Tolong Isteri Buat Kerja Rumah, Itu Tanda Suami Faham Susah Isteri

Tolong isteri buat kerja rumah?  Cuci baju? Sapu sampah? Kemas rumah? Jaga anak? Oh tidak! Mana boleh suami buat, Itukan tugas isteri! Jatuhlah imej suami. Lelaki yang kena kontrol dengan isteri mungkin lah kot..

Tolong Konon Tak Macho!

Amboi, tentu ramai isteri yang rasa ‘panas’ bila membaca kata-kata di atas. Tapi kadangkala kenyataan itu suatu yang amat pahit untuk diakui. Betul tak?

Mungkin masih ada lagi suami-suami zaman sekarang yang menganggap itu semua adalah tugas yang patut dilakukan oleh isteri. Mana boleh suami ‘ambil tugas’ isteri. Hello cik abang! Zaman dah berubah ye. Dulu mungkin semua itu isteri yang buat sebab isteri tak kerja. Hanya fokus menjaga anak-anak dan uruskan rumah tangga. Manakala suami pula keluar mencari rezeki. Jadi, memang sepatutnya tugas-tugas dibahagikan.

Tolong Isteri Buat Kerja Rumah, Itu Tanda Suami Faham Susah Isteri

Zaman Dah Berubah

Cuba perhatikan sekeliling. Rasanya ramai isteri yang merupakan wanita berkarier. Kadangkala bukan pilihan utama mereka tapi terpaksa memandangkan keadaan zaman sekarang yang segalanya perlukan duit. Bayangkan, nak masuk tandas awam pun kena bayar. Bak kata orang, selangkah keluar rumah pun perlu duit.

Itu jelas menunjukkan betapa gaya hidup zaman sekarang yang sangat mencabar. Kalau nak hidup lebih selesa atau ada yang hidup hanya ‘cukup-cukup saja’, isteri perlu keluar bekerja juga. Nak harapkan pendapatan suami tak mencukupi. Anak-anak pula ramai dan hidup pula di Bandar.

Lagi artikel menarik di sini:

IKLAN

Sebab Inilah, PENTINGNYA Suami Isteri Kena Keluar ‘Dating’ Berdua

PENAT Suami Isteri Tak Sama, EMOSI Tidak Ditenangkan, Boleh Meletop!

Ikuti Mingguan Wanita di instagram

Tak Nak Tolong Sebab Ego

Dalam situasi begitu, apakah patut para suami masih bersikap ego dan tidak mahu membantu isteri dalam melakukan kerja rumah? Bayangkan, dua-dua penat balik kerja. Tapi sampai rumah isteri sambung ‘kerja’ memasak dan sebagainya pula. Sedangkan suami hanya duduk berehat. Mau tidak ‘berbulu’ isteri pandang? Apa salahnya sama-sama tolong-menolong.

IKLAN

Kalau isteri sibuk masak, suami tolong tengokkan anak. Bila isteri sibuk lipat kain, suami boleh tolong buatkan susu anak. Kan harmoni hidup begitu.

Selain itu, zaman sekarang, isteri yang duduk di rumah pun ramai yang membuat kerja sambilan. Berniaga online dan sebagainya. Jadi, mereka juga ‘sibuk kerja’ sebenarnya.

Tolong Isteri Tanda Sayang

Ada lelaki yang mungkin sudah terdidik daripada kecil untuk tidak membuat sebarang kerja rumah. Baginya kerja rumah orang perempuan yang kena buat. Bila dah kahwin, isterilah yang akan jadi mangsa. Diri umpama ‘raja’. Hanya memerintah saja. Kalau makan, pinggan sebiji pun tak nak dibawa ke sinki. Apa lagi mencucinya.

IKLAN

Belum lagi bab nak tolong isteri di rumah. Inikan nak minta tolong sapu sampah, tolong angkat baju pun tak nak. Malu jiran tengok katanya. Hai..zaman sekarang, lelaki yang tolong isteri lebih dihormati dan dikagumi ramai. Tahu tak?

Isteri Tambah Sayang

Jangan pula anggap isteri manja, sebab tu minta tolong suami. Sebenarnya isteri dah terlalu penat. Sebab itu dia minta tolong. Atau kalau isteri tak minta pun, takkan taka da inisiatif suami untuk bantu isteri?

Kalau tengok baju kotor dah menimbun, apa salahnya cuci. Zaman dah berubah. Bukan cuci pakai tangan pun. Tolong letak dalam mesin basuh je. Tak pun boleh bawa pergi dobi layan diri. Sambil tunggu cucian siap, bolehlah duduk ngopi. Ha..gerenti isteri tak marah punya!

Bila suami hulurkan pertolongan, isteri rasa sangat berterima kasih sebenarnya. Ini memberi tanda bahawa suami memahami kepenatannya walau pun mungkin dia hanya seorang suri rumah tangga. Gerenti isteri tambah sayang pada suami. Betul tak?

 

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI