bentuk sikap anak

Tak mudah nak bentuk sikap anak zaman serba canggih, namun kalau mampu didiklah sikap si comel dengan aura yang baik-baik sebelum umurnya 7 tahun. Kenapa dan macam mana nak bentuk anak yang sensitif, kuat mengamuk dan suka buat perangai… jemput baca perkongsian Puan Liyana Raya ini.

Asal anak mengamuk sikit, bagi jelah apa yang dia nak.

Asal anak menjerit melalak menangis, kita datang pujuk.

Asal anak buat perangai, kita gunakan sedaya upaya pendekatan psikologi supaya dapat ubah perangai dia tu tapi kita akhirnya penat, sebab kena cari idea dan kena sentiasa kreatif untuk bentuk tingkah laku anak.

Boleh buat semua ni, tapi yang paling penting, kita kena ada elemen GARANG dan TEGAS dahulu sebelum melaksanakan apa yang di atas.

Kunci utama kepada anak yang buat perangai adalah:

Jangan layan. Kalau anak mengamuk ketika di rumah, tendang barang sana sini, baling barang dan sebagainya ambil terus barang-barang tersebut, tapi mulut kita DIAM. Jangan membebel. Biarkan dia mengamuk sepuas hati. Kalau tak tahan sangat, masuk bilik. Tutup pintu. Kunci. Dia nak tendang pintu bilik, biarkan. Dia sendiri akhirnya akan penat dan sakit sendiri tanpa kita perlu membebel atau memukulnya pun.

IKLAN

Jika anak buat perangai di mall atau luar rumah, hentikan urusan kita buat sementara waktu dan bawa anak terus masuk ke dalam kereta tanpa berkata apa-apa. DIAM. Dalam kereta, kalau dia mengamuk, JANGAN LAYAN. IGNORE. Kalau dia pukul kita, kita keluar. Tinggalkan dia di dalam kereta, tingkap terbuka sedikit untuk pastikan ada pengudaraan. Katakan padanya, kita takkan masuk kereta kalau dia memukul. Tak pukul, baru kita masuk. Cuba masuk selepas kita dah beri arahan begitu. Jika dia masih memukul, kita keluar. Jika tidak, teruskan perjalanan. Menangis tak mengapa. Tahan.

Sepanjang anak ini menangis dan menjerit, seeloknya kita diam kerana pada waktu itu, emosi mereka sedang bercelaru. Tiada teguran yang dapat membetulkan apa yang mereka sedang atau telah lakukan. Kita takkan mampu membetulkan emosi mereka sebaliknya mereka sendiri kena belajar untuk kawal emosi mereka sendiri.

Berapa lama sangat mereka nak mengamuk dan menjerit macam tu? Paling lama pun dekat dua jam. Dalam masa ni memang kita bertarung hati dan perasaan juga, tapi percayalah…. berikan masa untuk mereka mengamuk. Apabila anak-anak ini sudah senyap, penat dan ada masanya tertidur….kita datang kepadanya dan cakap, ‘dah habis dah nangis? Penat kan menangis?’ Waktu ni air mata ‘bendera putih’ dikeluarkan.

Pada waktu inilah, kita ambil anak… dukung dan berbincang. Bincang kenapa dia bersikap begitu. Kenapa kita tak bagi apa yang dia nak. Kenapa kita tak boleh tunaikan pada waktu tersebut. Terangkan apa tingkah laku yang kita harapkan anak patut buat sebelum terjadinya adegan amuk mengamuk tersebut. Terangkan untuk masa akan datang, cuba buat tingkah laku yang kita expect tu… supaya lain kali, dia akan lebih bersedia untuk ingat semula adegan hari ini. Lain kali, bila dia buat tingkah laku yang baik, apa lagi… pujilah dia dan sayanglah sepuas-puasnya dan ucapkan terima kasih sebab buat perangai yang kita harapkan itu.

IKLAN

Senang. Kita tak perlu pukul, kita tak perlu membebel. Paling penting kita perlu bertahan dan sabar.

Bersikap tegas masih relevan lagi pada ketika ini. Rotan lagilah relevan kalau tingkah laku mereka sudah melampaui batas. Perasaan takut anak terhadap kita tidak akan sesekali membawa kepada bencinya anak pada kita sebaliknya memberi makna hormat dengan arahan kita. Adakah kita membenci ayah yang merotan dan melibas kita dahulu? Tidak kan? Lagi sayang dan sayu bila tengok ibu ayah kita makin tua kan?

Bila kita dah bersikap tegas seperti situasi di atas, untuk lain-lain masanya kita boleh pujuk, boleh gunakan pendekatan psikologi dan boleh juga membebel. Fleksibelkan cara kita mendidik tingkah laku negatif ini. Tapi jangan kita lupa, setiap kali anak melakukan tingkah laku positif, PUJI dan SAYANG mereka.

IKLAN

Bentuk ketika mereka masih kecil

Bila sudah melepasi usia 7 tahun, sudah terlambat hendak buat begini kerana pengaruh rakan sebaya lebih kuat dari pengaruh ibu dan ayah. Gunakan pengaruh kita sebagai ibu dan ayah ketika mereka masih kecil supaya dapat dijadikan panduan terbaik ketika mereka sudah masuk sekolah dan berkawan.

Semoga perkongsian ini bermanfaat dijadikan panduan buat mak ayah dalam mendidik anak-anak.

Sumber: Liyana Raya

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI