Setiap kali sebelum tidur, mahupun bangkit dari tidur, selain mengucapkan syukur atas nikmat kehidupan pemberianNya, mak ayah mengharapkan anak-anak membesar jadi anak yang soleh.
Selain mendorong dan tunjukkan jalan kebaikan, jangan pernah mak ayah lupa untuk mendoakan anak-anak. Perkongsikan Nor Fatihahnoorini adalah amalan harian yang dilakukan untuk anak-anaknya.
Anak-anaknya pun seronok bila Umi membacakan doa sambil tangan diletakkan pada ubun-ubun kepalanya. Minta agar Umi selalu buat, setiap kali mahu ke sekolah. Indahnya.
Ads
Inilah amalan yang mak ayah lain boleh sama-sama buat.
DOA ANAK SOLEH
Letakkan tangan di ubun-ubun kepala anak. Mulakan dengan asmaul husna, Ya Fattah Ya Alim Ya Nur Ya Hakim Ya Rashid Ya Hafiz Ya Muhaimin Ya Latif Ya Zaljala liwal ikram YA ALLAH BUKAKAN PINTU KEFAHAMAN DAN ILMU PENGETAHUAN, CAHAYAKAN HIKMAH KEBIJAKSANAAN, KECERDASAN DAN KEPINTARAN KEPADA ANAK ANAK KAMI DAN JAGAKAN ANAK KAMI DALAM JAGAANMU DAN PENGAWASANMU YA ALLAH.
Seterusnya titipkan doa ini.
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
الرَّحْمَنُ (1) عَلَّمَ الْقُرْآنَ (2) خَلَقَ الْإِنْسَانَ (3) عَلَّمَهُ الْبَيَانَ (4)
Pasakkan niat ibu ayah buat anak-anak.
Ya mujib.
Ads
Cepat Umi, Letak Tangan Kat Kepala
Petang semalam, selepas makan sebelum ke sekolah agama. Humairaa mendesak saya.
“Umi, cepat la umi. Cepat la. Tangan kat kepala.”
Kalut-kalut menyiapkan mereka saya tidak perasaan lagi.
“Kenapa dengan kepala Humairaa.” tanya saya.
“Umi! Cepat la doakan Humairaa. Letak tangan kat kepala. Humairaa nak pandai macam orang lain.”
Allahu. Sebak saya mendengar permintaan tulusnya . ALLAH Arrahman, Engkau yang mengingatkan anak kecil ini Ya allah. Apabilaku terlupa doakannya seperti biasa Humairaa ingatkan uminya.
Lalu, saya letakkan tangan di ubun-ubun kepala Humairaa bersama titipan doa ini dengan genangan air mata. Humairaa turut sama membaca doa ini dengan lancar.
“Umi, Humairaa dah boleh hafal doa ini masa umi doakan Humairaa.” ujarnya penuh makna.
Subhanallah
Terimalah doa ini.
YA MUJIB
Ayah turut memainkan besar dalam mendidik dan membentuk diri anak-anak. Kenapa sering kali dilabelkan ayah akan DITAKUTI dan bukan DIHORMATI? Sebab itu, ramai anak yang mengakui, mereka lebih suka kalau ayah tak ada di rumah dan hubungan dengan ayah juga kurang mesra terutama anak lelaki.
Dalam satu kes yang saya kendalikan, seorang ayah bersikap kasar dan keras walaupun terhadap anak yang baru berusia dua tahun dan empat tahun. Menurut si ibu, anaknya tak boleh main dalam keadaan suara yang meriah walau pun sedikit, pasti suaminya akan menjerit marah-marah kerana merasakan masa rehatnya diganggu.
Anak-anak juga tak dibenarkan berlari dan bergerak bebas di dalam rumah. Bagi si suami, tindakan si anak mengganggu konsentrasinya untuk menikmati rancangan televisyen kegemarannya yang hanya boleh ditonton di waktu hujung minggu.
Disebabkan tindakan si suami, anak-anak akan menjadi murung dan monyok jika ayah mereka berada di rumah. Tapi bila suaminya ditugaskan bekerja luar daerah, anaknya yang kecil bersuara: “papa tak balik ye? Bestnya!”
Mungkin bagi sebahagian pembaca, menganggap sikap si ayah adalah sikap yang wajar. Ya lah! Dah penat bekerja, mestilah nak bertenang dan rehat dalam keadaan yang selesa. Mungkin ada yang berpendapat, si lelaki dalam kes ini belum bersedia untuk menjadi seorang ayah.
Bagi saya pula, bersedia atau tidak untuk menjadi seorang ayah bukanlah topik utama kerana ketika anda, sama ada lelaki atau perempuan, mengambil keputusan untuk berkahwin, anda sebenarnya telah bersedia untuk menjadi seorang suami atau isteri sekali gus bersedia juga untuk menjadi seorang ibu atau bapa.
Isu bertenang dan berehat sememangnya benar tetapi yang jelas di dalam kes ini ialah, si ayah gagal untuk memahami peranan dan tanggungjawabnya sebagai seorang ayah malah gagal untuk memahami kehendak anaknya sendiri.
Sebagai seorang ayah malah juga seorang ibu, anda perlu fahami kehendak anak anda. Dalam usia sekecil anak-anak di dalam kes tersebut, sememangnya mereka suka bermain, membuat kecoh, berlari malah meneroka ke sana sini bagi mendapat pengalaman dan ilmu yang baru.
Jika fitrah ini disekat, pembesaran si anak akan terbantut dan boleh menjadikan si anak seorang yang tidak aktif, lembap dan tidak bijak. Malah, bermain di usia kanak-kanak merupakan satu bentuk pengajaran yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w kepada ibu bapa.
Rasulullah s.a.w mengajar agar anak-anak dibentuk sikap dan akhlaknya melalui empat peringkat usia:
Jika saranan Rasulullah s.a.w ini difahami sebaiknya, takkan ada ibu bapa yang marah-marah bila anaknya bermain malah ibu bapa perlu meluangkan masa untuk bermain bersama si anak.
Buat si ayah yang pernah mendabik dada, kononnya anda ayah dan ketua keluarga, kata-kata anda adalah kata muktamad, tak boleh ditambah kurang apatah lagi dibangkang, berusahalah untuk mengubah sikap diri sekiranya anda inginkan anak anda juga berubah.
Tak perlu jadi seorang yang garang, kasar dan keras terhadap anak-anak bagi menjadikan diri anda dihormati dan disayangi. Kasih sayang hanya akan wujud dan bercambah dengan kasih sayang juga, bukan dengan kekerasan. Jika kekerasan yang anda ajarkan kepada anak anda, pastinya kekerasan juga yang anda akan peroleh.
Dalam masa yang sama, peruntukkan masa yang berkualiti untuk anak anda. Benarlah, dunia hari ini sentiasa mengejar masa dan duit. Namun, satu perkara yang perlu diingat, mempunyai wang berjuta-juta pun takkan mampu membeli kasih sayang yang tulus dan ikhlas daripada anak anda sendiri.
Bukan hanya perhatian, belaian dan kasih sayang yang perlu diberikan kepada seorang anak. Malah sebagai seorang bapa, anda bertanggungjawab sepenuhnya untuk menanggung segala perbelanjaan keperluan hidup anak-anak anda.
Tanggungjawab ini kekal walaupun berlaku perceraian antara anda dan isteri anda dan si anak diletakkan di bawah jagaan bekas isteri anda. Jangan mudah memberikan alasan tak mampu sedangkan anda boleh pula mencari beban baru dengan berkahwin lagi malah ada kes, membiayai anak tiri. Bayangkan apa yang anak-anak alami?
Rayuan saya, ambil masa untuk berfikir, apa yang bakal berlaku 10 atau 20 tahun akan datang, andai akan kekal dengan sikap tidak mempedulikan anak-anak anda kini? Terlalu banyak kes dikongsikan media hari ini. Ambillah teladan dan pengajaran agar anda tidak menjadi bahan berita mereka pula pada masa akan datang.
Isteri tentunya adalah orang yang paling rapat dengan suami selepas disatukan di dalam ikatan perkahwinan. Sebagai pasangan dalam melayari bahtera perkahwinan, pastinya pelbagai onak dan duri akan diharungi sepanjang kehidupan.
Ada pasangan yang saling meletakkan sepenuh kepercayaan pada pasangan masing-masing. Tiada rahsia antara satu sama lain. Malah segala perkara termasuk pin nombor kad bank atau kata laluan handphone juga diketahui pasangan.
Bagi isteri, sekiranya suami tidak membuat sebarang password atau kata laluan di handphone atau kata laluan itu dikongsi dengannya, ia seolah-olah memberi petanda bahawa suami tidak ada apa-apa rahsia yang nak disembunyikan.
Isteri bebas untuk membuka handphonenya bahkan membelek whatsapp atau apa saja yang ada di dalam handphone. Jika begitu, hati isteri akan rasa lebih tenang dan lega. Hilang rasa curiga di hati. Mana taknya, handphone adalah alat yang banyak menyimpan rahsia pemiliknya. Sebab itu, ramai suami (juga isteri) yang tak suka atau tak mahu berkongsi kata laluan handphone mereka dengan pasangan.
Namun, jangan salah sangka pula kalau suami tak mahu kongsi password handphone miliknya. Pasti suami ada pendapatnya yang tersendiri mengapa dia melakukan demikian.
Ada suami yang memang tak suka barang peribadinya disentuh oleh orang lain termasuklah handphone. Bukan pula bermakna dia cuba menyembunyikan sesuatu rahsia tapi itu sifatnya. Malah, dia akan berasakan dirinya dicurigai andai pasangannya memaksa untuk dia berkongsi kata laluan handphonenya.
Biasanya suami jenis ini juga tidak suka ‘mengodek’ handphone milik isterinya. Ini kerana dia menghormati hak dan privacy pasangan. Jadi, nak tak nak, isteri kena terima andai itulah sikap suami.
Tak dinafikan, handphone banyak menyimpan rahsia seseorang. Jadi, secara logiknya, kalau tak ada apa-apa nak dirahsiakan, kenapa nak tetapkan password pada handphone?
Ada yang bagi alasan, tak nak anak-anak guna handhpone kerana segala urusan kerja di dalam handphone. Nanti kalau terjadi apa-apa, susah pula. Okay, itu memang ada betulnya. Tapi takkan tak boleh nak kongsi password dengan isteri? Ha..dalam situasi inilah isteri akan rasa curiga dengan suami.
Ini kerana banyak kes kecurangan yang dibongkarkan apabila isteri atau suami mencari bukti dengan membelek handphone pasangan. Bahkan, kebanyakan yang curang itu memang tidak akan berkongsi password dengan pasangannya kerana tidak mahu rahsianya terbongkar.
Tak dinafikan, bila wujud curiga dalam diri, tentu kita akan cari kesempatan untuk ‘godek’ handphone pasangan kita. Namun, awas. Jangan keterlaluan. Ini kerana, perbuatan ini boleh membuatkan pasangan rasa dirinya tak dihormati haknya.
Yang penting, kena ada rasa percaya antara satu sama lain agar tiap apa yang dilakukan tidak akan menimbulkan ketidakselesaan pada diri pasangan. Untuk pasangan pula, kena sentiasa jujur di antara satu sama lain.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Sebaiknya, suami cuba letakkan diri dekat tempat orang perempuan, baru tahu apa isteri rasa selama hidup berumah tangga. Biarpun sekali saja suami letak dirinya pada tempat isteri, pasti dia tidak mahu kecewakan isteri lagi.
Isteri berkorban itu dan ini, sudahnya suami pilih orang lain katanya tawar hati tanpa rasa bersalah pun. Ikuti perkongsianFirdaus Shakirinini dan hadam baik-baik iya:
Kita tidak ada dekat tempat orang perempuan…
Sebab itu kita tak pernah fikir tentang apa yang mereka rasa…
Kecewa ke, terasa ke, terluka ke, sedih ke, sakit hati ke… Bagi kita, perempuan selalu ikut perasaan… Mereka makhluk yang beremosi… Complicated dan selalu betul…
Kita tak mengandung 9 bulan 10 hari… Malah, kita tak rasa sakit pinggang sepanjang tempoh itu… Juga kita tak rasa separuh nyawa hampir hilang masa melahirkan anak… Kita tak rasa sukar dan sulitnya berpantang… Kita tak rasa sikit pun…
Orang perempuan saja yang rasa…
Kita tak selalu duduk rumah, kita banyak habiskan masa di luar rumah… Mereka yang banyak duduk rumah, hadap karenah dan perangai anak-anak…
24 jam, 7 hari seminggu, 365 hari setahun mereka luangkan masa untuk buat kerja-kerja rumah yang tak pernah habis sejak mula-mula bergelar isteri…
Hari-hari buat kerja yang sama, berulang kali selagi masih jadi isteri dan ibu…
Sudah buat semua itu, tiba-tiba pasangan buat perangai, ada orang lain… Kita nak rasa apa sebab yang ada orang lain itu kita… Kita tak kecewa, tak terluka, tak sedih, tak sakit hati sedikit pun sebab yang rasa semua itu adalah mereka, orang perempuan…
Apa lagi yang dia tak buat untuk suaminya… Semua sudah, nak zuriat, sudah bagi… Nak diringankan beban, habis duit isteri dikerjakan… Kerja rumah, semua isteri buat seorang diri… Anak-anak, isteri yang uruskan dari kecil sampai besar…
Mudah saja kita sebagai orang laki… Cakap sudah ada yang lain, nak berpisah sebab hati kosong, hati tidak ada rasa, hati sudah berubah, dia banyak salah, dia lemah…
Sembang dekat mulut memang senang macam itu… Realitinya, si isteri itu sudah all out dan give everything untuk pasangannya…
Macam itu cara membalas apa yang dia sudah korbankan? Renung-renungkan… kita tidak ada dekat tempat dia, kalau kita ada, kita pun pasti akan kecewa dengan sikap pasangan kita bila mana kita sudah buat macam-macam untuknya..
MW: Bila suami letakkan dirinya di tempat isteri, mana mungkin dia sanggup lukakan hati isteri yang berkorban untuk keluarga selama ini.
Dalam diam ada isteri yang buat pertandingan suami siapa yang paling kaya, tak cukup itu ada pula yang jenis tayang semua hal rumah tangga ke media sosial.