Dalam sehari-hari, kita hanya memikirkan tentang perkara yang perlu dilalui pada hari ini. Macam-macam kerja dan aktiviti yang harus dilakukan dalam seharian itu. Tanpa kita sedar, kita hanya memikirkan perkara yang dianggap penting semata-mata.
Sebenarnya, kita lupa dan leka tentang satu perkara yang boleh memberi kita pahala tanpa sedar. Inilah amalan yang boleh kita praktikkan dalam sehari-hari. Kita ketahui, solat adalah perkara wajib dan memang wajib kita lakukan.
Usai solat. Kita terus bingkas bangun tanpa memohon doa kepadaNya. Ini kerana perlu selesaikan urusan dunia. Sedangkan tanpa kita sedar, berdoa itu adalah amalan yang perlu kita jaga secara istiqamah.
Malah, ada banyak lagi amalan yang perlu kita jaga secara istiqamah dalam sehari-hari ini. Tidak perlu lama, mungkin dalam masa lima minit pun sudah cukup. Berbalik kepada amalan sehari-hari ini, Puan Saira Yusuff turut berkongsi tentang perkara yang perlu kita jaga secara istiqamah. Moga dengan cara ini, hidup kita akan lebih berkat dan diprmudahkan. Boleh amalkan.
Amalan Sehari-Hari Yang Perlu Dijaga Secara Istiqamah
1. Solat Tahajud pada waktu ¾ malam Sekurang-kurangnya 2 rakaat & solat sunat witir sekurang-kurangnya 1 rakaat sebelum masuk waktu Subuh – Tahajjud merupakan jalan orang-orang yang soleh, amalan para Nabi dan Wali-wali ALLAH yang terdahulu. Jangan ditinggalkan.
2. Selepas Subuh, zikir 300pagi {100x [tasbih, tahmid dan takbir], 100x selawat & 100x istighfar}.
Zikir sangat penting kerana semasa kedatangan DAJJAL hanya zikir sebagai sumber makanan dan minuman. Hanya orang yang benar-benar jaga zikir sahaja mempunyai sumber makanan dan minuman pada waktu itu. Selainnya akan mengikut DAJJAL untuk mendapat makanan dan minuman.
3. Kemudian bacalah surah Yasin Allah janji segala hajatnya pada hari itu akan dipenuhi.
Ads
4. Kemudian selepas 26 minit naik matahari, solat sunat Isyraq 4 rakaat. Allah janji akan menolong kamu menyempurnakan segala urusanmu pada hari itu.
5. Kemudian solat sunat Dhuha, boleh dilakukan bermula 20 minit selapas Isyraq (di antara jam 8-12 tghari).
Nabi SAW bersabda: “Sesiapa mengerjakan solat Dhuha 2 rakaat, dia tidak tergolong di dalam golongan orang-orang yg lalai dan lupa.” Solat Dhuha juga memudahkan urusan dan memberkati rezeki.
6. Selepas solat Zohor, bacalah surah Ar-Rahman Nabi SAW bersabda: “Segala sesuatu itu mempunyai mempelai dan mempelai bagi Al-Quran adalah surah Ar-Rahman. “Surah Ar-Rahman menanam sifat syukur di dalam hati atas nikmat-nikmat Allah dan dengan amalan membaca Surah Ar-Rahman juga sangat baik untuk meningkatkan kecerdasan otak.
7. Selepas solat fardhu Asar, zikir 300 petang, {100x [tasbih, tahmid dan takbir], 100x selawat & 100x istighfar}
8. Kemudian baca Surah An-Naba’ Nabi SAW bersabda: “Jika kamu tahu fadhilat dan besarnya pahala membaca surah An-Naba’, maka kamu akan berhenti daripada tugas-tugas kamu, lalu mempelajari Surah tersebut dan mendekatkan diri kepada Allah dengan membacanya. Sesungguhnya Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka yang mengamalkan membacanya selain dosa syirik.”
9. Selepas solat Maghrib, solat sunat Awwabin Allah janji akan memberi keampunan terhadap dosa-dosa melainkan dosa syirik kepada-Nya.
Ads
10. Kemudian bacalah surah Al-Waqiah Allah janji sesiapa yang istiqamah mengamalkannya pada setiap malam, kebuluran & kemiskinan tidak akan menemuinya.
11. Selepas Isya’ bacalah surah Al-Mulk Allah janji akan memelihara daripada azab kubur. Nabi SAW tidak akan tidur selagi tidak membaca surah Al-Mulk dan surah As-Sajdah.
12. Setiap malam bacalah Ayatul Kursi dan “Amanar-Rasul” hingga habis. Sangat-sangat penting untuk melindung diri daripada pengaruh syaitan dan kejahatan
13. Sebelum tidur, solat sunat Taubat dan tidur beradab seperti mana Nabi SAW tunjuk ajar.
14. Setiap malam apabila hendak tidur, muhasabah diri, pohonlah keampunanmu kepada Allah di atas dosa-dosa dan bagi setiap amalan yang baik, nyatakan kesyukuranmu kepada Allah.
15. Sebelum tidur fikirkan dan renunglah (muqarabah) juga mengenai mati dan peristiwa-peristiwa selepas maut. Muqaraba adalah perlu untuk membentuk sifat Taqwa.
16. Setiap hari bacalah al-Quran (Tilawatul Quran) walaupun hanya satu ‘ain’. Latihan tilawah sangat memberi kesan kepada hati. Hati yang tidak ada al-Quran seumpama Hati yang mati. Pembacaan Al-Quran janganlah ditinggalkan. Hak Al-Quran adalah perlu dikhatamkan dua kali setiap tahun.
Ads
17. Setiap pagi Jumaat bacalah surah Al-Kahfi, kalau tak mampu habiskan seluruh surah, bacalah seberapa banyak yang boleh – Allah janji ‘cahaya’ di Hari Qiamat dan diampunkannya di antara dua Jumaat. Nabi SAW bersabda: ‘Sesiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya drpd bawah kakinya hingga ke langit.’
18. Hendaklah hati & lidah sentiasa sibuk dengan berzikir Di dalam apa jua kegiatan sama ada berjalan, duduk atau bekerja. Berzikirlah ‘La ilaha illallah’ sebagai amalan tetap dan berkekalan.
19. Puasa sunat Isnin & Khamis, juga puasa sunat pada hari-hari yang digalakkan dalam Islam. Untuk wanita puasa-puasa sunat, mintalah keizinan daripada suami-suami kamu.
20. Cubalah sedaya-upaya berada dalam keadaan berwuduk. Sabda Nabi SAW: Wudhu adalah senjata orang-orang mukmin. Faedah wuduk sangat besar.
21. Tatkala haid, jangan tinggalkan zikrullah. Meninggalkan zikir akan mengeraskan hati dan melayukan cahaya rohaniah bagi hati.
22. Tetaplah dengan usaha kamu melawan hawa nafsu. Jagalah mata, telinga, lidah dan hati. Mengumpat dan mengata-ngata orang lain adalah bencana yang sangat besar. Ia menghapuskan dan melenyapkan pahala dan kesan ibadat.
Amalkan sedikit demi sedikit yg mana mampu. Semoga kita dapat amal dan sampaikan. Aamiin
MW: Bila kita biasakan dengan amalan ini, rasa sayang bila tidak lakukan. Kena istiqamah, lama-lama akan jadi kebiasaan.
Ketika Allah tarik sesuatu dari kita, Dia nak beri sesuatu yang jauh lebih baik. Allah Maha Tahu apa yang terbaik buat diri kita.
Tetapi, adakalanya kita tidak nampak hikmah dan kebaikan yang Allah nak beri.
Kadang, susah untuk kita terima walau kita tahu itulah ketentuan-Nya.
Namun percayalah, andai engkau tahu segala kebaikan yang Allah selitkan di sebalik ujian yang engkau alami. Pasti engkau akan terus bersabar.
Bahkan, engkau lebih kuat menghadapi ujian.
Kena Kuat & Tabah
Allah tahu kita kuat, maka Dia uji kita dengan lebih hebat.
Sebagai manusia yang lemah, kadang-kala iman itu terasa penuh di sanubari.
Ada ketikanya pula, seolah-olah melayang bagai ditiup angin.
Ujian itu adakala menambah kemanisan dalam menyulam cinta kepadaNya.
Namun, terkadang hati terasa sangat penat. Sehingga perlahan-lahan kaki yang digagahkan untuk terus berjalan melalui duri-duri kehidupan jatuh terjelepok dengan sendiri.
Adakalanya juga semangat yang berkobar-kobar, tiba-tiba menghilang entah ke mana Inilah kehidupan.
Kadang-kala kita berasa sangat kuat.
“Datanglah ujian, aku pasti mampu hadapi!”.
Kadang-kala pula kita berasa sangat lemah.
Justeru, jangan pernah menyerah walaupun kita rasakan ujiannya terlalu berat.
Jangan pernah rebah, putus asa dan gentar mencari ketenangan demi mendaki puncak cinta Ilahi.
Mingguan Wnaita : Paling penting, kita jangan cepat putus asa dan menyerah kalah. Ingat, kadang-kadang Allah sembunyikan matahari, didatangkan hujan dan petir. Rupanya, Dia nak hadiahkan kita pelangi. Begitu jugalah kehidupan kita ini.
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Antara kursus-kursus asas yang dijangka mampu melahirkan peserta yang berkemahiran dan boleh terus dipraktik dalam perniagaan ialah:
JOM PANDAI BAKERI. BUAT DUIT JUAL KEK DAN ROTI. Peserta akan mengadun dan membakar sendiri adunan agar dapat kenal pasti formula menghasilkan satu adunan sempurna bagi kek dan roti.
Cookies Viral Legend. Jual cookies Paling Masyuk! Orang Malaysia meang suka makan. Cookies atau biskut tidak lagi laris hanya menjelang hari raya. Permintaan cookies memang tinggi dan belajar membuat cookies popular atau sedang trending ketika ini merupakan langkah bijak.
Memang ada benarnya dalam kehidupan seringkali kita diuji untuk meningkatkan tahap keimanan dan kesabaran. Namun demikian, untuk kuatkan diri kita dalam menghadapi segala ujian dan dugaan ini, bergantunglah sepenuhnya kepada Allah SWT yang maha mengetahui segalanya. Janganlah bergantung harapan pada manusia yang akhirnya boleh membuatkan kita kecewa.
Bukan itu sahaja, ia tak cukup sekadar dengan hanya mengadu sekadar melepas rasa tetapi mesti disertai dengan tindakan mengubah keadaan untuk menjadi lebih baik.
Untuk faham lebih lanjut, baca perkongsian tip daripada Kaunselor Puan Normaliza Mahadi ini.
Langkah pertama nak kuat dalam kehidupan adalah dengan bergantung 100% kepada Allah. Hanya Allah sahaja. Tak ada lain dah.
Kedua
Lepaskan semua pergantungan kepada manusia. Manusia ni lemah. Bergantung kepada manusia akan mengecewakan. Manusia ni tak kiralah apapun perkaitan dengan diri kita. Mereka semua lemah.
Ketiga
Berjalan ke depan dan tinggalkan masa lepas. Belum ada manusia yang dapat ubah sejarah. Yang dah berlaku kita kena telan. Ambil pengajaran. Jangan jatuh dalam lubang yang sama dua kali. Sekali buat salah kita panggil terlanjur. Kalau dua kali bukan terlanjur lagi dah.
Keempat
Bergerak untuk mencapai sesuatu bukan bergerak sekadar nak tinggalkan masa silam. Orang yang bergerak untuk mencapai impian lebih kuat dari sekadar bergerak tanpa hala tuju.
Kelima
Ubah persekitaran mengikut kesesuaian kehidupan dan diri sendiri. Persekitaran orang menempa besi panas dan ganas. Persekitaran jual minyak wangi, tenang dan bebas. Pilihlah kesesuaian. Jangan ikut orang.
Keenam
Baca bahan bacaan yang mencerdikkan. Yang menguatkan azam. Yang memberi semangat. Yang bila kita baca jadi kuat. Bila baca lebih nekad.Antaranya AlQuran. Baca bukan sekadar khatam tapi faham. Mengaji dan mengkaji. Dan sudah tentulah Hadith sahih peninggalan Rasullulah saw.
Yang lainnya ikutlah kesesuaian. Banyak di pasaran. Dari artikel hinggalah buku penulisan.Ikutlah contoh-contoh yang melegakan dan menguatkan. Bukan orang yang masih tertinggal di zaman silam.
Senangkan.
by NM
Mak-mak semua, menghadapi dugaan tak cukup dengan hanya mengadu sekadar melepas rasa tetapi mesti disertai dengan tindakan mengubah keadaan.
Mingguan Wanita: Semoga perkongsian ini bermanfaat dan dapat dijadikan panduan, terutamanya buat yang sedang menghadapi dugaan. Bergantung haraplah dan serahkan lah segalanya hanya kepada Allah dan lepaskan semua pergantungan kepada manusia yang membuatkan kita kecewa.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirasi dan lain-lain.
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral.Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
JOM PANDAI BAKERI. BUAT DUIT JUAL KEK DAN ROTI
Dibuka dalam dua pilihan tarikh iaitu pada 31 Julai 2021. Peserta akan mengadun dan membakar sendiri adunan agar dapat kenal pasti formula menghasilkan satu adunan sempurna bagi kek dan roti. (https://toko.ideaktiv.com/product/jom-pandai-bakeri-buat-duit-jual-kek-dan-roti/ )
Masuk Usia 40 Cepat Rasa Penat Mudah Sensitif, Sebenarnya Banyak Benda Kena KURANGKAN! Seiring peningkatan usia, fasa hidup manusia selalunya berubah. Jika waktu muda usia 30-an ke bawah kita masih cergas bertenaga, namun apabila memasuki usia 40-an, tenaga mula berkurangan, mudah sensitif dan cepat sangat rasa penat.
Fasa peringkat umur ini sebenarnya banyak yang benda dan perkara yang kita perlu kurangkan supaya dapat menjalani hidup dengan lebih tenang.
Hari tu ada borak dengan suami. Saya kata kenapa semenjak masuk 40 ni, badan saya ni macam auto habis bateri.Kawan-kawan yang nak masuk 40 pun mula kata benda yang sama. Cepat rasa penat. Kadang pula sensitif ya amat.
Memang begitu agaknya. Orang kata krisis pertengahan usia. Pemula pada usia yang nak masuk matang dan empuk macam orang selalu cerita. Untuk kekal matang dan empuk tu banyak benda kita kena KURANGKAN pada pandangan saya.
1. Kurangkan Makan
Oleh sebab badan kita ni dah menua. Begitu juga organ di dalamnya. Keperluan badan pun dah makin berbeza. Makan sekarang sekadar cukup nak bagi tenaga. Tak boleh dah lagi nak disumbat selagi ada.
2. Kurangkan Berkawan
Bukanlah semua kena tinggalkan. Mana baik kita simpan. Mana toksik kita maafkan. Lepas tu lupakan. Kemudian alihlah perhatian. Waktu begini kena cari kawan yang selalu ingat mengingatkan. Bahawa dunia ini bukanlah tempat berkekalan. Dan sering nasihat kita untuk terus sediakan bekalan.
3. Kurangkan Membeli
Saya perasan umur begini kita mula mengerti. Mungumpul barang tu dah tak perlu lagi. Semakin banyak barang semakin semak kita tengok sana sini. Lagi pula kita dah tahu barang tak pakai akan jadi beban di sana nanti. Berapa banyak rupanya dulu wang kita terbazir atas nama hobi. Dan sebab kita minat nak kumpul koleksi.
4. Kurangkan Bercakap
Benda ni senang saja untuk suami. Untuk saya memang kena berlatih lagi. Kata Ustaz kalau nak kurangkan bercakap banyakkan berzikir di mulut dan hati. Bila semakin banyak ia terisi, semakin kurang rasa nak bercakap perkara yang tak mendatangkan erti.
5. Kurangkan Komplen
Selama ni saya selalu perhati. Ada dua jenis orang saya pernah temui. Satu yang hidupnya suka sangat memuji-muji. Semua orang dan semua benda sentiasa memberi erti. Orang begini saya lihat sentiasa disayangi. Tapi ada juga yang gemar komplen tak henti-henti. Seakan semua benda tak beri kebaikan buat diri. Orang begini pula selalu orang lain hindari. Apa kita nak jadi nanti. Pandai-pandailah pilih sendiri.
6. Kurangkan Ekspektasi
Nak rasa apa ni adalah atas pilihan kita. Ikhlaskan semuanya walau balasannya kadang tak seberapa. Tak pun kadang memang langsung tak ada. Kita baik sebanyak mana pun sentiasa ada yang tak suka. Selagi banyak mengharap balas atas segala usaha, semakin sakit jadinya hati saat diuji rasa. Tapi begitulah kaedahnya. Lillahitaala tu tak semudah berkata-kata.
7. Kurangkan Kerja
Dulu kita ingat kerja ni lah yang bagi rezeki. Lagi banyak kerja lagi banyak duit kita nanti. Lalu kita kerja dan kerja tak berhenti-henti. Tak perasan satu masa anak dah besar dan pasangan dah tak sekuat dulu lagi. Tapi sekarang dah mula pandai bahagi-bahagi. Kita tahu bila nak kerja dan bila nak luang masa berkualiti. Kita nak menang dua-dua tak nak ada satu yang kita rugi.
8. Kurangkan Anxiety
Nak hilangkan anxiety boleh cuba ikut pesan Ustaz Wadi. Yang dah lepas belajar lupa apa yang jadi. Yang akan datang jangan fikir begitu teliti. Jadi manusia kita cuma usaha sepenuh hati. Apa saja yang datang kemudian nanti itulah kita punya rezeki. Baik atau buruk sentiasa jadi rahsia yang sering menguji.
Begitulah kiranya…
Buat saya,
Siti Suryani Yaakop
#kaknis
Mingguan Wanita:Semoga perkongsian ini bermanfaat. Ada benarnya menginjak usia 40 tahun, banyak perkara yang perlu diubah dan dikurangkan supaya kita dapat menjalani hidup dengan lebih tenang.
Bekas suami Liza Abdullah meninggal dunia. Salam takziah buat keluarga Allahyarham Zolkefli Abdul Rahman yang telah pulang ke ramahtullah malam tadi.Berita tersebut telah disampaikan...