Mak-mak selalu umpan gajet di tangan bila anak berada di meja makan. Kononnya supaya anak duduk diam dan tidaklah buat bising, lebih-lebih lagi bila makan di luar. Masing-masing dah tentu mata akan fokus pada telefon.
Jangan biasakan gajet di tangan bila di meja makan. Sebenarnya, inilah wakt terbaik untuk mak ayah bonding dengan anak-anak. bertanya tentang aktiviti yang dilakukan sepanjang hari dan bukannya diam dan leka dengan telefon.
Ada cara untuk mak ayah lakukan supaya anak-anak tidak leka degnan gajet di tangan bila berada di meja makan. Inilah cara yang dilakukan oleh RuQayyah Muhd dalam mempraktikkan pada anaknya.
Sejak kecil, abu dan ummi saya cukup pantang. Bila waktu makan, ada benda lain yang dihadapkan. Makan sambil tengok tv, baca buku dan sekarang makan sambil tengok gajet.
Rata-rata kini dah jadi kebiasaan, bila makan anak disajikan dengan gajet di tangan. Mata di skrin. Tangan suap makanan. Kadang tumpah bertaburan. Mulut kunyah tapi tak tahu pun apa yang dimakan.
Hakikatnya, makan sambil melakukan perkara lain akan menyebabkan kita terbiasa mengamalkan mindless eating.
Makan tapi tak sedar.
Ads
Kepuasan makan tak ada. Itu yang kejap lagi asyik lapar dan nak cari benda lain lagi. Kita juga akan terbiasa makan berlebihan disebabkan tak puas makan dan tak sedar berapa banyak kita ambil.
Proses penghadaman tu bukan hanya bermula bila makanan masuk ke mulut tetapi apa yang kita lihat dan bau juga akan sangat memberi impak kepada apa yang kita ambil.
Apabila kami keluar makan di luar, sebelum makanan tiba, memang anak-anak dah tahu kena bawa apa-apa untuk isi masa sementara menunggu.
Tapi gajet memang tak dibenarkan walaupun ada telefon dan tab masing-masing.
Waktu makan seharusnya menjadi waktu sekeluarga bonding. Inilah masanya selepas sehari semua bertebaran, waktu makan mengumpulkan kita di satu tempat.
Masa ni lah nak catch up cerita seharian dalam hidup anak, apa yang anak lalui dan rasai.
Kalau masing-masing sibuk dengan telefon, esok lusa anak besar, balik kampung
ziarah mak ayah pun sibuk dengan telefon. Makan tak tengok wajah mak yang penat masak makanan kegemaran anak.
Bercakap dengan ayah pun dengar tak dengar sebab mata ralit melihat skrin.
Ads
Masa Bersama Keluarga
Jangan salahkan anak jika besar nanti berkelakuan begitu. Kerana sejak kecil kita yang didik mereka begitu.
Bukan mudah untuk didik mereka duduk diam di meja makan. Kami juga ada fasa anak berlari-lari sana sini di kedai makan masa kecil. Boleh faham tahap stres tu.
Tapi, kita sebagai ibu ayah yang kena didik anak sebaiknya.
Bawa buku cerita, buku aktiviti, game card, pensel warna atau mainan. Tak kisah apa saja asalkan kita turut sama boleh beraktiviti bersama anak semasa tunggu makanan sampai.
Waktu makan adalah family time! Pastikan anak duduk di meja makan dan hanya boleh bangun bila seisi keluarga sudah selesai makan.
Siapkan hidangan sama-sama. Makan sama-sama. Kemas meja sama-sama.
Sekeluarga bersama buat apa saja.
Percayalah, memori makan beramai-ramai masa kecil tu yang paling dikenang dan disebut-sebut bila besar nanti.
Jangan tunggu anak besar pandai makan baru nak makan bersama.
Ads
Ajar dan didik anak sedari kecil, meal time is family time.
Sebab tu orang barat selalu makan letakkan anak di dalam kerusi baby dan biarkan anak teroka apa yang di dalam pinggannya.
Bersepah itu biasa. Kena mandi dan cuci selepas makan itu biasa.
Tapi sebenarnya itu yang membantu anak makan dengan tertib.
Jika disuap anak makan sambil bermain dan berlari, sampai besar pun anak akan makan sambil berjalan dan tiada tertibnya.
Jadikan waktu makan, waktu istimewa setiap hari.
Mingguan Wanita : Waktu makan, masa bonding keluarga, jangan lepaskan waktu istimewa ini.
Setengah mak-mak, balik sahaja kerja, terus singsing lengan baju ke dapur. Tergopoh-gapah untuk menyediakan hidangan makan malam buat keluarga tersayang. Walaupun lauk pauk agak ringkas tetapi suami dan anak-anak tetap berselera. Itu boleh dikategorikan sebagai mak-mak yang rajin.
Ada juga mak-mak dan isteri yang sanggup bangun awal pagi untuk menyediakan sarapan dan mengemas rumah. Katanya mengemas waktu pagi cukup menenangkan sebab anak-anak tidak kacau dan boleh lakukan kerja dengan senang dan lancar. Tak kisahlah mata mengantuk, yang penting rumah terjaga.
Bagaimana pula dengan mak-mak atau isteri yang malas. Balik rumah terus mengadap telefon. Anak-anak dibiarkan bermain di ruang tamu dan suami pula dibiarkan menonton televisyen sambil melihat karenah anak-anak.
Nak tahu isteri dan mak-mak pemalas, cuba perhatikan ini:
BERSELERAK
Rumah terlalu kemas, kadang-kadang tetamu datang pun risau nak sentuh itu dan ini. Anak-anak apatah lagi. Tetapi bagaimana kalau setiap kali balik rumah, suami lihat rumah tak bersapu sampah, pinggang mangkuk tak di basuh.. Ini belum lagi bilik tidur yang tidak dikemas.
ANAK TIDAK TERURUS
Anak yang aktif tidak bermakna mereka perlu dibersihkan setiap masa. Namun, jika aktif pun janganlah sampai tidak dibersihkan pula. Kadang-kadang, biarkan anak-anak mengambil sendiri pakaian mereka dalam almari hinggakan pakaian tidak tersusun. Ada juga yang isteri atau mak yang tidak kisah anak memakai pakaian apa sekalipun, walaupun ada yang sudah terkoyak.
MENGHADAP TELEFON DAN TENGOK TV
Bersantai sangat di depan televisyen sambil menonton rancangan kesukaan. Puas menonton televisyen, masuk bilik sambung dengan telefon pula. Langsung tidak kisah dengan padangan mata pada penjuru bilik yang penuh dengan pakaian kotor tidak dicuci.
SUAMI TAK TERJAGA
Sesetengah isteri sangat cerewet dengan penampilan suami. Tetapi ada juga isteri yang langusng tidak ambil tahu tentang penampilan suami. Yang penting dia seorang sahaja nampak cantik. Kalau anda seorang yang cerewet dengan penampilan suami, beruntunglah suami kerana isteri dapat menguruskan suami dengan baik.
Namun, jangan terkejut, bila anda tidak ambil tahu tentang suami sehingga suami mula pasang lain. Jangan salahkan suami pula.
Percayalah, isteri yang rajin akan menjadi kebanggaan suami! Betul tak paras suami?
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Mak ayah tolong buat toilet training seawal 2-3 tahun, sebelum anak ke sekolah. Nampak macam mudah dan senang anak ke tandas, namun tak semua anak berjaya buat pertama kalinya bila mereka ke tandas sekolah.
Sesugguhnya keadaan dan situasi tandas di rumah cukup berbeza dengan di sekolah. Mak, ayah seharusnya, biasakan atau ajar anak-anak tentang cara yang betul apabila mereka ke tandas.
Menurut perkongsian Mohd Fhais Salim, mengajar anak ke toilet adalah sangat penting bagi mengelakkan anak-anak dimalukan serta ditertawakan.
Mak Ayah Tolong Buat Toilet Training
Parent, tolong buat toilet training anak-anak.
Terutama sebelum dia ke sekolah.
Facebook : Mohd Fhais Salim.
Baru saja tadi masa ambil anak balik sekolah dia cerita pasal benda ini.
1 – Ada kawan kencing tak flush, nampak air warna kuning merata.
2 – Ada kawan terberak atas lantai, coklat warnanya. Nak mudahkan anak-anak gunakan tandas, mak ayah boleh belikan toilet potty ladder ni. Risau anak-anak kakinya tak sampai kan. Jadi lebih mudah kalau anak yang baru belajar buang air, gunakan toilet potty ladder ni.
3 – Dulu pun dia pernah cerita ada kawan lelaki buka seluar dekat luar toilet. Untuk permulaan mak, ayah mungkin boleh pakaikan anak potty train underwear ini agar dia lebih selesa setiap kali terbuang air kecil.
Anak saya bukan dekat tadika tahu tapi sudah di sekolah rendah.
Semua darjah 1, bulan 3 nanti masuk darjah 2. Sudah 8 tahun.
Seawal 2-3 Tahun
Toilet training boleh bermula seawal 2 hingga 3 tahun. Anak ready tak pakai pampers, sudah boleh mula.
– cara masuk tandas
– ajar cara buka seluar atau kain
– cara guna tandas
– dan ajar cara bersihkan diri
Andai dia tak pandai guna toilet dengan betul, dia bakal jadi bahan ketawa kawan-kawannya nanti.
Malu ni satu “pencetus” besar yang boleh efek seluruh kehidupan sekolah dia.
Mingguan Wanita : Untuk toilet training ini sememangnya memerlukan kesabaran yang tinggi. Oleh itu mak ayah kena luangkan sedikit waktu untuk pastikan anak betul-betul mahir.
ZAMAN DAHULU BOLEH LAH NAK PERMAINKAN WANITA. SEKARANG ‘BIG NO’ Wanita hari ini PANTANG DICABAR!
Pernah diperlekehkan? Dipijak kepala? Buli atau takut berdepan masalah hidup? Dengar apa nasihat pakar. Jom sertai webinar sehari, AURA: Wanita Pantang Dicabar ini.
Seorang lelaki terdengar bunyi dan pada mulanya sangkakan kucing, rupa-rupanya bayi cukup sifat dibuang di kawasan pembuangan sampah tersebut.
Allah sebaik-baik Pelindung, bayi tersebut selamat dan masih hidup. Siapalah yang tergamak membuang bayi yang belum mengerti apa-apa. Benar-benar bernasib baik ada insan yang prihatin.
Bayi Cukup Sifat Dibuang
Bayi lelaki cukup sifat ditemui di dalam tong sampah berhampiran sebuah pasar raya di Taman Indah Permai, Manggatal, Kota Kinabalu, Sabah.
Dalam kejadian kira-kira jam 7 malam itu, bayi yang dipercayai baru dilahirkan ditemui dalam keadaan masih hidup oleh seorang lelaki berusia 30-an yang kebetulan melintas kawasan pembuangan sampah berkenaan.
Terdengar Bunyi Sangkakan Kucing
Jelas Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintendan George Abd Rakman, siasatan awal mendapati, lelaki berkenaan seperti terdengar bunyi yang disangkanya kucing.
Katanya, lelaki itu kemudian menghampiri kawasan pembuangan sampah berkenaan dan mendapati, bunyi berkenaan semakin kuat sebelum bertindak berusaha mencarinya.
Dibuang Di Kawasan Pembuangan Sampah
“Lelaki terbabit kemudian terkejut dengan penemuan bayi itu sebelum bertindak menghubungi pusat panggilan kecemasan MERS 999 untuk memaklumkan kejadian berkenaan.
“Polis yang tiba di lokasi kejadian terus menjalankan siasatan dan bayi terbabit diserahkan kepada pasukan ambulans untuk tindakan selanjutnya,” katanya.
Menurut George, bayi itu kemudiannya dihantar ke Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Likas (HWKKS) untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut.
“Siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengesan suspek yang terbabit dan kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana kesalahan membuang bayi.
“Pihak polis memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian ini diminta tampil dan boleh berhubung terus pegawai penyiasat iaitu Inspektor Ab Zumin di talian 014-5521 425,” katanya.
Mingguan Wanita : Semoga ibu kepada bayi ini menyesal di atas perbuatan yang telah dia lakukan. Barangkali atas desakan hidupnya, dia terpaksa lakukan perkara ini. Namun membuang bayi bukanlah penyelesaian terbaik.
Bangkit Wanita Mingguan Wanita
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan https://t.me/bangkitwanitaMW
Linda Jasmine lalui kehidupan dengan baik sebagai ibu tunggal. Selepas berpisah dengan bekas suaminya, Que Haidar kini kehidupan Linda Jasmine Hashim baik-baik saja.Akui Linda...