak-mak rajin buat kuih pasti tahu, kuih yang selalunya menggunakan santan ni, agak susah nak tahan lama dan mudah basi.Nak buat kuih lapis pula agak renyah dan makan masa kerana perlu dikukus selapis demi selapis sehingga masak.
Rupanya ada cara tertentu yang dikongsikan oleh wanita ini agar kuih lapis ini boleh tahan lebih lama, tak cepat basi dan cepat dimasak setiap lapisannya.
Berikut merupakan perkongsian oleh beliau;
“Pagi ni saya buat Kuih Lapis Labu . Cantik tak? Yang pasti tiada pewarna tambahan sebab kuning labu dah memang cantik. Sebelum ni saya pernah share resepi Kuih Buah Melaka Labu. Ada yg dah try buat tak? Ni saya share pulak resepi Kuih Lapis Labu ya.Bolehla masukkan list menu untuk berbuka puasa nanti.Doakan saya sekeluarga dimurahkan rezeki, sihat selalu ye.”
Bahan-Bahan:
¼ biji labu saiz sederhana
4 cawan santan segar.
2 cawan tepung beras
½ cawan tepung gandum
½ cawan tepung jagung
¾ atau 1 cawan gula halus (Saya guna ¾ cawan sahaja.Kisar gula supaya senang larut)
¼ camca teh garam
Cara Membuat:
1.Mula-mula kupas labu, basuh dan kukus.
2.Kemudian kisar sehingga halus, anggaran ½ cawan selepas dikisar.Saya guna pengisar kering sahaja.
3.Dalam 1 bekas besar, campurkan dan gaul rata tepung beras, tepung gandum, tepung jagung,gula halus dan sedikit garam.
4.Panaskan dan kacau santan atas api perlahan hingga suam kuku.
5.Kemudian tuangkan santan suam ke dalam adunan tepung dan kacau sebati. Guna hand whisker kemudian tapis supaya tidak berketul-ketul.
6.Bahagikan adunan kepada 2 bahagian.Satu bahagian dicampurkan dengan labu.
7.Panaskan kukusan hingga air mendidih.Panaskan loyang yang dah disapu minyak terlebih dahulu.Loyang dah betul panas baru start melapis.Kukus dengan api sederhana.
8.Setiap lapisan, kukus selama 5minit.Lapisan terakhir kukus selama 20-25 minit.
Tips Ekstra!
Saya guna loyang bulat saiz 9″
Santan perlu dipanaskan terlebih dahulu supaya tak ambil masa lama nak mengukus dan kuih cepat masak.
Untuk pastikan kuih tak cepat basi, selepas siap mengukus, buka penutup kukusan dan biarkan diatas api selama lebih kurang 5-10minit lagi, supaya wap air atas kuih kering, kuih tak cepat basi.
Saudara baru ini, Brother Irwan sudah lebih setahun diuji penyakit jantung bengkak atau Terminal Stage Enlarged Heart. Lebih sayu, keadaannya semakin sukar ketika ini kerana dia tidak mampu mendapatkan rawatan awal.
Memandangkan kos pembedahan yang tinggi dan dia tidak mampu untuk membiayainya. Cuma mampu dirawat dengan bantuan ubat-ubatan saja.
Lama-kelamaan, dia terpaksa redha dengan ujian sakitnya. Doktor juga maklumkan tidak lagi boleh berbuat apa-apa. Lebih menyulitkan, Brother Irwan tinggal bersama ibunya yang sudah berusia 75 tahun dan kakak 60 tahun yang juga beragama Islam.
Kisah sedih Brother Irwan ini dikongsikan Elaine Aisyah yang sempat berkenalan dengannya sebelum ini.
‘Saya Takut Tak Sempat’ Diuji Jantung Bengkak
‘我怕来不及,我越来越弱了’
Awal pagi lagi dapat mesej daripada brother Irwan yang baru sempat kenal dan jumpa 2 hari lepas ini. Seorang brother yang amat tabah dan redha dengan dugaan Allah.
Terminal Stage enlarged heart (cardiomegaly) – jantung bengkak. Bukan baru kena, tetapi sudah lebih setahun brother suffer, sebenarnya boleh dirawat dengan cara surgery pada peringakat awal, tetapi tidak mampu bayar kos rawatan yang tinggi, maka… Cuma rawat melalui makan ubat. Buat sekarang, doktor kata dah tak boleh buat apa-apa.
Tinggal bersama ibu (umur 75) dan kakak umur 60) yang juga beragama Islam. Kakak yang terdahulu
peluk Islam, diikuti ibu dan brother Irwan.
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.
Saya perhatikan muka ibu brother yang termenung pandang muka anak dia sendiri yang sedang sakit. Apa daya seorang ibu selain berdoa.
Namun, beliau begitu tenang dan tabah. Bukan sahaja risau kan kos perubatan sahaja, tetapi juga perbelanjaan harian makan minum.
Semuanya hanya bergantung pada SOCSO yang tak berapa.
Syafakallah, sama sama kita doakan semoga brother Irwan Moo diberi kesembuhan hendakNya haiyuyakhoiyuum, amin ya rabbal alamin
Bagi sesiapa yang ingin memberi bantuan, boleh hubungi :
IRWAN MOO LEE TED
Bank Islam 1211 302040 7689
0123005299
Kita memberi kerana Allah, bukan kerana sesiapa.
JOM sama sama kita beri perhatian dan pertolongan kepada mereka yang memerlukan. Ini juga satu cara kita menolong diri kita sendiri untuk lulus ujianNYA …
Assalamualaikum.
Mingguan Wanita : Bagi anda yang mahu membantu saudara baru, Brother Irwan ini bolehlah menderma menggunakan maklumat yang diberikan di atas.
RM175 sebulan belanja barang basah, isteri kongsi tip jimat makan sekeluarga. Di kala ramai yang mengeluh harga barang dapur naik melambung, seorang isteri, Nabila ...