Sos tomato, salah satu bahan masakan yang memang ada pada setiap rumah. Ia pelengkap pada satu-satu masakan tertentu. Rasanya tidaklah pedas dan sedikit masak. Kalau anak-anak memang suka rasa sebegitu.
Nak buat sos tomato ini rupanya tidaklah sesukar mana pun. Mungkin bagi sesetengah mak yang mementingkan pengambilan makana yang sihat untuk anak dan keluarga, bolehlah membuat sendiri di rumah.
Sdah tentulah bila buat sendiri sos tomato di rumah, bebas bahan pengawet dan rasanya tetap sama seperti beli di pasaran. Inilah yang dikongsikan oleh Dr Maryam Aziz untuk resipi sos tomato. Boleh cuba buat di rumah.
Saya memang rasa bersalah sangat kalau bagi anak anak makan makanan yang penuh dengan additive – perisa, pewarna, pengawet dan macam macam lagi bahan lain untuk menjadikan makanan sedap atau stabil untuk dijual di kedai dalam tempoh masa lama bertahun-tahun.
Sos tomato adalah antara bahan yang banyak sangat food additives. Jadi, ini pilihan mudah untuk buat sos tomato sendiri di rumah.
Bahan-bahan:
2kg tomato segar
Minyak zaitun
Garam
Gula kabung
Basil
Cuka putih
Tepung jagung (kalau nak pekat)
Cara-caranya:
1. Beli tomato yang dah ranum, lembik sedikit pun ok.
Ads
2. Rebus dalam 5 minit sampai kulitnya mengelupas
4. Rebus mendidih.
5. Lalukan bawah air sejuk dan buang kulitnya.
Ads
6. Blend tomato sehingga hancur. Kemudian masukkan gula kabung, separuh bulatan.
7. Letak dalam 2 sudu olive oil
8. Masukkan sedikit basil.
9. Secubit garam dan tambah dalam 3-4 sudu besar cuka. Masakkan atas api sambil kacau selama 30 minit sehingga jadi separuh dari isi padu asal. Kalau masih rasa cair boleh tambah sesudu tepung jagung. Rasa dan adjust bagi cukup masin manis.
Ads
10. Separuh yang sudah masak akan bekukan untuk dijadikan perencah masakan. Separuh lagi dalam bekas kecil untuk dihabiskan dalam tempoh 1-2 minggu (letak dalam fridge)
Mingguan Wanita : Mudah sangat buat sendiri kat rumah. Jimat dan sihat.
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Adakalanya tekak memang teringin sangat nak makan laksa. Tapi part yang paling ‘bercinta’ dan rasa malas betul waktu nak kena siang ikan, nak carik-carik isi ikan tu, memang renyah dan leceh.Makan masa pula tu nak buatnya.
Namun menurut perkongsian resipi daripada Puan Nazra Queen, ada cara mudah untuk hasilkan laksa yang cepat dan dapat disiapkan dalam masa 30 minit, tapi tetap sedap macam kita gunakan ikan segar, iaitu dengan menggunakan sardin dalam tin.
Mak-mak pastikan tin sardin sentiasa tersedia dalam simpanan di dapur.Cuti panjang hujung minggu ni, kalau ada tetamu yang datang ‘mengejut’ boleh lah cuba resipi laksa ekspress ni.
Bahan-Bahan:
1 kg Laksa
Air secukupnya untuk didihkan laksa
Cara Membuat:
Panaskan air dalam periuk.Bila air mendidih masukkan laksa dalam 3 hingga 5 minit.Tutup api & toskan airnya.
Kuah Laksa Bahan-Bahan:
2-3 keping asam keping
belacan saiz ibu jari
10tangkai cili kering direbus hingga lembut (jika tak suka pedas boleh kurangkan)
1 batang bunga kantan
2biji bawang besar
1 tin Sardin (saiz kecil)
1 liter air
Cara Membuat:
1. Kisar asam keping, belacan, cili kering, bunga kantan dan bawang besar sehingga hancur.
2. Setelah hancur, masukkan 1 tin sardin saiz kecil beserta sos sardin dan kisar sekali lagi.
3.Curahkan ke dalam periuk, selepas itu masukkan pula air penuh mengikut sukatan blender tersebut.(sukat air guna blender).
4.Letak daun kesum yang telah dibasuh.Jangan buang batang daun kesum kerana ia menambahkan aroma pada kuah laksa.
5.Masuk garam &perasa secukup rasa. Didihkan atas api sehingga daun kesum jadi layu dan bahan-bahan kisar sebati dengan kuah.
6.Boleh dihidangkan bersama telur,salad,timun,bawang,cili, bawang dan sebagainya.
Ayam goreng boleh dikatakan menu kesukaan anak-anak yang cukup mudah disediakan. Kalau boleh, setiap hari anak nak makan ayam goreng. Jika selalu kita goreng dengan garam dan kunyit sahaja, mak-mak boleh cuba buat ayam goreng sempoi yang rangup, wangi, sedap dan isinya kekal ‘juicy’ ini. Makan dengan nasi putih, nasi lemak, atau ratah begitu sahaja pun dah sedap.
Boleh cuba resipi dan tip yang dikongsikan oleh Puan Umi Watie ini sebagai panduan;
Pagi tadi anak request nak makan ayam goreng lepas balik sekolah. Senang saja tu, pejam mata Umi buat. Haha nampak nau nipu . Ayam goreng rempah sempoi siapppp! Makan dengan nasi panas pun sodap.
Resipi Ayam Goreng Sempoi
Bahan-Bahan:
Ayam
Telur
Serbuk kunyit
Serbuk Kari
Daun kari
Tepung jagung
Garam
Cara Membuat:
1. Gaulkan semua bahan sampai sebati. Kakchik guna tangan je. Kalau nak guna bulu mata pun boleh. Takde hal lah.
Perapkan dalam peti sejuk sekejap. Nanti boleh goreng bila-bila nak makan.
2. Gorengkan sampai garing, guna api perlahan je. Dah garing elok angkat Dan toskan. Boleh lah dihidangkan dengan nasi putih mahu pun nasi berperisa macam nasi goreng tu.
Kakchik goreng peha ayam, senang semua dapat sama rasa.
Ini gambar selepas ngap. Juicy kan? Kalah ayam goreng kedai mamak tau.
Wangi, sedap dan mudah membuatnya. Makan dengan nasi putih pun dah sedap sangat dah.
Mingguan Wanita: Memang nampak sedap sungguh ayam goreng yang dikongsikan ini. Apatah lagi makan dengan nasi panas.Kulitnya rangup, isinya elok ‘juicy’. Mesti anak-anak suka.
Rupanya masak sambal udang sedap lain macam bila gunakan Cili Kerinting Indonesia. Bukan apa selalunya bila kita tumis sambal menggunakan cili kering, sesekali boleh cuba kelainan guna cili Kerinting indo ini pula.Ramai yang mengakui kesedapannya memang menjadikan sambal lebih lazat. Ia tak berbau dan tak berapa pedas.
Kisahnya kalau kawan-kawan datang mai rumah, sis memang suka masakkan sambal udang. Sampai one of my friends cakap, awat sambal udang ko sedap lain maciam sampai balik rumah aku dok teringat.
Takdak rahsia apa pun, cuma kalo masak sambal sis suka pakai Cili Indo fresh yang panjang-panjang.Cili ni kepedasan dia tahap sederhana, ngam-ngam pedasnya dan rasa pun memang sedap.
Harga mahal sikit laa, biasa kat pasar sampai RM40 sekilo. Kadang sis kirim kat jiran yang meniaga dia dapat murah sikit dalam RM30 sekilo. Lama boleh pakai sekilo tu sebab cili ni ringan, biji pun kurang, buat sambal memang mantap.
Mingguan Wanita: Jadi buat mak-mak yang suka masak sambal, boleh cuba kelaianan guna Cili Merah Indo ni. Memang lain macam, luar biasa sedapnya rasa sambal bila guna cili ni.
Sebagai seorang wanita pada realitinya banyak pengorbanan yang perlu dilalui termasuklah dalam mengharungi dunia percintaan. Begitu juga dengan watak Radwa yang mengajar kita bahawa...