Petang semalam heboh diperkatakan tentang pelakon Natasha Hudson selepas dia menggayakan gaun putih yang menampakkan seolah-olah sebahagian bahu kanannya.
Gaun yang direka oleh Rizman Ruzaini itu menjadi bualan netizen.
Gaun Putih Tidak Sesuai Dengan Imej Natasha Yang Bertudung
Malah ada yang beranggapan busana yang digayakan di sidang media pelancaran produk Crystal C White di Menara KL itu tidak sesuai dengan imej nya bertudung.
“Busana ini disediakan pengasas produk ini, Datin Reena Zach. Ia berlapik kain berwarna kulit (nude) sebenarnya. Saya hanya mengikut tema majlis saja yang turut ada unsur glam.
“Saya pun sebenarnya bukan memakai gaun sebegini sepanjang masa. Saya hanya memakainya saja dan tak rasa ia keterlaluan. Saya pun tak ada masalah dengan gaun itu.
Ads
Tak Salahkan Sesiapa
“Saya tak salahkan sesiapa dan tak ambil peduli hal orang. Mereka nak cakap apa, lantaklah,” katanya yang menjadi wajah wakilan produk berkenaan.
Menurut ibu tunggal kepada tiga anak ini, dia mempunyai pilihan busana lain.
“Ada baju lain yang labuh kainnya dan tak sesuai untuk bergerak. Gaun yang saya pakai ini lebih memudahkan saya dan lebih santai.
“Cuma biasalah mata netizen yang akan melihat sudut menampakkkan bahu itu sebagai hal besar.
Ads
“Saya harap tak perlulah diperbesarkan perkara itu lagi,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Natasha sepatutnya membintangi sebuah filem dari Indonesia tahun lalu.
“Saya sempat ke Indonesia membina rangkaian semula di sana. Penggambaran filem itu sepatutnya dilakukan di Semporna, Sabah. Tapi kerana masalah pandemik ia terbantut.
“Harapnya 2021 akan memberi tuah kepada saya dalam soal kerjaya seni,” luahnya yang bersyukur diberi peluang menjadi wajah wakilan produk suplemen kulit tersebut. Pada majlis pelancaran produk itu, Keith Foo turut diumumkan sebagai duta.
“Maaf saya mungkin tak sempurna di mata tapi saya pernah ada di saat awak memerlukan”-Shuhada. Pasti ramai yang tengah mengikuti kisah rumahtangga pelakon Hafidz Roshdi.
Luahan hati isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri mengenai kecurangan suami yang bermesej sayang dengan wanita lain pasti mengingatkan kita kepada kisah beberapa selebriti yang turut melalui hal yang sama. Nama Shamsul Yusof, Shuk dan lain lagi antara yang saling disebut berikutam kecurangan mereka terbongkar di media sosial.
Selepas mendedahkan wanita yang mengganggu rumahtangga mereka dan mesej-mesej yang cukup jelas, terkini di akaun Tik Toknya, Nurul Shuhada memuat naik luahan hatinya serta gambar kenangan bersama suami dengan cukup menyentuh jiwa.
Tulisnya, “Maaf, mungkin saya tak sempurna di mata awak. Tapi, saya pernah ada di sisi saat awak memerlukan,” tulisnya. Menambah sebak, dirinya menggunakan lagu latar Cinta Terakhir.
Pasangan ini berkenalan ketika sama-sama menuntut di Universiti Sains Malaysia (USM) selama tiga tahun sebelum mengikat tali pertunangan dan seterusnya perkahwinan pada 30 April 2016. Mereka dikurniakan dua orang cahayamata.
Tapi Saya Pernah Ada Di Saat Awak Memerlukan- Nurul Shuhada
Tidak lama selepas memuat naik video kenangan itu, beberapa jam selepas itu, Shuhada sekali lagi memuat naik satu lagi hantaran berupa video Hafidz bersama anak-anak mereka dengan keterangan berbentuk doa.
“Ya Allah, redakanlah setiap jalan episod keluarga ini. Kekalkanlah hubungan kebahagiaan hingga ke syurga-Mu. Amin,” tulisnya.
Hari ini di instargamnya, Hafidz memuat naik satu gambar dengan keterangan
“Setiap dari kita manusia melakukan kesalahan ,
Tapi ingat Allah maha pengampun ,
Jahat macam mana pun kita , Jangan kita tinggal solat
Hantaran itu disertakan dengan tanda pagar #selfreminder dan #peringatandirisendiri.
Kalau dah jumpa jodoh bersyukurlah, jangan hina orang single. Semua ada alasan hidup sendiri. Personaliti TikTok popular, Ryan Bakery, 27, selamat melangsungkan pernikahan dengan wanita pilihannya Elyia Ibrahim, jam 11 semalam.
Dengan hanya sekali lafaz, Ryan atau nama sebenarnya Muhammad Ryan Fahmi Bakery sah bergelar suami dengan mas kahwin sebanyak RM100. Pasangan ini bertunang sejak lima bulan lalu dan Ryan mengumumkan berita pernikahannya menerusi program MeleTop.
Di sebalik kegembiraan baru mendirikan rumah tangga itu, satu kenyataan dikeluarkannya membuatkan ramai yang terasa terutama orang bujang.
Kalau Dah Jumpa Jodoh Bersyukurlah, Jangan Hina Orang Single
Ini kerana menerusi video dirakam pengguna TikTok @multazamnasir, Ryan telah menyampaikan pesan kepada golongan bujang agar meneruskan kehidupan walau pun “tidak berguna”..
Kata-kata untuk orang ‘single’
“Teruskanlah hidup walaupun tidak berguna,” katanya disamping isteri, Elyia Ibrahim sambil ketawa.
Video berdurasi 10 saat itu kemudian tular di laman Facebook sekali gus menjadi perhatian orang ramai mengenai gurauan tersebut.
Ternyata kata-katanya membuatkan ramai yang masih single mahupun telah berkahwin tidak bersetuju dengan kenyataannya itu.
Gurauannya tidak dapat diterima kali ini
Gurau memang boleh gurau tetapi ada adabnya. Kalau dah jumpa jodoh bersyukurlah kerana ia dah ditulis dari luh mahfuz lagi. Kalau tak jumpa lagi, sabarlah kerana urusan jodoh ini hak Allah.
Semua orang ada alasan tersendiri untuk tidak berkahwin. Ada yang rasa hidup single lagi bebas dan tidak dibebani dengan perangai lelaki yang teruk. Bukti lelaki tak bertanggungjawab ini banyak dah. Lihat orang sekeliling, masa susah ke main bersama isteri, bila dah senang manjah-manjah dengan orang lain.
Kalau hensem pun curangnya ke main seperti Rizky Billar yang terang-terang “cuba menutup kelemahan” diri bila isterinya, Lesti bertanya tentang kecurangannya. Nak tutup kelemahan diri, pukullah isteri yang lemah.
Ada orang single mungkin trauma dengan perkahwinan mak ayahnya yang teruk seperti kaki judi, kaki pukul, tak ada tanggungjawab dan ramai juga bapa haruan makan anak.
Apa pun ramai juga orang single yang lebih gembira travel ke sana sini tanpa siapa menghalang bahkan lebih bahagia dari orang berkahwin yang terpaksa berperuk di rumah kerana pasangan rezekinya biasa-biasa saja dan tak mampu menyediakan kesenangan untuk isteri. Pendek kata, orang single ada ujiannya, orang berkahwin pun ada ujiannya.
Bahkan ada orang berkata, perkahwinan ini satu perjudian. Dapat nakhoda yang beriman, rumahtangga akan selamat, dapat nakhoda yang terkasima kilauan dunia, tariklah anak isteri ke neraka bersama-sama.
Apa pun, kalau dah jumpa jodoh tu bersyukurlah. Semua orang ada alasan kenapa masih single. Lebih baik cakap yang baik-baik kerana ada pepatah mengatakan kerana mulut santan binasa, kerana mulut badan binasa.
JEANS BURUK JANGAN BUANG, SERTAI KELAS JAHITAN MW & EPAL
Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.
Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.
Projek 1: Denim Tote Bag
Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.
Projek 2: Shopping Bag
Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.
Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 930 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.
Pasangan selebriti, Fattah Amin dan Nur Fazura Sharifuddin, selamat melangsungkan pernikahan dalam majlis tertutup yang diadakan di sebuah hotel terkemuka, di ibu negara malam tadi.
Nur Fazura atau Fazura, 34, sah bergelar isteri kepada Fattah Amin,27 hanya dengan sekali lafaz sekitar jam 9.50 malam tadi dalam majlis yang hanya dihadiri keluarga terdekat dan teman rapat kedua-duanya pasangan selebriti ini.
Perkara ini juga turut disahkan oleh Syarikat rakaman Fazura iaitu Universal Music dalam satu kenyataan memaklumkan, pasangan itu sah diijabkabulkan dengan sekali lafaz kira-kira pukul 9.50 malam.
“Dengan sukacitanya, kami dari pihak pengurusan Universal Music, ingin berkongsi berita gembira bahawa pelakon / penyanyi / usahawan wanita, Nur Fazura, telah sah bergelar isteri kepada pelakon lelaki popular, Fattah Amin dengan sekali lafaz.”
Kronologi Kisah Cinta Fattzura
Kronologi kisah cinta Fattah, 27, dan Fazura bermula apabila kedua-duanya membintangi drama bersiri Hero Seorang Cinderella sehingga membuatkan peminat mencipta gabungan nama berserta tanda pagar #Fattzura.
Kehadiran Fattah pada acara pertunjukan fesyen House Of Dolls milik Fazura sambil memberi jambangan bunga di atas pentas serta menghadiahkan 500 kuntuman bunga mawar ketika sambutan ulang tahun penyanyi Sayangi Dirimu itu, September lalu, menguatkan lagi desas-desus mereka sememangnya bercinta.
Ketika mengerjakan umrah pada 15 hingga 23 November lalu, pelbagai spekulasi mengenai ikatan sebenar pasangan ini timbul, sekali gus ada yang mengatakan pasangan itu sudah bernikah ketika berada di Tanah Suci seperti yang hangat diperkatakan di laman sosial.
Majlis Resepsi Awal Tahun Depan
Baru-baru ini, Fattah, 27 dan Fazura, 34, dalam sidang media pada Khamis lalu,merungkai persoalan mengenai hubungan mereka yang dikatakan telah bernikah sebelum berangkat menunaikan umrah pada 15 November lalu.
Namun,pasangan itu menyangkal dakwaan sudah berkahwin sebaliknya hanya melangsungkan pertunangan pada 13 November lalu di kediaman keluarga Fazura.Pasangan ini juga turut memaklumkan majlis pernikahan yang dibuat secara tertutup itu akan berlangsung dalam masa terdekat manakala resepsi pula akan diadakan pada awal tahun depan.
Teka-teki mengenai pernikahan antara Fattah Amin dan Nur Fazura Sharifuddin yang berlangsung pada malam Isnin terjawab apabila pasangan itu disahkan bergelar suami-isteri.
Kami daripada team Mingguan Wanita, mengucapkan Selamat Pengantin Baru buat pasangan sama cantik dan sama padan ini. Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat!
Black hadiahkan kereta mewah idaman isteri. “Kadang-kadang kita terlalu mencari yang sempurna, sampai terlupa untuk hargai yang selalu ada di sisi” Inilah ungkapan penuh...