Sebenarnya bukan susah nak faham isteri, suami kena prihatin dengan keadaan rumah tangga, sudah cukup. Wanita yang bergelar isteri ini bukan complicated sangat, mereka juga mahu suami memahami keadaan mereka yang sibuk menguruskan rumah tangga.
Kalau tak mahu menghargai sekali pun, bantulah apa yang patut tanpa perlu disuruh atau diminta. Bila suami memainkan peranannyan sebagai suami dan ayah, sudah tentu isteri lebih tenang dan terasa lebih bahagia. Percayalah.
Ikuti perkongsian Firdaus Shakirin ini dan sila hadam baik-baik supaya anda menjadi suami yang lebih prihatin.
Kita selalu cakap, orang perempuan ini complicated…
Hendak dihargailah, nak difahamilah, hendak kena jaga hati dia lagi… Itu tak boleh, ini tak boleh…
Kita rasa susah, kita rasa payah…

Bukan Susah Nak Faham Isteri

Sedangkan apa yang mereka nak especially bila kita ini sudah jadi suami mereka ialah jalankan amanah. Di samping itu, tunaikan hak dan cuba bertanggungjawab terhadap apa saja urusan rumah tangga…
Ada masa boleh main handphone, ada masa juga boleh buat hobi. Dan ada masa boleh relaks depan televisyen, di lain masa boleh melepak kedai mamak…
Ada suami rasa isteri tak bagi perhatian, tapi si isteri sibuk menguruskan 5 orang anak-anak lain… Ada suami rasa isteri kurang masa dengannya tapi si isteri bertungkus-lumus keseorangan menyiapkan kerja-kerja rumah…
Kita bukan lagi budak kecik…
Baca Juga Di Sini:
Untuk info lebih menarik, klik saja di sini. 

Bukan Susah Prihatin Dengan Keadaan Semasa

Sentiasa hendak diuruskan isteri… Baju hendak dipakaikan isteri, bedak nak diletakkan isteri, rambut nak disikatkan isteri, tangan hendak dibasuhkan isteri…
Dalam rumah tangga ini, jangan tunggu isteri suruh buang sampah… Tak perlu pun tunggu isteri suruh jemur baju… Tak perlu tunggu isteri suruh jaga anak… Dan tak perlu isteri suruh tolong dia…
Kalau tengok isteri sedang memasak dan anak tengah ganggu isteri, ambil anak, jaga… Bila tengok baju sudah siap basuh, ambil bakul, jemur…
Kalau terpijak mainan anak, panggil anak-anak, suruh mereka kemas balik… Kalau tengok barang dapur sudah kurang, keluar beli dan top upkan…

Peka Dengan Keadaan Rumah Tangga, Bukan Susah

Peka dan prihatin dengan keadaan semasa rumah tangga…
Ini tak, tengok isteri memasak sambil dukung anak, kita boleh lagi kering hati tonton tv… Isteri kemas rumah, kutip mainan depan kita, kita boleh lagi buat tak nampak dan main hp…
Buat rumah macam hotel, balik kerja tukar baju, selepas itu keluar pula melepak dengan kawan-kawan…
Di sini pun sudah nampak kurangnya “tanggungjawab” kita dalam rumah tangga sebab banyak perkara yang kita sudah lepas pada isteri…
Selepas itu kita hendak cakap susah nak faham isteri? Isteri complicated? Nak dihargai bagai…
Logik? Ini belum cakap lagi bab nafkah, ini baru tanggungjawab…
MW: Tak susah sebenarnya bila suami belajar untuk memahami dan bukannya menyalahkan isteri secara membuta-tuli. Isteri bukannya orang suruhan, hargailah isteri sebaiknya kerana dia juga manusia yang punyai hati dan perasaan. 
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI