anggota badan melecur

Pernah tak anggota badan melecur disebabkan kecuaian sendiri? Ya, kecederaan ringan akibat melecur atau terkena benda panas kadangkala tidak dapat dielakkan.

Jika diletakkan dalam situasi ini, agak-agak apa tindakan pertama yang anda akan cuba buat?

Ok jemput hadam perkongsian daripada seorang doktor, Kamarul Ariffin Nor Sadan tentang cara rawatan melecur ringan selamat dan apa yang boleh anda lakukan sebelum ke klinik atau hospital.

Bila Anggota Badan Melecur

Jika anda mengalami kelecuran, jangan letak ubat gigi, minyak gamat, tepung, kicap, telur dan sebagainya di kawasan lecuran.

Ia boleh menyebabkan inflamasi yang lebih teruk dan berisiko terkena jangkitan.

Melecur pada kulit di bahagikan kepada 3 tahap:

IKLAN

◾Tahap 1: lecuran lapisan epidermis sahaja. Lapisan dermis tidak tercedera. Kulit kelihatan kemerah-merahan, dan sakit.

◾Tahap 2: lecuran lapisan epidermis dan sebahagian dermis. Lazimnya kulit kelihatan merah dan menggelembung (blister) dan sakit.

◾Tahap 3: lecuran epidermis, dermis dan lebih dalam. Kulit kelihatan putih dan tidak sakit kerana saraf deria sakit telah rosak.

IKLAN

Rawatan kecemasan awal betul adalah:

1. Jauhi diri atau mangsa daripada sumber bahaya (api/pemanas/air panas/elektrik/dsb). Kekal tenang, tak usah panik.

2. Tanggalkan semua barang kemas, jam, serta pakaian yang terbakar. Kecuali jika ia terlekat pada kawasan lecuran.

IKLAN

3. Alirankan air bersih bersuhu bilik selama 15-20 minit untuk hentikan lecuran daripada terus berlaku. Elak gunakan air sejuk atau ais.

4. Jika terdapat gelembung pada kulit yang melecur, tak usah pecahkan gelembung berkenaan. Hanya tutup dengan kain bersih.

5. Jumpa doktor sekiranya lecuran tahap 2-3, kawasan lecuran lebih besar daripada tapak tangan atau melibatkan muka serta kemaluan.

Tak usah mudah percaya pada tips kesihatan yang tidak diketahui sumbernya.

Semoga bermanfaat.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI