Lepat Tepung Pulut Inti Kelapa Parut, Tambah Gula Merah, Padu Rasanya!

Ada macam jenis kuih lepat. Kali ini apa kata kita cuba buat lepat tepung pulut berintikan kelapa parut. Lepat yang dibalut daun pisang ini, kita perlu kukus dulu sehingga masak.
Dah siap masak, bolehlah makan. Sedap kalau dimakan panas-panas.

Boleh cuba ikut resipi dan cara buat lepat oleh Siti Hadirah yang dikongsikannya melalui grup Kongsi Resepi Masakan di Facebook ini.

Resipi Lepat Tepung Pulut

Bahan-bahan

3 cawan tepung pulut
1 cawan gula merah
1 cawan air
1 cawan santan pekat
2 sudu besar gula putih
garam sikit
daun pisang (layurkan dulu kemudian potong ikut saiz yang kita nak)
minyak (untuk sapu pada daun pisang)

Bahan Inti

kelapa parut – sebiji
garam
gula
(campur kelapa parut dengan garam dan gula. Gaul sebati)

Artikel Berkaitan:
Tak Payah Cari Daun Pisang, Bungkus Lepat Jagung Guna Kulitnya Lagi Sedap Wangi!
Setiap Kali Musim Kemarau, Lepat Bunga Chica Jadi Punca Rezeki

Cara Buat

1-Gaul semua sekali gula merah, gula putih, air masak sekali sehingga larut. Tapis dan sejukkan.Selepas itu, masukkan tepung pulut dan garam ke dalam satu bekas. Air gula tadi campur dengan santan dan kacau sebati. Tuang ke dalamnya tepung sikit-sikit tau sebab adunan tepung ni lebih kurang macam kita nak buat buah melaka. Tak lembik dan tak keras sangat.

IKLAN

Lepat Tepung Pulut Inti Kelapa Parut, Tambah Gula Merah, Padu Rasanya!

2-Ok dah siap adun tepung ambil daun pisang yang dah siap layur tadi. Sapu minyak sikit kemudian ambik 1 sudu besar adunan tepung dan letak kat tengah daun pisang. Tekan-tekan sikit kemudian ambil kelapa parut dan letak di tengah tepung. Kemudian boleh la balut.

Lepat Tepung Pulut Inti Kelapa Parut, Tambah Gula Merah, Padu Rasanya!

IKLAN

3-Susun dalam pengukus cantik-cantik. Kukus lebih kurang 20-25 minit. Balut kena kemas takut nanti masa kukus daun pisang ternganga pulak.

Lepat Tepung Pulut Inti Kelapa Parut, Tambah Gula Merah, Padu Rasanya!

IKLAN

 

4-Siap.

Lepat Tepung Pulut Inti Kelapa Parut, Tambah Gula Merah, Padu Rasanya!

Sumber: Siti Hadirah via Kongsi Resepi Masakan

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI