Guna Syampu Baby Dan Cuka, Hilangkan Bena Putih Pada Pokok Cili

Dalam penanaman pokok cili, masalah bena putih (Aphid) inilah yang selalu buat susah hati. Sekiranya, semburan semulajadi dari campuran bawang putih dan cili tidak menjadi, apa kata gunakan campuran syampu baby dan cuka makan. Terbukti berkesan sebagai semburan organik pokok cili.

Sebagaimana yang dikongsikan oleh Lebai Kudin (LK) kaedah semburan semulajadi ini berupaya mengawal bukan saja pokok cili malah sayuran daripada bena putih yang juga dikenali sebagai lalat putih.

Kehadirann bena putih ini boleh menyebabkan pokok cili terbantut dan tidak mengeluarkan hasil.

Hari ni LK nak kongsi cara buat kawalan ser4ngga sendiri untuk menghalang lalat putih atau bena putih untuk pokok cili dan sayuran.

Alhamdulillah, belalang dan semut pun takde. Yang penting, tiada r4cun berb4haya digunakan.”

IKLAN

Sukatan Syampu Baby, Cuka Untuk Jadikan Semburan Air Pokok Cili

1 sudu syampu kanak-kanak Johnson’s jenis soft and smooth
1 sudu cuka makan
Bancuh dalam 1 liter air

Caranya,
1. Spray ke seluruh pokok cili terutama bahagian bawah daun. Spray seminggu sekali atau dua kali ikut keperluan.

IKLAN

Kenapa Gunakan Syampu Baby

Sebab syampu ini lebih mesra alam, selamat dan tiada bahan kimia, kurang berbuih, tidak merosakkan pokok dan tiada kesan sampingan. Cuma cili perlu dibasuh sebelum dimakan.

Selamat mencuba, semoga bermanfaat. InshaAllah.

IKLAN

Lepas sembur, semua tanaman akan subur membiak dan bunga makin meriah.

Kaedah Lain Hasilkan Semburan Organik Tanaman

Menurut laporan Harian Metro, Pensyarah Kanan (Penilaian Risiko) Jabatan Teknologi Pertanian, Fakulti Pertanian, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Norida Mazlan menemui dua kaedah menghasilkan semburan hilangkan pengacau tanaman.

Guna Syampu Baby Dan Cuka, Hilangkan Bena Putih Pada Pokok Cili
Kredit foto : Harian Metro

Kaedah Pertama

Menggunakan campuran,
Bahan A : lima ulas bawang putih, enam biji cili padi, seulas halia dan 300ml air.
Bahan B : 1 sudu minyak masak dan 1 sudu cecair pencuci pinggan mangkuk.

Caranya,
√    Kisar bahan A dan tapis. Ambil patinya. Campur dengan bahan B, kacau sebati dan simpan dalam bekas selama 24 jam.
√    Bila nak guna, pati campuran yang disimpan tadi campur dengan nisbah 1 bahagian bersama 4 bahagian air (1 pati : 4 air).
√    Semburkan pada tanaman.
*Semburan hilangkan serangga organik ini boleh disimpan selama enam bulan. Lagi lama, lagi berkesan.

Guna Syampu Baby Dan Cuka, Hilangkan Bena Putih Pada Pokok Cili
Kredit foto : Harian Metro

Kaedah Kedua

  • 250 gram daun semambu + 1.5 liter air.
  • Ramas daun semambu sebelum masukkan dalam bekas berisi air tadi.
  • Rendam selama 12 jam atau tak lebih 24 jam. Tapis airnya.
  • Masukkan air dalam bekas penyembur berisi air dengan nisbah 1:50.
  • Terus guna habis, sebab tak boleh simpan lebih 24 jam.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI