Anak zaman sekarang dengan dahulu sangat berbeza. Kalau dahulu, mereka telah diajar dengan pelbagai kerja rumah. Tak kira anak lelaki mahupun anak perempuan. Masing-masing sudah ada kerja yang telah ditetapkan oleh mak ayah.

Berbanding dengan anak sekarang, mereka lebih terdedah kepada gajet yang sentiasa melekat pada tangan terutamanya pada hujung minggu. Tapi rasanya tidaklah semua anak.

Baik anak lelaki atau anak permpuan, mak ayah kena ajar anak bekerja atau lebih tepat lagi kerja rumah. Bukan untuk meng’hamba’kan mereka tetapi ajar mereka erti tanggungjawab. Bukan pada keluarga tetapi mungkin tahu erti tanggungjawab pada keluarga mereka bila sudah mendirikan rumah tangga.

Jangan nak bezakan kerja rumah sama ada anak lelaki atau peremnpuan, mak ayah kena ajar dua-duanya kena ada tugas kerja di rumah. Tak perlu nak harapkan pada anak perempuan sahaja sebab anak lelaki pun kena tahu kerja rumah dan perlu tolong keluarga.

Kalau anak sudah dijadikan raja pada waktu kecil, risau ia akan terbawa sehingga besar. Itulah antara perkongsian daripada Intan Salwani tentang didik anak sejak kecil.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Walau Tak Kaya, Anak Sihat Dan Suami Bertanggungjawab Juga REZEKI

IKLAN

JANGAN Anggap Kerja Rumah URUSAN Perempuan, Anak Lelaki Perlu Diajar Supaya Jadi Kebiasaan

Info Lebih Menarik DI SINI

Didik Anak Bekerja Sejak Kecil

Hassan ni suka buat aktiviti. Tenaganya pun banyak. Kalau tak tidur, memang asyik bergerak je. Lari sana sini, lompat sana sini, panjat sana sini.

Jadi, rugilah kalau tenaga Hassan yang banyak tu Mummy tak gunakan sebaiknya. Daripada dia menyepah mainan, baik Mummy minta Hassan bantu kerja-kerja Mummy.

IKLAN

Anak-anak kecil ni, jangan disangkakan tak mampu bantu kita. Walaupun tubuhnya kecil, tapi ada tugas-tugas mudah yang mereka boleh buat. Kalau mereka dah biasa buat, mereka takkan canggung untuk buat sampailah mereka besar.

Peranan Mak Ayah

Peranan kita sebagai ibu bapa pula ialah untuk menerapkannya dengan konsisten dan secara menyeronokkan supaya mereka suka. Yang penting, beri reward kepada mereka setelah selesai tugasannya.

Tak sukar pun, kalau yang kecil macam Hassan ni, kita berikan tanda ‘good’, puji-pujian, atau pelukan pun mereka dah suka sangat. Kalau anak yang besar sikit, bolehlah ‘reward’ mereka dengan kasih sayang dan ilmu.

IKLAN

Anak-anak yang sudah biasa bekerja sejak kecil, Insya Allah sampai besar pun akan rajin membantu. Tapi kalau dari kecil sudah dijadikan seperti Raja, dikhuatiri terbiasa pula bersikap sedemikian sampai besar.

Tiada istilah terlalu kecil untuk mula membantu. Macam kata orang dulu-dulu, melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Jadi ibu semua, jom kita ajak anak-anak bantu kita. Tugasan kita pun jadi ringan, anak-anak pun dapat manfaatnya.

MW: Bagi kerja pada anak, kerja yang senang dan mudah. Kenalah tengok kepada usia dan kemampuannya.

Sumber: Intan Salwani

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI