Isteri Bukanlah Hamba, Tapi Teman Untuk Ke Syurga

Suami yang cerewet bab kebersihan rumah, makan perlu sharp ikut jam yang ditetapkan, malah tak boleh tengok anak comot pakaian, tak seharusnya meletakkan semua tanggungjawab itu dibahu seorang isteri. Kerana, isteri itu adalah peneman hidupnya untuk sama-sama meraih syurga Ilahi.

Lelaki ini, Khairul Abdullah menguruskan tiga orang anak-anaknya yang masih kecil, Khaleef, Khaleel dan Khaleed sendirian. Selepas isteri yang begitu dicintai pulang ke Rahmatullah.

Baginya, yang seorang lelaki, dalam masa yang sama menguruskan ketiga-tiga anak sendirian tetap merasakan tugasan itu bukannya mudah. Wahai suami di luar sana, sila buka mata dan hadamkan pesanan beliau ini.

Penat Dan Stress Itu Bukan Calang-calang

Ikutkan hati, tiap petang sampai jer rumah terus aku nak landing kat sofa. Buka tv dan pejam mata sekejap. 10 minit pun jadilah. Biar hilang segala penat.

Tapi, apakan daya.

Ada urusan rumahtangga yang perlu disegerakan.

Ada makan malam yang perlu dihidang, ada anak yang perlu dimandikan, ada pakaian yang perlu dibersihkan, ada rumah yang perlu dikemaskan, ada perkara untuk esok pula yang perlu disiapkan.

Rutin ini takkan pernah habis.

IKLAN

Penat tu sampai rasa nak give up pun ada juga.

Respect betul pada para isteri yang bekerja dan balik menguruskan rumahtangga dan anak-anak pula. Penat dan stress tu bukan calang-calang. Namun demi keluarga diorang gagahkan. Sakit demam pun diorang tak pedulikan.

Aku sedang merasa apa yang diorang rasa.

Walau Penat, Untung Ada Isteri Yang Membantu

Untung juga bagi para isteri yang ada sepasang tangan lain yang turut membantu. Walaupun penat, gembira melihat pasangan tolong meringankan beban.

Tolong mandi dan siapkan anak, tolong buang sampah, tolong mengemas ruang tamu, tolong angkat baju di ampaian dan macam-macam lagi.

IKLAN

Rasa lega kan?

Namun, pasti terguris hati dalam kepenatan bila melihat ada sepasang tangan yang boleh membantu namun hanya duduk di sofa memegang telefon sambil menonton tv, sedangkan kita seorang diri bertungkus-lumus menyiapkan semuanya untuk keluarga.

Dipendam sahaja segala penat dan juga kecewa kerana katanya pasangan itu adalah rajanya, syurganya.
Hmmm.

Guys, bantulah. Please, bantulah.

Isteri Bukan Hamba, Sebaliknya Peneman Ke Syurga

Ringankanlah urusan isteri dengan saling bantu-membantu. Penat gila uruskan rumahtangga ni, aku sebagai bapa tunggal dah laluinya hampir 2 tahun. Buat sendiri semuanya.

IKLAN

Penat, stress, nak marah, nak mengamuk, nak give up, semua ada.

Kau tak akan tahu betapa berertinya sepasang tangan yang membantu itu selagi kau tak merasai kepenatan dan keperitannya sendiri.

Kalau taknak bantu, maka gajikanlah maid untuk menolong dia jika kau mampu. Kalau tak mampu maka berilah kudrat kau tu untuk ringankan kerja dia.

Isteri bukanlah hamba, tetapi teman untuk ke syurga.

#SuperDaddy
#RoadToJannah

MW : Turunkan ego, lihat dalam-dalam ke mata isteri mu wahai suami. Tengok betapa letihnya isteri nak penuhi setiap keinginanmu. Yang mungkin takkan pernah habis. Tolak ansur itu penting dalam sebuah rumah tangga harmoni.

Baca sini : Suami isteri saling tak berkira, punca rezeki rumah tangga makin lebat

Sumber/Foto : KHAIRUL ABDULLAH

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI