Boleh dikatakan Cili Padi antara bahan wajib beli setiap kali kita ke pasar atau beli barang dapur. Kalau beli cili padi kampung, walaupun sepeket kecil boleh tahan juga harganya. Lebih jimat kalau kita dapat tanam sendiri dalam pasu di balkoni rumah. Sepohon merimbun cili, tak habis makan. Bila nak guna pun senang tinggal petik je.Nak tanam cili padi yang subur merimbun ni ada caranya.Pastikan cantas sewaktu pokok tinggi sejengkal barulah pucuk baru naik merimbun dan berbuah banyak.
Tip ini dikongsikan oleh Puan MieAtul Aniyah sebagai rujukan;
Sedikit tip untuk penanam pokok cili untuk bagi hasil yang maksimum. Teknik potong pucuk sewaktu pokok tinggi sejengkal,daun dalam 7-8 helai. Setiap cabang yang tumbuh akan menghasilkan cabang Y sendiri untuk membiak dan merimbun.
Bila dah cantas saya memang siram pakai baja AB sejak seminggu tanam.
Teknik ni boleh guna untuk semua jenis pokok cili. Cantas pucuk sebelum dia tumbuh cabang Y. Cantas waktu pagi cepat kering luka pokok tu.
MW:Jadi kalau ada tanam pokok cili di rumah tu,boleh ikut tip yang dikongsikan ini. Pastikan cantas sewaktu pokok tinggi sejengkal barulah pucuk baru naik merimbun dan berbuah banyak.
Daun ketumbar memang selalu digunakan dalam masakan harian. Baik dijadikan hiasan mahupun, menambahkan lagi aroma dalam sesuatu makanan.Sebenarnya nak simpan daun ketumbar ada caranya yang tersendiri. Ia perlu disimpan dalam bekas kering dan kedap udara barulah daunnya tahan lama, tak busuk dan kekal segar walaupun selepas sebulan.
PETUA simpan daun ketumbar kekal segar selepas sebulan.
Kat rumah sis wajib ada daun ketumbar ni untuk perasa dan hiasan dalam nasi ayam, sup, tom yam dan kerabu ala Thai. Jadi, kenalah buat stok. Malas pulak nak ke kedai runcit setiap kali nak masak.
Sis suka daun segar untuk dijadikan hiasan diatas lauk, masih kekal warna hijau daunnya. Barulah cantik presentation makanan.
Sebelum ini sis rendam akarnya dan masukkan dalam bekas yang sama. Ia tidak tahan lama dan akar cepat reput dan busuk. Mungkin juga sebab sis tak kerap tukar airnya.
Oh ye, ada yang suka simpan dalam freezer dengan cara masukkan dalam bekas kiub ais dan ada yang masukkan dalam plastik aiskrim supaya jimat ruang. Sis tak guna cara ni sebab nak kan daun yang segar buat hiasan atas makanan.
Sis pula lebih pentingkan bentuknya, guna container macam ni lebih praktikal bagi sis. Bekas pon senang nak basuh dan keringkan. Sis dah guna beg ziplock. Tak serasi, leceh nak basuh dan lambat kering.
Nak tahu resultnya tengok pada setiap gambar ye.
Kecuali ketumbar saya tak rendam air. Semua simpan di chiller ye. Peti sejuk bahagian bawah.
Saya tak cuci dahulu sebelum simpan sebab daun kena kering, kalau basah cepat reput.
MW:Jadi kalau beli daun ketumbar dan nak pastikan kekal segar serta tahan lama, boleh ikut tip yang dikongsikan ini.Daun ketumbar tak perlu dicuci dan terus disimpan dalam bekas kering dan kedap udara.
Musim hujan ni, Dryer atau Mesin Pengering Pakaian sangatlah penting dalam memudahkan urusan mengeringkan baju. Apatah lagi jika keluarga ramai, anak-anak masih kecil banyak baju yang perlu dicuci dan dikeringkan. Jika dibiarkan berlonggok, mahupun dicuci namun tak cukup kering, memang jadi masalah baju berbau pula. Jika ada bajet, sebaiknya belilah dryer. Namun perlu ambil tahu dulu beberapa perkara sebelum beli.
Harini ada beberapa orang tanya saya pasal dryer. Kebetulan sangat. Maybe sebab musim hujan kan, ramai mula consider beli dryer. Ya betul, jika ada bajet, belilah dryer.
Faktor yang perlu diambil kira:
1. Bajet
2. Jimat elektrik atau tidak
3. Ruang letak mesin
Ok faktor penting adalah bajet.Jika bajet tinggi, anda boleh terus selesaikan faktor 2 dan 3.
Kenapa?
Sebab nak dryer yang jimat elektrik of course mahal sikit. Sebab yang paling jimat elektrik adalah yang jenis HEAT PUMP.
Haa, dryer ni ada 3 jenis.
1. Vented (boleh dpt bwh 1k kot)
2. Condenser (1-2k)
3. Heat pump (3k ke atas)
Tiga-tiga ni semua keringkan kain dengan elok, cuma atas kita nak pilih jenis mana, bajet kita.
Tapi vented tu jenis yang ada corong untuk keluarkan haba panas. Jadi kena halakan corong tu keluar. Condenser takde corong, so mahal sikit lah dari vented tu. Heat pump pun takde corong. Lagi mahal sebab dia sangat jimat elekteik. Vented dan condenser ni penjimatan elektrik dia tak sebaik heat pump (tapi ramai bagi feedback, ok je guna vented dan condenser, tak banyak pun naik elektrik, so siapa yang kurang bajet, cepat-cepat cari vented atau condenser ya).
Heat pump ni beli mahal sikit, tapi memang jimat elektrik. Macam mana nak tahu? Boleh semak gred dia atau maklumat penggunaan elektrik dia. Semua dryer patut ada info ni, tinggal kita tanya je.
Ok part ruang letak mesin tu adalah 1 faktor yang perlu diambil kira kerana jika ruang sangat terhad, boleh consider beli 2 in 1 dryer. So ada 1 mesin je dalam rumah.
Tapi bila beli 2 in 1 ni memang takde jenis heat pump. Ada condenser sahaja.
Jika ada ruang besar, boleh beli dryer asing dari washer.Semua faktor ni subjektif untuk kita semua. Sebab keadaan semua orang berbeza.
Ok ni saya share brand saya guna. TEKA 8 KG HEAT PUMP (harga 3k lebih, tak ingat exact price). Tak famous macam electrolux, toshiba, midea or beko. Tapi kebetulan masa saya nak beli tu, ini the best di mata saya.
Gred A++. Sangat jimat elektrik. Dan dia ada sensor. Kalau kain tak kering lagi, dia tambah masa. Kalau kering cepat, dia berhenti cepat. Jimat masa dan elektrik.
Harga dapat di One Living lagi murah dari Shopee dan Lazada.
So bolehlah kawan-kawan consider ya.Untuk orang yang busy macam saya sangat sangat saya sarankan.Sebelum keluar rumah, masuk baju dalam mesin basuh, sampai rumah pula ambil baju-baju tu masukkan dalam dryer. Beberapa jam siap.Hujan pun boleh keringkan baju.
Suami-suami, ada bajet belikan untuk wife anda ya.Serius ni antara benda yang sangat memudahkan hidup satu keluarga anda.
Reminder: please guna 1 plug khas untuk dryer sahaja. Jangan campur-campur dengan plug lain dan jangan guna extension ya.
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat.Jadi buat mak-mak yang ada bajet, musim hujan ni sesuai sangat beli dryer agar baju-baju cepat kering. Tak jadi masalah baju berlonggok, bau kepam dan busuk sebab tak cukup cahaya matahari untuk keringkan baju.
Pokok kunyit mungkin salah satu pilihan mak-mak untuk jadikan tanaman di rumah selain daripada serai, pokok kari, panda dan sebagainya. Tak perlulah kawasan yang luas, cukup tanam dalam pasu pun dah boleh hidup. Senang untuk mak-mak petik dan masuk dalam masakan.
Sebenarnya, semau bahagian pokok kunyit ini boleh diguna pakai. Daunnya boleh guna untuk menyedapkam masakan rendang dan kunyitnya dah tentu-tentu unutk masakan lauk pauk lain.
Walau bagaimanapun, tak semua tanam pokok kunyit ini boleh hidup dengan baik. Silap cara tanam dan siram air terlalu banyak pun boleh mati pokok itu.
Satu lagi, kalau beli kunyit pasar, nak pakainya sedikit sahaja tapi kena beli ikut harga yang ditetapkan. Jadi, kalau kunyit yang lama tu bolehlah guna untuk semai. Jangan buang pula. Seperti apa yang dikongsikan oleh Mohd Nor ini yang guna kunyit lama untuk semai.
Kalau ada kunyit lama yang dah tumbuh tunas, jangan dibuang, bolehlah disemai.
Caranya, cuma letak dalam bekas dan isikan sedikit air yang agak-agak basah bawahnya saja dan bukan sampai terendam.
Bila akar dah mula keluar bolehlah dipindahkan ke dalam pasu. Ingat, jangan tanam dalam sangat kerana kunyitnya boleh rodsak dan membusuk. Akhirnya akan mati.
Kena timbus sikit-sikit sahaja dan siram air sedikit saja. Jangan terlalu banyak air dan paling penting letak kat tempat teduh.
2. Letak dlm bekas & letak sedikit air, apabila akar keluar dah boleh pindahkan ke pasu.
3. Tanam jangan dalam sangat. Kunyitnya boleh rosak membusuk dan pokok boleh mati
4. Letak di tempat teduh.
MW: Kalau selalu tanam tapi tak menjadi, boleh cuba cara ini. Moga ia membantu.
Penemuan mayat wanita dalam beg di sebuah rumah kosong di Pedas dipercayai berkaitan kehilangan Suri sejak 15 Disember. Siasatan diteruskan bagi mengenal pasti identiti dan suspek terlibat.