Kadang-kadang kita rasa pelik bila melihat seseorang itu peroleh nikmat dunia yang cukup mewah. Sedangkan kita terfikir apakah amalan yang dilakukan sehingga peroleh banyak rezeki.
Secara zahirnya, kita tak tahu nikmat dunia yang diperolehi itu ada kaitan dengan istidraj. Mulalah hati kecil tertanya-tanya, bahagianya seseorang itu walaupun asasnya tidaklah seorang yang baik. Wallahu ahlam.
Tak perlu nak fikirkan orang lain, kena tilik diri kita sendiri dengan apa yang nimak dunia kita perolehi. Malah, ada di kalangan kita yang diuji dengan pelbagai nikmat, namun dia terus bergelumang dengan maksiat dan melanggar perintah Allah.
Inilah yang dikatakan istidraj, nikmat dunia yang Allah berikan tapi, kita tak tahu itu semua berkat atau tidak.
Maksud Istidraj adalah ia pemberian nikmat Allah kepada manusia yang mana pemberian itu tidak diredhaiNya .
Inilah yang dinamakan Istidraj .
Manusia Istidraj – Manusia yang lupa daratan.
Walaupun berbuat maksiat, dia merasa Allah SWT menyayanginya . Mereka memandang hina kepada orang yang beramal.
Ads
“Dia tu siang malam ke masjid, basikal pun tak mampu beli, sedangkan aku ke kelab malam pun dengan kereta mewah. Tak payah beribadat pun, rezeki datang mencurah-curah . Kalau dia tu sikit ibadat tentu boleh kaya macam aku , katanya sombong.”
Sebenarnya, kadang-kadang Allah memberikan nikmat yang banyak dengan tujuan untuk menghancurkannya.
Rasullulah SAW bersabda :
” Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala memberikan nikmat kepada hambanya yang selalu membuat maksiat (durhaka) , ketahuilah bahawa orang itu telah di Istidraj kan oleh Allah SWT.”
(Diriwayatkan oleh At-Tabrani, Ahmad dan Al-Baihaqi)
Semoga kita sentiasa dalam rahmat Allah SWT .
Kredit: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)
Ads
Manakala perkongsian daripada Khairolizam Muhaidi ini boleh dijadikan panduan kita bersama. Jangan sampai istidraj.
1. Tak Solat Subuh bangun pukul 9.30 pagi, Allah masih izinkan kita untuk bernafas di atas muka bumiNya.
2. Tak Solat Zohor balik rumah makan nasi lauk ikan keli, rasa ikan keli. Makan mee goreng, rasa mee goreng, itulah nikmat yang Allah bagi walaupun tak solat.
3. Tak Solat Asar masih boleh pergi gimnasium angkat berat, boleh main bola walaupun sengaja tinggal solat. Angkat besi 50kg boleh, angkat takbir tak boleh, itulah manusia yang kurang ajar dengan Allah.
4. Tak Solat Maghrib nak suami mithali Allah bagi, nak isteri jelita Allah bagi, nak anak cerdik pandai Allah bagi, nak rumah bagai mahligai Allah bagi, nak kenderaan mewah Allah bagi, walaupun meninggalkan solat. Ini menunjukkan Allah Maha Pemurah.
5. Tak Solat Isyak Allah tetap bagi rezeki, Allah bagi sihat wal’afiat dan cergas tubuh badan senantiasa.
6. Beruntung kita ini walaupun tak solat, Allah tidak menurunkan azab ke atas kita sekarang. Kalau zaman Nabi Musa a.s kalau tak solat, Allah Ta’ala turunkan azab serta merta jadi muka khinzir.
Ads
7. Tapi kita ni menumpang rahmat Rasullullah ﷺ dan Allah Ta’ala tangguhkan dulu azabNya di atas muka bumiNya.
Allah Ta’ala berfirman dalam Al-Quran, balasan di hari Akhirat sangatlah dasyhat bagi orang yang meninggalkan solat.
Fiirkan sejenak petikan di atas apa akan jadi bila Allah tarik nikmat yang Allah beri..
.
Muhasabah untuk diriku dan rakan-rakan maya selagi masih menghirup udaraNya dan bernyawa.
Mingguan Wanita : Moga kita dijauhi dari perkara ini.
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Mudah sebenarnya untuk melakukan Solat Sunat Taubat. Bagi diri kita yang banyak dosa, kena memohon ampun daripadaNya, bertaubat bagi membersihkan diri daripada dosa.
Solat taubat kena buat selalu.Sampai hati tu rasa lapang.. Rasa bersih. Selepas itu rajin nak beribadat. Bila dengar nasihat tu, hati macam seronok.Tak nak lagi buat dosa-dosa lama. Haa.. tu Insha AllaH tanda taubat AllaH dah terima.
Solat ni elok buat malam-malam. Sebelum tidur atau sebelum Subuh. Waktu sunyi malam.
Cara Solat Sunat Taubat
Bersihkan diri. Ambil wudhu.
Pakai wangi-wangi (bagi lelaki).
Bila dah siap berdiri, Istighfar dulu.. Isitghfar pendek je.. Baca seberapa banyak kita nak sampai hati tu betul- betul tenang. Selepas itu baru niat.
(Sahaja aku solat sunat taubat 2 rakaat kerana Allah Taala)
4. Baca do’a Iftitah dan al-Fatihah macam biasa.
5.Rakaat pertama, baca Sural al-Kafirun 1 kali. Kalau ada yang tak hafal Surah ni, boleh baca Surah al-Ikhlas je.
6. Rakaat kedua, baca Surah al-Ikhlas 1 kali. Bila sampai waktu sujud terakhir sebelum salam, selepas baca bacaan biasa waktu sujud, kita sambung baca do’a Nabi Yunus a.s.
Bacalah 10 kali atau 20 kali atau 30 kali.. Ikut suka.
Waktu ni dahi kita sujud menyentuh bumi.Kita berada dalam keadaan hina sehina-hinanya sebagai hamba memohon keampunan daripada Pencipta kita.. Sujudlah lama-lama.
7. Lepas tu baru duduk tahiyat akhir, baca tahiyat akhir dan terus bagi salam.
8. Lepas bagi salam, Istighfar lagi.. boleh baca Istighfar pendek atau yang panjang sikit..
Astaghfirullahal’adziim atau
Baca seberapa banyak yang kita nak.. Baca sampai hati tu rasa lemah.Bila rasa dah cukup kita Istighfar, baru do’a.
9. Bila berdo’a, kita kena betul-betul menyesal dengan dosa-dosa kita. Mohon Allah ampunkan dan terima taubat kita. Sebagai permulaan, guna do’a sendiri dalam Bahasa Melayu.Luahkan apa yang terbuku dekat hati tu.Menangislah.. Merayulah.. Mohon Allah ampunkan dosa tu.
Bayangkan kita cuma ada satu je ni peluang nak mintak ampun dengan AllaH.. Bayangkan Malaikat Izrail dah ada kat belakang nak cabut nyawa kita.Kejap lagi kita mati..Agak-agaknya apa kita akan mohon pada AllaH?
Istigfar dan baca doa. Dalam bahasa melayu pun takpa.
Dah selesai berdo’a, tutup do’a kita tu dengan;
Pastu duduk diam atas sejadah, ambil masa 10 minit, muhasabah diri kita.Tengok apa yang boleh kita perbaiki lepas ni.
Imam al-Ghazali ada cakap, tanda hati kita sudah mula hitam;
1. Bila kita buat dosa, kita tak rasa bersalah.
2. Hilang kemanisan beribadah
3. Hati tak makan nasihat.
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Perbanyakkanlah melakukan solat sunat taubat, bagi membersihkan diri yang banyak dosa.Caranya mudah, dan paling penting bersungguh-sungguh meminta keampunan agar taubat kita diterima hendaknya.
Jangan fikir, setiap apa yang kita lakukan berjaya dengan hasil usaha kita sekarang ini. Selepas itu, mulalah mendabik dada dan menganggap kejayaan ini adalah hasil usaha kita.
Kita tidak tahu, kejayaan kita ini adalah ditentukan dan tertulis olehNya. Tanpa bantuaNya, kita tidak akan mencapai kejayaan sekarang ini. Jangan sombong dengan apa yang ada.
Begitu juga dalam kita menjalani aktiviti seharian, sibuk dengan urusan kerja sehingga kita lupa untuk bersyukur denganNya. Ada juga yang memandang remeh pada orang lain, sedangkan dirinya pun belum tentu sempurna.
Perkongsian daripada Haitun ini diharap dapat membuka mata pembaca untuk tidak sombong, sebaliknya bersyukurlah dengan pemberian dariNya.
Jangan Pandang Rendah
Kita diberi rezeki bangun berqiyamulail, maka bersyukurlah, tapi jangan dipandang rendah orang yang tidur kerana dia mungkin tidur dengan air mata taubat dan penyesalan.
Kita diberi rezeki gagah berpuasa sunat, maka bersyukurlah, tapi jangan pandang rendah insan yang belum mampu istiqamah berpuasa sunat, siapa tahu pahala sedekah secara sembunyinya diangkat ke langit.
Kita diberi rezeki mampu khatam Quran sebulan sekali, maka bersyukurlah, namun jangan diejek- ejek, disindir insan yang masih merangkak-rangkak dengan muqaddamnya. Siapa tahu Allah lebih mencintainya yang istiqamah belajar mengaji dengan segala kepayahannya.
Kita diberi rezeki dengan harta dunia dan mampu bersedekah jariah, maka bersyukurlah, namun jangan dihina si miskin yang tidak mampu memberi kerana kekurangannya. Mana tahu mulutnya tidak berhenti berzikir menjadi pahala sedekahnya.
Kita direzekikan lahir dari keluarga yang alim. Kecil- kecil sudah mantap imannya, sudah sempurna menutup auratnya, sudah sempurna solat, bacaan quran dan hadisnya. Maka bersyukurlah, tetapi jangan dihina anak- anak yang lahir dalam keluarga yang porak- peranda. Kita tidak tahu pahala yang diberi Allah atas payah jerihnya mereka mencari agama.
Bersyukurlah andai kita diberi rezeki beramal ibadah, namun ibadah itu hancur sama sekali saat kita berasa aman dengannya dan meremehkan orang lain.
Ingatlah sejarah Iblis Laknatullah yang hebat ibadahnya namun terhumban keluar kerana satu titik iaitu Sombong.
MW: Moga ia memberi manfaat dan panduan untuk kita semua.
Suami memberi perlu diketahui isteri! Takut dalam bersedekah nafkah keluarga sendiri terjejas. Jika isteri tak redha bila suami memberi lebih pada dirinya, haram hukumnya.
Oleh itu wahai suami berhati-hatilah dalam memberi selain kepada anak serta isteri. Setelah lunaskan pemberian nafkah pada keluarga dengan sempurna, barulah datangnya sedekah kepada orang lain.
Ikuti perkongsian Peguam Syarie ini, Puan Rabiatul Adawiyah Ramli dan hadam baik-baik penjelasannya.
Suami MEMBERI Perlu DiKetahui Isteri
Ada dua hal yang perlu isteri tahu dari suami :
1. Pendapatan Suami
2. Hutang Suami
Dan ada dua hal yang sebaiknya dilakukan oleh suami dan isteri :
1. Suami memberi perlu diketahui isteri,
2. Isteri bersedekah perlu diketahui suami lebih-lebih lagi jika itu dari duit suami.
Paling penting part suami memberi perlu diketahui isteri.
Kenapa penting???
Agar si isteri tahu bahagian diri dan anaknya tidak berkurangan dan tidak menjejaskan haknya sebagai seorang isteri.
Sebagai contoh :
Suami memberi sedekah/membantu orang lain melebihi kadar nafkah yang sepatutnya diperolehi oleh anak dan isteri tanpa pengetahuan isteri. Jika isteri tidak redha maka haram hukumnya.
Apatah lagi jika suami itu telah tidak memperuntukkan Nafkah Anak dan Isteri tanpa sebarang alasan dan perbincangan yang munasabah. Maka hukumnya tetap haram.
Jika gagal berbuat demikian, ia akan dianggap hutang yang wajib dibayar.
Jika mengikut amalan di mahkamah, mahkamah boleh membenarkan tuntutan fasakh si isteri yang menggunakan alasan suami gagal memperuntukan nafkah yang mencukupi walaupun telah diganti.
Kerana Mahkamah menggunakan hukum yang menyatakan isteri itu perlu dinafkahi pada saat ia perlu dinafkahi, bukan menafkahi isteri saat nafkah itu telah menjadi hutang.
Sebagai contoh. Isteri patut diberi makan pada waktu itu, saat itu, hari itu, tetapi tidak diberi makan walaupun jumlahnya telah diganti ia tidak akan menjadikan nilai yang sama kerana jika ditakdirkan Allah isteri itu mati pada saat tidak diberi nafkah itu, maka sebarang gantian pada hari yang lain tidak lagi bermakna.
Wahai suami, jadilah hero buat isteri,
Wahai isteri, jadilah penyejuk mata buat suami,
Namun jika kamu tidak lagi mampu menjadi hero buat isteri, jangan disalahkan pula isteri menjadi asbab tidak menjadi penyejuk mata buatmu wahai suami.
Formula mudah dari saya dari dulu sehingga kini “Perkahwinan tidak akan wujud tanpa lafaz akad suami, jika kalian sudah mampu berakad (janji) sepatutnya kalian kotakan janji, kerana di hadapan saksi dan isteri, hanya kalian seorang yang melafazkan janji “.
Gadis 15 tahun hilang sejak Oktober 2025 dan keluarganya merayu bantuan orang ramai. Baca laporan penuh dan ketahui ciri-ciri Qaseh untuk membantu pencarian.