Kita rasa diri kita sudah cukup baik. Langsung tak nampak kesalahan pada diri sendiri. Bukan dari segi percakapan mahupun penampilan. Rasanya semua sudah lengkap dan sempurna.
Namun, kita jangan sombong, apa yang kita rasakan diri kita baik itu, mungkin akan nampak kesalahan pada orang lain. Kita tak sempurna.
Kadang-kadang kita rasakan diri kita ini betul, tak perlu nak terima teguran pun sebab langung tak nampak kesalahan. Sebenarnya, inilah yang dikatakan sombong. Kita sombong sehingga merasakan orang lain tidak layak untuk tegur diri kita.
Inilah yang dikatakan ‘hati batu’ jika tidk mahu terima teguran orang lain. Apa yang dikatakan oleh Ju Wan ini ada betulnya. Kadang-kadang kita tak nampak kesalahan kita tapi sebenarnya orang lain nampak.
KADANG KITA TAK NAMPAK..
APA YANG ORANG LAIN NAMPAK
Dalam dunia ini tak ada istilah bajet alim jika seseorang itu menegur kita. Yang cuma ada istilah ‘hati batu’ jika kita tak mahu terima teguran itu.
Bila kita sudah tak boleh ditegur, itulah ego. Kita rasakan diri kita lebih bagus dan pandang rendah orang lain itulah takabbur. Orang bijak tidak mudah melenting dan tersentap apabila ditegur.
Manusia ini sifatnya pelupa, oleh sebab itu kita kena perlu sentiasa dinasihati, diingati, ditegur dan diperbetulkan. Tak kisahlah siapa kita. Kita tetap manusia biasa yang tak dapat lari dari kesalahan dan kesilapan.
Teguran Dari Allah
Kadang-kadang teguran orang lain itu datangnya dari Allah. Allah yang ingin menegur kita..DIA jadikan seseorang itu sebagai perantara.
Jadi, jangan terlalu cepat untuk tak menghiraukannya. Kita tak tahu bila kita mati, bimbang nanti tak sempat berubah mahupun bertaubat. Na’uzubillahi min Zalik.
Ads
Orang yang tak boleh terima teguran orang lain, dia takkan berubah. Orang yang tak mahu berubah, dia tak layak tegur orang lain. Bila dinasihatkan, kata orang tu macam baik sangat.
Kata tak boleh tengok dia senang, merasakan diri tu dah cukup sempurna.
Terimalah teguran dengan hati terbuka, walaupun teguran itu amat menyakitkan.
Jangan Jadi Sombong
Dalam hidup ini lebih baik ada orang nasihat dan tegur kesilapan kita daripada kita rasa yang kita buat itu semuanya betul.
Jangan jadi orang yang sombong. Belajarlah terima teguran orang. Kadang kita tak nampak apa yang orang lain nampak silap kita.
Terimalah teguran dengan hati terbuka dan fikiran yang positif. Jadikan teguran sebagai cermin untuk mengubah diri kita untuk menjadi lebih baik.
MW: jangan rasa apa yang kita buat itu semua betul Ingat, kita semua tak sempurna, terimalah teguran dengan terbuka.
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Tujuh Pilihan Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
Nak maju jangan tunggu. Peluang pun datang bukan selalu apatah lagi sekarang ini kita sedang lalui kehidupan sukar berbanding dahulu. Daripada asyik termenung dan meratap pilu, elok mengorak langkah mulakan bisnes baru. Sampai bila nak tengok orang lain maju dan kita masih lagi kaku?
Tiada idea, tak ada kemahiran dan arah nak tuju? Mingguan Wanita (MW) sebagai teman setia wanita sedia membantu dan tahu apa yang anda perlu.
Terkini, selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral.
Ads
Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik, kursus-kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini.
Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Antara kursus-kursus asas yang dijangka mampu melahirkan peserta yang berkemahiran dan boleh terus dipraktik dalam perniagaan ialah:
JOM PANDAI BAKERI. BUAT DUIT JUAL KEK DAN ROTI. Dibuka dalam dua pilihan tarikh iaitu pada 12 Jun dan 26 Jun 2021. Peserta akan mengadun dan membakar sendiri adunan agar dapat kenal pasti formula menghasilkan satu adunan sempurna bagi kek dan roti.
Cookies Viral Legend. Jual cookies Paling Masyuk! Orang Malaysia meang suka makan. Cookies atau biskut tidak lagi laris hanya menjelang hari raya. Permintaan cookies memang tinggi dan belajar membuat cookies popular atau sedang trending ketika ini merupakan langkah bijak. Kursus diadakan pada dua pilihan tarikh iaitu 10 Julai dan 24 Julai 2021.
Viral sebuah video di media sosial seorang jurunikah atau tok kadi menggunakan kanta untuk mengetahui tulen atau tidak cincin yang dijadikan mas kahwin dalam sebuah majlis nikah baru-baru ini.
Video itu mendapat perhatian dan ramai memuji sikap tok kadi tersebut. Tok kadi yang dikatakan siap bawa kanta, tiada niat lain dan mengakui perkara ini telah menjadi rutin baginya kerana sudah menjadi amanah buatnya memikul tanggungjawab ini.
Tindakannya bukanlah untuk mencuri tumpuan atau menarik perhatian orang lain. Apatah untuk memalukan keluarga pengantin, tetapi ianya dilakukan semata-mata kerana amanah.
Tiada Niat Lain, Telah Jadi Rutin Sebab Ini Amanah
“Niat saya membuat pemeriksaan secara teliti (ketulenan cincin emas sebagai mas kahwin) bukanlah untuk memalukan pengantin mahupun keluarga mereka, ia hanyalah tanggungjawab dan amanah,” kata jurunikah, Ustaz Harudin Mohd Mydin.
Harudin memberi reaksi itu selepas rakaman video menunjukkan dia menggunakan kanta khas meneliti ketulenan cincin yang dijadikan mas kahwin bagi pernikahan Azizul Abdul Rashid, 34, dan Siti Nurshakirah Shamsudin, 30, tular di media sosial.
Detik itu dirakam jurugambar perkahwinan sebelum dimuat naik di Facebook dan ia membuatkan rata-rata warganet memuji ketelitian jurunikah itu yang dianggap unik.
Tok Kadi Siap Bawa Kanta
Harudin berkata, tindakannya meneliti ketulenan emas pada majlis pernikahan itu bukannya untuk mencuri perhatian orang ramai, sebaliknya ia sudah menjadi ‘rutin’ baginya setiap kali menjadi jurunikah.
Menurutnya, sepanjang bertugas sebagai jurunikah di Bukit Mertajam, Pulau Pinang, rata-rata pengantin jujur dalam memberitahu kandungan pemberian yang diberikan mereka kepada pasangan masing-masing.
“Pengamalan duhulu, ada pengantin yang berterus terang cincin yang dibeli itu (tidak tulen) bukanlah di kedai emas tetapi di pasar raya. “Saya hanya menjalankan tugas dengan tanggungjawab dan amanah,” katanya.
Pengantin Tak Sangka Tok Kadi Begitu Teliti
Sementara itu, Siti Nurshakirah berkata, dia dan keluarganya juga tidak menyangka Harudin membuat pemeriksaan yang begitu teliti pada majlis pernikahannya. “Mujur suami bersedia dengan situasi itu, lagipun kami masing-masing yakin emas yang dibeli adalah tulen.
“Resit pembelian juga dibawa ketika majlis itu tetapi tak sangka tok kadi ambil langkah tambahan dengan memeriksa (cincin) menggunakan kanta,” katanya.
Perlu Jujur Dengan Tok Kadi
Katanya, majlis pernikahan ringkas itu hanya dihadiri keluarga terdekat yang diadakan di Surau Pematang Rawa MK7, Bukit Mertajam, Pulau Pinang pada 26 Disember lalu.
“Bagi majlis persandingan, masih lagi belum ada tarikh yang sesuai memandangkan penularan pandemik Covid-19 belum reda.
“Saya juga tidak menyangka gambar itu tular di media sosial dan berharap ia menjadi pengajaran kepada bakal pengantin di luar sana supaya jujur dalam memberikan butiran kepada jurunikah,” katanya.
MW: Tok kadi hanya menjalankan amanah dan tanggungjawabnya. Tindakan ini seharusnya dipuji kerana tidak semua bakal pengantin di luar sana berlaku jujur. Padahal bab mas kahwin ini bukanlah perkara yang boleh diambil ringan dan dibuat main-main.
Doa mustajab, itulah doa terbaik mak ayah kita untuk kita. Sentiasa mendoakan yang baik-baik untuk kita sebagai anaknya.
Ingat, siapalah kita tanpa mak ayah. Tanpa mereka kita tak akan ada di dunia ini. Jangan sesekali sombong atau hilang hormat pada mak ayah.
Kejayaan kita hari ini adalah doa mustajab daripada mereka yang tidak pernah putus untuk melihat kita gembira dan berjaya.
Ikuti perkongsian daripada Khairul Anuar Basri ini. Sehebat mana kita, tanpa mak ayah dan doa mustajabnya kita tak akan hidup senang. Jangan sesekali derhaka, sayangilah mereka.
Kita ada seorang saja ayah dan seorang ibu. Kalau ada orang yang tak ada ayah sebab dia tak tahu siapa ayah dia pun, dia mesti ada seorang saja ibu.
Pergilah ke mana-mana masa kita hidup ni, kita akan bawa nama ayah kita bersama-sama kita. Bila kita mati, imam yang baca talkin akan sebut nama kita dan ibu kita.
Besar dan hebatnya pengaruh ayah dan ibu pada hidup kita. Tanpa mereka berdua, tak adalah kita.
Tak ada orang yang boleh sayang kita lebih daripada ayah dan ibu kita sayang kita. Walau kita pernah jumpa orang yang sayang kita lebih daripada mereka berdua, hakikatnya tak akan ada orang yang boleh sayang kita macam ayah dan ibu kita sayang kita.
Wajib Sayang
Kita wajib sayang ayah dan ibu kita. Ini perintah Allah dalam Al-Quran. 6 kali Allah sebut suruh kita sayang dan buat baik dekat ayah dan ibu kita.
Masa mereka hidup, kita sayang mereka dengan cara taat dan berbuat baik kepada mereka. Tak boleh mengherdik mereka, meninggi suara dengan mereka, jangan sesekali kata ‘uh’ atau ‘ah’ pun pada mereka, merendah diri dengan mereka dan mesti cakap hanya dengan perkataan yang mulia saja dengan mereka.
Bila mereka meninggal, kita juga mesti sayang mereka dengan cara kita buat amalan kebaikan demi mereka, cuba kita hubungkan silaturahim dengan kawan-kawan baik mereka dan kita berdoa mohon Allah ampunkan dosa mereka.
Rasulullah SAW sebut, ada ketikanya di dalam syurga, darjat ayah dan ibu ditinggikan oleh Allah sampai mereka pun jadi pelik. Lalu mereka bertanya kepada Allah, kenapa jadi begitu?
Allah SWT beritahu, darjat ayah dan ibu diangkat di dalam syurga setiap kali ada doa minta ampun untuk mereka daripada anak-anak. Jadi jangan jemu berdoa untuk mereka kebaikan di dunia dan keampunan di akhirat.
Jika ayah dan ibu kita masih hidup, selalulah minta mereka doakan kita. Ingat, sekali mereka dah mati, maka tamatlah riwayat sebuah sumber doa yang mustajab.
#KAB
MW: Sayangilah mak ayah selagi mereka masih ada. Doakan kebaikan mereka dunia akhirat.
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Antara kursus-kursus asas yang dijangka mampu melahirkan peserta yang berkemahiran dan boleh terus dipraktik dalam perniagaan ialah:
JOM PANDAI BAKERI. BUAT DUIT JUAL KEK DAN ROTI. Peserta akan mengadun dan membakar sendiri adunan agar dapat kenal pasti formula menghasilkan satu adunan sempurna bagi kek dan roti.
Cookies Viral Legend. Jual cookies Paling Masyuk! Orang Malaysia meang suka makan. Cookies atau biskut tidak lagi laris hanya menjelang hari raya. Permintaan cookies memang tinggi dan belajar membuat cookies popular atau sedang trending ketika ini merupakan langkah bijak.
Sudah menjadi adat dalam pertandingan, ada yang akan menang dan kalah. Namun kejutan ditampilkan dalam Pentas Marhaban 2023 apabila diumumkan lapan kumpulan layak melangkah ke pusingan separuh akhir Pentas Marhaban 2023.
Enam kupmpulan yang berjaya melayakkan diri ke melalui pusingan kalah mati yang diadakan pada setiap minggu ialah Sinar Marhaban, Interacksee, Soutun Nadwah, Raudhatul Ashwaq, Al Maqari dan An Ni’matul Uzma.
Saksikan Lapan Kumpulan Bakal Berentap!
Dua lagi kumpulan marhaban yang turut berjaya melangkah ke pusingan separuh akhir ialah Qalbun Hadi dan Al-Muhtadin yang dipilih berdasarkanmutu persembahan dan markah yang diperolehi adalam tertinggi sepanjang enam minggu Pentas Marhaban 2023 bersiaran.
Menurut penerbit program Pentas Marhaban, Nurul Ain Mohamed, TV Alhijrah memberi kejutan dengan memasukkan lapan kumpulan ke pusingan separuh akhir setelah melihat beberapa kriteria yang penting dalam format rancangan tersebut.
“Selepas enam minggu bersiaran, pihak produksi telah merancang lebih awal walaupun pada asalnya tiada penambahan kumpulan yang layak ke peringkat seterusnya.
Tetapi, apabila melihat terdapat episod di mana kedua-dua kumpulan yang bertanding mempunyai kelebihan yang baik dan setanding meskipun tersingkir, mereka mempunyai markah yang tinggi secara keseluruhan,” jelasnya.
Keputusan pihak produksi mendapat sokongan padu dari barisan juri tetap iaitu Ustazah Asni Mansor dan Ustaz Zulhafis Gambus serta juri jemputan minggu keenam, Ustaz Tirmizi Ali.
“Tidak dinafikan terdapat asas yang kukuh apabila pihak produksi membuat keputusan yang memeranjatkan. Sememangnya ia amat berbaloi dan rugi jika ada di anatara kumpulan yang memiliki markah yang tinggi tetapi tidak berjaya layak ke peringkat seterusnya.
Ia telah membuka ruang untuk setiap kumpulan kembali berdaya saing dan sudah tentu pusingan seterusnya bukan mudah,” kata para juri.
Sempat berpesan kepada setiap pasukan yang bakal bertanding di peringkat separuh akhir, para juri menitipkan pesanan berilmu untuk setiap pasukan yang berjaya melayakkan diri ke peringkat seterusnya.
“Kuasai pentas dan tingkatkan kualiti suara serta persembahan. Berikan yang terbaik dan kepuasan untuk para penonton. Sebaiknya dapatkan ilmu dari para guru dan usah anggap Pentas Marhaban sebagai satu pertandingan semata-mata, tetapi jadikan ia sebagai medan menimba ilmu.
Pentas Semi Final “Pentas Marhaban 2023”
Pada minggu keenam lalu, kumpulan An Ni’matul Uzma telah berjaya melangkah ke pusing separuh akhir mengetepikan Selawat Buskers. Kumpulan tersebut turut membawa pulang wang tunai berjumlah RM2,500.
Pusingan akhir bakal menyaksikan pemenang tempat pertama dan kedua secara keseluruhan bakal menerima wang tunai berjumlah RM50,000 dan RM25,000. Pentas Marhaban bersiaran setiap sabtu jam 9 malam di saluran TV AlHijrah. Program ini telah dihoskan oleh Shamsul Ghau Ghau dan Tilmiz Fahmi.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
“Saya Cuba, Bertahan, Usaha Tapi Gagal. Tiada Lagi Kita” itulah yang diluahkan oleh Aprena Manrose tentang rumah tangganya yang dikatakan sudah berantakan.Pelakon cantik, Aprena...