Akhirnya ibu kepada Neelofa, Datin Noor Kartini Noor Mohamed mengambil keputusan untuk membatalkan permohonan cap dagang bagi jenama ‘Harimau Menangis’.
Pemilik syarikat Noor Khan Enterprise itu berkata, permohonan itu akan dibatalkan dalam masa terdekat.
Sebelum ini tular di media sosial usahawan itu mendakwa jenama ‘Harimau Menangis’ bagi produk keluarannya sudah didaftarkan di Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) dan dirinya mempunyai hak eksklusif ke atas cap dagangan nama berkenaan.
Ekoran itu, rata-rata warga maya menyifatkan tindakan tersebut sebagai keterlaluan memandangkan sudah ramai menggunakan nama daging ‘Harimau Menangis’ dalam produk mereka.
Ibu Neelofa Mohon Maaf Kepada Semua
Seperti mana yang dipetik menerusi portal berita Sinar Plus, Datin Kartini memohon mmaf dan mengambil keputusan untuk tidak mendaftarkan produk ‘Harimau Menangis’
IKLAN
“Saya ingin memohon maaf kepada semua dan saya mengambil keputusan untuk tidak mendaftarkan produk tersebut,” ungkapnya.
Tujuan Asal Untuk Melindungi Jenama Perniagaan
IKLAN
Datin Kartini juga akui kekhilafan yang telah berlaku sehingga mencetuskan kemarahan orang ramai.
“Tujuan asal saya memohon ‘trademark’ ini adalah hanya untuk melindungi jenama perniagaan saya dan juga ejen jualan kami daripada masalah produk tiruan,” sambunya lagi.
Tambah Noor Kartini, dirinya tiada niat untuk menutup pintu rezeki sesiapa.
“Saya percaya rezeki kita masing-masing datangnya daripada Allah SWT. Diharap dengan penjelasan ini isu ini selesai dan tidak berpanjangan,” ungkapnya.
Binatang yang agak payah nak mati walau guna spray, melainkan kena bunuhnya dengan DIY perangkap cicak. Tip ini sebenarnya sudah dipraktik oleh seorang wanita, Puan Alosnida Musa. Nampak gaya, macam banyak cicak akan jadi mangsa kalau guna caranya…
Ok, jom tengok dulu apa bahan yang perlu ada kat rumah sebelum buat projek tangkap cicak!
Tip Tangkap Cicak
Alahai banyaknya cicak ni dan yang paling tak tahannya, buang najis bersepah, musyukk yakmattt. Kalau terpijak, rata pulak najis satu rumah.
Dah puas spray dengan berbagai bahan, letak macam-macam umpan tapi tak jalan.
Nak menghalaunya memang satu kerja yang sukar, silap hari bulan diberaknya kita,tup tup kena atas hidung.
Jom, kita buat perangkap cicak. Mudah dan murah jer nak buat perangkap cicak ni
1.Potong botol air di bahagian atas.
2.Letakkan kapas muka di bahagian bawah botol.
3.Masukkan gula pasir.
4.Masukkan air.
5.Sapukan sedikit minyak masak pada bahagian dalam botol plastik dan bahagian luar pada atas botol yang dipotong tadi.
6.Letakkan semula bahagian atas botol dengan cara menterbalikkannya.
7.Siap untuk guna.
Untuk lebih detail, sila tonton video ini.
Dengan melihat pada gambar dan video ini, korang boleh tahu cicak tersebut akan masuk ke dalam botol dan tak boleh keluar sebab botol licin kerana di sapu minyak masak.
Nota:
Semasa nak letak perangkap ni, pastikan muncung tu betul-betul melekat di dinding, biar cicak boleh lalu terus dari dinding, tampal guna selotep pun boleh ya .
Mudah bukan? Cara begini lebih senang dari mengejar cicak untuk di spray atau dilastik dengan getah.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Menakutkan! Bila seorang ibu sanggup beri anaknya hisap syabu. Dia selayaknya digelar ‘Ibu Dari Neraka’. Ini kisah benar betapa berbahayanya sejenis dadah yang dipanggil syabu. Dan dadah jenis syabu inilah yang menjadi ancaman anak-anak sekolah.
Pendedahan Pegawai Antidadah di AADK Daerah Kuching, Sarawak, Nadia Hazmi tentang mudahnya dadah jenis syabu ini didapati benar-benar mengejutkan. Malah ia boleh diperoleh secara online! Sebab itu mak ayah.. penting untuk kita memeriksa BEG SEKOLAH ANAK!
“Pernah digegarkan satu ketika dulu, satu video seorang anak kecil dipaksa ibunya menghisap dadah. Ops! sori, tak layak kot dipanggil ibu tapi xxxxxx.
“Fikir guna waras akal kita, mana mungkin seorang ibu sanggup merosakkan anaknya. SALAH. Tapi tak salah bagi seorang penagih syabu.
“Dalam banyak-banyak dadah yang k.Nad kenal dalam dunia penagihan ni, Syabu dadah paling GILA! Ia menukar pemikiran seorang manusia dari yang Betul menjadi Salah, yang Salah menjadi Benar.
“Yang waras kepada gila. Manusia kepada IBLIS NYATA. Lihat kes-kes jenayah pelik yang berlaku sekarang ini. Semuanya hasil dari graduasi syabu.”
Kenapa Kena Kenal Tools Pengambilan Syabu
Ni k.nad nak ajar. Rupa tools atau peralatan yang diguna dalam pengambilan syabu atau nama kampungnya yang popular kat Sarawak ni.. BATU. Juga ICE/ KACA/ KRISTAL.
“Sekarang ni semakin murah dan semakin mudah didapati.”
Sebab apa? Sebab ia boleh diproses di belakang rumah anda sendiri. Asal cukup 9 bahan tu, siap la dia. “RM5 PUN DAH BOLEH DAPAT. Budak-budak sekolah pun senang beli dan dapat kat online.”
Jadinya, sebagai mak ayah. RAJIN-RAJIN LAH CEK BEG SEKOLAH ANAK @spotcek bilik anak.
Kalau ada barang macam dekat atas tu, tu bukan la radas-radas dari makmal sekolah yang anak curi bawa balik untuk ulangkaji. Tapi ni la tools untuk ‘chase’ isap syabu.
Jangan nak jadi naif dan jahil tak bertempat. Tengok sama cita pasal dadah kat youtube tu banyak sikit.
Kesan Syabu Cukup Pantas!
Jangan nanti bila anak dah agresif dan jadi gila, dah mula merompak membunuh, baru sibuk-sibuk nak tunding jari kat peta malaysia nak salahkan tukang lukis peta tu yang sebabkan lukis rapat-rapat sangat golden triangle tu jadikan dadah mudah masuk ke rumah makcik.
Nak bagitau juga, makan batu ni paling cepat nak jadi gila tu dalam 2-3 tahun je. Gila tu kalau jadi ahli syurga tak apa juga.
Tapi gila yang ini menyusahkan anak bini, mak ayah dan seluruh dunia.
“Yang dah makan batu ni, kalau masih waras, sudah-sudahlah. Walaupun ulat dalam batu pun boleh hidup. Ulat tu tak susahkan orang dan tak tergamak bagi anak dia hisap dadah juga.”
Sebenarnya, tindakan poligami tidak dirancang, pemuda ini hanya menurut kehendak datuk, nenek.
Selepas seminggu bernikah dengan isteri pertama, kemudian atas persetujuan isterinya dia berkahwin pula dengan isteri kedua.
Pemuda Ini Hanya Menurut Kehendak Datuk, Nenek
Seorang pemuda di wilayah Sumatera Selatan menjadi sensasi internet kerana didakwa mengahwini dua wanita secara serentak, lapor laman berita Suara.com kelmarin.
Pemuda itu yang dikenali sebagai Jek, 24, berkata, tindakannya untuk berpoligami sebenarnya tidak dirancang kerana dia hanya menurut kehendak datuk dan neneknya.
Menurutnya, ketika dia pulang ke kampung untuk bercuti baru-baru ini, datuk dan neneknya memperkenalkan dia dengan keluarga isteri pertamanya, Linda.
“Kedua-dua keluarga bersetuju agar kami berkenalan.
“Sebagai seorang cucu yang baik dan berniat untuk membahagiakan kedua-dua buah keluarga, saya menuruti permintaan mereka untuk berkahwin dengan Linda pada Ogos lepas,” katanya.
Tindakan Poligami Tidak Dirancang
Meskipun begitu, Jek mengaku bahawa dia sebenarnya sudah mempunyai gadis pilihan yang dicintainya sejak dua bulan lalu.
Katanya, dia mengenali gadis tersebut, Vivian, ketika baru tiba di kampung datuk dan neneknya. “Saya terlebih dahulu jatuh cinta pada Vivian dan saya tetap ingin berkahwin dengannya kerana rasa cinta yang tulus.
“Justeru, saya bersikap jujur dan menceritakan perkara itu kepada Linda kerana enggan berselindung daripadanya.
“Saya memberitahu Linda bahawa saya ingin mengahwini Vivian,” ujar Jek.
Tambahnya, dia turut mengakui bahawa sanggup menceraikan Linda yang ketika itu baru saja dinikahinya selama seminggu sekiranya wanita itu enggan membenarkan dia berkahwin dengan Vivian.
Isteri pertamanya akhirnya bersetuju dan memberi keizinan kepada Jek untuk berkahwin dengan kekasih hatinya.
“Perkahwinan kami hanya selang enam hari. Ketika majlis perkahwinan bersama Vivian, pihak keluarga meminta Linda memakai kembali pakaian pengantin agar dia turut berasa bahagia.
“Disebabkan itu, terdapat gambar tular yang mengatakan bahawa saya bernikah dengan dua wanita sekali gus, sedangkan jarak perkahwinan kedua-duanya adalah selang seminggu,” ulas Jek.
Menurut lelaki itu, sebagai suami, dia berjanji akan bersikap adil kepada kedua-dua isterinya.
“Saya mencintai kedua-duanya dan berharap dapat berlaku adil,” katanya. – AGENSI
Mingguan Wanita : Untung lelaki ini mendapat isteri yang penyabar dan baik hati. Walaupun baru saja seminggu bergelar isteri, dia izinkan suaminya bernikah lagi. Hebat!
Chocodap’s, Faith Fleur, Anggun Cotton Collection, Teh Ais Pyorr, Masak-masak Cekyana (Oden viral) dan bayak lagi jenama lain mempunya ratusan ribu pelanggan masing-masing.
Tak ramai anak Melayu kita mampu bina empayar perniagaan dari bawah dari tiada apa-apa. Ia bukan dicipta sehari dua. Banyak pengorbanan terpaksa dilakukan sepanjang pendakian.
• Apa rahsia mereka?
• Apa yang mereka lakukan?
• Apa ilmu-ilmu yang diamalkan?
• Siapa yang susah senang bersama mereka?
• Apa dugaan dan keperitan yang dilalui?
Teringin ikut jejak mereka?
Semua ini akan terjawab di program Webinar Eksklusif CEO BIsnes Viral anjuran Mingguan Wanita pada 25 September 2021 secara virtual. Dangarkan sendiri perkongsian jujur mereka. Eksklusif!
Menangi hadiah-hadiah cabutan bertuah serta wang tunai bernila RM100.
Nahas tragedi helikopter TLDM, lelaki buat hantaran jelik didenda RM23,000. Gara-gara menghina nahas tragedi dua helikopter bertembung di udara dua hari lalu, seorang peniaga...