Apabila berlaku kes kawan minta duit belanja anak di sekolah, pesan cikgu ini mak ayah perlu kekal tenang dan tak cepat melenting. Ini penting bagi membentuk serta mendidik anak-anak yang terlibat sekaligus dapat menyelesaikan kes tersebut.

Hadamkan perkongsian daripada cikgu Mohd Fadli Salleh ini.

Settle kes minta duit kawan.Budak-budak ni mudah sangat-sangat nak bentuk. Yang penting, jangan abaikan aduan ibubapa.

Minta Siasat Aduan Anak

Kisahnya ada parent mengadu kat guru kelas kata kawan anak dia selalu minta duit. Dia minta siasat dahulu dan sahkan kes. Dia tak percaya anak dia bulat-bulat. Dia turut minta cikgu nasihatkan juga anak dia.

Bagus sikap parent ni. Tak ada buat kecoh dalam grup wasap, pm guru kelas elok-elok, dan tidak terus menuduh, bahkan minta siasat.

Guru kelas pass kes kat aku. Aku panggil semua yang terlibat termasuk mangsa. Tak ada gertakan, tak ada tinggi suara, aku tanya dengan lembut je,

“Cikgu panggil bukan nak marah atau nak denda. Cikgu nak tanya je. Cuma cikgu tak suka orang bercakap bohong. Jawab je betul-betul. Boleh?”

Semua pakat angguk kepala.

“Cikgu dapat aduan dari mak Ali (bukan nama sebenar) awak berdua minta duit Ali minggu lepas. Betul ke?”

Angguk kepala.

“Kenapa awak minta duit dia? Kan cikgu dah pesan tak boleh minta duit kawan”.

Diam. Tunduk je kepala.

“Kenapa? Cuba jawab cikgu nak tahu. Awak tak bawa duit ke?”

IKLAN

“Bawa cikgu. Cikgu, saya minta maaf. Saya tak buat lagi. Saya ganti duit Ali esok,” kata salah seorang yang minta duit.Kawan dia pun ikut minta maaf. Siap hulur tangan lagi.

“Minta maaf dengan kawan awak tu. Esok, bawa duit lebih, ganti duit dia, faham?”

“Faham, cikgu”.

“Awak pula, cikgu dah pesan kan, kalau orang minta duit jangan bagi. Kenapa pergi bagi? Bagitahu cikgu lain kali. Faham?”

“Faham cikgu”.

“Dah. Pergi masuk kelas. Kawan elok-elok. Cikgu tak nak dengar lagi awak berdua minta duit orang”.

IKLAN

“Baik cikgu”.

Budak-budak tu beredar sambil berpimpin tangan. Sebenarnya budak bertiga ni memang kawan baik pun. Tu dia rasa bersalah sangat bila aku tahu mereka minta duit kawan.

Kawan Anak Selalu Minta DUIT, Pesan Cikgu Mak Ayah Kena Tenang Tak Cepat Melenting!

Kes Paling Banyak Saban Tahun

Kes minta duit kawan adalah kes paling banyak saban tahun aku terima. Nak settle paling senang.

1. Masa perhimpunan bagi penegasan bahawa murid yang suka minta duit kawan akan dihukum dan diberitahu pada mak ayah mereka.
2. Terima kes terus siasat dan bagi amaran awal.
3. Kes berulang baru denda dan hukuman.
4. Berulang lagi, maklumkan pada mak ayah murid yang suka minta wang ni.
Settle.

Ambil Perhatian 2 Perkara

Budak-budak cukup mudah dibentuk. Yang penting dua benda je.
1. Ibubapa kena tenang dan tak cepat melenting. Laporkan pada guru.
2. Guru kena ambil berat setiap aduan dan siasat. Jangan ambil remeh aduan dengan alasan, ‘biasa la budak-budak’.

Ada juga kes terpencil yang bila laporan dibuat tiada tindakan susulan. Anak terus jadi mangsa buli, kena ambil barang, kena minta duit.

IKLAN

Kalau kes terus berulang, laporkan pada PK Hem. PK Hem akan libatkan guru disiplin dan guru kaunseling sekali. InsyaAllah settle kes.

Jangan berhubung terus dengan pembuli, marah budak tu, ugut budak tu.

Jangan juga berhubung terus dengan mak ayah pembuli bagi warning dan marah-marah pula.

Kes tak selesai, bahkan akan jadi pergaduhan orang dewasa pula. Budak-budak dah berkawan elok, mak ayah sampai ke lokap bertumbuk.

Tak matang bang. Report kat pihak sekolah, InsyaAllah selesai. Cikgu-cikgu dok hadap kes gini berpuluh tahun lama dah. Ada la cara mereka nak selesaikan.
Okeh. Tu ja perkongsian panjang namatey petang ni. Entah ada orang baca sampai habis ke tidak, entahlah.
#MFS
– Kisah Sekolah Rendah –

Mesti Baca:NORMAN HAKIM Terharu Anak Bagi DUIT BELANJA Walaupun Tak Pernah Minta
Baca Lagi Di Sini:‘Biar Sama-sama Rasa..’ Pelajar Asrama Susah, Bayar Seringgit Untuk 5 Kali Makan
Artikel Menarik:Rumah Sebaik-Baik ‘Sekolah’, Anak Bawah 12 Tahun Tak Sesuai Tinggal Asrama!

Mingguan Wanita: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi pesanan buat mak ayah yang berhadapan dengan situasi kawan anak selalu mintak duit belanja sekolah, kena kekal tenang dan janganlah mudah melenting. Mohon cikgu siasat dan selesaikan dahulu adalah sebaiknya.

Sumber:Mohd Fadli Salleh

Follow kami di Facebook , Website , Instagram, YouTube , Twitter , Telegram MW dan TikTok Mingguan Wanita untuk mendapatkan info, berita terkini serta artikel-artikel menarik.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI