Jika selalu bila teringin nak minum kopi ‘latte’ kita hanya beli je, sebenarnya kita boleh buat sendiri je di rumah. Memang sedap, jimat dan lebih puas hati bila buat sendiri kopi Latte Ala Kampung ni. Malah lagi lama simpan dalam peti sejuk lagi sedap. Jika nak minum panas-panas, boleh panaskan sekejap. Mudah je!
Bagi peminat kopi, boleh cuba resipi Kopi Latte Ala Kampung yang dikongsikan oleh Puan Madihah Hamid ini sebagai panduan.
Mengopi jom. Kopi Latte Ala Kampung ketagih. Air kopi ni jadi ketagihan seisi keluarga saya.
Bahan-Bahan :
2 sudu besar serbuk kopi (apa-apa jenama kopi kampung)
600ml Susu kotak @ susu segar apa-apa jenama. Paling sedap Meadow, Farm Fresh, Ducthlady
3 sudu Gula melaka/ gula kabung /gula apung /gula merah
400ml Air secukupnya
Cara Membuat:
1. Masukkan air dan kopi ke dalam periuk. Masak kopi sehingga berbuih (gelegak).
2. Biarkan dalam seminit dalam keadaan menggelegak dan tutup api.
3. Kemudian tuang dalam jug sambil tapis serbuk kopi dan masukkan gula.
Ads
4. Panaskan susu sehingga sedikit berbuih di tepi periuk dan tutup api.
5. Tuangkan air kopi dan susu dalam jug, pastikan tapis dahulu. Kemudian tuangkan secawan untuk di minum, selebihnya boleh di simpan dalam peti. Saya guna jug ni, anggaran dalam 1 liter.
6. Lagi lama dalam peti lagi sedap. Saya panggil peram kopi. Bila nak minum, hanya panaskan sebentar.
Mingguan Wanita: Bagi peminat kopi dan latte boleh cuba resipi yang dikongsikan ini. Memang lebih jimat buat sendiri, sedap, nak minum tinggal panaskan je.
Resepi sambal petai ikan bilis ini istimewanya sebab menggunakan banyak petai. Kongsi pemilik resepi Firda Ashaary, kebetulan terjumpa petai bergantung di gerai.
Cepat-cepat dia beli untuk diri sendiri dan ibu mentua. Dah alang-alang itu, masakkan juga sambal petai bilis. Nanti bolehlah dihadiahkan pada mentua.
“Balik dari serambi Afrika itu hari, kitaorang ada exit Tapah. Sekejap je exit, kat simpang tu je. Pastu keluar balik, teruskan perjalanan.
Mata aku nampak petai bergantungan, besar weii mata dia. Laju aku suruh EncikRoy u-turn.
“Petai Yang, petaiiii. Patah balik!”
Aku beli 2 ikat. Satu untuk rumah aku. Satu untuk rumah ibu mertuaku. Jadi semalam EncikRoy nak pi hantar barang untuk maknya, aku seksiap buatkan sambal petai bilis.
“Dah kenapa sambal petai bilis bukan sambal bilis petai?” tanya nitizen kepala petak.
Ehh, sukati saiya lah nak letak nama gitu. Saiya yang mashakkk. Lagipun petai lagi banyak dari bilis. So petai bilis lah.
Bukan bilis petai.
Kah!
Step semua kat gambar yer. Rajin pulak aku snap. Haha.
Cara Memasak Sambal Petai Ikan Bilis Sedap
Panaskan minyak, jangan sikit sangat ehh. Agak-agak lah yer.
Pastu masukkan cili kering yang siap dikisar bersama bawang besar. Aku memang ada stok cili kisar ni dalam peti ais.
Bobotok atau botok-botok merupakan antara makanan tradisi orang Jawa. Ia merupakan ikan yang diperap dan dikukus bersama pes rempah istimewa serta pelbagai jenis dedaun dan dibalut dalam daun pisang yang telah dilayurkan terlebih dahulu.Ia cukup popular dan rasanya sangat sedap dinikmati dengan nasi putih.
Namun tak ramai yang tahu dan pandai menghasilkan botok-botok ini. Memandangkan cara membuatnya agak renyah, malah dedaun yang diperlukan pula semakin sukar diperolehi.
Namun jika berkesempatan, boleh mencuba sendiri pes rempah botok-botok seperti yang dikongsikan oleh Puan Suria Abdullah ini. Ia resipi yang diperturunkan dari mak beliau sendiri dan kesedapannya, siap mendapat tempahan ramai.
Pes atau rempah botok-botok ni ilmu diturunkan dari mak saya sendiri. Sebelum ni saya tak berapa minat makan makanan yang banyak rempah.Tapi selepas kahwin dengan orang Kampung Peserai, segala menu yang berempah terus jadi minat.
Sebelum Covid saya amik tempahan botok-botok yang dah siap dikukus. Botok-botok Ikan Tenggiri atau ikan kembung. Tapi sejak mengandung si bongsu (sekarang dah nak masuk 3 tahun ) saya stop buat.
Nak buat botok-botok ni renyah sangat. Daun nak banyak, kalau sikit tak best pulak. Alhamdulillah setiap kali open oder paling sikit dalam 70 bungkus. Botok-botok ni tahan 2 hari tak basi sebab rempah dimasak dulu.
Baik, seperti yang dijanjikan ini resepi yang diturunkan dari emak saya (puan Salinah) 67 tahun. Alhamdulillah sihat walafiat.
Pes atau Rempah Botok-Botok
Bahan-Bahan:
Serai
Lengkuas
Halia
Kunyit
Lada kering
Buah keras (nak letak boleh,tak letak pun tak jadi masalah)
Udang geragau/belacan((nak letak boleh,tak letak pun tak jadi masalah) klu letak belacan atau udang geragau rasa lagi ummp) cuma kalau ibu bersalin tak boleh nak makan pulak
Bawang merah
Bawang putih
Kari ikan
Kerisik
Daun kesum
*(Saya dah terbiasa buat pes dalam kuantiti yang agak banyak, anggaran dalam 100 bungkus botok-botok,jadi semua bahan-bahan kena banyak )
Contoh :
Kari ikan sekilo
Kerisik sekilo
Serai hampir 20 batang
Lengkuas dalam sekilo lebih
Cili kering (campur pedas dan tak pedas ) sekilo
Daun kesum setengah kilo
Belacan atau udang geragau RM5
Jadi semua bahan ni memang saya guna banyak. Untuk dapatkan kuantiti dalam 5 atau 10 orang bahan-bahan tu anda agak-agak iya.
Cara Membuat:
*Blender semua bahan-bahan termasuk daun kesum.
Cara saya:
1.Blender dulu Bawang merah/putih ,belacan atau udang geragau dan buah keras.
2.Tapis air, air blender jangan buang, guna untuk kita blender bahan-bahan lain. Tak cukup air kita tambah lagi. Baru blender Lada kering dan daun kesum.
3.Selepas itu baru lah serai dan lengkuas. Yang ni saya blender 2 kali sebab nak dapatkan hasil yang halus. Semua bahan-bahan dah kita kisar halus.
4. Kemudian masuk terus dalam kuali. Letak minyak sikit je.(untuk 100 bungkus saya letak dalam satu cawan teh).
5. Bila bahan-bahan dah masuk dalam kuali, masuk sekali Kari dan kerisik.
6. Kacau-kacau, letak gula dan perasa. Saya letak gula kabung warna lagi cun dan rasa lagi sedap. Kalau tak ada gula kabung tu, letak gula biasa pun dah sedap.
7. Cukup masin, manis dan sedaplah kat tekak kita. Dah siap lah tu agak-agak air dah kering sikit. Dah siap lah tu. Pes botok-botok siap untuk di botok-botok kan.
*Pes kena pekat sebab tu masa blender saya guna air dari bahan-bahan yang kita blender tadi. Kalau kurang tambah air.Yang penting jangan cair sangat.
Pesanan mak saya, Daun betik di rebus dengan daun senduduk, tak ada daun betik letak daun jambu pun boleh. Tak ada semua daun tu rebus je lah. Pahit pun ubat kan.
Daun betik dan daun ubi kita celur kejap, air mendidih tu kita celup-celup je..tujuan dia nak hilangkan rasa maung daun tu. Daun-daun lain tak payah, terus je letak.
Daun-daun yang saya guna dalam botok-botok saya.
Betik
Pucuk ubi
Kaduk
Kembang semangkok
Pudding rampai
Mengkudu
Bebuas
Senduduk
Ok..tu daun-daun asas yang wajip saya letak. Kalau ada daun-daun lain yang boleh diletak, silakan.
Yang penting botok-botok ni rempah dia sedap sangat-sangat. Daun kena cukup, baru mak mertua saya sayang. Ok, dipersilakan buat ya.
Jangan kecam saya sebab tak ajar cara buat dalam kuantiti yang sikit..saya memang tak pandai. Dekat rumah kalau masak asam pedas pun dalam kuantiti lebih 10 orang. Makan dengan jiran belakang rumah sekali.
Nanti bila saya buat lagi pes saya Suh laki amik video.
Mingguan Wanita: Memang agak renyah nak buat botok-botok ni. Lebih-lebih lagi nak cari dan lengkapkan dedaun yang diperlukan. Namun rasanya memang sangatlah sedap, banyak khasiat yang tersendiri.
Bagi mak-mak peminat makanan Korea, atau suka layankan anak-anak yang makanan Korea boleh cuba buat sendiri resipi ‘Jjajangmyeon’ ini. Sesekali tukar selera dengan menu orang Korea menarik juga.Paling penting resipi ni, menggunakan bahan-bahan yang diyakini halal.
Boleh cuba resipi ‘Jjajangmyeon’ yang dikongsikan oleh Zurina Zulkefliini. Macam senang je nak buat.
“Mana dia peminat makanan Korea? Ada ni kita masak Jjajangmyeon atau in English, Blackbean Noodles. Sos blackbean (seakan sama ya, yang tulin kena guna blackbean ori punye) kita buat sendiri dengan menggunakan taucu.”
“Apa rasa Jjajangmyeon ni? Rasanya bukan mcm mee hailam, bukan macam mee goreng basah dan bukan macam kuah yee mee. Rasanya slurrpp yang ada bau ala-ala kacang (bukan kuah kacang sate okay), rasa masin-masin manis hujung tu rasa hangus-hangus sikit, macam dibakar. So resepinya mudah je. Sila baca:
Bahan-Bahan (Kuah Ala Blackbean):
3 sudu gula putih
3 sudu besar taucu masin
air setengah cawan
1 sudu besar tepung gandum
kicap lemak manis
Cara Membuat:
1. Mula-mula buat caramel pekat daripada gula putih untuk kita dapatkan rasa pahit-pahit hangus.
2. Kemudian taucu ditumbuk hancur untuk dijadikan pes.
3. Sediakan satu mangkuk besar berisi air setengah cawan, masukkan tepung gandum, pes taucu yang ditumbuk tadi.
4. Masukkan kicap lemak manis lagi banyak lagi bagus dan akhir sekali caramel. Kacau sehingga sebati.
4. Masakkan kuah campuran tersebut di dalam kuali dan kacau sehingga kuah menjadi likat seakan-akan dodol.
5.Setelah itu, tuang dalam bekas kaca untuk digunakan sebagai pes blackbean.
Cara Memasak Jjajangmyeon:
Bahan-Bahan:
Daging ayam
timun
kentang
bawang holland
Minyak Masak
Sedikit Air
Tepung Jagung
Garam
Kicap pekat
serbuk lada hitam
Mee lidi
Cara Membuat:
1.Sediakan daging ayam, timun, kentang, dan bawanh holland. Semua bahan dipotong dadu.
2. Tumiskan kesemua bahan dengan sedikit minyak masak. Kacau sehingga masak.
3. Kemudian masukkan 3 sudu pes blackbean ke dalam masakan, kacau sehingga rata.
4. Tuang sedikit air untuk menjadi kuah.
5. Campurkan sedikit bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah.
6. Boleh letak sedikit garam, kicap pekat, dan sedikit serbuk lada hitam untuk citarasa.
7. Mee pula saya gunakan jenis mee lidi yang perlu direbus dahulu kemudian ditoskan. Anda boleh gunakan mee kuning biasa terutama Numee.
8. Masukkan mee ke dalam pinggan dan tuangkan kuah blackbean ke atas nya dihiasi dengan hirisan timun.
9. Sedia dimakan. Jangan lupa kacau dahulu meenya baru ngapp.
MW: Semoga perkongsian resipi ini bermanfaat bagi mak-mak yang cuba sendiri atau layankan anak-anak dengan menu dari Korea. Mudah je nak buat. Sambil-sambil layan drama korea tu, bolehlah makan Jjajangmyeon yang sedap ni!
Shu Shukri "sekolahkan" Hafidz Roshdi, "dah kalah tu kalahlah, nafkah anak sesen pun tak bagi. Hari ini, di instagram storiesnya, pempengaruh Nurul Shuhada Mat...