Rupanya dengan masukkan sedikit serbuk ‘Bicarbonate Of Soda’, kacang kuda yang dah direndam semalam akan cepat masak, empuk dan cantik kejadiannya. Bukan apa jika salah teknik rebus kacang kuda ni, ia lambat masak, keras dan tak empuk.Malah jika terlebih rebus, ia boleh ‘benyek’ dan hancur pula.
Boleh cuba petua dan cara rebus kacang kuda seperti yang dikongsikan oleh Puan Ani Zam ini.
Ini kali ke 2 rebus kacang kuda. Cepat dimasak, empuk dan cantik kejadiannya dari masak kali pertama bulan Ogos haritu.Dapat petua dari group ini juga cara-cara untuk merebus Kacang kuda. Terima kasih sahabat-sahabat.
Cara-Caranya:
1. Rendam setengah kilo kacang kuda semalaman.
2. Kemudian paginya cuci bersih, toskan, lalu masukkan ke dalam rice cooker.
3. Tambahkan air tapis hingga melepasi aras kacang.
4. On kan suis, masukkan setengah sudu teh serbuk ‘Bicarbonate Of Soda’ (untuk mempercepatkan kacang empuk).
5. Bila telah mendidih masukkan garam, gula dan serbuk kunyit, masak hingga kacang empuk.
6. Bila kacang telah empuk, Offkan suis periuk, angkat periuk dan tuang kacang ke dalam tapisan.
Mingguan Wanita: Bila nak rebus kacang kuda, boleh ikut tip yang dikongsikan ini.Masukkan serbuk bikarbonat of soda sikit, barulah ia cepat masak, empuk dan cantik kejadiannya!
Berbeza betul hasil selepas kerja-kerja pengubahsuaian bilik yang jarang dipakai ini menjadi bilik kerja. Cantik! Bilik terbiar ini jarang sekali digunakan oleh keluarga Huda Zainal. Cuma seminggu sekali guna untuk gosok baju dan letak barang mainan anak.
“Masalah utama bilik ni, bila hujan bocor. Beberapa kali panggil repair bumbung pun bocor juga. Sampai rosak dinding. Sudahnya hanya guna untuk aktiviti menggosok baju seminggu sekali dan letak mainan yang jarang main.
“Lepas dah repair kali ketiga, alhamdulillah akhirnya dah ok. Barulah ada mood nak transform bilik ni jadi bilik kerja.
“Gigih juga nak transform bilik ni. Hari-hari buat, tapi buat sikit-sikit.”
Ubahsuai Bilik Kerja Dari Hari Pertama Hingga Sembilan
Hari pertama :
Buat kerja-kerja elektrik. Daripada kipas dinding tukar kepada kipas syiling. Tambah lampu, daripada 1 down-light biasa tambah 4 lampu LED. Nak bagi terang lagi bersuluh. Kata nak jadi bilik kerja kenalah cukup pencahayaan.
Kerja wiring ni suami buat sendiri.
Hari ke-2 :
Kikis cat lama yang dah kembang akibat kena hujan. Kerja ni banyak Haziq (anak 6 tahun) yang buat. Dia memang gemar kerja-kerja pertukangan ni.
Hari ke-3 :
Tampal dinding dan siling dengan filler. Mana yang tak sekata, yang berlubang, yang retak. Semua tampal.
Hari ke-4 :
Huda dah mula cat siling dengan warna putih.
Suami cat dinding dengan wall sealer. Dinding rumah ni jenis pre-cast wall. Kalau tak cat sealer akan bertompok-tompok.
Hari ke-5 :
Huda masih cat siling untuk lapisan kedua.
Suami tanggalkan semua skirting bagi memudahkan proses mengecat. Kemudian mula cat dinding dengan warna pilihan. Kelabu gelap.
Hari ke-6 :
Masih lagi cat siling sebab belum sekata. Susah rupanya nak cat syiling ni. Lengan dengan bahu pun dah terasa nak tercabut. Pesanan penaja, kalau ada hati nak cat syiling, pastikan kuat semangat. Memang penat dan lenguh yang amat. Dah lah panas sebab tak boleh buka kipas.
Suami cat dinding untuk lapisan kedua.
Hari ke-7 :
Cat grille guna cat minyak. Benda paling menyesal buat. Suami cakap dah, susah. Nanti tak cantik. Isteri degil nak juga tukar daripada hitam jadi putih. Jadi suami layan kan kemahuan isteri.
Pastu sendiri menyesal. Dekat 4 jam ok, cat grille aje.
Hari ke-8 :
Siang Huda spray skirting. Aduh salah beli warna. Golden yellow. Belasah jelah.
Malam tampal 3D brick wallpaper. Beli dekat shoppee.
Lepas siap pasang wallpaper pasang rod langsir ikea dan terus gantung langsir.
Gamkan semula skirting.
Hari ke-9 :
Meja dan kerusi sampai. Anak-anak yang tolong pasangkan semua.
Akhirnya, berjaya siap.
Kos Untuk Kerja-kerja Pengubahsuaian
Cost yang habis tak banyak. Sebab semua DIY sendiri. Janji rajin dan mahu buat.
Barang elektrik :
Kipas RM190
Lampu LED (4 biji) RM52
Untuk dinding :
Filler RM5.50
Wall sealer RM80
Nippon easywash 5L (dark grey) RM150
Nippon easywash 5L (putih) (baki cat dinding ruang tamu masa PKP)
3D brick wallpaper RM174
Peralatan mengecat (pakai yang lama)
Cat spray untuk skirting RM14
Gam untuk skirting (guna baki winscouting PKP)
Untuk tingkap :
Set rod langsir Ikea RM55
Kain langsir (sheer curtain) RM104
Kain langsir turquoise RM65
Eyelet tape dan ring RM14
Cat minyak RM20
Perabot :
Meja study RM105
Kerusi RM46
Total lebih kurang RM1074. Jimat banyak sangat berbanding nak panggil upah orang buat.
*Gigih naik taraf bilik extra dalam rumah ni.
Buat mak-mak yang suka bercucuk tanam, tapi selalu ada masalah terutamanya tanaman rosak dek kerana serangga dan sebab-sebab yang tertentu.
Inilah yang sering dialami dan dilema bila tanaman rosak. Semangat menanam terus hilang bila tengok hsil tanaman yang tidak menjadi.
Macam-macam cara yang dilakukan dan petua yang digunakan untuk elak tanaman roak dan tumbuh subur. Sesetengahnya ada yang gunakan kulit bawang, air rendaman beras dan pelbagai lagi.
Namun, kalau petua yang biasa digunakan itu tidak menjadi, lebih-lebih lagi bila didatangi serangga tanaman, apa kata mak-mak guna petua ini pula.
Perkongsian daripada Cherie Sis Noriza hanya menggunakan serbuk kunyit yang biasa digunakan dalam masakan sehari-hari. Bukan setakat elak tanaman rosak tapi boleh membantu menghalau seranga yang biasa ‘tak diundang’.
Inilah kebaiakan serbuk kunyit, bukan setakat digunakan untuk masakan tapi boleh membantu untuk tanaman kita.
Bagi TANAMAN
Kadang-kadang, tanaman kita akan dihurung oleh semua. Boleh saja nak sray racun serangga tapi nanti tak elok pula pada tanaman itu.
Jadi, guna saja serbuk kunyit ini. Hanya taburkan pada pangkal tanaman atau tabur atas tanah, keliling tanaman itu. Sebabnya semut tak suka bau kunyit.
BERKEBUN
Masa berkebun, tiba-tiba digigt dengan semut atau serangga.
Jangan risau, ambil serbuk kunyit yang dicampur dengan sedikit air. Jadikan pes dan sapu pada bahagian yang digigt tadi. Ia mudah diserap oleh lapisan kulit kita dan kurangkan rasa kegatalan.
CANTASAN
Bila ada cantasan dahan pokok, ia akan membuatkan bahagian dalaman pokok terbuka. Jadii, ambil serbuk kunyit dan campurkan dengan sedikit air.
Sapu pada bahagian yang dicantas tadi. Sapu rata-rata agar tiada bahagian yang terdedah lagi.
Malah, ia bileh mengelakkan dahan itu dari rosak.
Mudah dan murahkan!
Kredit: Gambar dan bahan Google
MW: Ada pelbagai cara boleh mak-mak guna untuk tanaman di rumah. Yang penting kena usaha.
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Bila harga emas turun, berduyun-duyun mak ke kedai emas untuk membeli apa yang berkenan di hati. Kononnya, inilah masa sesuai untuk membeli. Sampaikan ada yang sanggup gunakan duit komitmen bulanan semata-mata tidak mahu terlepas dengan tawaran itu.
Tanpa sedar, bila sudah guna duit komitmen bulanan, inilah yang menjadi punca mak-mak bergolok gadai pula, kadang-kadang boleh ‘sesak’ pertengahan bulan itu.
Tak perlu tergesa-gesa mak sekalian. Jangan kerana harga emas turun, mak-mak sanggup bersesak untuk membelinya. Memang, perempuan tak dapat dipisahkan dengan emas. Tapi, kita kena fikir, ada juga tak sesuai untuk beli emas.
Perkongsian daripada Nur Zulaikha ini boleh membantu mak-mak dan memastikan kita faham dan tahu sebelum ingin membeli emas. Malah, tak semestinya emas yang perlu dibeli sebab kita boleh juga menabung emas dalam bentuk lain.
Walaupun emas produk yang sangat bagus, malah disebut dalam al-Quran, tetaplah emas bukan untuk semua orang.
Benar, kita nak bantu ramai orang miliki emas, tapi bukan semua orang!
Ada yang tak sesuai beli emas.
Paling penting kena tahu dan kena faham.
1) Beli emas dengan duit yang ada (duit lebihan), bukan duit yang nak makan atau nak bayar komitmen rumah dan kereta. Jika kewangan tengah sesak, saya pun tak bagi beli emas.
2) Konsep kita adalah SIMPANAN EMAS FIZIKAL untuk jangka masa panjang. Bukan beli hari ini, nak jual balik esok.
3) Emas ada naik dan turun. Orang paling pakar dalam dunia ini pun tak dapat nak predict harga emas secara tepat. Ilmu manusia tetaplah terbatas. Hakikatnya Allah saja yang tahu.
4) Emas tak ada dividen.
5) Ia juga tak beranak. Simpan emas 10g selama 10 tahun tetaplah 10 gram.
6) Keuntungan emas hanyalah dari kenaikan harga emas, in term of mata wang ringgit sebagai ukuran yang kita gunakan hari ini. Umpamanya, tahun 2000 harga emas RM40 segram. Sekarang RM270 segram.
7) Emas fizikal di tangan kita takkan sama dengan akaun emas tanpa emas dan skim pelaburan emas.
Beli Emas, Siapa Yang Sesuai
Jadi siapa yang tak sesuai beli emas?
1) Mereka yang tak punya lebihan atapun “defisit” dari segi kewangan untuk masa dan ketika sekarang ini. Esok lain cerita.
2) Ada juga mereka yang harapkan dividen.
3) Sesetengah yang beli kerana nak kaya cepat.
4) Mereka yang tak faham asas simpanan emas dan tak faham emas ada naik turun.
5) Jangan asyik nak bandingkan emas dengan saham, emas dengan ASB, emas dengan hartanah. Semua instrument ada kelebihan masing-masing. Emas ada peranan dia sendiri. Don’t put all eggs in a basket, kan?
6) Mereka yang taknak bayar zakat emas. Kot la simpan emas terkaya pulak, ada 5 kilo emas nanti tapi tak nak bayar zakat emas. Ini pun jangan simpan emas kalau takut kena bayar zakat emas. Hakikatnya simpan duit pun ada zakat wang simpanan (jika cukup haul dan nisab).
Zakat adalah kemuliaan. Bila kena bayar zakat maknanya kita “kaya”.
Benar kata guru saya, EMAS MEMILIH TUANNYA.
Bagi saya pun, emas hanya untuk orang yang sabar.
Kita boleh berusaha jika kita benar-benar mahu dan Allah akan bantu kita
MW: Betul emas ini ada gunanya lebih-lebih lagi bila kita nak gunakan bila terdesak. Tapi jangan pula kita terdesak guna wang yang sepatutnya untuk bayaran komitmen yang wajib setiap bulan. Haru biru.
Aeril tak pernah terlintas menduakan Wawa Zainal. Jujur dan setia adalah antara rahsia dalam rumah tangga yang wajib ada pada diri setiap pasangan. Suami...