Cahaya Mata Pengukuh Kasih Sayang Mak Ayah, Tapi Boleh Jadi Punca Pertelingkahan

Jangan bebankan tugas mendidik dan menjaga anak-anak di bahu isteri seorang je ye. Suami pun ada tanggungjawab besar sebagai seorang ayah.

Cahaya mata adalah rezeki yang ternilai harganya, yang dikurniakan kepada pasangan suami isteri selepas mendirikan rumah tangga. Bersyukurlah andai rezeki itu tiba awal sebab ramai pasangan yang sudah lama berkahwin masih belum dikurniakan rezeki cahaya mata.

Jangan Bagi Alasan, Jaga Sama-Sama 

Anak adalah amanah yang hadir dengan tanggungjawab yang digalaskan ke bahu mak ayah. Sebab itu, jangan sesekali meletakkan tanggungjawab itu di atas bahu satu pihak saja. Misalnya suami lebih banyak serahkan tugas mendidik anak kepada isteri. Alasannya dia sudah penat mencari rezeki.

Salah tu ye. Walau pun penat mencari rezeki, tak perlu lepaskan tanggungjawab itu di bahu isteri saja. Ayah juga memainkan peranan besar dalam pembesaran anak-anak. Apatah lagi anak lelaki yang sudah semestinya memerlukan tunjuk ajar daripada seorang ayah.

Alangkah bahagia dan harmoninya rumah tangga bila suami dan isteri sama-sama galas tugas didik anak sama-sama.

Jangan Bebankan Tugas Didik Anak Pada Isteri Saja, Suami Kena Bertanggungjawab 

IKLAN

Jangan Lupa Wujudkan Masa Kualiti Bersama 

Ya, mungkin ayah sibuk kerja dan mak pula suri rumah. Sudah pasti mak yang banyak uruskan anak-anak seharian. Tapi tak bermakna ayah perlu lepas tangan. Kena bijak curi masa berkualiti dengan anak. Misalnya makan bersama dan main bersama-sama.

Sering bertanya pada isteri apa perkembangan diri anak seharian. Jika ada yang perlu ditegur, seeloknya biarlah ayah menegur kerana biasanya anak-anak lebih gerun dengan ayah. Kalau mak yang menegur, dia buat tak dengar saja.

Bila cuti, apa salahnya ambil tugas isteri mandikan anak dan ajar anak kerja sekolah. Waktu itu boleh juga ajar anak bersembang. Bila dah dibiasakan begitu, anak-akan tetap rasa dekat dengan ayah.

IKLAN

Lagi artikel menarik di sini:

Mengandung BERANAK Bukan Hal Besar, Bab Mendidik ANAK Bahagian Paling SUKAR

Didik Anak Supaya Faham Pintu Amal

IKLAN

Ikuti Mingguan Wanita di instagram

Jangan Saling Menyalahkan

Sering kali terjadi, bila anak-anak ada masalah, ayah akan salahkan si mak. Ayat biasa seperti “Anak awak lah tu. Macam mana awak ajar anak?”. Wah..senangnya nak salahkan isteri ye? Tak fikir agaknya. Kalau rasa isteri tak pandai didik anak, kenapa tak ambil tanggungjawab tu untuk ajar dan didik anak? Hanya tahu menyalahkan.

Isteri pasti rasa marah dan terkilan. Bukannya selama ini dia tak berusaha ajar anak-anak sebaik mungkin. Tapi percayalah, ada perkara ayah yang kena main peranan. Lebih-lebih lagi bila anak lelaki yang sedang meningkat remaja.

Bila ini terjadi, akan timbul pergaduhan antara suami isteri. Isteri makin makan hati dengan sikap suami yang asyik salahkan dirinya bagi tiap apa kesalahan yang si anak buat. Tapi dalam masa yang sama, suami tidak pula ubah sikap dan ambil tanggungjawab untuk didik anak. Kalau rasa diri lagi hebat didik anak, ambillah tanggungjawab itu! Kenapa nak serah bulat-bulat pada isteri? Kasihan isteri dipersalahkan.

Beban Pada Isteri

Bila suami menyalah isteri atas apa saja masalah yang anak hadapi, ia membebankan isteri. Seolah-olah dia tak pandai mendidik anak atau dalam erti kata lain, seorang ibu yang gagal. Kasihan isteri. Kenapa nak dibebankan dia seorang?

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI