Kesan kemoterapi pertama Elyana kongsi penglihatannya semakin hari makin kabur.  Ujian demi ujian datang, namun satu perkara yang buat semua orang kagum adalah semangat Elyana.

Bagi pelantun lagu Diri ku Tapak Sulaiman ini dirinya terus berjuang setelah diuji kanser limfoma tahap empat sejak 10 tahun yang lalu.

Seperti mana pesakit kanser lain, setiap kali masuk hospital, pasti beberapa proses atau rutin perlu dilalui dan penyanyi ini turut berkongsi di akaun instagramnya.

Seperti mana yang dikongsi dua minggu lalu, Elyana dikejarkan ke hospital dan kini sedang menjalani rawatan kemoterapi.

Kesan Kemoterapi Pertama “Penglihatan Semakin Hari Makin Kabur. Baru Tahu Seksanya Rabun” Elyana Kesan Kemoterapi Pertama “Penglihatan Semakin Hari Makin Kabur. Baru Tahu Seksanya Rabun” Elyana

Kesan Kemoterapi Pertama “Penglihatan Semakin Hari Makin Kabur” 

Luah isteri kepada Khairul Anuar Hussin, keadaan kesihatannya selepas menjalani sesi pertama rawatan kemoterapi minggu lalu, dia mengalami rabun yang semakin teruk.

“Selepas menjalani kemoterapi pertama, badan saya memang agak lemah. Perut pula rasa agak keras dan itu sedikit sebanyak mengganggu pernafasan.

“Paling saya rasakan adalah mata saya semakin kabur dan itu menyebabkan saya sakit kepala.

“Kadang-kadang, tengok telefon pun boleh pening. Untuk sel kanser itu mengecut atau tidak, saya belum dapat apa-apa maklumat daripada doktor memandangkan ini baru sesi pertama,” katanya.

Malah dalam perkongsian terbaru di Instagram Elyana turut memberitahu penglihatannya semakin kabur.

IKLAN

“Penglihatan semakin hari makin kabur. Baru tahu seksanya rabun.

“Masa kecil, nak sangat rabun sebab nak pakai cermin mata. Sanggup tengok TV dekat-dekat,” kongsinya.

Ubat Khas Harga Cecah RM50,000 Untuk Satu Rawatan

Ibu kepada dua cahaya mata ini juga berkongsi dia bakal jalani kemoterapi kedua dan dicadangkan doktor menggunakan satu ubat khas.

Menurutnya harga ubat tersebut agak mahal dan mencecah RM50,000 untuk satu rawatan. Tambahnya lagi, ubat itu perlu digunakan untuk lima kali rawatan.

Namun difahamkan seperti mana dilaporkan sebuah portal berita tempatan, Elyana masih berbincang dengan pihak pengeluar ubat berkenaan mengenai harga atau mendapatkan tajaan separuh harga.

IKLAN

“Memang pening kepala juga sebab dalam keadaan sekarang, saya sebagai artis pun tak dapat bekerja seperti sebelum ini. Jadi, punca pendapatan terjejas,” katanya.

Kesan Kemoterapi Pertama “Penglihatan Semakin Hari Makin Kabur. Baru Tahu Seksanya Rabun” Elyana Kesan Kemoterapi Pertama “Penglihatan Semakin Hari Makin Kabur. Baru Tahu Seksanya Rabun” Elyana

Hargai Diri Sendiri

Seperti mana yang pernah ditembual sebelum ini, Elyana pernah meluahkan pada Mingguan Wanita disebalik ujian sakit sebenarnya ada hikmah yang terselindung.

Bagi Elyana, antara hikmah daripada ujian penyakit kansernya ialah Allah menyedarkan dirinya agar lebih menghargai diri sendiri.

Selama ini, dia merasakan telah menjaga diri dengan baik sekali dengan mengamalkan gaya hidup sihat dan pemakanan tetapi sebenarnya dia tidak pernah menjaga perasaannya sendiri.

IKLAN

Setiap hari, dia alpa menjaga perasaan orang lain daripada menjaga perasaan sendiri. Tetapi setelah diuji sakit, Elyana lebih menjaga perasaan dan juga perasaan orang-orang tersayang.

Manakala, hikmah keduanya pula menjadikan dia lebih kuat dan mendidik dirinya menjadi insan yang lebih bersabar. Elyana lebih selesa mengambil pendekatan take it easy dan insyallah Allah sentiasa ada membantu memudahkan kehidupannya kini.

Kesan Kemoterapi Pertama “Penglihatan Semakin Hari Makin Kabur. Baru Tahu Seksanya Rabun” Elyana

Kesan Kemoterapi Pertama “Penglihatan Semakin Hari Makin Kabur. Baru Tahu Seksanya Rabun” Elyana

Bagi anda yang ingin membantu ringankan beban belanja perubatan Elyana bolehlah hulurkan sumbangan seikhlas hati anda. Semoga Allah murahkan rezeki mereka yang sudi menyumbang.

Kesan Kemoterapi Pertama “Penglihatan Semakin Hari Makin Kabur. Baru Tahu Seksanya Rabun” Elyana

Sumber / Sumber Foto : Instagram Elyana

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI