Bihun goreng antara menu kegemaran ramai dan cukup mudah disediakan. Sesuai dinikmati ketika sarapan pagi mahupun minum petang. Jika selalu bihun goreng yang disediakan ‘meriah’ dengan pelbagai rencah, sos dan sayur-sayuran, namun resipi viral Bihun Goreng Udang Kering resipi arwah Tok Nek ini luarbiasa sedapnya. Meskipun hanya menggunakan bahan asas dan ringkas tanpa sayur-sayuran. Ramai yang telah mencuba resipi viral ini, dan mengakui kesedapan bihun goreng ini.
Boleh cuba kelainan bihun goreng udang kering seperti yang dikongsikan oleh arwah Tok Nek, Mohd Shukur Mohd Shukur ini.
Hari ini saya masak bihun yang agak mewah pada zaman arwah toknek saya. Bihun yang agak rare pada zaman dia, penuh aromatik yang penting authentic resipi dari arwah Tok nek saya.
Maybe sama pembuatannya dengan sesetengah orang kat sini, tapi bagi saya ni lah makanan yang arwah Tok nek selalu buat masa dia sihat dulu. Kami memang rapat dari saya kecik, boleh dikatakan 60% saya duduk dengan arwah Tok nek dan arwah Tok saya berbanding dengan family, sebab arwah ayah saya dulu berniaga kedai makan.
Di sini saya lampirkan resipi macamana cara pembuatan bihun ni. Semoga menjadi asbab mengalirnya pahala kepada arwah-arwah yang telah kembali menemui pencipta-NYA.
BIHUN GORENG UDANG KERING
Bahan-Bahan:
1 Peket Bihun (Rendam Air Biasa)
Sepeket Kecil Udang Kering
*3 Biji Bawang Rose
*2 Ulas Bawang Putih
* 4 tangkai Cili Kering
* Belacan Bakar (Sikit Saja)
* Asam Jawa (Sebesar Duit 20 Sen)
12 Sudu Teh Gula
2 Sudu Teh MSG
½ Sudu Teh Garam x 7
½ Sudu Teh Serbuk Kunyit
Cara Membuat :
1. Bakar Belacan.
2. Blender bahan yang bertanda* sampai hancur (Air jangan banyak)
3. Goreng udang kering dalam minyak. Bila agak masak masukkan bahan kisar tadi. Tumis sampai naik bau.
4. Masukkan perasa, tumis seketika lagi. Bila nampak pecah minyak baru masukkan bihun.
5. Kacau sebati bihun, buka api perlahan untuk dapatkan hasil bihun tak hancur. Biar bihun jadi lembut sendiri. Kalau perlu hanya masukkan sedikit air.
6. Nak tahu bihun dah masak elok, kita akan nampak asap di permukaan atas bihun.
Ads
Siap!
Selamat Mencuba. Ilmu Allah semata-mata, saya tak pandai apa-apa.
Mingguan Wanita : Menarik juga resipi Bihun Goreng Udang Kering ni, Walaupun guna bahan-bahan asas dan nampak ‘kosong’ je, namun luarbiasa sedapnya. Kena cuba buat sendiri resipi ini nanti.
Roti Jala memang sedap dicicah dengan kuah kari atau kuah durian. Nak buatnya memang agak renyah perlu ‘dijala’ satu persatu. Namun jika dapat sukatan dan adunan yang betul, barulah hasilnya Roti Jala ni cantik dan mudah ‘dijala’ atas kuali. Rupanya antara tipnya, selepas adunan dibancuh ia perlu dibiarkan seketika selama 15 minit agar ia menjadi pekat dan likat.
Nak buat roti Jala, baik sukatan untuk adunan sikit mahupun banyak, boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Puan Siti Noorbaya Othman ini.
Berikut perkongsian tersebut;
Bahan-Bahan:
(Adunan 1 kilo) anggaran dalam 90 biji
1 kilo Tepung Gandum
1.7 litre air (masukkan sikit-sikit)
2 biji telur
1 sk garam
3 sudu besar minyak masak
1 cawan santan (saya pakai cap KARA)
Sedikit pewarna kuning lemon atau serbuk kunyit
(Adunan untuk 3 cawan tepung) anggaran 35 biji)
3 cawan tepung
3 cawan air
1 biji telur
1 sk garam
2 sudu besar minyak masak
1/2 cawan santan (saya pakai cap KARA)
Sedikit pewarna kuning lemon atau serbuk kunyit
Cara Membuat:
1. Kacau semua bahan dalam bekas besar.
2. Blend
3. Tapis adunan ke dalam jug supaya senang nak masukkan dalam botol acuan roti jala
4. Biarkan selama 15 minit untuk dapatkan adunan yang cantik sebab tepung akan jadi sedikit pekat dan likat.
MW: Begini rupanya nak dapatkan adunan Roti Jala yang cantik, pekat dan likat. Rupanya kena biarkan bancuhan 15 minit. Jadi mak-mak yang nak cuba buat sendiri Roti Jala di rumah, boleh ikut resipi dan sukatan yang dikongsikan ini.
Biskut semperit gebu ini memang sedap bila dimakan macam itu je. Bak kata orang cair di mulut. Lagi-lagi kalau tukang buat itu pandai hasilkan biskut semperit gebu.
Mahunya satu balang tu hadap sorang-sorang. Silap-silap tak sampai esok dah habis satu balang. Waktu musim perayaan, biskut semperit sememangnya menjadi pilihan ramai.
Kongsi wanita ini, Nana Fiana tak ramai yang berjaya membuat kuih semperit enak seperti yang diinginkan. Sebab itulah peniaga ini kongsikan tip menghasilkan biskut semperit ini. InsyaAllah menjadi.
“Tengok ramai yang gagal buat semperit lately. Ni saya kongsikan resepi boleh buat kat rumah masing-masing ya. Saya buat niaga ni.”
Bahan-bahan Biskut Semperit Gebu
340g butter
250g susu pekat
80g tepung kastard
600g tepung jagung
Ini Tip Nak Bagi Biskut Menjadi
Nak flavour lain tambah je esen pandan ke, rv ke choc ke dalam 10gram.
Uli sampai jadi doh.
Nak guna mixer kelajuan rendah,
Atau guna senduk, atau uli guna tangan jela.
Sebelum bakar set dulu dalam 30 minit
Bagi kene angin biar tak jadi arnab bunga tu
Bakar suhu 160 darjah celcius selama 20-25 minit
Ikut oven masing-masing.
Nak buat semperit panjang-panjang tu pun boleh.
Semoga bermanfaat, doakan saya ye. Siapkan 500 balang sorang-sorang ni.
Kuih muih dan manisan tradisional tetap mempunyai tarikan tersendiri. Walau sudah pelbagai kuih muih moden yang ada, namun yang lama tetap memikat jiwa.
Jom cuba dua kuih tradisi ini iaitu Puli Ubi Kayu dan Tok Aji Serban (Pulut Sekaya). Menikmati kuih muih tradisi akan membuatkan kita mengimbau kembali zaman kecil dahulu.
KUIH PULI UBI KAYU
Bahan-Bahan:
300 gram ubi kayu – kisar dan perah airnya
150 gram sagu – rendam selama 5 minit
Sedikit pewarna hijau
Bahan Untuk Air Gula:
200 gram gula merah
200 gram gula pasir
150ml air
Bahan Salut:
½ biji kelapa parut
Sedikit garam
CARA MEMASAK:
Campurkan ubi kayu, pewarna hijau dan sagu, gaul sekata. Sediakan satu loyang berukuran 6 inci dan tuang adunan tadi ke dalam loyang tersebut dan tekan-tekan sedikit. Kukus selama 30 minit. Ketepikan.
Untuk membuat kelapa parut untuk menyalut puli ubi kayu; satukan kelapa parut dan garam secukup rasa. Ketepikan.
Untuk membuat air gula; didihkan air bersama gula merah dan gula pasir. Biarkan ia mereneh sehingga memekat. Tutup api. Ketepikan.
Potong puli ubi kayu dan salut dengan kelapa Tuang air gula dan sedia untuk dinikmati.
TOK AJI SERBAN
Bahan-Bahan A (Bahagian Bawah):
2 cawan beras pulut – bersihkan dan tos
250ml santan cair
Sedikit garam
Bahan Bahagian B (Atas):
3 biji telur
500ml santan pekat
150 gram gula merah
150 gram gula pasir
Bahan Lain:
Air untuk mengukus
CARA MEMASAK:
Untuk membuat bahagian pulut; masukkan bahan A iaitu beras pulut, bersama sedikit santan cair, dan secubit garam. Lebihkan santan anggaran ½ inci daripada paras pulut. Tanak menggunakan api perlahan hingga masak. Angkat.
Tuang pulut ke dalam loyang bersaiz 6 inci. Tekan-tekan supaya padat. Ketepikan.
Untuk membuat bahagian atas; kisar semua bahan B dan tuang di atas adunan pulut tadi. Kukus selama satu jam.
Angkat dan biarkan sehingga agak sejuk sebelum dipotong. Sedia dihidangkan.
Akaun Instagram pemain bola sepak kebangsaan, Faisal Halim, kini menjadi ruang limpahan doa dan kata-kata semangat daripada peminat selepas kisah rumah tangganya menjadi perhatian...