Penambah Selera, Sambal Belacan Belimbing Buluh Tumbuk-Tumbuk Dah Siap!

Penambah selera hingga boleh buat makan nasi berpinggan-pinggan! Sambal belacan, sebut pun dah boleh kecur air liur. Terbayang akan gabungan rasa pedas, masam, manis dan masin yang sangat membuka selera. Dipadankan pula dengan pelbagai jenis ulam-ulaman segar. Memang menjadi gandignan itu. Aduh! Gagal diet dibuatnya!

Penambah Selera

Sambal belacan umpama pelengkap hidangan bagi yang gemar makan pedas. Definisi sambal pula ialah sos yang diperbuat daripada cili yang dihancurkan dan biasanya ditambahkan bahan-bahan yang lain seperti garam, cuka dan belacan.

Zaman dah moden, ramai yang nak lagi cepat dan mudah. Satukan semua bahan dan blender semua sekali. Memang senang. TAPI kalau nak yang asli, sebaiknya ditumbuk dalam lesung. Teksturnya pun berbeza. Bila makan, ‘feel’ pun berbeza tau!

 Ada Banyak Versi Penambah Selera Ni…

Ada banyak versi sambal belacan ni termasuklah yang digoreng dahulu semua bahannya barulah ditumbuk. Bahan-bahannya jug boleh dipelbagaikan juga untuk lagi sedap. Kali ini dikongsikan cara nak membuat sambal belacan belimbing buluh. Memang power tau. Rugi tak cuba. Bahannya juga sangat ringkas!

Lagi resipi mudah dan sedap di sini:

Beli Banyak Tomato, Masak SAMBAL PENYET Buat Stok Dalam Peti!

Ikuti MW di sini:

IKLAN

https://www.instagram.com/mingguanwanita/

 Bahan Sambal Belacan Belimbing Buluh

Bahan-bahannya:

Penambah Selera, Sambal Belacan Belimbing Buluh Tumbuk-Tumbuk Dah Siap!

3-4 biji cili padi (bergantung pada tahap kepedasan yang diingini)

2 tangkai cili merah besar (potong kecil)

IKLAN

3-4 biji belimbing buluh (potong kecil)

Sedikit belacan

Garam dan gula secukupnya

IKLAN

Cara Membuat:

Penambah Selera, Sambal Belacan Belimbing Buluh Tumbuk-Tumbuk Dah Siap!

  1. Belacan dibakar dahulu untuk membangkitkan lebih aromanya.
  2. Masukkan hirisan cili padi dan cili merah. Tumbuk perlahan.
  3. Masukkan hirisan belimbing buluh, tumbuk lagi.

Penambah Selera, Sambal Belacan Belimbing Buluh Tumbuk-Tumbuk Dah Siap!

4. Masukkan pula belacan yang telah dibakar tadi. Akhir sekali, masukkan garam dan gula secukup rasa. Gaul sebati. Siap. Jangan lupa cuba ye!

INFO TAMBAHAN:

  • Bahan untuk sambal belacan boleh dipelbagaikan. Boleh tambah hirisan mangga, kuini dan macam-macam lagi.
  • Tahap kepedasan juga sesuaikan ikut selera. Nak lagi pedas, guna cili padi sahaja, tak perlu cili merah besar.
  • Kena bijak seimbangkan rasa pedas, masam dan masinnya
  • Boleh juga tak tambah belacan jika tak sukakan baunya atau bagi yang ada alergik. 

 

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI